Pengalaman Berpantang Menggunakan Confinement Lady by Natalis Mothercare

Monday, October 07, 2019

Assalamualaikum

Alhamdulillah,una kembali menaip setelah lama blog menyepikan diri yer. Ok,pertamanya nak ucapkan Alhamdulillah sebab una telah selamat melahirkan baby yang kedua pada 16/8/2019 baru ni  (posting pasal 2nd baby will update soon). So,dah bersalin haruslah berpantang kan? Disebabkan ramai sangat pm/dm una tanya pasal "percutian pantang" iolls ni, Let me share 
👇

Pertamanya,before una pregnant yang kedua memang dah diskus ngan husband untuk gunakan khidmat Confinement Lady (CL) kalau nak berpantang nanti. Then,after disahkan pregnant last year,terus una ngan husband decide untuk memilih company Natalis Mothercare. Sebenarnya,ada banyak company yang menyediakan perkhidmatan orang jaga dalam pantang ni,cumanya una dah lama follow Natalis (since ramai artis yang guna termasuk Dato CT and feedback memang banyak positif), dan sebab tu lah una pilih Natalis. Kalau korang nak tengok company lain,boleh aje gugel ke atau search kat FB nun haa,rate lebih kurang sahaja.

KENAPA UNA GUNA CONFINEMENT LADY?

✅ Sebab una tak nak jadi macam masa berpantang Hannah. Takde siapa yang jaga even duk rumah. Baju baby,baju sendiri semua buat sendiri dengan jahitan yang banyak. Its like trauma giler bila sebut pantang. (tu yang jarak anak 4 tahun tu,hahaha)

✅ Sebab kat rumah kat kampung takde orang. Ada mak ayah una + adik aje (kebetulan dia ada). Mak una pulak still kerja. So, I need someone to help me since my husband pun kerja.

✅ Nak fokus sihat badan + nak kurus. Before pregnant, berat una memang dah berat mata memandang kata orang,hahaha. So, I need to do something. Bila ada CL,insyallah badan kita akan dilayan sebaiknya + kita cukup rehat.


MACAM MANA NAK HIRE CONFINEMENT LADY?

STEP 1 :

Ok,untuk hire CL from Natalis,pertamanya kena BOOK AWAL. Haa,siap bold tu kau. Sebabnya ramai yang nak guna kan? So,senang untuk diorang susun CL diorang + kita sendiri pun tak gaduh (orang ganu kata) bila dah buat preparation awal. Una punya due bulan 8 dan una dah book Natalis ni pada bulan 2. Masa tu,selalu doa semoga kandungan selamat sejahtera ajelah sebabnya kita kena bayar deposit 30% daripada total pakej yang kita ambik. So,pilihlah pakej mana yang kita nak. Natalis ni dia sediakan 4 jenis pakej tau,

👉 Pakej Ekonomi
👉Pakej Eksklusif
👉Pakej Eksklusif 2 Confinement Lady
👉Pakej VVIP ( Dato CT ambik yang ni kut,hehehe)

So,korang pilihlah pakej yang mana nak. Then,pilih pulak berapa hari mengikut bajet masing2 dan apa perkhidmatan yang korang nak. Jap una share pakej yang una ambik sebab terlalu ramai yang nak tahu kan? Pakej yang lain una tak berani nak share pic,korang boleh gugel atau direct wasap yer


Ok,una ambil pakej Berpantang Ekonomi aje selama 44 hari. So,korang boleh tengok sendiri lah berapa harga (jangan ditanya daku lagi lepas ni yer,hahahaha).

Tapi harga tu tak termasuk pengangkutan yer,sebabnya Natalis ni dia cover seluruh Semenanjung       ( Sabah Sarawak takde), maka ada charge pengangkutan untuk CL datang dan balik. Berapa? Mengikut kat mana korang tinggal. 

