Aku pulang jua

Friday, March 09, 2012

Akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
yahuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....

opssss,terlebih sudaaaa....errr,Assalamualaikum semua.
hehehehe,terover excited plak kan?akhirnya hari yang dinanti telah tiba jugak...
aku ni kul 5.30 pagi dah bangun,mandi tau...semuanya sebab x sabar2 nak pulang..
beg2 semua aku dah kemas siap sepatu yang nak dipakai balik nanti elok aje parking depan pintu...hahahaha

ari ni nehi mood nak citer pasal sekolah lagi atau apa2 yang lain,sebab mood dah berkobar2 nak pulang...ngeh3
jumpa lagi next entry,maybe after aku konvo...
aku konvo 13 MAC 2012 ni...tak sbrnya nak jumpa semua kengkawan Maths Crew yang disayangi...

salam...

nota cikgu : ari ni cikgu nak x buat nota sebab dah nak balik,semua buku pen cikgu dah simpan...tak boleh menulis lagi,hahahaha

My first bakti

Thursday, March 08, 2012

Assalamualaikum...
bertemu lagi di hari penantian terakhir aku...hahaha,esok kan dah jumaat..tak sabarnya menantikan saat itu,saat aku dapat bertemu dengan semua orang yang aku sayang...

ok,back to the tajuk entry...ari ni aku nak tunaikan janji,yelah dah janji nak citer pasal sekolah aku kan?entry semalam aku dah bagitau sekolah aku namanya...SK Kampung Kebuaw,Dalat,Sibu Sarawak...sekolah ni kategori Pedalaman 1 (P1),maksudnya??
dapat elaun lebih rm500 tiap2 bulan...hahahaha
sekolah aku ni tepi sungai,so memang pengangkutan utama n WAJIB kalau nak keluar dari sekolah ni ialah perahu atau express bot...

ok,sambung citer lagi ek...sekolah aku ni adalah sekolah terbaik di daerah Dalat ni,so memang glemer lah sgt sekolah aku ni walaupun setiap tahun,sekolah aku lah paling ramai cikgu2 mintak ditukarkan...hahaha
sekolah aku ni penuh dengan pelbagai akiviti n masa mula2 aku datang,aku terus diberikan sedebuk guni kerja yang memang pada dasarnya,hakikinya,realitinya aku tak tahu langsung apa nak buat....hu3,ni macam dah masuk sesi luahan hati plak,opss...silap2 nanti aku cter pasal luahan hati aku plak...
majoriti murid di sekolah aku ni ialah Kristian n hanya 5% shaja Islam,thats y sekolah aku ni takde ustaz atau ustazah...

sekolah aku ni jugak adalah kategori Sekolah Kurang Murid (SKM)...yelah,dr pra sekolah sampai tahun 6,hanya ada 64 orang student sahaja...diulang yer,64 orang sahaja...guru plak termasuk aku ada 12 orang aje...tu yg kalau buat mcm2 program,hmpir smua cikgu akan kena...

lepas tu apa lagi ek aku nak citer?haaa...perjalanan dari sekolah ke Sibu atau Dalat..sekolah ni aku kan tepi sungai,so hanya hujung minggu yang boleh aku relaxkan kepala,tu pun kalau GB sekolah aku tak buat apa2 program...kalau katakan hujung minggu tu aku nak kuar g pekan Dalat,maka perjalanannya ialah...

1)mula2 aku kena naik perahu dari sekolah ke Sungai Kut....sg.kut ni mcm satu persinggahan lah,naik perahu dalam 15 minit..byrnnya rm10.

2) dah sampai Sg.Kut,aku kena naik prebet plak,biasanya aku akan panggil En.Sunny,dia ada kancil..kat sini,kita kena banyak ada contact nama prebet atau perahu,baru senang kita nak gerak...so,perjalanan dr Sg.kut ke pekan Dalat dlm 15 min dgn tambang rm3 sahaja...boleh jugak kalau nak naik van tapi aku ni jenis malas menunggu,kalau nak naik van,selagi van tu tak penuh,selagi tu dia x jalan...

3) bila dah sampai pekan Dalat,bolehlah beli apa sahaja yang aku nak...tapi pekan ni biasa2 aje,just ad 4-5 deret kedai sahaja,very2 limited..tapi ok lah. semua kedai kat sini akan tutup pada jam 6 n after 6,korang xkan nampak satu kedai pun buka...so,sgt x happening kan?aku pernah gak stay hotel kat Dalat ni bersama2 geng2 aku,amat menyedihkan sbb malam x dpt mkn...kedai mana yang buka??n kat pekan ni jugak,hanya ada DUA sahaja kedai islam yang HALAL ok...senang cter,kat sini mmg org Islam susah nak dapat makanan...

