Finally,I'm Free

Thursday, September 12, 2013

Assalamualaikum..
Alhamdulillah,kembali bertemu di entry yang baru...rasa macam dah lama giler tak menaip nih,hahahaha..
maklum r sibuk katakan..
Ok,finally I'm free!!Nak jugak tu ulang balik tajuk entry..kenapa aku dah free?Yelah sebab hari ni, 12 September 2013 maka dah berakhirlah peperiksaan UPSR untuk anak-anak murid kesayangan aku tu..rasa macam cepat lah pulak masa berlalu,kononlah...padahal punya r duk countdown hari-hari bila nak abeh nih..ngeh3
manusia katakan,tak pernah berpuas hati kan?bila ada,tak hargai..bila dah pergi,baru nak menghargai..cewahh gitu.

Apapun dengan berakhirnya UPSR maka aku bolehlah menaip nafas lega sikit,yelah selama ni sibuk mengajar,berkelas tambahan,pastu duk sibuk gerak gempur,tanda kertas,print soalan itu ini sampai nak naik muntah aku yang mengira...hehehe,apapun itulah kemanisan sebenarnya sebagai seorang guru Tahun 6,tambah-tambah aku ni guru kelas..

Oh yer,sebelum aku terlupa..sekarang ni aku sibuk jugak tetapi kuranglah sikit berbanding sebelum ni,apa yang aku nak sharekan kat sini kepada semua ibu bapa/penjaga yang ada anak Tahun 6 tahun ni dan mempunyai potensi yang baik untuk mendapat keputusan yang cemerlang,bolehlah mula mengisi permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang telah mula dibuka sejak 1 September dan akan tutup pada 15 Oktober ni...untuk linknya,boleh klik link di bawah ni yer:


apapun,bulan ni rasa happy sangat sebab setiap hujung minggu dipenuhi dengan insan-insan yang membawa senyuman pada aku...contohnya last weekend,hujung minggu aku disinari (cewahhh) dengan my beloved fiance...serius rasa terkejut bila dia cakap dia nak datang ke Sibu sambut bufday dia,kebetulan pulak bufdaynya jatuh pada hari Jumaat,so senanglah sikit nak celebrate..celebrate lah sangat padahal sehiris kek pun takde,hahahah...kesian En.Fiance sebab dapat fiancee yang tak suka kek,hahaha..apapun kitorang enjoy jalan sama-sama kat Sibu,siap lawan men bowling agi...as usual,aku nak paste kan sebijik pic jugak kat sini,hehehe


En.Fiance suka sangat dapat hadiah bufday yang aku belikan,nak tau apa hadiahnya?Tu yang dia pakai tu,terus pakai kut...nasib baik padan ngan dia,aku men agak-agak aje saiz badan dia,hehehe

apapun,hujung minggu yang gembira akan diteruskan lagi untuk minggu ni!!yihaaa...memandangkan hujung minggu ni cuti sampai hari Isnin,so berjimba sakan lah aku,he3..Kali ni trip bersama-sama my BFF pulak,kami akan ke Bintulu,Miri,Limbang seterusnya ke Brunei!!
Memang sakan habis trip kitorang kali ni,yelah last year,kitorang gi tengok Regatta kat Kuching,this year plak still round Sarawak lagi sebab belum habis ronda lagi..tapi more excited sikit sebab nak ke Brunei,tambah-tambah ada sambutan ulangtahun Sultan Brunei ahad ni...sebab tu 2 minggu lepas,aku memang bersungguh-sungguh menyiapkan jugak pasport antarabangsa aku,sebab nak ke Brunei punya pasal...


ok,haruslah ada bukti ok...sebagai seorang guru,aku memang mementingkan evidens untuk membuktikan segala-galanya,semangat menjulang KSSR katakan,hahahaha...rasa-rasanya hanya cikgu-cikgi yang faham ayat aku ni..

panjang plak aku berleter this entry,ngeh3..so untuk trip ke Miri nanti,akan aku update kat sini jugak yer..manalah tau ada yang nak tahu apa yang best kat Bintulu,Miri dan Brunei kan?
rasanya sampai sini dulu entry aku kali ni,jumpa lagi di next entry...sebelum say gudbye,nak paste kan dulu gaya guru yang dalam tekanan sehinggakan jadi camwhore bila menanda kertas...hehehe
ni blog aku,so ikut suka hati aku lah kan nak paste gambo camne pun,sila ignore if u feel annoying..


pssst : pesanan kepada someone yang suka nak tahu hal aku/menyibuk,YESS...that is my engagement ring,harap berpuas hati lah yer..hu3
sometimes feel macam artis plak bila ada yang suka nak jaga tepi kain aku..^_________^
sabar ajelah...jumpa lagi,wassalam.

~ nak start packing barang untuk trip esok ni,tak sabar plak memulakan trip reles tension aku,semoga perjalanan aku dipermudahkan oleh Allah serta selamat pergi dan selamat balik hendak-NYA~

0 comments:

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in