Ok,after dah settle korang confirm pakej dan bayar booking sebanyak 30% daripada total pakej,maka slot korang akan ready lah. Yayyyyy 😍


STEP 2 :

Bila dah sampai waktu bersalin kan,korang kena inform pada company Natalis. Tapi harus diingat yer,diorang akan hantar CL 
👉 3 atau 4 hari selepas keluar wad sekiranya bersalin normal
👉 7 atau 8 hari selepas keluar wad sekiranya bersalin cser

Macam una hari tu,bersalin 16/8 tapi sebab warded 3 hari (baby kuning),maka lambat lah CL una tu datang. After seminggu jugak baru una dapat CL.


BILA CL DAH DATANG,APA YANG PERLU DIBUAT?

👉 Kena sediakan bilik untuk CL. Sebabnya biasa CL akan stay in kat rumah kita. Yelah,dia datang jauh dari KL kut kecuali kalau korang memang duk are KL,so takde masalah lah sebab CL akan ulang alik aje. Kalau takde bilik? CL boleh aje share bilik asalkan selesa. Macam una hari tu,kebetulan adik no 2 memang tak balik kampung. So,CL una yang bernama Kak Santi tu stay kat bilik tu lah.

👉 Sediakan bahan mentah untuk dia masak. Biasanya lepas kita buat confirm booking (bayar deposit),pihak Natalis akan hantar emel resit deposit,senarai bahan mentah dan jadual kerja CL. So,dalam list bahan mentah tu,pilihlah ikan yang korang nak,sayur dan apa2 ajelah. Bak kata mak una,senarai ikannya semua ikan golongan have have,hahahaah. Una sediakan hari tu ikan salmon,ikan merah ngan ikan siakap aje. Sayur dan buah pun kena sediakan jugak untuk memudahkan CL masak. Nak sediakan banyak mana? Una sediakan bahan mentah seminggu sekali. Setiap hari Jumaat,mak ayah una akan beli bahan mentah sebagai restock lah. Best tak CL masak? Let me share


Ni untuk breakfast,namanya Lempeng Oat. Ada 2 jenis kak Santi buatkan, Lempeng Oat Milo dengan Lempeng Oat Madu. (in pic yang madu). Selalu Kak Santi akan tanya una setiap pagi,nak yang mana. Nampak tak comel kan? Tapi sedap dan mengenyangkan,suggested untuk yang nak diet howkay 👍


Lauk lunch 1 (guna ikan siakap,tak tahu apa nama lauk)


Lauk lunch 2 (guna salmon,grill)


Lauk lunch 3 ( guna ikan merah,masak steam)


Lauk lunch 4 (guna ikan merah,buat sup)


Lauk lunch 5 (guna salmon,buat 3 rasa)


Lauk lunch 6 (guna ayam, buat masak merah kut namanya,hahaha)


Lauk lunch 7 (guna daging,buat sup)


Lunch lauk 8 (masak pindang,kerabu ulam pegaga tu kan win sangat)

Dan ada banyakkkkk lagi lauk yang Kak Santi buat. Paling best ialah masak sos. Tak kisahlah guna salmon atau ayam,memang giler power sedap (tapi sorry sebab takde pic,selalu lupa nak snap bila nampak masak sos,hahahaah)

Ada jugak Kak Santi masakkan sup daging untuk una tau,masa tu dah 30 hari lebih berpantang lah. Bak kata mak una,kena ajar ajar jugak perut tu makan slow2,hehehe. Sup daging Kak Santi memang power sebab 1 rumah makan sup tu cakap sedap 😜

Opps,sebelum terlupa. Untuk rutin makan una,pagi una makan lempeng tu (kadang tak makan pun sebab tak sempat), tengahari una makan nasi ngan lauk2 macam kat atas dan belah petang una makan lauk sahaja macam kat atas. Una tak ambik nasi sebab nak bagi berat turun lagi cepat,hahaha

For info jugak,CL akan masak setiap kali nak makan. Bukannya sekali masak then panaskan. Kiranya kita akan sentiasa makan masakan fresh dan panas2,wuuuu sedappppp. Ok,next please!

👉 Sediakan bengkung sendiri dan batu tungku. Memandangkan una ambik pakej ekonomi,so semua rawatan akan disediakan hanya sebelah pagi. Maka sebelah petang kena prepare barang sendiri tapi still CL yang tolong. Belah petang tu biasanya kak Santi akan panaskan tungku una bila una mandi. Then,una bertungku sendiri aje atas katil. Nyaman wei sebab segalanya siap. Biasanya belah petang,una akan tungku perut sahaja. 


