Selamat Tinggal Bumi Kelantan

Friday, November 25, 2011

Assalamualaikum semua...
hurmmmm....mood yang sedih ketika entry ni ditaip.
ntah kenapa,hati rasa sungguh sebak nak tinggalkan bumi Kelantan,tempat aku menuntut ilmu selama 5 tahun setengah...betul kata orang,tempat jatuh lagikan dikenang,inikan pula tempat bermain...
hari ni Jumaat,25/11/11 iaitu hari terakhir aku di sini...esok,parents aku akan datang,so takde agi kehidupan disini...
kelmarin,3 orang housemate aku merangkap my BFF dah balik hometown masing2...
ari ni plak seorang agi BFF aku balik kampung,so dah tinggal aku ngan Sue aje kat umah sewa kitorang ni..
actually,aku dah mula rindukan diorang semua....

Kelantan yang banyak mengajar aku erti berdikari,erti bersahabat,erti iman dan erti menuntut ilmu...
segalanya aku banyak belajar di sini...walaupun aku amat tak suka tentang kehidupan kenderaan di sini sbb pemandu2 Kelantan kebiasaannya memandu ikut suka mereka tapi kat sini jugak tempat yang paling aku suka shopping,tempat paling aku suka lepak,tempat yang senang nak cari mknn yang best n murah...semuanya pasti akan ku rindui selepas ni...sebak hati,jiwa n diri nak fikirkan semua ni.
tapi aku tahu,aku akan datang lagi selepas ni sebab Kelantan ngan Terengganu xjauh pun,setakat 3 jam setengah,memang amat2 aku sanggup drive...

di sini jugak,aku kenal erti persahabatan sejati...persahabatan sejati antara aku dan MATHS CREW...

satu persahabatan yang bagi aku TERBAIKKKKKKKKKKK dan TERBESTTTT pernah aku alami...5 tahun setengah mengadap muka yang sama,perangai yang sama,kehidupan yang sama membuatkan kami semua rasa mcm adik beradik walau mak bapak kitorang lain...hik3

rasa mcm nak menangis menulis entry ni sebab sekarang aku hanya ditemani Sue aje...aku tahu,walaupun jasad kami semua jauh tapi hati kami tetap sama...
apapun,bumi Kelantan akan kekal sentiasa dalam hati aku sebagai satu negeri yang mengajar aku erti kehidupan...
kalau korang nak tau,sebelum ni...aku TAK PERNAH terlintas di hati nak datang Kelantan sebab aku rasa takde apa yang best kat sini,tapi bila hari aku ditawarkan ke IPG dan tertulis di situ

INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU

hanya Allah sahaja tau perasaan aku masa tu sampai aku terpikir boleh ke aku hidup kat sana??
alhamdulillah,the best moment ever in my life begin HERE at KELANTAN!

kpd semua kengkawan MATHS CREW, I love all of u n will miss our frenship forever...
kepada Kelantan,terima kasih sudi menerima perantau seperti aku untuk menuntut ilmu di bumimu ini...
takde perkataan yang boleh aku ungkap tentang perasaan aku study kat sini,mungkin ada yang tak suka tapi bagi aku setiap aturan Allah tentukan dalam hidup kita, ada hikmahnya dan ada kepentingannya yang DIA sahaja mengetahuinya...

SELAMAT TINGGAL BUMI KELANTAN

salam ukhuwah dari aku...

nukilan : duk di rumah sewa,mengadap lappy,sgt2 kesunyian sbb takde lagi gelak tawa my BFF n hanya melihat Sue yang amat rajin mengemas...sedihnya.

Dinner Graduasi PISMP Sem 8 Ambilan Januari 08

Sunday, November 20, 2011

Assalamualaikum semua...akhirnya new entry menjelma jua,biarlah nak cakap dah basi pun,tapi aku nak jugak share sumthing kat sini..
ok,sebelum tu ni details k...baca dulu tau,hik3

Date : 17/11/11
Place : Hotel Crown Garden,Kota Bharu
Tema : Tradisional

ok,dah baca ek?sambung citer...sbnrnya pada tarikh di atas,adanya dinner utk batch aku buat kali yang terakhir...buat pengetahuan korang,batch aku ni cuma seramai 99 orang sahaja...yelah 5 kelas aje kut.
so,malam dinner ni temanya Tradisional sebab nak mengangkat martabat turun-temurun yang kadang2 dh hilang dek zaman moden...so,segala2nya perlu lah nampak tradisional kan?tapi malam tu aku pakai aje apa yang ada sebab tak sempat nk shopping apa...actually bukan x sempat tau,tapi baju aku x sempat sampai...hu3
kisahnya, aku tempah dari Indonesia,tapi x sempat sampai sebelum tarikh dinner aku..
so,sarung ajelah baju kurung moden raya ari tu...semua benda made from raya Aidilfitri...hu3

ni backdrop malam tu

ni batch PISMP Ambilan Jan 08...ramai x?

