Tugas Berat Untuk 2016

Thursday, December 31, 2015

Assalamualaikum...
Fuhhh,entry terakhir di tahun 2015 ni. Minggu ni minggu sibuk aku bermula dah. Sekolah punya meeting and segala macam agenda dah mula berjalan balik,makanya kaki tangan pun mulalah bekerja semula.

Untuk tugas dan jawatan aku for 2016,alhamdulillah semakin berat. Bersyukur lah kan sekurang-kurangnya ada jugak kerja dan aku selalu fikir setiap tahun gaji makin naik,so mestilah kerja pun makin berat. 2016 sangat mencabar sebabnya aku ditugaskan untuk menjadi Penyelaras UPSR 2016 termasuk guru kelas Tahun 6 jugak. Ermmm...walaupun aku dah ada pengalaman sebelum ni tapi kali ni sangat berbeza sebabnya aku mengajar subjek Bahasa Inggeris. Kalau tahun 2013 dulu,aku ajar Matematik tapi kali ni sangatlah berbeda.

Jawatan khas aku masih sama iaitu guru SPBT (buku teks),jawatan yang selalu bergaduh ngan pembekal,main ngan cop and stamp pad,tulis-tulis nombor...tapi enjoy ajelah kan. Misi aku untuk 2016 sebenarnya nak ceriakan bilik SPBT aku tu tapi dah jadi berdouble lah pulak sebab kena hias kelas sekali. Lets pecahkan otak nak cari tema and design untuk kelas Tahun 6 plak. Apapun aku berdoa dan berharap aku tabah menghadapi 2016 yang aku tahu penuh dengan suka duka nanti.

Disebabkan kerja dan tugasan aku yang makin melambak,maka aku dah berjaya setelkan mana-mana kerja like lengkapkan buku RPH,siapkan RPT dan benda-benda wajib lah kiranya. Tak nak bagi rushing and serabut kepala kalau asyik hold aje. Untuk 2016,aku memilih tema chevron dan owl untuk hiasan aku. Harap-harap aku akan semakin rajin jugak. Alhamdulillah untuk 2015,usaha aku menghias kelas dalam keadaan sarat hari tu berbaloi jugak sebab sekolah anugerahkan aku benda ini.

Dapatlah seketul hamper dan almost items kat hamper semua dah selamat masuk perut hubby aku,hehehehe..

Aku harapkan jugak kepada followers dan pembaca blog aku ni akan terus sukses pada tahun 2016 dan ingatlah semakin matang umur kita,ujian yang Allah berikan jugak semakin berat. Namun ia hanya sebagai peringatan yang Allah rindu dan sayangkan kita.

Akhir kalam,jom bersemangat untuk tahun baru dan tunaikan mana-mana azam yang tak tercapai lagi tu. Aku dah bak tidur ni,esok ada gotong-royong kut kat sekolah. Minggu ni straight aku bersekolah. Aku rasa ramai golongan cikgu-cikgi dah mula bekerja macam aku.hehehehe

Jumpa lagi tahun depan,wassalam.



Tudung Top of The Year

Wednesday, December 23, 2015

Assalamualaikum...
Beberapa weeks tinggalkan blog dan alhamdulillah hari ni dapat menulis lagi. Dah baca tajuk entry?? Haaa...apa benda plak tudung top ni?

Ekceli,aku cuma nak kongsi rasa bersyukur atas rezeki yang Allah berikan. Dalam bulan 11 hari tu, ByHannah Couture keluarkan satu design tudung yang dinamakan Alisha Instant Shawl. First batch,tailor kitorang buatkan 3 kodi aje iaitu bersamaan 60 helai. Maklumlah kami ni,bisnes kecik-kecik aje,so kuantiti pun tak banyaklah. Namun rezeki Allah siapa yang tahu kan? Tak sampai 3 hari,stok dah licin!! Memang terkejut habislah kitorang. Dah tu siap ada customer yang request nak kaler tu nak kaler ni..

So,kitorang pun restock untuk batch ke-2. Kali ni up sikit,100 helai..tudung baru aje sampai,orang berebut-rebut dah pilih kaler siap2,dah tu seminggu aje stok liciin. Aku ngan hubby pening jugak sebab nak kena restock lagi. Tapi takpe,tailor kami yang baik hati siapkan  lagi 200 helai untuk batch ke-3,haaaa kali ni ambik masa seminggu lebih baru sold out. Dan hari ni,kami restock lagi kali ke-4 untuk Alisha ni. Fuhhhh,nasib baik tak habis kain kat kilang kain tu...hahahahaha.

Memang ramai yang berkenan ngan Alisha instant ni sebabnya dia ada pilihan warna melebihi 20 kaler kut. Sedap nak pilih lah kan orang Ganu kate. Dah tu material dia plak daripada heavy chiffon  terbaik dan tak jarang langsung. Paling best,instant ni labuh dan boleh dilaraskan,maknanya kalau nak pakai labuh boleh,singkat pun boleh. Tu yang ramai betul duk memulun tu. Harga?? Mula-mula kitorang kasi RM30 sehelai tapi disebabkan laku keras sangat,maka kitorang mark down harga to become RM25 only. Kali ni punya tsunami customers memang lain betul..haaa,mesti ada yang tertanya-tanya,camnelah rupa bentuk Alisha instant ni kan?Ini lah dia Alisha...

Cantik kan? Memang awesome sesangat. Korang nak warna apa,semua ada. Siap ada hakak tu beli 11 helai,katanya lawo sangat..alhamdulillah,thanks hakak gojes!

Kepada korang yang nak order,boleh wasup di no yer 019-9835136. Insyallah akan direply secepat mungkin. Nasib baik sekarang aku ngan hubby dah hire staff,lega sikit kerja kami.

Haaa...sebelum terlupa,lagi satu kan Alisha instant ni dah masuk vendor jugak. Alhamdulillah rezeki lagi. Sesiapa yang berada di area Marang,bolehlah singgah ke Kiut-Miut Vendor Store if nak tengok kegojesan Alisha ni.


Ni antara warna-warna yang ada kat vendor. Serius cantik.

Opsss,satu lagi nak bagitau ni,if ada antara korang yang baca blog aku ni tak kiralah student ke,surirumah ke,pakcik makcik ke atau korang bekerja sekalipun if rasa nak tambah duit bulanan,boleh whatsapp no ni yer 019-9828948 (mie). Insyallah ByHannah Couture akan tolong korang untuk tambah pendapatan asalkan korang rajin berusaha aje. Dah ramai yang join terutamanya surirumah lah dan alhamdulillah mereka berjaya. Korang tak perlu keluarkan modal pun. Aku nak ingatkan yer,ini bukan MLM sebab ketahuilah korang akulah insan paling anti MLM.

Pssst,jangan tak tahu...ada seorang akak yang join ByHannah Couture ni kan siap dapat beli gelang emas harga 1k lebih kut hasil dia follow kami. Sape yang tak nak memang rugi lah. So,jom ramai-ramai tingkatkan pendapatan zaman-zaman kos hidup tinggi ni. ByHannah Couture just nak tolong aje.

Sebelum aku end up aku punya entry ni,jom LIKE page ByHannah Couture ni


And follow kami di Instagram jugak untuk dapatkan updates terbaru kami yer.


Sebelum tu aku nak explain dulu,ada lah a few people yang pm kitorang tanya, page ngan Instagram kitorang tak meriah langsung and tak ramai followers pun tapi selalu post tudung sold out,jual macam mana?? Haaa,sebenarnya ByHannah Couture aktif sangat2 secara offline. Yelah,tudung baru sampai dah sold out,bila masanya kami nak upload. Jadinya dapat share hasil jualan ajelah. Tu yang better whatsapp aje kami sebab senang kami nak inform warna yang still available. So,janganlah ada yang terfikir kami ni post status mengarut atau palsu plak,hehehehe... Tak baik tau pikir kitorang camtu.

Rasanya itu ajelah aku nak share untuk entry kali ni. Kepada korang yang selalu singgah baca entry kat blog aku ni,thanks aku ucapkan. Ada jugak yang sudi baca tulisan aku yer. Nak cantik,nak cun,nak gojes...ByHannah Couture here,with our trademark IDEAS FOR GORGEOUS.
Wassalam.

Tips Travel Ngan Baby

Monday, December 07, 2015

Assalamualaikum...

Kali ni entry mak- mak pulak yer. Korang suka travel?Tapi ada baby?Haaa...tu lah persoalan yang ada dalam fikiran aku lepas aje aku bersalin hari tu. Aku memang suka travel sana sini,tak kisahlah dalam atau luar negara,yang penting namanya travel. Bila ada Hannah,aku selalu pikir boleh ke aku travel lagi? Dah tu Hannah plak jenis tidur mesti nak berbuai..tak kan nak hangkut buaian yang besar gedabak tu sekali ke hotel. Pulak tu ada member aku cakap,buat masa setahun pertama ni tak yah lah pergi mana-mana sebab masih ada baby. Aku??? Memang tak boleh terima fakta tu sewenang-wenangnya,maka aku ngan suami,buatlah satu percubaan berani mati kitorang...hahahahaha

Untuk percubaan pertama tu,sememangnya aku ngan hubby buat prepation yang kaw-kaw,maklumlah masa tu Hannah baru umur 2 bulan seminggu,still kecik lagi. Apa yang kitorang buat,plan tempat kitorang nak pergi sekali ngan tempoh masa lagi. Pastu segala keperluan Hannah kitorang bawak sekali untuk memastikan Hannah still rasa macam kat rumah. Jangan tak tahu,kitorang bawak sekali buaian dia tau..masa tu memang rasa agak segan lah tapi belasah aje. Actually hubby aku jer kut yang rasa sebabnya dia yang heret buai tu...hahahaha

Alhamdulillah untuk trip pertama tu,Hannah sangat behave. Sangat kami tak jangka and for your info,Hannah langsung tak guna buai yang kitorang heret tu...unbelievable betul. Tapi mommy ngan abah so happy sebab dlam kepala mommy ngan abah ni,ada banyak tempat lagi nak jenjalan.