APA YANG CL AKAN BUAT SEPANJANG STAY?

Pakej rawatan akan dimulakan pagi tau. CL akan bangun jam 6 pagi untuk mulakan persiapan. Kak Santi memang bangun awal dan biasanya dia makan dulu untuk tenaga dia nak kerja. Dan segala rawatan adalah mengikut pakej yang kita pilih.

1. Sediakan air mandian herba

Mandian ni memang best sangat2,sebab dicampur dengan pelbagai jenis daun yang una sendiri tak tahu,yang una tahu dia ada letak daun pandan wangi ngan limau kasturi. Selain tu,una tak kenal apa nama daunnya. Mandian ni Kak Santi sediakan pagi dan petang,rasa fresh dan wangi aje tubuh bila siap mandi. Macam una,una akan stress malam2 sebab Haura jenis menangis meraung nak tidur malam dan susah sikit nak tidur. So,mommy nya mesti tak cukup tidur. Air mandian ni lah yang akan segarkan una balik.

2. Bersauna

Rawatan ni adalah yang pertama yang perlu una buat bila bangun pagi. Kak Santi akan panaskan sauna dan duduklah iolls dalam tu. Lama mana? Ikut suka hati lah,hahaha. Una biasanya akan duk dalam tu 20-30 minit aje,lebih2 tak mampu sebab panas. Sauna ni CL yang akan bawak tau,kita hanya perlu sediakan kerusi sahaja untuk duduk kat dalam. Masa kita bersauna ni,CL akan menguruskan baby. Sauna ni setiap hari.

Err,secara jujurnya una tak suka sauna sebab panas!hahahaha. Sebab tu pic pun tak ada,hahaha

3. Bertangas

Rawatan ni dibuat selepas kita siap bersauna,sebelum kita nak mandi. Yang ni memang best,sebab dia berwap panas. Kak Santi akan panaskan 1 batu tungku dan letak celah kangkang kita pastu dia akan siram air jamu kut then biarkan wap tu naik. Bertangas ni una buat 3 kali seminggu (ikut pakej una). Batu tungku ngan air jamu tu CL akan bawak yer,no need to worry.


Ni bila dah siap bertangas


Ni lah bertangas yer 😁

4. Berurut

Yang ni paling win sebab 44 hari lah badan diurut. Yang ni memang syok habis lah orang kata. Lenguh ke apa memang takde langsung. CL akan urut belakang badan dulu,depan termasuk breast untuk banyakkan susu dan last sekali kepala. Segala item keperluan berurut CL yang sediakan. Dahlah dia siapkan tempat macam spa haa 👇


Syok kan nampak? Biasanya una akan pasang radio time ni,pastu tak sedar diri tertidur,hahaha. Kain batik alas tilam tu pun CL bawak tau.

5. Bertungku

Dah siap berurut,CL akan tungku seluruh badan kita. Pun best yang ni. Batu tungku ni pun CL yang bawak sendiri,kiranya CL bawak 2 batu lah. 1 untuk tangas,1 untuk tungku. Mula2 CL akan tungku badan kita belah belakang,then bahagian depan. Even breast pun akan ditungku untuk elakkan bengkak susu. Biasanya una selalu request kat perut lama sikit ngan kaki. Perut sebab tak nak flabby dan kaki plak sebab lenguh berdiri malam2 duk dodoi si baby. Kak Santi selalu layankan aje apa2 yang una request sepanjang rawatan.

Bestnya tungku ni sebab dia balut ngan daun pisang,so bau dia wangi sepanjang kita bertungku. Opss,yang ni pun setiap hari jugak.


6. Berbengkung

Untuk bengkung pulak,pihak Natalis memang akan berikan 1 bengkung pada kita secara PERCUMA. Bengkung dia best sebab homemade tau,dan bila dipakai memang kemas giler. Tak sempat lah lemak nak menyelit keluar + makan pun akan cepat kenyang,hahaha. Yang ni memang wajib lah setiap hari buat kan,kalau tak boncit nanti haa. Sorry sebab takde pic.