ni aku n shama...shama ni memang ramping sesangat,so mmg nampak kechubbyan ku..ngeh3

dan the most best pic that night are dis....jeng....jeng....jeng

pinky gitu...warna pilihan kami that night,love dis so much...

sebenarnya dinner ni selain sebagai tanda perpisahan ia juga sebagai kenangan terindah dalam hidup kami semua...5 tahun setengah bersama2,susah senang sama2,sakit pening sama2,jatuh bangun sama2 n seksa derita ceria gembira semuanya sama2...terlalu banyak untuk dikenang sampai kadang apabila terkenang tak sedar air mata turut bergenang...sedih sebenarnya nak hadapi perpisahan yang tinggal beberapa hari sahaja lagi tapi setiap pertemuan pasti ada titik noktahnya kan?
kalau ikut semester,sememangnya officially aku dah tamat study tapi minggu ni iaitu esok,Isnin sampai Rabu, aku ada kursus KISSM...kursus induksi lah,sekarang pun tgh wat esemen KISSM lagik...

untuk saat2 akhir,kalau ada apa2 kerja,aku just be happy sebab tahun depan maybe tak akan jumpa lagi keje2 macm sekarang...no more tension walaupun banyak masa habis utk menyelesaikan segala2nya...
keje yang menimbun after dis like nak pos motor,nak settlekan sket bahagian result semester lepas n a few things which is need my attention too to do...
sabtu ni insyallah aku akan pulang ke kampung halaman dah,no more life at Kota Bharu,Kelantan....sob sob

well,apapun aku happy ngan dinner ari tu sebab dah mintak maaf ngan hampir semua orang,peluk2 n nangis...opps,aku tak nangis malam tu just sebak.
well,friendship are forever whether u live or died n still going on although u forgot about it...apapun,thnks a lot kepada semua kengkawan aku yang selama ni sentiasa di sisi,sama2lah kita semua tunggu tempat posting nanti yer...uhuk3
bab yang paling aku takut skrg...jumpa agi semua.
salam ukhuwah dari aku..

nukilan : skrg hujan,ada secawan besar kopi depan aku n fatin yang tgh syok tido...alahai,no more dis for next year...uhuk3

Final Exam For Last Semester For Last Year

Sunday, November 13, 2011

Assalamualaikum semua...
fast update dari aku sebab sebenarnya tengah study walaupun dah pukul 6.30 petang,tetapi masih khusyuk study for my last paper 2morrow.
risau sebenarnya sebab esok paper Application Of Mathematics yang bagaikan penentu masa depan aku...debar,cuak,risau,bimbang,serabut,takut,ngeri semua dah jadi satu bebola yang asyik duk melambung2 dalam perut aku...hik3
esok juga merupakan final exam yang terakhir untuk aku after 5 tahun setengah aku study kat IPG Kampus Kota Bharu nih..aku cuba buat sehabis daya dan kepada korang yang terbaca atau terjengah blog aku nih,tolong doakan kejayaan aku esok yer..

tahap kerisauan menyebabkan ari ni aku makan nasi sambil baca buku,aku tido pun mimpi exam esok walaupun tido aku hanya tido2 ayam...apapun,kepada semua yang ada terlibat dengan exam sekarang,do your best n try harder for your success k...
aku doakan korang semua...

hahahaha....bukan aku nih tau,gud luck semua...

salam peperiksaan dari aku.

nukilan: tadi masa aku tido dari kul 3.30 sampai 4 ptg rsanya mcm pic atas lah keadaan aku,tido brsama2 nota2,soalan2 n ketension...hik3

6 kelebihan Hari Jumaat

Friday, November 11, 2011

Assalamualaikum semua...
wahhh,lama x update blog ni...ari tu bukan main rajin agi,hik3...sempena hari ni hari Jumaat,aku sharekan kelebihan2 hari Jumaat yang maybe ada yang xtau...semoga kita semua memperoleh barakah Jumaat ni yer...

 1. Berlakunya hari kiamat.
 Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
 2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
 Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
 3. Penghulu segala hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
 4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
 Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
 5. Kebaikan dengan memotong kuku.
 Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
 6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
 Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.
salam ukhuwah dari aku...
nukilan : tarikh hari ni pun unik kan 11/11/11....

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in