Lepas tu,almost every weekend kitorang ke sana sini atas sebab kerja and Hannah become more matured with traveling situation,alhamdulillah. Mak ayah aku merangkap aki ngan opah Hannah ada jugak berbunyi sebab selalu bawak Hannah ke sana ke mari tapi nasib diorang faham situasi aku ngan  hubby yang selalu ada kerja...hehehe

So,after beberapa kali travel...aku rasa nak share lah jugak pengalaman travel ngan baby kecik ni,bukanlah tips sangat  pun,tajuk entry aje nak kasi gempak sikit...

1) Korang kena faham dulu jadual rutin baby korang tu. Contohnya waktu tidur dia,diapers time and also feeding time dia. Sebab setiap baby tak sama rutinnya. Jadual rutin baby ni penting untuk tahu sebabnya senang kita nak adjust masa nak pergi mana-mana atau nak sediakan bahan ke,barulah baby tak rasa terganggu.

2) Destinasi travel. Untuk pertama kali,seeloknya pilihlah tempat yang dekat dulu. Bukan apa,baby tak biasa tidur dalam kereta,sometimes kereta bergegar ke,bunyi hon ke,bising ngan radio lagi..sebab tu kena pilih tempat yang jarak dia pendek dulu. Ni kira macam latihan travel untuk baby lah. If baby ok,so kita boleh ansur maju kan jarak travel,maksudnya makin jauh lah. Kurang-kurang baby dah biasa ngan keadaan dalam kereta and kita sendiri tak gelabah kalau baby meragam dalam kereta.

3) Keperluan baby lengkap. Ok,ada anak ni sememangnya memerlukan space yang banyak dalam kereta,sebabnya nak hangkut keperluan dia. Contohnya kalau anak tidur berbuai,mula2 travel angkutlah buai tu..yes memang serabut tapi dah ko nak sangat jalan-jalan kan walaupun ada anak kecik,maka silalah berkorban jugak...hahahaha. Keperluan ni maksudnya apa yang baby selalu dapat kat rumah,dia akan dapat jugak bila time travel. Selain buaian,keperluan yang still aku bawak sampai sekarang ialah tungku dan iron (iron memang dari zaman aku bujang aku wajib bawak sebab aku nak pastikan tudung aku ok). Walaupun Hannah dah hampir 4 bulan tapi dia still bertungku sebab tak nak bagi dia kembung perut. Itulah maksud keperluan dia. 

4) Travel bag and diapers bag. Ok,yang ni part paling aku jaga. Apa beza 2 bag ni. Untuk aku,diapers bag Hannah ialah beg yang aku akan bawak ke mana sahaja kitorang pergi even tempat tu ambik masa 5 minit aje nak sampai. Apa yang ada dalam diapers bag? Ok,barangan kat bawah ni adalah wajib berada dalam diapers bag Hannah. 


Maksudnya kalau tetiba dia po po kat mall ke atau time diapers dia ditukar ke,senang untuk aku buat. Hannah memang dah biasa mandi dan tukar pampers kat mall,masjid,dalam kereta pun boley baa...lagi satu if dia nak susu,senang korang nak bancuh even dalam kereta.
Untuk travel bag plak,aku akan letakkan semua pakaian yang dia perlukan,susu tambahan,segala barangan mandian dia,mainan pun ada. Haaa...ni kira macam bagasi dia sendiri lah.

5) Keselesaan baby diutamakan. Disebabkan aku ngan hubby dah berpangkat ibu bapa,makanya keselesaan Hannah amatlah kami utamakan. Dalam kereta,kitorang sediakan tilam,bantal dan selimut dia untuk memastikan dia still boleh golek2 macam biasa,main ngan mainan dia atau saja nak baring untuk prektis meniarap. Kadang-kadang baby nak jugak tidur atas tilam,lagi-lagi bila kena sejuk aircond,memang lena lah tidurnya. Pastu satu lagi kan,kalau korang dah start menyoping tu,pastikan jenguk-jenguklah jugak muka jam,mana tau time tu time baby tidur ke,susu ke...sebab kadang baby tak semestinya menangis untuk dapatkan keperluan dia. Kang kesian plak baby lapo..haaa,tu lah bestnya jadi parents,ada banyak pergorbanan perlu dibuat tapi jangan risau baby pun akan belajar adjust masa dia perlahan-lahan.

6) Waktu keluar. Ok,yang ni hubby aku sangat disiplin and takde consideration langsung. Apa maksud waktu keluar? Waktu keluar ni maksudnya tempoh masa baby kat luar. Seeloknya jangan terlalu lama berada di luar sebabnya baby kecik,dia maybe tak mampu nak hadap segala udara kat luar tu terutamanya asap rokok. Lagi satu cuaca panas dan hujan maybe akan memudaratkan baby. Biasanya aku ngan hubby akan keluar pukul 10 pagi sebab time tu semua tempat dah mula beroperasi dan kitorang akan pulang  sebelum pukul 630 petang. Walaupun kitorang ni masih muda kengkononnya tapi ada jugak pesanan orang tua yang masih kitorang ikut. Biasanya waktu mandi Hannah adalah sebelum maghrib dan selalunya 630 petang tu Hannah dah siap mandi dan ready to sleep dah. Sebab Hannah ni jenis tidur awal,so memang kul 6 tu kitorang dah ada kat hotel dah. Malam?? Setakat aku travel ni,rasanya aku tak pernah keluar malam lagi sebab time tu Hannah tidur dan biasnaya hubby jer keluar sensorang,tu pun just untuk cari dinner..hehehe

7) Stroller dan baby carrier. Ok,yang ni aku rasa semua orang dah tau. Ada pro and con dia if guna either one from this. Stroller memang sangat berguna bila nak round-round mall tapi tak sesuai if pergi kedai-kedai kecik,lagi satu kalau baby tidur eloklah guna stroller. Untuk stroller,Hannah bolehlah suka jugak duduk dalam tu tapi syaratnya dia nak mengadap orang,aku ngan hubby selalu ubah seat Hannah supaya dia mengadap kami tapi dia tak suka sangat,sejam dua boleh lagi dia tahan,lama-lama menangis lah. Sebaiknya stroller ni pilihlah yang ringan,ada tempat simpan barang dan senang diurus.
Untuk baby carrier plak,kitorang main beli aje hari tu sebab nak cepat. So far oklah sebab boleh guna kat tempat yang sempit dan memerlukan kita bergerak dengan pantas. Lagi satu tak rasa berat sangat baby berbanding dukung biasa. Cumanya bila baby tidur amatlah kesian,selalunya hubby akan dukung jugak Hannah bila dia dah tertidur. Macam tak sampai hati nak biarkan dia tidur dalam baby carrier tu dengan kepala tergoyang-goyang.


Rasanya itu ajelah yang aku nak cerita untuk kali ni. Harap-harap dapat membantu mana-mana mommies yang teringin nak travel. Lagi satu adalah lumrah baby meragam ketika travel cuma bila selalu travel,baby akan mula adapt ngan situasi travel tu. Setakat hari ni,Hannah masih behave walaupun kadang dia mengamuk jugak dalam kereta sebab nak susu dan tidur.

Bagi aku travel ngan baby ni seronok sebab boleh dedahkan baby dengan dunia sebenar dan tunjuk alam persekitaran like pokok,haiwan etc...

Pssst,kenangan paling best and selalu sangat terjadi pada aku ngan hubby ialah Hannah selalu po po dalam kereta ketika jammed atau odw ke hotel..tahan ajelah bau pekasam anak sendiri dalam kereta yang beraircond,hahahahaha

Jumpa lagi di next entry insyallah,fuhhh panjang betul menulis ni. Harap korang tak jemu lah baca yer...wassalam.




Aku & Interior Decoration

Assalamualaikum...

Yay,finally dapat update blog. MasyaAllah rindu sesangat nak update tapi kekangan masa serius sangat menghimpit.

Kali ni aku just nak share tentang interior decoration. Dah lama sangat aku nak share tentang minat aku yang satu ni. Actually sejak zaman sekolah lagi aku sangat sukakan hiasan dalaman rumah. Setiap kali aku jenjalan umah orang,confirm punya aku ushar satu rumah...hahaha,aku tak tahu kenapa tapi aku sangat sukakan hiasan rumah yang cantik. Rumah aku biasanya akan jadi mangsa,sebab aku sangat suka tukar layout rumah terutamanya ruang tamu.



So,sekarang bila aku dah kerja...lagilah obses aku ni menggila.Dulu masa aku kat Sarawak,walaupun kuarters aku stay tu dah nak roboh and bergoyang-goyang  tapi aku still deko,siap beli macam-macam benda tanpa share duit ngan housemate sebabnya aku tak kisah pun kalau bab macam ni.