7. Scrub

Yang ni selalu una tunggu tau,sebab syokk! Yang ni seminggu sekali aje kalau mengikut pakej una lah. Biasanya Kak Santi buat hari Khamis. Dia akan gonyoh sental seluruh tubuh tau kecuali kepala aje. Lepas tu memang lembut aje rasa. Kebetulan sepanjang pregnant,una memang alami masalah kegelapan. Gelap kat leher,muka,siku. So far,kulit iolls menjadi lebih lembut gitu.

Scrub ni dibuat selepas kita siap bersauna dan bertangas.



7. Masakan Ibu Dalam Pantang

Yang ni memang acara wajib lah. CL akan sediakan makanan untuk ibu,segala details dan jenis lauk macam una cakap seperti di atas nun di sana lah yer.

8. Jaga Baby

Yang ni haraplah maklum,sama ada ambil pakej ekonomi ke atau eksklusif ke,CL memang akan jaga baby pada WAKTU SIANG SAHAJA. Sebab waktu kerja CL ialah dari jam 6 pagi sehingga 8 malam. Tapi Kak Santi yang una dapat jenis tak berkira. Kadang sampai 9 malam,dia duk teman baby lagi sementara una uruskan Hannah. Kiranya waktu siang adalah waktu rehat untuk ibu2 sebab semua CL handle kecuali time menyusu lah,hahaha

Sebab tu una boleh duk beriklan bisnes kencang waktu siang,layan customer 🙊


Untuk baby ni, Kak Santi akan mandikan baby jam 8.30 pagi,then bertungku serta berurut. Haa kiranya apa yang mak dapat,baby pun dapat. Macam pergi spa anak beranak lah katakan.


Baby ambik angin petang luar rumah


9. Cuci Pakaian Ibu Ngan Baby

Ini merupakan salah satu faktor utama kenapa una hire CL. Well,as we know,bab kain baju jer sejak lahir sampai bila-bila pun rasanya memang tak akan pernah selesai,malas lagi ada,hahaha. Untuk pakaian una ngan baby termasuk Hannah dan abahnya memang SEMUA Kak Santi basuh. Yelah,sebab tak susah pun kan,just masukkan dalam mesin. Yang baby aje,basuh tangan. Pulak tu rumah una pakai dryer,lagilah mudah kerjanya. Biasanya una minta Kak Santi basuh baju 2 hari sekali.

Pakejnya siap Kak Santi lipat dan gosok lagi. Untuk baju sekolah Hannah memang una tak pernah gosok lagi setakat hari ni,semua Kak Santi gosok termasuk tudung Hannah. Part kain baju ni memang salute kat Kak Santi sebab sampai ke baju mak ayah dan adik2 una sekali dia tolong keringkan dan lipat. Adik una yang bongsu,Amin lah yang paling best. Yelah,dia balik hujung minggu ngan baju busuk,pastu Kak Santi tolong semua sampai lipat tau.

Alhamdulillah,bersyukur sangat dapat CL yang ringan tulang macam ni. Pulak tu sepanjang pantang hari tu,una dilanda satu penyakit tau. Penyakit tak suka pakai cadar sama. Setiap 4 hari kut una tukar,dan setiap kali tu lah Kak Santi tanpa jemu akan jemur cadar kat luar rumah. (Cadar tak best sangat kalau dikeringkan,tak wangi)


una lanjer pic Hannah ngan Kak Santi yang dia panggil aunty ni. Baju sekolah Hannah yang sentiasa disediakan oleh Kak Santi (ni last day before Kak Santi balik)


10. Buat Kerja Rumah

Yang ni memang ada Natalis maklumkan tapi una takdelah berharap sangat. Sebab una pernah baca 1 posting Natalis yang mengatakan CL ni bukan maid. Yup,sangat betul. Kalau rasa nak orang kemaskan 1 rumah kita,silalah hire maid bukan CL yer.

