Selamat Hari Ibu

Sunday, May 11, 2014

Assalamualaikum.
Syuhh2...haishhh,bersawang berhabuk berdebu siap bersarang labah-labah dah blog aku ni,awal-awal tadi tu hambat si cicak..ngeh3. Lama giler aku tak update blog,as cliche aku ni terlalu sibuk sampaikan meninggalkan blog kesayangan aku ni. Sebenarnyakan ada banyak benda yang aku nak share ngan semua pembaca yang terbaca blog aku ni tapi apakan daya,bukak laptop pun kadang-kadang,camne nak story kat korang kan?
Baiklah,hari ni 11 Mei 2014 iaitu Hari Ibu. Bagi yang tak tahu bila sebenarnya Hari Ibu disambut,actually hari ibu disambut setiap hari Ahad minggu ke dua bulan Mei,sebab tu date dia selalu berubah setiap tahun. Pepagi tadi aku ada terbaca post one of my fb member,dia post pasal UAI cakap hari Ibu ni haram disambut kerana sebenarnya ia diraikan sempena meraikan Mother Teresa. Kalau kita sambut akan rosak akidah. Berkaitan benda ni,aku tak berani nak komen memandangkan aku bukanlah pakar agama tapi bagi aku maybe hari ni hari yang sedikit special kepada semua ibu walaupun sebenarnya hari-hari we love our mom dan meraikannya kan?Ada jugak tadi aku sembang ngan En.Fiance pasal hal ni,dia kata kalau nak selamat..apa salahnya weolls sebagai anak,pilih sendiri 1 date untuk meraikan ibu sendiri.Kiranya setiap tahun bila sampai date tu,kita adik-beradik akan sambut ibu kesayangan kita..as a good idea right?So u guys boleh lah cuba buat walaupun sebenarnya kita mengingati hari ni untuk our beloved mom not for Mother Teresa.
So,apa yang uolls buat sempena hari ibu ni?Mesti ada kek,coklat,bawak makan best2 atau belikan hadiah mahal2 for ur mom kan? Sebenarnya dari semalam aku nak share apa yang aku buat kat my lovely and sporting mak..sebelum tu,inilah mak kesayangan aku. Demi Allah,aku sangat sangat sangat menyayanginya.


Ok,back to story..sempena hari Ibu ni,apa yang aku buat ialah give her suprise kat pejabat dia. Walaupun aku berada jauh di Sarawak ni tapi tak semestinya aku tak boleh suprisekan mak aku. Apa yang aku buat ialah aku order coklat yang tertulis "Na Sayang Mak Ketat Dunia" dan fresh flowers khas for my mom daripada sahabat baik aku dalam dunia coklat,kek dan biskut ni iaitu Sara (thanks a lot Sara). Aku pernah tempah macam2 kat dia. Then, Sara pun buat special servis iaitu penghantaran ke mana sahaja yang kita nak. So,aku request Sara untuk hantar suprise aku tu ke pejabat mak aku lah. Seriously, aku sangat nervous tau sebab ni first time aku buat suprise kat mak aku. Mula2 Sara cakap dia akan hantar kul 12, dan sejak pagi lah aku duk tunggu kul 12,tapi tetiba Sara cakap kul 3 baru dia dapat hantar..aku cakap its oklah asalkan smpai aje. Oppss sebelum tu,aku siap request kat Sara ni suruh snap pic banyak2 masa dia hantar kat mak aku sebabnya I just want to know how my mom feels it...tetiba rasa sedih. Yelah,aku jauh kat sini,selalu tak ada di sisi mak aku..sampai sekarang pun masih tak dapat teman dia buat rawatan susulan kat KMC tu, (plis pray for me untuk dapat tukar dis year).