Now,bila aku dah stay ngan suami dan anak kat Pahang,lagilah makin menjadi-jadi obses aku...dah tu kuarters aku plak 2 tingkat,lagilah banyak idea aku boleh curahkan,ini memang menyeronokkan. Disebabkan itu,misi aku untuk tahun 2016 adalah menghias rumah!!


Kalau orang tanya aku macam mana aku dapat idea,dah tentu dari macam-macam sumber..paling aku suka follow IG interior designer yang femes emes,orang-orang glemer yang suka selfie berbackgroundkan umah diorang,laman-laman web deko,majalah Anjung Seri,Impiana and what so ever,ushar galeri IKEA dan Mr.Google yang sentiasa memaparkan apa yang retina aku sedang cari...wahh gitu.


Yess,memang main deko-deko ni sometimes need your sacrifice terutamanya kewangan tapi ko pandai-pandailah adjust situ sini untuk dapatkan apa yang terbaik. Terbaik bukan bermakna ko kena perabihkan duit,beli benda-benda yang mahal but kita kena kreatif. Beli benda yang murah tapi kalau pandai deko,confirm letop umah ko nyah...hahahahaha. 

Jadi,untuk memastikan misi 2016 aku berjalan dengan lancar,maka aku dah listkan beberapa perkara penting yang aku nak share dengan korang semua.

1) Pastikan dulu konsep rumah atau mana-mana ruang yang korang nak deko tu. Kalau aku,aku ni jenis suka study dengan jangka masa lama untuk dapatkan apa konsep yang terbaik.

2) Tetapkan bajet. Yes,bajet sangat penting. Sebab tu kena tentukan dulu konsep apa yang korang nak buat..jangan terlebih bajet plak tau. Errr tapi aku pernah jugak terover bajet,🤔🤔

3) Kedai..yes,pastikan korang tahu kat mana korang nak dapatkan item yang korang nak tu. Untuk aku,aku pilih IKEA dan KAISON..sebabnya,aku nak konsep simple moden aje untuk rumah aku.

4) Deko!! Bila dah ada bajet,barang dan segala benda barulah kita boleh mula mendeko. Wahhh,aku belum sampai step ni lagi,rasa sangat tak sabar kut.


Upsss, satu lagi benda yang paling penting dan memainkan peranan yang superb ialah warna ruang,lampu dan curtain. So,pastikan dulu warna yang bersesuaian and kalau boleh janganlah main terjah aje pilih warna sebabnya ruang akan nampak dumb kalau salah pilih kaler.

Curtain,kalau korang nak konsep moden,janganlah pilih design langsir yang  terlalu berat. Nama pun moden kan. Untuk design langsir,tak perlu pening2,taip aje kat gugel...terkeluarlah segala macam design.

Lampu...hurmmm,pilihlah lampu yang bersesuaian. Warna lampu memainkan peranan sangat penting kut.


Rasanya itu ajelah aku nak share tentang minat dan tips berkaitan interior decoration ni..aku bukanlah sesiapa atau pakar sangat bab deko2 ni,just sharing an idea ajelah. Tapi kalau korang jenis ada banyak lebihan duit,upah ajelah interior designer,confirm cun nelecun rumah korang. Insyallah if ada masa,aku update next entry plak yer..

Tak sabarnya nak tunggu hasil mendeko nanti...wassalam.


Pengalaman Melahirkan My Sweetheart

Wednesday, September 23, 2015

Assalamualaikum

         Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Illahi kerana aku masih diberikan peluang untuk mencoret di sini. Entry kali ni amat istimewa untuk aku sebabnya aku mahu mengabadikan pengalaman yang tak mungkin dapat aku lupakan. Alhamdulillah sangat-sangat kerana aku telah selamat melahirkan seorang mujahidah ke dunia pada 18 Ogos 2015 bersamaan 3 Zulkaedah 1436H yang lepas. Hurmm...lain betul rasanya bila dah jadi mommy ni. Banyak masa aku telah dihabiskan untuk anak aje. So,lets story about pengalaman,mana tahu boleh dijadikan panduan ke pada bakal mommies out there.

      Actually,my baby ni dilahirkan lewat seminggu. Due date aku sepatutnya 11/8/15 dan aku sangatlah nervous bila aku masih tak bersalin pada tarikh tersebut. So,masa hari last check up aku ngan klinik kesihatan,doktor pun bagilah surat refer ke hospital besar sekiranya  tempoh tambahan seminggu yang diberikan aku tetap tak bersalin jugak. Kiranya aku kena serah diri pada 18/8/15 di Hospital Sultanah Nur Zahirah,Kuala Terengganu (HSNZ). Sepanjang seminggu sebelum tarikh yang diberikan tu,aku teramatlah takut sebabnya kalau boleh aku tak nak diinduce. Sebab aku tak nak di induce ialah kerana mak saudara dan sepupu aku mempunyai pengalaman di induce dan hazabnya hanya Allah yang tahu,kata dioranglah.


     Sebelum datangnya 18/8/15 tu,aku banyak sangat buat solat hajat,solat taubat,solat dhuha,baca Yassin dan semestinya doa aku tak pernah putus pada Yang Esa supaya aku tak di induce. Menangis jangan cakaplah,selalu sangat kain telekung aku basah lencun dek air mata dan hingus. Setiap pagi,pukul 5 pagi biasanya aku dah terjaga sendiri sebabnya baby dalam perut akan kick kuat time tu. So.aku tak perlukan alarm clock langsung.

Hari : Selasa
Tarikh : 18/8/2015 ( Pukul 5 pagi)
Lokasi : Rumah aku

           Akhirnya,18/8/15 bersamaan hari Selasa tetap tiba jua. Pagi tu aku bangun dengan redha tapi macam biasa aku masih lagi buat solat hajat dan baca Yassin,masa tu aku cuma berdoa supaya aku akan dipermudahkan bersalin walaupun bakal diinduce. Ok,ni cerita hati yang aku nak share,masa ni kan aku rasa macam kenapalah Allah tak nak makbulkan doa aku,Allah tak sayang aku lah..segala benda keluar sebab kepala aku serabut + hati tertekan. Pagi tu,aku bersiap macam biasa,siap mekap lagi tu konon nak bagi semangat kat diri sendiri.Then dalam pukul 8 pagi,aku ditemani suami dan mak aku bertolaklah ke Kuala Terengganu. Masa tu aku relax ajelah sebab dah redha katakan,sempat lagi aku berhenti makan jap kat Kelulut pekena nasi dagang.

Hari : Selasa
Tarikh : 18/8/2015 ( Pukul 10 pagi)
Lokasi : Hospital Sultanah Nur Zahirah ( Bilik Pemeriksaan )

             Dalam pukul 10 pagi,sampailah aku kat hospital. Wahh..bangunan baru kut khas untuk ibu dan anak. Then,aku pun daftar lah diri. Sebelum admit ward,semua preggy mommy kena buat pemeriksaan rutin dulu like check tekanan darah,heartbeat baby,urin test dsb..aku pun follow ajelah. Time tu perut aku rasa jugak mengeras sikit-sikit tapi aku tak kisah sangat sebab sejak week 36 memang dah biasa macam tu. Masa nak check tekanan darah tu,bahagian pendaftaran agak kelam kabut jap sebabnya ada preggy mommy bersalin dalam ambulans depan pintu hospital. Aku pun tunggu ajelah. Then,masa tu aku request kat nurse nak perkhidmatan doktor perempuan sahaja. Uppss,untuk pengetahuan korang yang maybe nak bersalin kat HSNZ,as a mommy,kita boleh request tau nak doktor perempuan. Kalau kita sendiri tak request,diorang akan bagi ajelah doktor lelaki atau perempuan pun. Lepas dah settle semua,aku dikehendaki baring untuk check heartbeat baby, Time tu,doktor nak cek jugak bukaan jalan rahim aku. And korang tau apa terjadi? Doktor bagitau aku yang bukaan jalan aku dah 4cm already dan seriously time tu aku takde rasa sakit langsung. Subhanallah,masa tu lah aku rasa doa aku siang malam Allah dah makbulkan...then,disebabkan yang check bukaan jalan aku mula-mula tu doktor baru kut,maka datang seorang lagi doktor senior perempuan check bukaan jalan aku dan ternyata ia memang 4 cm. Aku?? Terkujat...

             Then,doktor cakap aku akan terus ditolak ke labour room sebab dah tak boleh tunggu lagi memandangkan aku dah lewat seminggu dari due. Masa tu aku agak terkejut sampai terfikir "hari ni ke aku kena bersalin". Masa tu aku sempat mesej suami aku kat luar yang sedang menunggu ngan mak aku.Perghh,masa aku jumpa dia untuk bagi handbag aku bukan main melebar senyum. Pastu terus aje nurse tolak aku ke labour room melalui lif pesakit and suami ngan mak aku plak naik lif biasa ke tingkat 6.