Tapi CL akan buat jugak beberapa kerja untuk kita :
👉 kemaskan katil (yang ni selalunya una buat sendiri sebab kadang tak suka susunan bantal dan lipatan selimut tak sama macam una buat 🙊)
👉 bersihkan bilik. Una selalunya akan mintak Kak Santi vacuum hari2 bilik una memandangkan sejak dulu kala una memang tak suka bilik bersepah,rasa serabut. Even kalau nampak ada rambut sehelai pun dah rasa bilik una kotor,hehehe.
👉 cuci tandas. Yang ni pun CL buat tau,una serious terkejut! Dia akan buat sekali seminggu.

Rasanya yang utama yang itu ajelah. Tapi Kak Santi yang una dapat ni rajin berdooh kata orang Ganu. Dia selalunya akan vacuum sekali ruang keluarga,sapu dapur,basuh pingan mangkuk siap pakej cuci dapur ngan tepi2 lagi. Nah,bukti 👇


So far una sangat berpuas hati dapat CL macam ni.


CL MAKAN MACAM MANA?

Aikk,CL makan guna tangan dan mulut lah,hahahaha. Ok,untuk makanan CL dia macam ni yer. Kalau kita ambil pakej Ekonomi,makanan CL perlu disediakan oleh kita,tak kisahlah sama ada CL makan makanan sama ngan ibu berpantang atau makanan lain. Macam una,Kak Santi ni akan makan sama macam family una makan. Suka sangat Kak Santi sebab katanya seronok makanan sedap.

Kak Santi paling suka ialah keropok lekor,siang malam pagi petang dia hadap tu pun tak apa. Dah lah dia rajin goreng,pastu semua family una pun akan mengadap sekali,hahaha. Part paling best bila mak una kenalkan Kak Santi ngan budu. Mula2 Kak Santi cakap dia tak suka,lepas sekali dia rasa,hari2 duk tanya budu siap mak una bekalkan 2 botol budu kat dia untuk bawak balik KL.

Ok,kalau untuk yang ambil pakej Eksklusif,CL akan bawak bahan mentah sendiri. Dia akan masak menggunakan bahan yang dibawak tu,so pihak customer tak perlu pening nak fikir CL makan apa. Tapi kata Kak Santi,sepanjang dia jadi CL ni,walaupun ada yang ambik pakej eksklusif,biasanya pihak customer suruh makan apa yang ada dalam rumah tu. Tapi yang ni depends lah.


CL DATANG NAIK APA? BALIK PULAK MACAM MANA?

Sebelum tu una nak share yer, Natalis ni cover pakej berpantang menggunakan CL ni di SELURUH SEMENANJUNG, diulang SELURUH SEMENANJUNG. Sebab ramai yang duk pikir,bukan KL aje ke ada. Siap ada yang pm una tau tanya una pantang kat KL ke,hamboiii metropolitan sangat berpantang kat sana,😂
Kiranya hanya Sabah Sarawak aje yang tak masuk coverage Natalis ni.

Untuk pengangkutan pulak, memang pihak Natalis akan kenakan caj lain untuk customer cover kos pengangkutan. Berapa tu depends pada kawasan kita tinggal. CL akan datang tempat kita menggunakan bas dan pada hari dia bertolak,pihak Natalis akan wasap kita inform details tiket CL beserta pic dia menaiki bas. Yelah,macam mana kita nak kenal kan?


Ni gambar Kak Santi yang pihak Natalis hantar,so senang nak cam waktu nak pick up nanti.

Untuk pengangkutan pulang pula, CL akan bagi kita duit untuk belikan tiket bas. So,kita just carikan tiket aje yer,duit CL bagi (walaupun sebenarnya tu duit kita jugak yang dah dibayar,hehehe). Then,kita maklumkan lah pada pihak Natalis tentang kepulangan CL semula. Una siap send pic jugak tau,


Nampak tak handbag Kak Santi berlainan? Tu kerja mak una lah tu hadiahkan handbag Bonia dia kat Kak Santi. 
P/S : mak una memang peminat Bonia. Dia suka beli handbag jenama tu,pastu pakai sekali aje then pass kat orang. Orang yang selalu dapat ialah una sebab una memang giler handbag 😜.