4) diingatkan jugak tau,hari Ahad pekan Dalat ni akan tutup pada jam 12 tengahari tau,hu3...sgt2 x best kan?

so,4 di atas ialah langkah kalau aku ke nak ke Dalat...skrg aku citer plak kalau aku nak ke Sibu...wahhhh,yang ni perjalanan dia agak panjang.

1)sebelum aku citer,act ada 2 cara kalau aku nak keluar dari sekolah aku ni,yang pertama naik perahu dgn tambang rm10 tapi terpksa berpanas n berhujan lah sbb dia takde atap...it just take 15 min utk sampai ke Sg.Kut..mcm aku citer tadi..

atau

boleh jugak naik xpress bot iaitu satu bot yang sgt panjang,yang boleh memuatkan lebih 50 orang dalam satu masa,berhawa dingin n berkerusi empuk...yang penting x kena panas n hujanlah,tambangnya cuma RM15 dari sekolah hingga ke Sibu...just tunggu kat jeti sekolah,pastu kalau xpress bot ni lalu,lambai aje..then dia akan berhenti di jeti sekolah...tapi ada jugak xpress bot yang amat2 x selesa sbb kotor n kdg2 ramai orang akan mabuk2,minum arak,tengok video ayam bersabung (ni pengalaman aku,sgt x suka waktu tu)....perjalanan dr sekolah ke Sibu akan mengambil masa 4 jam tau..sgt2 lama n very2 the boring,he3...sbb xpress bot ni mcm bas ting tong lah kt semenanjung...xpress bot ni kalau nak naik pagi,ia cuma ad kul 4 pagi sahaja (ni lah yang aku naik ari tu) n kalau nak petang2,dia ad dlm pkul 2 lbh n 4 lbh..
ok,hbs citer psl xpress bot...tp biasanya aku x naik xpress bot,rugi masa.

2) kalau naik perahu tadi,kita akan berhenti kt Sg.Kut kan?then,tunggu aje kat jeti Sg.kut tu,akan ad speed bot yang lalu n naik lah speed bot tu...yang ni lah yang selalu aku naik,byrnnya rm15...lbh laju n just takde only 2 hours nak smpai ke Sibu..speed bot hanya bleh muat dlm 15 orang aje dlm satu masa n dia sgt laju,walaupun tempat duduk agak biasa2 aje...hu3

oklah,dah panjang gler dah entry aku ni...aku cuba masukkan gambar sbnrnya tapi wireless sekolah agk slow...so,nnti kalau aku free aku masukkan gambar utk tatapan korang yer...jumpa agi next entry,maybe esok aku x update sbb AKU AKAN PULANG KE SEMENANJUNG............seronoknya,hehehe
jumpa lagi,salam.

nota cikgu : skrg aku jga exam paper Muzik Tahun 6,kelas tahun 6 ni ada 8 orang murid sahaja...he3





Minggu jiwa hilang

Wednesday, March 07, 2012

Assalamualaikum...kembali lagi bersua walaupun sehari aku termiss nak update sesuatu di sini..minggu ni aku namakan minggu jiwa menghilang,nak tau serba apa?sebab hari JUMAAT nanti bersamaan 9 Mac 2012 aku akan terbang semula ke Semenanjung...yahuuuuuu,bukan aku ditukarkan ke sana tapi balik bercuti selama seminggu n balik untuk konvo jugak...hu3

so,minggu ni aku rasa minggu paling lembap berjalan,kenapa ek?sejak aku datang sini tak pernah pun aku rasa lambatnya masa berjalan tapi selalu aku rasa "hah?dah jumaat?"...untuk pengetahuan korang,aku kat sini terlalu banyak keje sampaikan aku tak sedar diri n makan minum pun kadang2 terabai..tapi tu lah,minggu ni aku rasa mcm lambatnya masa berjalan...maybe apabila kita terlalu menunggu,kita akan rsa ia terlalu lambat kan??

minggu ni hari isnin agi jiwa aku dah balik naik flight sendiri ke Semenanjung,haiii...kenapalah dia x angkut jasad aku skali ek?kan ke best...he3
actually,mengajar n bekerja di pedalaman ni banyak mengajar aku erti sabar n tabah,sebab tu bila nak bercuti mcm ni,aku rsa sgt excited...yg pertama skali sudh tentu aku nak qada smua sesi makan aku yang telah tunggang terbalik...kat sini mmg r stiap hari aku msk (klu x msk,maka kebulur lah aku wlaupun dulu ak sgt mls ke dpur) tapi msk scara ala kdr n kdg2 mskn mengejar waktu,apalah sgt kan..
mskn yang sgt kerap aku msk kat sini ialah tomyam...haaaa,jgn xtau kat sini byk udang galah tau...so,sbb tu bleh buat tomyam best2...cumanya kena ad stok makanan segar lah byk2 supaya senang nak mask..