Hari : Selasa
Tarikh : 18/8/ 2015 ( Around pukul 12 tengahari )
Lokasi : Hospital Sultanah Nur Zahirah ( Labour Room )

                 Sampai aje labour room,nurse suruh aku salin baju. First time masuk bilik bersalin,fuhhh kagum jap aku. Yelah,peralatan semua canggih,bilik besar pastu ada 4 orang nurse dah yang bersedia menanti bersama-sama. Masa tu datanglah doktor untuk pecahkan air ketuban aku. Terasa banyak air keluar dan sakit aku pun bermula. Masa tu suami aku dah berada bersama-sama ngan aku. Sakit masa tu ok lagi dan aku masih mampu tahan dengan senyuman kelat-kelat manja. Then,doktor masukkan ubat untuk kuatkan contraction.

                    Then,bermulalah contraction yang power. Doktor cek bukaan masa tu dah 5cm. Aku dah tak senang duduk,ehh bukan bukan...tak senang baring, Suami aku dah start gosok tangan dan pinggang aku. Segala doa aku baca terutamanya doa Nabi Yunus. Dalam hati masa tu cakap,tolonglah cepatkan bukaan ni Ya Allah. Seriously contraction yang di alami sangat power dan aku rasa semua orang tipu kalau cakap sakit contraction macam period pain yang teruk. Masa tu aku hanya mampu istifar banyak-banyak aje. Disebabkan contraction aku teramat kuat,suami aku sempat tanya pada nurse yang ada,agak-agak pukul berapa aku akan bersalin. Then,nurse tu jawab "biasanya anak sulung ambik masa lama,1cm 1 jam biasanya". Perghhh...rasa nak sepak dengar jawapan macam tu. Masa tu,aku rasa macam nak lari dari labour room tu,bajet aku boleh melarikan diri dari kesakitan tu kan...hehehe

                 Disebabkan contraction aku kuat,maka setiap kali ia datang,aku akan pegang tangan suami aku kuat-kuat dan letak kepala atas lengan dia aje. Sebab aku rasa,lengan suami aku masa tu macam dapat kurangkan sikit sakit,bantal yang ada aku tolak aje. Masa tu contraction aku 1 minit 3 kali. Nurse cakap dia nak 1 minit 4 kali. Sumpah aku tak mampu dah rasa time tu tapi apa yang aku kagum ngan diri sendiri,aku tak menangis walau setitik air mata sebab aku fikir aku mesti kuat.

Hari : Selasa
Tarikh : 18/8/2015 ( Pukul 2.45 petang)
Lokasi : Hospital Sultanah Nur Zahirah ( Labour Room )

              Saat ni adalah saat paling getir aku rasa. Pinggang rasa nak tercabut,seluruh badan menggigil tahan sakit,mulut hanya mampu sebut "Allah" dan "Allahuakbar" aje. Nurse kat dalam labour room tak henti-henti gosok pinggang aku sebabnya aku sedang mengiring. Suami aku plak dengan penuh usaha bagi kata-kata semangat dan bacakan doa kat telinga aku. Nurse pun check bukaan jalan sekali lagi,,apa yang aku terkejut,jalan dah buka 9cm dah. Masa tu aku peluk pemegang katil kuat giler. Nurse yang bertugas masa tu cakap kat aku " Husna,kalau awak rasa nak berak..awak teran aje". Aku yang tengah sakit macam terfikir jap,ada ke aku rasa macam nak berak ek. Rasa nak berak tu macam mana..hahahahahaha,sempat lagi fikir macam tu kan?

Hari : Selasa
Tarikh : 18/8/2015 (Pukul 3.05 petang)
Lokasi : Hospital Sultanah Nur Zahirah (Labour Room)

                  Tepat pada waktu ni,baru aku rasa macam nak berak. Bila sekali lagi nurse check jalan,alhamdulillah dah 10cm. Masa tu,nurse suruh aku kangkang dengan cara yang betul. Baru aku sedar,ramainya nurse ngan doktor dalam ni dan kesemuanya perempuan. Masa ni rasa teramat-amat nak berak dan sedaya upaya aku meneran. Suami aku plak dah macam ketua cheer leader aje duk bagi semangat dan akhirnya tepat jam 3.18 petang,lahirlah anak sulung kami.


Sememangnya menjdi seorang ibu merupakan satu pengalaman baru untuk aku. Minggu pertama bergelar ibu bapa amatlah kelam kabut bagi aku dan suami sebabnya kitorang sedang menyesuaikan diri dengan tune baru hidup kitorang. Alhamdulillah,aku dikurniakan seorang bayi perempuan yang cukup sifatnya dan begitu sempurna di mata kami ibu bapanya. Berat anak aku ialah 2.99kg dengan ketinggian 52cm..such an adorable baby for us,alhamdulillah.

Rasanya itu sajalah yang aku nak share di blog aku ni. Moga-moga sikit sebanyak dapat memberi input kepada mereka yang bakal bergelar ibu. Pssst,entry ni ditaip dengan mengambil masa yang lama tau,sebabnya aku baru taip seperenggan..dah dengar bunyi tangisan memanggil nak susu,nak salin pampers..hehehehe,nasib baik aku berjaya publish kali ni.

Sebelum aku nak end up entry ni,aku nak ucapkan TERIMA KASIH BANYAK giler kat semua doktor,nurse dan staff di labour room,Unit Rawatan Ibu dan Bayi Hospital Sultanah Nur Zahirah. Seriuosly layanan masa bersalin macam bersalin kat swasta dengan kemudahan yang lengkap dan selesa. Diorang semua banyak tolong permudahkan aku ketika bersalin,tolong urut pinggang aku,tolong cuci darah,tolong urut kaki aku cramp (ohhh lebih daripada 10 kali kut aku cramp kaki), tolong bagi semangat,tolong bacakan ayat nabi Yunus kat telinga aku.Rasanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa mereka semua. Paling best,semua staff,nurse dan doktor yang handle aku dari start daftar masuk sampai discharge ward adalah perempuan..alhamdulillah,doa aku dimakbulkan Allah untuk menjaga aurat.

Upss,sebelum terlupa...tepat pada hari ketujuh kelahirannya iaitu pada 25 Ogos 2015 bersamaan 10 Zulkaedah 1436H,kami telah sepakat memberikannya nama yang terbaik. Actually nama ni dipilih sejak aku preggy lagi dan kami masing-masing memilih satu nama sendiri mengikut pangkal huruf masing-masing. Anak kami diberikan nama

HANNAH NUR SUMAYYAH BINTI MOHD SHARIMI

maksudnya ialah

"kasih sayang cahaya kekuatan"

Moga-moga mujahidah kecil kami ini akan menjadi anak yang solehah,taat pada ibu bapa serta menjadi hamba yang tawaduk pada Penciptanya..amin.



Wassalam.
                 
                    


Suprise! Suprise! For Wedding Anniversary

Monday, August 03, 2015

Assalamualaikum
Alhamdulillah,dapat lagi mengupdate blog dengan perut memboyot ni...hahahaha
Kali ni aku sangat excited nak share ngan korang suprise sempena wedding anniversary aku yang pertama Khamis lepas.

Ok,last entry aku ada inform kan 30 Julai lepas adalah ulangtahun perkahwinan aku yang pertama,maka aku takdelah plan apa-apa pun ngan hubby sebabnya keadaan aku yang menunggu waktu aje ni. Tambahan pulak,aku kat Dungun,hubby aku kat Jerantut...so,memang takdelah sebarang celebration yang kitorang rancang. 

Tapi pada hari Selasa lepas,28 Julai tu...entah macam mana aku tetiba terfikir nak buat suprise delivery kat hubby aku. Aku teringat Sara,owner Kedai Cokelat Cantek yang bertanggungjawab pernah buat suprise delivery kat mak aku sempena Hari Ibu last year, ni entry dia...
Makanya aku terus whatsapp si Sara ni tanya masih available tak slot untuk weekend memandangkan memang hubby aku balik setiap weekend sekarang. Nasib baik Sara cakap masih ambik tempahan untuk weekend sebabnya Sara ni sentiasa busy kut dengan macam-macam tempahan. Alhamdulillah sangat-sangat...

Untuk suprise delivery yang bakal aku buatkan untuk hubby aku ni,aku request rose fresh flower satu dozen,chocolate moist cake yang 36 slices ngan 3 biji belon yang kalerful gitu. Aku mintak Sara buatkan suprise delivery tu pada hari Jumaat petang (31 Julai) memandangkan hubby aku pun balik hari Jumaat lepas sesi persekolahan. Tapi tapi tapi Sara cakap hari Jumaat takde fresh flower and stok belon pun tinggal 1 aje...huwaaaa,frust giler kut. Tapi Sara kembangkan balik hati aku yang dah kuncup tu dengan mengatakan kalau buat suprise delivery hari Sabtu,semua yang aku request tu boleh dapat...aku pun apa lagi,say YESSSSSSSS!!!

Makanya hari Sabtu lepas (1 Ogos),aku pun rasa sangat tak sabar nak menantikan pukul 5 petang. Memandangkan aku hanya duduk kat rumah sahaja sepanjang aku mula bercuti ni,maka aku jadi sangat risau kalau pukul 5 petang tu hubby aku takde kat rumah. Yelah,hubby aku memang ke sana ke mari bila dia balik kampung. Tengahari tu,hubby aku mesej cakap dia nak pergi open house sepupu dia,aku ok aje...tapi aku cakap petang nanti duduklah rumah. Cuak giler kut takut suprise tak menjadi. Tapi nasib baik dalam pukul 2 petang macam tu,hubby aku balik rumah dan cakap tak jadi pergi open house..legaaaaaaa sangat-sangat.