BILA KENA BAYAR FULL PAYMENT?

Ok, untuk full payment biasanya pihak Natalis maklumkan,customer perlu buat baki bayaran apabila CL tiba di rumah. Takdelah maksud dia,hari ni CL sampai hari ni jugak kena bayar tapi buatlah pembayaran dalam minggu pertama CL kat rumah kita. Kiranya kita buat payment untuk baki 70% lagi dari total sebenar.

Rasanya macam una dah bagitahu semua benda pasal pengalaman ada CL ni. Tapi una nak jawab 1 lagi soalan yang una dengar belakang2 telinga.



UNA MEMANG BANYAK DUIT KE NAK BAYAR CL NI?

Ok baiklah,untuk soalan ni una jawab dengan ikhlas yer. Ramai orang fikir una macam mampu ke nak bayar sampai beribu riban siap ada yang cakap,daripada bayar CL banyak tu baik menyimpan aje. Ok,benda ni sebenarnya atas kehendak masing2. Kalau rasa macam membazir dan boleh berpantang sendiri, up to you. Tapi una pilih CL sebagai perkhidmatan yang boleh membantu una + reward diri jugak after penat mengandung. Untuk CL ni sebenarnya una suami isteri cover separuh sorang dan kitorang dah start menyimpan lama dah.

Menyimpan pakai duit gaji ke? Boleh. Tapi una menyimpan menggunakan duit gaji bisnes. Dah ada bisnes best macam GSTAR,insyallah takde masalah nak hire CL. Even una pernah berlawak ngan suami,kalau katakan ada takdir pregnant lagi,una ambik pakej eksklusif yang 2 CL terus tau  (pakej 22k).

Kalau nak cari duit segedebuk macam tu,memanglah susah sikit tapi elok kita ajar diri menyimpan + boleh buat jugak sebagai target sales dalam bisnes. Haa gitu. Even suami una sendiri pun tak spend duit gaji dia untuk belanja isteri pakej CL ni,dia pun ada side income dia sendiri.

Bagi una,benda macam ni tak perlu tunggu banyak duit,kalau kita betul2 nak dan menyimpan,insyallah boleh hire jugak.


PERKARA LAIN YANG KORANG PERLU TAHU PASAL NATALIS

👉  Setiap hari CL memang akan pakai BAJU NATALIS SAHAJA. Sangat profesional kan? Walaupun jauh di perantauan,tapi etika kerja masih perlu dijaga. Memang Kak Santi pakai tshirt natalis tau. Ada warna hitam,purple,pink gelap dan pink terang. Orang datang melawat mesti akan selalu tertanya-tanya.

👉 Segala item macam param,pilis dan tempel akan dibekalkan. So,tak perlulah kita sediakan minyak bagai (walaupun una memang sediakan jugak).


👉 Pihak natalis juga menyediakan tungku baby serta minyak telon untuk baby. Haa senang kan? Tungku baby tu just panaskan guna iron sahaja. Minyak telon pun bau wangi. Cumanya una tak guna lagi tungku baby tu sebab una masih tradisional sikit,gunakan pasir.

Alaaaa,janganlah terkejut pulak. Una guna pasir halus. Setiap pagi sebelum baby mandi, Kak Santi akan panaskan pasir tu macam goreng lah dalam kuali tapi jangan guna minyak pulak. Then letak atas kertas pastu balut ngan kain,una guna tuala good morning aje then ikat getah. Pastu tungku ajelah baby,pasir kan tahan lama kepanasan. So,takdelah kejap2 kena gosok kat iron. Haaa gitu,ada yang first time dengar ke? hehehe


Ok,yang kanan tungku Natalis sediakan,yang kiri tungku pasir una (una buka ikatan dia tu semata-mata nak tunjuk kat korang)

👉 Baby hanya dijaga pada waktu siang sahaja,malam memang 100% parents handle sendiri. Boleh kalau kita nak minta CL yang datang tu jaga malam,tapi chargenya RM100/night ok. Kalau rasa betul2 nak rest lagi,ambiklah pakej 2 CL,sorang jaga siang sorang jaga malam. Tak mahal mana pun,22k sahaja 🙊