opps,sebenarnya skrg aku tgh jaga exam ni...budak Tahun 2,paper English...jgn salah sangka sebab diorang dh siap pun n tgh bca buku,so masa exam nya tinggal dlm 10 min agi...kenalah tunggu kan??apapun,ak rsa sgt2 x sbr nak balik...bestnya kalau aku x prlu datang sini lagi...tapi apakan daya,aku terpaksa akur dengan arahan KPM...hu3

oklah,jumpa agi next entry...insyallah aku akan update pasal sekolah pulak...opps,psl janji nak gtau segala story-mory psl skul aku ni x berjaya ditunai plak...actually nama sekolah aku ialah SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KEBUAW,DALAT,SIBU,SARAWAK..
jumpa lagi nnti,salam.

nota cikgu :aku dah siap packing n iron baju nak balik Jumaat ni,lambatnya lusa...hari2 aku duk tgk baju yg aku iron tu..hu3

Salam seorang guru 2012

Monday, March 05, 2012

Assalamualaikum...
Ya Allah,lama giler aku tak sentuh/update/jenguk blog ni...ingatkan dah x valid agi,nseb bek masih ok...stlh 3 bulan tahun 2012 menjengah,baru ak ada msa nak update story-mory kat sini...alhamdulillah skrg aku sudah bergelar seorang guru atau pendidik.
nak tau di mana????
SARAWAK!!

aku tak tahulah nasib aku ni malang ke,baik ke sebab aku di campak ke sini...tapi aku rasa semuanya pasti ada hikmah dalam setiap kejadian yang berlaku..masa mula2 aku tahu aku telah dipostingkan ke Sarawak ni,masa tu 14/1/12 tgh2 mlm n aku dah tido bila sahabat baik aku,Ziha yang call n bagitau dia kena di Sarawak...sah2 masa tu aku rasa mcm mimpi sebab tgh tido kan n after aku cek nama aku,sahlah aku juga dipostingkan ke Sarawak...
Allah sahaja yang tahu perasaan aku masa tu,sebab takde dalam pikiran n kepala aku,aku akan diterbangkan ke sini...
parents??diorang pun terkejut n after dat bermulalah kisah hidup aku yang sentiasa berendam air mata...aku rasa kalau aku takung air mata sejak dari 14/1/12 sehingga sekarang,cnfirm dah penuh 2-3 baldi...hehehehe

aku diterbangkan ke Sarawak pada 18/1/12 dengan MAS di bawah tajaan KPM tau...masa tu skali lagi hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku yang bercampur baur....sedih adalah perasaan yang paling dominan,pastu ada takut,bimbang,tak nak pergi n sebagainya..actually sepanjang perjalanan dr Terengganu sampailah ke KL,air mata aku takde langsung signboard STOP...so,ak pun biarkan jelah n kadangkala kelajuannya sehingga 120 km/j tau...he3

pada saat aku akan berlepas n berpeluk ngan smua insan yang aku sayang yg bakal aku tinggalkan,saat tu aku rasakan aku mcm nak tinggalkan mereka buat selama2nya...menangis xyah cakaplah,sedaya upaya aku cuba tahan utk tunjukkan pada keluarga aku terutamanya parents aku bahawa aku tabah n dh redha,tp apakan daya aku masih manusia biasa+aku ni pompuan,so berderai2 jugaklah air mata yang kuar...


first time aku menjejakkan kaki ke Sarawak,aku rasa takut sbb aku tak pernah ke Sabah mahupun Sarawak tapi aku bersyukur dipertemukan dgn kawan2 baru yang juga dipostingkan di daerah sama dgn aku iaitu DALAT...
haaa,msti korang trus trpikir How Dalat Got It's Name kan???hehehehe
kawan2 baru aku seperti Shareen,Yana,Anis n my classmate Shama,we all sama2 tak rela ke sini tp masing tabah jelah...


nak tau sekolah aku nama apa??n macam mana keadaan serta perjalanannya?
aku akan update story pasal sekolah aku plak di next entry,naseb bek skrg aku ada broadband...so,dapatlah aku luangkan masa yang seciput untuk mencoret sesuatu di sini...
untuk entry kali ni,aku just share perasaan aku yang dipostingkan ke Sarawak aje..
jumpa lagi next entry,thanks if ada yang masih sudi membaca...
salam jumpa lagi...


nota cikgu : esok semua murid satu Malaysia exam,so relax sket tp esok nak settlekan minit mesyuarat yang masih blum dibuat2...hu3

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in