Bila tiba sahaja pukul 4.45 petang,aku dah berdebar balik sebabnya plan aku akan jadi realiti kejap lagi. Waktu tu hubby aku cakap dia ngantuk sesangat dan nak tidur,aku pun biarkan ajelah. Dan waktu jugak si Sara whatsapp aku cakap,anak dia baru aje tidur dan dia akan buat delivery pukul 5.30 petang,aku ok kan ajelah sebab incik suami kan baru tidur jugak..hahahaha

Dan tepat jam 5.35 petang,si Sara call aku cakap dia dah on the way ke rumah aku tapi ingat-ingat lupa. Aku time tu memang dah get ready dah dan terus aje bagi panduan nak ke rumah aku. Finally,jam 5.45 petang Sara pun sampai dengan myvi kuningnya. Kebetulan ayah aku tengah tercongok atas tangga beranda depan umah dan ayah aku terkejut bila ada seorang perempuan iaitu si Sara ni lah yang tetiba keluar daripada kereta cakap nak jumpa ngan Encik Sharimi..dah lah siap bawak belon dan kek. Ayah aku siap fikir benda-benda mengarut dah time tu. Aku?? Aku plak dengan penuh lakonannya kejutkan suami aku cakap ada orang datang nak jumpa dia. Dengan muka mamai-mamai,hubby aku bangun dan terus capai handphone dia. Yelah,dia nak cek ada sebarang mesej/call ke yang masuk yang menunjukkan ada orang nak datang jumpa dia. Aku pun buat-buat berlakon lagi suruh dia cepat keluar. Maka dengan muka yang baru bangun,hubby aku pun keluar tapi ayah aku sempat tahan dia dan suruh suami aku cuci muka dulu...hahahahaha,time tu aku rasa macam kelam-kabut giler kut.

Mana tak kelamnya,aku cari handphone aku untuk bagi kat adik aku tangkap gambar pun dah tak jumpa. Last-last aku rembat phone suami aku aje bagi kat adik aku. Bila suami aku dah cuci muka dan tengok penampilan dia sendiri (nasib baik suami aku tidur ngan seluar jeans dan t-shirt purple kesayangan dia),dia pun keluarlah nak tengok sape yang datang. Sebelum suami aku keluar,dia jenguk dulu sape yang datang melalui sliding door ruang tamu rumah aku,tapi sekali lagi hubby aku terkejut bila dia tengok siapa yang datang dan dia tak kenal pun sape perempuan tu dan my incik hubby said dia tak nak keluar sebab tak kenal sape yang datang.

Aku yang dah cuak terus tarik aje tangan dia dan cakap pergi ajelah keluar. Dengan muka terpaksa,suami aku keluar jugak melalui pintu utama rumah dan dia sangatlah TERKEZUT apabila Sara dan anak dia (anak dia pegangkan bunga) wish "Happy 1st Anniversary" pastu terus hulurkan kek,belon dan bunga. Punyalah merah muka hubby aku sebab tak sangka..hahahahaha
Nasib baik,adik aku dengan pantasnya dapat snap the pictures yang bagi aku momen indah sangat.
Makanya,tersangat menjadilah suprise delivery yang aku buat tu dan ternyata incik hubby sangat gembira dan tersengih sampai telinga kut...hahahaha
Nah-nah,aku pastekan gambar jap..

Muka hubby aku baru bangun tidur tapi happy

Ni masa anak Sara bagi bunga

Muka yang happy,yayyyy!!

Lepas aje Sara dan anak dia balik,hubby aku cakap 

"oooo...pandai ek buat suprise"

Masa tu satu rumah kecoh dengan kejadian yang bagi aku kelakar sangat. Ayah aku siap story yang dia dah start fikir macam-macam bila tengok ada perempuan datang. Hubby aku pulak cakap,nasib baik dia pakai smart,kalau tak buat malu aje. Then,kitorang pun makan-makanlah kek coklat yang dah aku order tu.Sedapppppppppppppppp giler kut...memang double thumbs up lah aku kasi kat Sara ni,tak pernah sekali pun kecewakan aku.

Ni lah kek,bunga dan belon yang hubby aku dapat. Sara bagi belon lebih walaupun aku mintak 3 biji aje..thanks Sara.

Aku suka belon merah tu

Sedap sangat choc moist cake ni..

Hubby dan suprisenya...

Rasanya itu ajelah yang aku nak share berkaitan suprise delivery yang aku buat untuk suami terchenta aku ni. Walaupun aku dah tak mampu nak gerak ke sana sini tapi buat delivery kat rumah pun ok apa,hehehehehe
Kepada korang yang berada di Paka,Dungun,Kerteh atau Kuala Terengganu yang terbaca entry ni dan nak buat suprise delivery jugak untuk yang tersayang,bolehlah contact si Sara ni yer. Caranya pergi aje facebook dan cari Kedai Cokelat Cantek..yup,Sara is there!! Dah banyak sangat suprise delivery yang Sara ni buatkan.

Last but not least,for my lovely hubby...I just wanna said that I love you so deep dan terima kasih atas segala-galanya. Semoga rumahtangga yang kita bina kekal hingga ke Jannah hendak-Nya,aminnnn..

Wassalam.

Deko dan Keceriaan Kelas Tahun 4 Arif

Thursday, July 30, 2015

Assalamualaikum
Hari ni rasa nak update sesuatu pasal sekolah pulak. Dah lama tak sharing tentang apa yang aku buat kat sekolah. Upsss,sebelum tu nak wish Happy 1st Anniversary dulu kat diri sendiri ngan suami,hari ni 30 Julai 2015 genap setahun dah kami bernikah,rasa macam cepatnya masa berlalu..pasal anniversary hari ni,ada something jugak aku nak share..tapi entry tu kena update lepas ni sebab ada suprise sikit..hehehehe

Ok,berbalik kepada tajuk entry kali ni..aku rasa dah ramai jugak yang tahu aku ni memang gilerkan keceriaan,tu pun if ada yang rajin scroll baca previous entry aku lah. Setakat ni,paling ramai view kat entry pusat sumber aku kat sekolah lama. Alhamdulillah,ramai yang jadikan entry tu as inspiration diorang. Terima kasih lah kepada yang sudi membaca entry tu. Jadi hari ni,aku nak share pulak pasal keceriaan kelas aku untuk tahun ni.

Tahun 2015 ni aku masih lagi bergelar guru kelas walaupun dah bertukar ke sekolah baru. Agaknya muka aku ni memang ada sinar untuk jadi guru kelas kut,hahaha. Aku diberikan tanggungjawab untuk jadi guru kelas Tahun 4 Arif. Hurmm,kelas 4 Arif ni adalah bilik Pendidikan Seni,makanya adalah bahagian-bahagian tertentu yang dah dihias..tapi takdelah banyak sangat. Pada mulanya,aku tak lah bersemangat sangat nak menghias bagai sebabnya aku berperang ngan alahan time tu. Sangat malas dan tak larat. Tapi apabila pihak pentadbiran sekolah telah memilih kelas aku untuk mewakili Tahap 2 as kelas contoh untuk abad 21,makanya nak tak nak aku perlu melakukan sesuatu.

Nak menghias kelas ni,tips pertama yang aku nak share ialah sebagai seorang guru kelas,kita mestilah sanggup BERKORBAN. Yes,benda ni sangat penting. Kita bukan aje perlu berkorban masa,tenaga malahan wang ringgit sekali tau. Tapi janganlah ko guna semua duit sendiri,buatlah kutipan dari budak kelas sekali. Yang tak cukup tu lah yang kita perlu topup. Untuk kutipan kelas,aku kutip RM20 bagi setiap murid,budak kelas aku ada 24 orang..maka dapatlah aku kutip RM480. Nampak macam banyak kan?Tapi sebenarnya tak cukup pun sebab barang nak menghias agak mahal.
Untuk tips menghias kelas yang kedua pulak,korang pilihlah apa-apa tema untuk kelas korang,baru rasa seronok dan ada pandu arah bila nak membeli barang/perhiasan. Tak kisahlah nak tema kartun ke,warna ke,corak ke asalkan mudah dijadikan panduan aje bila nak menghias. Untuk kelas aku,aku memilih tema pink purple sebagai tajuk utamanya. Dah nama cikgu perempuan kan? So,nasiblah kaler pink pun...hehehehe
So,jom tengok satu-satu apa yang aku buat kat kelas 4 Arif ni.

1) Langsir

Untuk langsir,sememangnya bilik yang dijadikan kelas 4 Arif ni dah ada langsir tapinya tak berapa nak cantik dan kemas. So,aku gantikan dengan langsir yang baru, Nak ada langsir,dah tentu kena cari kain dulu kan? Jadinya,aku beli kain langsir kat kedai kat rumah aku aje iaitu Laila Rawas. Kebetulan Laila Rawas tu memang sedang memberikan harga sale yang kaw-kaw sebab masa tu diorang dah nak bankrap ( orang cakaplah ), aku pun apa lagi carilah kain yang sesuai. Aku memilih kain berwarna purple yang mempunyai kualiti sederhana tapi cantiklah di mata aku. Yelah,duit nak menghias bukannya banyak,so aku kenalah pandai pilih sesuatu yang berkualiti tapi murah.