Rasanya itu sahaja yang una nak share pengalaman sepanjang 44 hari berpantang. Ada orang tanya,kenapa 44? Aishh,suka hati kita lah nak berapa hari pun kan,hahaha. Kalau ada yang korang rasa nak tanya ke,boleh drop komen yer. Tapi kalau katakan nak tahu details lagi,mohon direct ke official social media Natalis Mothercare ok 
👇

Instagram : Natalismothercare
Whatsapp : +60 10-387 4718

Terima kasih sebab sudi membaca review panjang una ni,harap sangat dapat membantu mana-mana insan yang nak guna CL dan nak tahu pengalaman menggunakan CL. Una pun nak ucapkan jutaan thanks kat Natalis Mothercare sebab sediakan perkhidmatan superb ni. Una tahu berkaitan CL ni dah 3 tahun lepas bila tengok retis guna. Moga setiap yang una share boleh dijadikan panduan semua.

Una pun dah selamat habis pantang 44 hari,dah selamat turun 16kg walaupun parents una cakap orang zaman sekarang makanan pantang dia sedap2 (sebenarnya semua low kalaori dan full of nutrisi yang sepatutnya).

Assalamualaikum.



SUSU YANG SESUAI UNTUK ANAK EKZEMA?

Saturday, June 29, 2019

Assalamualaikum

Pening dan stress nya bila anak ekzema. Dah tak tahu nak buat apa dah 😓

Una yakin ramai mommies yang serabut berkaitan hal ni kan? Yelah,lepas satu,satu susu  yang nak kena tukar. Mula2 guna susu ni,tak jalan,dah tu guna yang ni pulak,tak move on jugak.
So,how come??

Ok,cuba tengok baby ni jap?


Then 


Lepas tu?


Rasanya apa perasaan mak baby ni bila anak dia dah fully recover sepenuhnya?
Confirmlah dia gembira kan?

Susu apa yang baby ni minum sampai boleh settlekan segala ekzema dia yang teruk tu?
Pastinya dia ikhtiar dengan SUSU R RAYYAN AL-AIN GOLD


Susu ni sangat membantu kerana :
📌 TIADA LAKTOCE digunakan dalam pembuatannya
📌 Susu yang berPREMIUM KUALITI dalam semua perisa R Rayyan
📌 Memang dirumus khas untuk bayi dan kanak-kanak yang mempunyai masalah kulit terutama ekzema.

Nak tahu kelebihan lain lagi? Boleh,let me paste the picca yer 😉


Kalau still rasa macam takut nak try kan? Yelah,una faham bila kita dah banyak kali tukar susu ni,mesti dah malas nak try itu ini,lagi2 bila baca kat blog aje. So,no worries, boleh direct whatsapp una untuk dapatkan FREE SAMPLE SUSU AL AIN 

Haaa,kami di GSTAR ni bukan nak berniaga sangat tapi more kepada nak membantu ibu bapa yang mempunyai masalah macam ni lah. Sebabnya di kalangan kami sendiri pun ada masalah macam ni kan,so why not we share the solution. Everything atas kehendak Allah jua.


Harapnya sharing kali ni dapat membantu mommies yang kerisauan bab EKZEMA ni,

Sincerely,
Una Husna
Admin HQ GSTAR
013 2007666




Vitamin Apa Yang Best Untuk Kanak-kanak

Monday, April 01, 2019

Assalamualaikum

Alhamdulillah,malam ni una rasa rajin nak share tentang kebaikan 1 vitamin ni. Sebenarnya una gunakan vitamin untuk Hannah sejak usia dia 1 tahun lagi tau dan una rasa macam "wow,feedback dan result vitamin ni memang bestlah".

Let me paste the picca first k


Ini adalah koleksi vitamin daripada trusted brand, GSTAR

Ok,jom una share vitamin apa yang ada dalam gambar ni.