Sebelum aku story apa yang terjadi selepas mak aku dapat suprise dia,let me story uolls tentang ungkapan "Na Sayang Mak Ketat Dunia" dulu..sebenarnya dalam 4 beradik,aku sorang aje yang panggil mak aku "mak",adik-adik aku semua panggil "ummi"..nasib takde orang tanya bab tu. Mulanya kitorang semua memang panggil mak sejak kecik pastu masa adik aku yang no 3 umur 7 tahun,tetiba dia buat gedik nak tukar panggilan..dia suruh semua orang panggil mak aku dengan panggilan "ummi"..tapi aku sorang aje still panggil mak sebab aku suka!Itu panggilan pertama aku untuk mak kesayangan aku..last2,diorang bertiga semua panggil ummi,aku aje yang panggil mak. Pernah jugak aku cuba try panggil ummi tapi rasa dia x best,so aku kekalkan mak aje...so,untuk ungkapan tadi,sebenarnya memang trademark mak aku kalau tanya anak-anak,dia akan tanya :

"Na sayang mak tak?"

dan kitorang akan jawab

"Sayang mak ketat dunia"

sebabnya bagi kitorang yang masih kecik masa tu,bila cakap ketat dunia dah menunjukkan yang kasih sayang kitorang full untuk mak kesayangan. Dan ungkapan tu diguna sampai sekarang. Kiranya dalam ungkapan tu ada nilai kasih sayang yang tinggi.

Ok,sekarang aku sambung cerita suprise mak aku. Dalam jam 4.15 petang macam tu,finally my mak got her suprise.Ternyata dia sangat2 sangat2 sangat2 terkejut dengan kejutan tu. Mula-mula mak aku ingat orang datang nak jual barang kat pejabat dia sempena Hari Ibu,tapi selepas diberitahu coklat and fresh flowers tu untuk dia,dia sangat terkujat howkay. Then,dia terus call aku n said thanks dan bagitau dia x percaya sambil gelak2..serius rasa macam nak menangis sebab aku tak ada di depan mata dia. Hanya boleh buatkan suprise sebagai pengganti diri yang jauh ni. Rasa gembira hati bila tahu mak aku gembira dengan apa yang dia dapat. Alhamdulillah sangat2. See muka my mak after got suprise...opss,uolls can see ada 1 aje rose kat situ kan?Rose tu means hanya dia,Puan Kamariah binti Ahmad my only one superbmak in da world.


Bagi aku, perkara macam ni adalah hanya cebisan perkara yang boleh kita buat pada orang yang kita sayang. Sebabnya besarnya pengorbanan seorang ibu tidak mampu kita sebagai anak untuk membalasnya. Tambah-tambah masa sekarang,ketika aku sibuk menguruskan urusan perkahwinan aku. Mak aku lah insan yang paling banyak membantu,g sana g sini...tempah itu,tempah ini,book itu,settle ini...seriously. Yelah,anaknya jauh sangat mencari rezeki..apapun,SELAMAT HARI IBU untuk semua ibu-ibu di dunia ini dan ketahuilah besarnya pengorbanan ibu sehingga kita sebagai seorang anak wajib mentaatinya tiga kali lebih daripada seorang ayah.. na sayang mak ketat dunia.

Opss,last this is my chocolate yang aku tempah...sebelum terlupa,kepada mereka yang tinggal di Dungun,Paka,Kuala Abang dan kawasan sewaktu dengannya, dan teringin mengejutkan mak,ibu,mummy,ummi,mama korang..bolehlah cepat2 tempah ngan Sara yer sebab dia tengah buat promo sempena Hari Ibu sampai hari Khamis ni..harga memang berbaloi2 tau..Bila lagi nak buat kelainan untuk mak korang kan?


Credit : a big thanks to Sara, Kedai Cokelat Cantek yang menyediakan perkhidmatan sebegini. ^________^



~ rasa sangat gembira sekarang hanya Allah yang tahu, semoga aku juga diberikan peluang untuk menikmati nikmat gelaran seorang ibu suatu hari nanti~


0 comments:

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in