Kain langsir ni aku beli dalam 20 meter kut dengan harga RM53.10 aje. Kira murahlah tu. Pastu aku suruh budak kedai tu potong ikut panjang tingkap siap-siap. Opps,lupa plak..sebelum nak cari kain,pastikan ukur dulu tingkap kelas korang yer. Dah siap potong, aku mintak tolong pulak cikgu sesekolah ngan aku tolong jahitkan. Nasib baik kebetulan dia tengah nak jahit langsir kelas dia jugak,kira aku tumpang sekaki lah. Dah tu,tak bayar apa-apa pun. Terima kasih banyak-banyaklah Kak Liza yang tersangat baik hati...hehehe

Bila dah siap,nak gantung pulak kan? Aku beli pulak dawai yang gantung langsir warna hijau tu. Aku tak tahu apa nama dia tapi harga dia murah aje. Then,siaplah bahagian langsir kelas aku. Ni lah gambarnya..

2) Alas Meja Murid & Sketting

Alas meja murid pulak aku memang dah set nak guna tikar getah. Sebabnya aku sangat tak suka meja yang diconteng-conteng dan aku jugak tak nak merisikokan diri dengan menggunakan kertas pembalut hadiah. Biasalah budak kan,bukan tahu jaga betul-betul kalau gunakan pembalut hadiah as alas meja diorang dan aku pun bukannya rajin sangat nak ganti baru kalau benda tu terkoyak. Maka,jalan paling selamat ialah tikar getah aje.

Tikar getah pun aku beli kat kampung aku jugak,kat kedai yang biasa aku pergi. Maklumlah nak kawtim harga punya pasal. Aku ukur dulu siap-siap meja murid then aku beli ikut berapa meter yang aku perlu. Tikar getah ni aku pilih warna pink. Dah siap beli,aku mintak tolong plak ayah ngan adik-adik aku tolong potongkan ikut ukuran meja murid. Terima kasih my beloved family yang sudi membantu. Untuk alas meja ni,semua murid kelas aku akan dapat warna pink kecuali ketua dan penolong kelas sahaja,meja diorang alas warna hijau. (lari tema sikit sebab aku guna lebihan tikar getah umah aku aje).

Then,bila siap potong semua..aku gunakan hari Sabtu lah sebagai mangsa untuk pasang semua alas meja yang berjumlah 24 keping tu,penat jugak tapi nasib baik aku minat.

Disebabkan aku ni sukakan kekemasan,makanya aku tengok sangat tak comel bila nampak lebihan tikar getah kat meja tu. So,aku buatlah pulak sketting meja untuk setiap anak murid aku. Alas meja diorang dah warna pink kan?jadi aku pilih purple untuk warna sketting diorang. Untuk kain sketting,aku gunakan kain jenis satin biasa aje yang harga murah tapi berbaloilah. Aku habiskan dalam RM100 aje. Haaa...kat sini masalah muncul sebab takde sape nak tolong jahitkan sketting untuk 24 meja. Puas jugak aku mencari tailor kat sekitar Jerantut dan Dungun tapi semuanya tak nak sebab diorang cakap cerewet. Last sekali,mak aku lah yang ambik alih kerja ni bila dia tawarkan tailor feberet dia kat aku. Tailor mak aku ni selalu tolong jahitkan langsir untuk rumah kitorang dan tak dinafikan hasil jahitan dia sangat berdouble-double superb. Tapi bila ko dah hire tailor yang superb,silalah maklum upahnya pun sangat superb jugak. Maka,aku pun redha ajelah bila mak aku bagitau harga upah,upah lagi mahal dari kain kut tapi takpelah demi kelas tersayang,aku on aje. Hasilnya??memang superb lah,sketting tailor tu buat sebiji macam ukuran aku bagi...I salute you,Kak Mun!! Thanks also to my mother...

Inilah alas meja dan sketting meja kelas aku...

3) Bunga dan bakul

Untuk kelas abad 21,murid-murid mesti diletakkan secara berkumpulan. Sebabnya untuk abad 21,kita nak terapkan konsep student centered bila belajar. So,untuk kelas aku ni..aku pecahkan murid mengikut kumpulan secara berempat dan aku mixkan ability diorang jugak supaya diorang dapat saling tolong-menolong.

Bila meja dah bergabung empat,sangat kosong pulak aku nampak atas meja bila takde apa-apa. So,aku pun belikanlah bunga dan bakul untuk diletak atas meja setiap kumpulan. Bunga tu aku gubah sendiri aje sesimple yang boleh (sebabnya aku tak pandai menggubah),pastu letak aje dalam pasu. Tak nak bagi nampak sangat span hijau dalam pasu,aku rembat pulak batu-batu putih yang suami aku beli untuk hias pokok-pokok dia dan letak dalam pasu bunga aku. Nasib suami aku baik...terima kasih hubby.
Bakul?? Aku letak aje sebelah pasu bunga di setiap meja dan fungsi bakul tu untuk letak pensil diorang ke,apa ke yang boleh diorang kongsi dalam satu kumpulan. Biasanya bakul tu sangat berguna bila aku buat aktiviti grouping. Untuk bakul,bunga dan juga bunga atas meja guru (yang ni aku suruh kedai gubahkan). aku spend dalam RM117. Dah banyak jugak kan tapi takpe asalkan cantik. Ni gambarnya yer...


4) Meja Guru

Untuk meja guru pulak,aku pilih alas meja purple polkadot dan sketting warna pink. Sketting ni aku dah tak upah tailor,aku just jahit tepi yang mengambil kos RM5 sahaja dan buat sendiri aje lipatannya bila nak pasang. Lagipun aku letak renda yang berjurai di sekeliling meja,maka tak nampak sangatlah lipatan yang aku buat tu. Tapi meja guru ni aku letakkan plastik atas dia nak bagi kemas and tak nak kain alas tu kotor. Then,aku letak aje bunga meja yang dah aku suruh kedai gubahkan tu. Siap!! Kos untuk meja guru pulak dalam RM50 rasanya (aku sendiri pun tak ingat). Ni lah meja guru kelas aku...


5) Hiasan Kelas

Untuk hiasan ni,aku banyak gunakan info dan nota-nota dari group-group kat Facebook yang seriously sangat banyak membantu. Antara group terbaik ialah Koleksi Cikgu Anis, T-cher Collection, Koleksi BBM dan beberapa group lagi. Sangat berterima kasih pada cikgu-cikgu yang banyak sangat sharing ideas kat situ. Untuk kertas yang aku guna,aku pilih sendiri kertas warna yang striking gitu sebab kertas warna cepat pudar kalau lama. Then, kertas laminate pulak sekolah sponsorkan,terima kasih sekolah. Nasib baik aku ada mesin laminate sendiri,senang kerja betul bila ada masa free terus boleh buat. Upss,ink printer pun sekolah sponsorkan. Mekasih sekali lagi sekolah. Tapi nak print,laminate segala tu memang memerlukan banyak masa. Kebiasaanya aku akan buat hujung minggu lah,tu pun kalau aku larat...hehehe.
Malas nak bebel dah,aku pastekan pic aje yer...


6) Banner Kelas

Ini benda pertama yang aku sangat excited buat kat kelas. Zaman sekarang dah moden kan,so tak payah susah-susah nak pening kepala,aku tempah aje. Semua banner aku tempah dari group kat Facebook iaitu BBM Stuff dan Keceriaan Sekolah. Harga sangat ok dengan kualiti yang sangat baik. Banyak jugak aku borong kat sini sekali ngan banner bilik SPBT (bilik khas aku) tau. Memang sangat berpuas hati lah. Nah aku share pic lagi...


Rasanya itu ajelah yang aku nak share berkaitan deko dan keceriaan kelas kat kelas aku ni. Diharapkan sedikit idea daripada entry aku ni dapatlah membantu guru-guru yang nak menghias kelas. Walaupun agak lambat aku up entry ni tapi still boleh membantu mana-mana guru yang nak tambah keceriaan kelas.

Tips yang ketiga yang aku nak share jugak ialah menghias kelas ni perlu disekalikan dengan minat dan sabar. Sebabnya benda macam ni memerlukan masa yang lama,barulah dapat menghasilkan keceriaan yang berkualiti. Aku sendiri mengambil masa 2 bulan kut untuk setelkan semua hiasan dan alhamdulillah aku sangat berpuas hati. Pssst,kelas aku juara bertahan Keceriaan Kelas kut dari awal tahun sampai sekarang,hehehe....alhamdulillah.

Jumpa lagi next entry,wassalam.


Anak

Sunday, July 26, 2015

Assalamualaikum
Malam ni aku rasa rajin plak nak up satu entry. Tapi entry kali ni macam syahdu plak rasanya. Haii...orang preggy ni emosi dia mudah terganggu kan?Cepat rasa nak menangis,cepat rasa nak marah dan paling ketara bagi aku ialah tersangat sensitif. Aku sangat akuinya.

Aku just nak share kisah duit raya aje. Tahun ni tahun pertama aku kat sekolah baru setelah dimurahkan rezeki oleh Allah tahun lepas untuk pertukaran antara negeri. Alhamdulillah sangat-sangat. Jadinya bila berada di sekolah baru,ada banyak jugaklah perkara baru yang akan aku hadapi kan? So,menurut suami aku (aku satu sekolah ngan suami sendiri tau) kat sekolah kitorang ni,setiap kali menjelangnya raya..semua guru akan berikan duit raya kepada semua anak-anak cikgu. So,kiralah setiap cikgu tu ada berapa orang anak dan kesemua anaknya akan diberikan duit raya. Tapi syaratnya anak dia umur tak lebih dari Tahun 6 lah.