1. GSTAR KIDS PERISA FRUITY
2. GSTAR KIDS PERISA COKLAT
3. GSTAR BIOKARE ( label warna hijau)
4. GSTAR VTEEN ( label purple )
5. GSTAR VTEEN ENHANCE ( label hitam)

Kesemua vitamin kat atas ni ada fungsi masing-masing tau,so senang sangat kalau korang nak try. Kira boleh pilih mengikut keperluan dan kehendak anak masing-masing.

1. GSTAR KIDS PERISA FRUITY
👉 untuk kanak-kanak yang berusia setahun dan ke atas
👉 ada 3 perisa yang best iaitu grapes,strawberry dan orange.
👉 60 biji/botol (kira tahan untuk sebulan)
👉 boleh meningkatkan tahap keaktifan anak-anak, pengganti gula-gula
👉 membantu anak-anak lebih fokus dalam pelajaran terutamanya.

2. GSTAR KIDS PERISA COKLAT
👉 untuk kanak-kanak yang berusia setahun dan ke atas
👉 rasa coklat sepenuhnya
👉 60 biji/botol (kira tahan untuk sebulan)
👉 boleh meningkatkan tahap keaktifan anak-anak, pengganti gula-gula
👉 membantu anak-anak lebih fokus dalam pelajaran terutamanya.

3. GSTAR BIOKARE
💜 untuk kanak-kanak yang berusia setahun dan ke atas
💜 orang dewasa pun boleh makan tau
💜 60 biji/botol
💜 rasa orange + vanilla
💜 biokare ni khas untuk pencegahan penyakit common macam demam,selsema dan batuk.
💜 kiranya kalau nampak ada simptom nak demam ke,boleh cepat-cepat kunyah biokare.

4. GSTAR VTEEN
💚 untuk remaja bermula usia 12 tahun sehingga orang dewasa.
💚 rasa strawberry
💚 kebaikan dia sama macam GSTAR KIDS, cumanya ada penambahan bahan khas untuk kestabila hormon. Maklum lah remaja kan selalu ada problem ngan acne dan skin yang macam-macam kan. Suggested sangat untuk try

5. GSTAR VTEEN ENHANCE
💛 Sama macam segala details GSTAR VTEEN tapi dah nama pun enhance kan,confirm ada boosternya tersendiri.
💛 penambahan bahan seperti lutein (khas untuk mata),sebabnya remaja kan suka layan phone sampai 24 jam,hehehe
💛 penambahan ARA + DHA untuk ketajaman akal fikiran.


Haaa,amacam complete kan kesemua vitamin ni. Yang bestnya harga berpatutan setanding kualiti. Pendek kata,seisi keluarga boleh consume mana-mana vitamin mengikut kesesuaian masing-masing. Una nak share testimoni sat


Mak mana yang tak gembira kan bila kesan vitamin boleh nampak proven dalam keputusan anak-anak. Yang penting,apa-apa vitamin sekalipun korang kena konsisten. Jangan lah cakap dah makan habis sebotol, sama aje.

Come on mommies, ini bukan vitamin magic yang boleh ting ting bijakkan anak anda. Usaha untuk berjaya pun kena ada tau tau tau. This supplemen sebagai pembantu sahaja. 

Nak tempek jugaklah muka budak Hannah yang suka sangat vitamin ni. Opppss,sebelum terlupa vitamin GSTAR KIDS memang selalu cari masalah ngan mak-mak tau. Apsal pulak?
Sebabnya bila anak dah start makan,diorang tak reti berhenti. Maklumlah rasanya sedap,memang selalu mencari si botol oren ni haaa


Setiap pembelian juga akan diberikan pouch bag comel just in the picca ladies. Syok kan?

So,kalau mommies out there yang rasa macam nak cuba,nak test boleh segera whatsapp una yer,

📞 013 2007666

Nak lagi best,ni haa boleh beli SET GENIUS KIDS (boleh campur vitamin/kalau nak kongsi order ngan kawan pun boleh).

✔ Lebih menjimatkan
✔ Free postage
✔ Boleh share testimoni sama-sama


Rasanya setakat itulah yang una nak share malam ni. Moga-moga posting ni mendapat manfaat buat semua. Wassalam

Una Husna
013 2007666
Your Trusted GSTAR Leader

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in