Memandangkan aku preggy,makanya aku ngan suami memang takde dapatlah angpau raya dari cikgu lain kan?Tapi masa hari last aku kat sekolah hari tu (aku dah start bercuti sekarang),aku sangat terkejut bila dapat jugak satu angpau raya dari ustaz kat sekolah aku. Katanya,baby akan tetap keluar jugak dan dia memang dah sediakan bajet untuk baby dalam perut cikgu-cikgu kat sekolah ni. Untuk pengetahuan korang,kat sekolah aku sekarang ada 4 orang cikgu yang preggy tau,3 orang termasuk aku due nya bulan Ogos nanti..hehehehe

Lepas aje ustaz tu bagi angpau raya,aku terus simpan tapi sempat jugaklah bagitau kat baby dalam perut yang dia dah dapat angpau raya pertama. Terus bergerak-gerak dia kat dalam. Aku simpan angpau tu dalam notebook aku dan aku tak bukak-bukak pun angpau tu sampai saat ni.

Tapi malam ni entah kenapa,aku ada terbaca kisah sedih kat facebook yang melibatkan sebuah keluarga dan tetiba aku teringat angpau raya baby aku tu. Rasa sangat sedih sampai meleleh jugaklah air mata sebab aku fikir anak aku yang tak lahir lagi pun dah dikurniakan rezeki oleh Allah tapi kenapa ada insan di luar sana yang masih tak menghargai hadirnya insan yang bernama zuriat dalam kehidupan mereka? Apa yang aku baca? Ada satu post yang melibatkan seorang wanita yang sedang preggy 6 bulan menawarkan kepada sesiapa yang mahukan anak dalam kandungannya as anak angkat. Dia siap post gambar scan lagi.

Demi Allah,saat tu jugak aku menangis. Yer,kalau dulu orang cakap hati seorang ibu ni sangat mudah tersentuh dan aku hanya bersetuju tanpa merasainya tapi sekarang aku sendiri rasa dan rasa sedih giler kut bila ada insan yang dah cari keluarga angkat untuk anak dalam kandungannya. Entah lah,aku sendiri tak tahu apa masalah wanita tu,mungkin dia terdesak atau mungkin dia ada masalah lain tapi aku sangat tertanya-tanya,tegarnya dia nak menyerahkan anak yang dikandung 9 bulan,yang dia sendiri merasai gerakan-gerakan comel dalam perut dan yang dia sendiri bertarung nyawa untuk melahirkan...tak sedih ke dia?

Dunia sekarang makin pelik kan?Kadang-kadang haiwan secara terang-terangan menunjukkan kasih sayang diorang pada anak masing-masing walaupun tak diberikan akal oleh Allah tapi kenapa manusia tak boleh faham? Lagi satu,sekiranya ada insan yang beranggapan anak itu membebankan,nescaya dia tidak percaya dengan janji Allah yang mengatakan setiap anak tu ada rezeki tersendiri. Sebab tu lah bila aku tengok duit raya anak sendiri,aku menangis..sungguh aku tak faham hati sendiri sekarang yang terlampau sensitif walaupun sebelum ni aku rasa akulah insan yang kuat hatinya menghadap macam-macam perkara dan ujian. Ajaibnya perasaan seorang ibu kan?

Rasanya itu ajelah yang aku nak coret kat sini. Terima kasih if ada yang sudi membaca entry syahdu aku ni..hahahaha,sebelum aku akhiri entry ni,aku up dulu perkara yang buatkan air mata aku meleleh malam ni.


Jumpa lagi,wassalam.

Cara Aku Naikkan Hb Darah

Saturday, July 25, 2015

Assalamualaikum...
Alhamdulillah ada kesempatan nak update entry kejap walaupun diri dah tak larat sangat sekarang..uppss,sebelum tu aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Macam syok aje semua membaham rendang,ketupat segala tu ek?

Entry kali ni aku cuma nak berkongsi cara aku menaikkan hb darah sepanjang aku preggy ni. Sebelum tu aku story dulu kisah hb ni. Hb tu maksudnya hemoglobin dalam darah yang bertanggungjawab membawa oksigen ke seluruh badan kita. Kalau orang yang preggy,dia haruslah mempunyai level hb iaitu 11 ke atas. Barulah dikira selamat dan ok untuk berkongsi dengan baby. Bila baby makin besar dalam perut,hb lah paling perlu dijaga sebabnya kalau hb rendah,nanti baby dan ibu berebutlah oksigen yang dibawa oleh darah tu.

So,masa mula-mula aku preggy..hb aku memang cun iaitu 11.4 tapi makin lama hb aku makin drop dan menyebabkan aku jadi tak larat. Yelah,oksigen yang masuk sikit pastu kena share pulak kan? Kedropan hb aku tu menjadi sangat teruk sampai aku preggy 8 months kut,masa tu memang tak leh blah sebabnya hb aku 9.9 yang mana level tu dikira bahaya untuk baby dan aku kalau nak deliver nanti. Nurse yang follow check up aku sentiasa bagi macam-macam cara untuk aku upkan hb aku tapi still tak berjaya. 

Kalau bab makan untuk naikkan hb,dah segala macam benda aku telan untuk naikkan hb. Kurma,kismis,jambu batu,hati ayam dan entah apa-apa lagi,semuanya aku telan. Tapi keputusannya sangat mengecewakan. Sehinggalah pada suatu hari,aku terjumpa satu post kat group ibu-ibu mengandung yang bercakap tentang Pati Delima Gulsan. Nah,aku tepek dulu gambarnya...


Yess,diakui minum pati delima ni agak membantu,hb aku naik jugaklah dari 10.2 ke 10.4 tapi lepas tu dah tak bergerak dah. Lagi satu aku pun salah jugak sebab tak konsisten minum benda alah ni,hahahaha

Disebabkan hb aku yang makin merudum tu,makanya aku buatlah research kaw-kaw punya cara nak naikkan hb semula dan finally aku terjumpa satu artikel yang dishare kat facebook berkaitan hb. So,aku yang sememangnya terdesak terus aje order benda yang dimakan oleh akak dalam artikel tu dan sangat mengejutkan hb aku naik mendadak kut. Alhamdulillah...nak tau apa yang aku makan? Inilah bendanya...


Inilah vitamin yang aku tengah makan sekarang. Obimin pluz ngan vita-lea dari Shaklee. Untuk pengetahuan korang,aku bukanlah ahli shaklee atau duta diorang yang akan promote giler-giler benda alah ni tapi vita-lea ni lah supplemen yang superb bagi aku. Sebab dalam masa 3 hari aje aku makan,hb aku naik dari 10.2 ke 10.8..aku sangat kagum howkay!

Sejak pada tu,sampailah sekarang aku still ambik mende ni secara konsisten dan sekarang pun aku minum semula pati gulsan tu. Mungkin ini yang dinamakan kasih sayang seorang ibu sebabnya walaupun aku tak berapa gemar minum gulsan tu tapi aku hambik jugak semula kerana aku fikirkan baby aje. Semua ibu nak yang terbaik untuk anak dia kan? Same goes to me..

Jadinya,kalau korang yang mempunyai masalah hb seperti aku,silalah try vita-lea ni sebabnya ini sangat-sangat membantu dengan izin Allah insyallah. Nak beli ngan sape? Belilah dengan mana-mana ahli Shaklee yang korang kenal tapi bukan aku yer sebabnya aku tak terlibat ngan Shaklee ni,hehehehe...

Kat sini jugak,aku nak kongsilah apa yang aku tengah ambik untuk memastikan baby yang bakal lahir nanti tak kena kuning. Memanglah tak boleh jamin tapi sekurang-kurangnya kita berusaha kan? Buat masa sekarang aku just ambik Pati Delima Gulsan,Obimin pluz, Vita-lea dan juga susu kambing Hi-Goat. Hanya 4 benda ni aje yang aku duk hadap sekarang,moga- moga memberi kesan terbaiklah nanti insyallah.

Rasanya itu ajelah untuk kali ni,kalau ada apa-apa yang aku nak share nanti..insyallah will be update here,thanks for reading...wassalam.




Persediaan Nak Jadi Parents

Tuesday, July 07, 2015

Assalamualaikum...
Hari ni rajin plak aku nak update entry,sebabnya hari ni badan rasa segar dan bertenaga. Maklumlah sedang MC katakan,,he3. Sepanjang pregnant ni,banyak kali jugak aku MC..tapi nak buat macam mana kan?Bukannya ku pinta...hurmmmm.

Baiklah,kali ni entry ni khas untuk aku coretkan persediaan aku dan suami nak jadi parents. Sememangnya bukan mudah nak jadi ibu bapa ni,terlalu banyak research dan info-info yang aku baca dan kesemuanya dipaketkan dalam otak aku ni..errr,biasanya suami aku akan tanya aku balik,makanya aku lah yang bersungguh-sungguh duk membaca,menulis note bagai. Jadi meh aku bagi notes jugak untuk korang...

1) Persediaan Mental dan Fizikal

Perkara pertama yang perlu bersedia dulu,dah tentulah mental ko. Yelah,masa pregnant ni lah,kita dapat tidur dengan secukupnya. Maklumlah bila si kecik dah kuar,takde maknanya tidur korang akan cukup. So,tanam dan baja siap-siap dalam kepala tu,bila dah ada baby takde lagi tidur yang lena. Opss,baby pulak kebanyakkannya akan berjaga pada waktu malam dan tidur pada waktu siang. Yelah,mereka tak tahu lagi nak beza siang ngan malam. Kan dalam perut gelap aje..so,jangan salahkan/marah baby bila dia merengek-rengek waktu malam yer. Sebabnya ada aje kes new parents yang dera baby diorang sebabnya baby tak nak tidur pada waktu malam. Makanya penting sesangat mental bersedia.

Daripada segi fizikal pulak,silalah bersedia rutin harian korang akan berubah. No more masa makan yang tepat pada waktunya,kadang-kadang nak berak pun kena bajet masa tau..dah tu maybe jugak diri sendiri pun tak sempat urus. Kalau sebelum ni sempat nak g spa bagai,maybe lepas ni kena pikior sejuta kali plak. Mata pun akan join mata panda nanti..hahahaha

2) Peralatan Baby

Ok,bab ni biasanya mummy2 yang over excited..maklumlah barangan baby sangatlah comel. Macam aku dan suami,kitorang mula membeli masa aku preggy 6 bulan. Masa tu memang tak tahu lagi jantina baby tapi kami beli warna putih suci sebabnya nak selamat kan. Lagipun mak aku dan nurse yang aku selalu buat check up tu pesan,bila dah nak masuk 7 bulan..sepatutnya dah ada sepasang dua baju baby sebabnya risau terbersalin awal walaupun kita tak mintak. Tu yang aku dan suami beli jugak walaupun macam still awal kan?.. Tapi takdelah banyak yang kami beli,just 2 pasang baju,sepasang mitten and booties,baby hat,lampin dan sehelai selimut. Memang yang basic betul lah kiranya yang kami beli tu.

After 7 months dan kami pun dah tahu jantina baby,memang tak leh blah sakannya sopink terutamanya aku. Boleh kata setiap bulan akan ada aje benda yang aku beli. Haaa,bab ni aku nak bagi tips sikit. Plisssss jangan beli barang baby segedebuk banyak terus. Sebabnya barangan baby ni agak pricey dan korang akan terasa banyak duit habis bila beli sekaligus. Sebab tu aku beli sikit2 walaupun setiap minggu akan ada aje benda yang dihantar oleh kurier atau poslaju ke rumah aku..hahahaha


Benda yang penting yang mesti ada ialah :

a) pakaian 
(tapi jangan beli banyak saiz newborn sebab baby cepat besar)

b) mitten and booties 
(aku beli banyak sebab aku paling suka benda ni)

c) barut baby + bedung
(sekurang-kurangnya 10 helai sebab takut barutnya terkena kotoran bila baby poo-poo and bedung tu plak untuk balut baby kemas-kemas bila dia tidur)

d) pampers
(sebaiknya buatlah research dulu brand apa yang korang nak guna dan validkan sekali ngan bajet korang. lagi satu jangan beli saiz newborn banyak paket sebab baby akan cepat besar. macam aku,aku beli sepaket yang ada 80pcs aje then beli saiz S)

e) set lengkap mandian
( belilah yang jenis set sebabnya harganya lebih murah berbanding korang beli satu-satu,aku beli jenama Johnson aje)

f) minyak telon/krim baby
(ini sangat penting sebabnya tak nak bagi baby kembong perut..yang ni aku guna minyak berubat herbanika dari Nona Roguy dan minyak telon cap Lang. kenapa 2 jenis? minyak telon tu aku buat as a spare dalam bag baby)

g) sleep set
( ianya terdiri daripada tilam,bantal,booster,selimut..yang ni aku beli ngan satu shop yang agak femes tapi harganya agak pricey lah. kenapa aku beli kat shop ni ialah barangan dia ready stock and fully 100% kekabu asli..tapi nasib aku baik,masa aku beli tu shop ni tengah buat sale sempena ulangtahun diorang,makanya dapat murahlah...full set with comforter gitu)


h) set grooming baby
(ini termasuklah cotton buds,pengetip kuku,sikat dan sebagainya...yang ni aku beli set grooming jenama Tommy Tippee aje kat Lazada,malas nak pikir dah. memang lengkap sekali ngan termometer)

i) tungku baby
( yang ni aku beli sekali ngan set tilam..masa tu harga dia RM6 aje,biasanya tungku baby yang ada full lengkap herba dalam dia, paling murah pernah aku ushar kat IG n FB ialah RM12,tu yang bila nampak ada yang sale,terus rembat. tungku jenis aku beli ni senang untuk dihandle,just letak tungku baby tu kat seterika aje,agak-agak dah suam,bolehlah tuam pada baby)

j) breastpump
( ini sangat penting kalau mummy outside there yang bertekad untuk menyusukan baby sehingga 2 tahun. Korang bolehlah buat survey brand yang sesuai dan mampu milik untuk korang sebabnya ada banyak brand dengan pelbagai harga. Nak senang,boleh tanya pendapat member2 atau saudara mara yang dah bergelar ibu & jangan lupa tengok semua details breastpump tu tau)

Ok,rasanya itu ajelah benda-benda penting yang perlu ada sebagai persediaan untuk baby korang. Kalau sebelum ni dah ada baby,maka boleh recycle aje baju-baju yang lama tu,kan dah jimat kan?

3) Buku Panduan

Kalau ni merupakan pengalaman pertama korang nak jadi parents macam aku ngan hubby,maka janganlah kedekut nak berbelanja sikit untuk beli buku-buku panduan berkaitan parenting ni. Aku adalah jugak beli majalah PaMa tu,pastu buku yang orang bagi and aku sangat suggestkan korang beli buku Now You Are A Mother.. buku ni sangat bagus sebab lengkap sangat panduan dari sebelum baby lahir,masa dalam pantang sampailah baby besar..banyak sangat membantu dan paling penting dia berlandaskan Islam..aku beli buku ni kat IG,harga plak dah lupa...he3



4) Tetapkan Bajet Bulanan Khas Untuk Baby

Memandangkan aku dan suami bakal menambah ahli familia kami,makanya awal-awal kami dah get ready untuk tetapkan bajet untuk baby, Mak aku selalu pesan,bila lahirnya seorang baby..maka wajiblah tersedia 3 benda pada dia iaitu pampers,susu dan pengasuh (sekiranya korang yang perempuan bekerja lah). Bajet bulanan ni penting sebabnya takut korang terguna duit baby untuk kepentingan peribadi plak. Aku ingat lagi ayah aku cakap masa kitorang sembang-sembang  teh tarik kat luar rumah, ayah aku cakap masa mula-mula aku lahir dulu walaupun gaji ayah aku sikit tapi dapat aje gaji,benda pertama yang ayah aku beli ialah pampers dan susu. Untuk makan sendiri dah belakang kira,yang penting keperluan anak terjaga. See....besarnya pengorbanan mak dan ayah kita masa kita kecik-kecik dulu kan.

5) Carilah Pengasuh Yang Selamat

Haaa...ni perkara yang penting. Memandangkan aku dan suami bekerja,maka kitorang sangatlah perlu mencari seorang pengasuh untuk baby kami nanti. Perkara ni sangat besar akibat dia if korang salah pilih pengasuh. Thats why aku tulis pengasuh yang selamat. Sebabnya zaman sekarang terlalu banyak kes-kes dera yang aku sendiri tak pernah sanggup nak tengok video atau gambarnya. Oleh itu,sebaiknya sebelum baby korang lahir,carilah pengasuh awal-awal..apa yang penting,korang kena cek dulu latarbelakang dia,jenguk kawasan rumah dia,tengok keadaan anak-anak dia if dia dah berkeluarga dan siasat2 lah sikit melalui jiran-jiran atau saudara mara dia. Alhamdulillah,setakat ni aku ngan suami dah jumpa pengasuh untuk anak kami dan kesemua benda yang aku tulis kat atas tu,semuanya kitorang dah buat. Maklumlah nak dapatkan seorang anak bukannya mudah and dah tentu-tentu ibu bapa nak yang terbaik untuk anak dia kan? Lepas dah cari pengasuh, deal lah plak ngan pengasuh tu harga nya..pastikan harganya tak mencekik korang dan berpatutan lah.

6) Doa

Actually,ini adalah perisai terpenting sebagai umat Nabi Muhammad. Berdoalah supaya baby yang bakal dilahirkan nanti menjadi anak yang soleh/solehah kepada ibu bapanya serta segala perkara berkaitan baby tu after dia lahir akan dipermudahkan serta dilindungi selalu. Maklumlah bila parents bekerja,kita akan menyerahkan baby 100% pada pengasuhnya nanti. So,banyak-banyaklah berdoa supaya semuanya dipermudahkan termasuklah dipermudahkan ketika nak bersalin nanti. Ni aku share doa untuk anak yang bakal dilahirkan nanti...



Rasanya itu ajelah beberapa perkara tentang persediaan nak jadi parents melalui pengalaman aku sendiri yang aku sempat coretkan kat blog ni. Diharapkan dapatlah membantu mana-mana pasangan yang baru first time nak jadi parents.
Jumpa lagi next entry,wassalam.




 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in