Salam seorang guru 2012

Monday, March 05, 2012

Assalamualaikum...
Ya Allah,lama giler aku tak sentuh/update/jenguk blog ni...ingatkan dah x valid agi,nseb bek masih ok...stlh 3 bulan tahun 2012 menjengah,baru ak ada msa nak update story-mory kat sini...alhamdulillah skrg aku sudah bergelar seorang guru atau pendidik.
nak tau di mana????
SARAWAK!!

aku tak tahulah nasib aku ni malang ke,baik ke sebab aku di campak ke sini...tapi aku rasa semuanya pasti ada hikmah dalam setiap kejadian yang berlaku..masa mula2 aku tahu aku telah dipostingkan ke Sarawak ni,masa tu 14/1/12 tgh2 mlm n aku dah tido bila sahabat baik aku,Ziha yang call n bagitau dia kena di Sarawak...sah2 masa tu aku rasa mcm mimpi sebab tgh tido kan n after aku cek nama aku,sahlah aku juga dipostingkan ke Sarawak...
Allah sahaja yang tahu perasaan aku masa tu,sebab takde dalam pikiran n kepala aku,aku akan diterbangkan ke sini...
parents??diorang pun terkejut n after dat bermulalah kisah hidup aku yang sentiasa berendam air mata...aku rasa kalau aku takung air mata sejak dari 14/1/12 sehingga sekarang,cnfirm dah penuh 2-3 baldi...hehehehe

aku diterbangkan ke Sarawak pada 18/1/12 dengan MAS di bawah tajaan KPM tau...masa tu skali lagi hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku yang bercampur baur....sedih adalah perasaan yang paling dominan,pastu ada takut,bimbang,tak nak pergi n sebagainya..actually sepanjang perjalanan dr Terengganu sampailah ke KL,air mata aku takde langsung signboard STOP...so,ak pun biarkan jelah n kadangkala kelajuannya sehingga 120 km/j tau...he3

pada saat aku akan berlepas n berpeluk ngan smua insan yang aku sayang yg bakal aku tinggalkan,saat tu aku rasakan aku mcm nak tinggalkan mereka buat selama2nya...menangis xyah cakaplah,sedaya upaya aku cuba tahan utk tunjukkan pada keluarga aku terutamanya parents aku bahawa aku tabah n dh redha,tp apakan daya aku masih manusia biasa+aku ni pompuan,so berderai2 jugaklah air mata yang kuar...


first time aku menjejakkan kaki ke Sarawak,aku rasa takut sbb aku tak pernah ke Sabah mahupun Sarawak tapi aku bersyukur dipertemukan dgn kawan2 baru yang juga dipostingkan di daerah sama dgn aku iaitu DALAT...
haaa,msti korang trus trpikir How Dalat Got It's Name kan???hehehehe
kawan2 baru aku seperti Shareen,Yana,Anis n my classmate Shama,we all sama2 tak rela ke sini tp masing tabah jelah...


nak tau sekolah aku nama apa??n macam mana keadaan serta perjalanannya?
aku akan update story pasal sekolah aku plak di next entry,naseb bek skrg aku ada broadband...so,dapatlah aku luangkan masa yang seciput untuk mencoret sesuatu di sini...
untuk entry kali ni,aku just share perasaan aku yang dipostingkan ke Sarawak aje..
jumpa lagi next entry,thanks if ada yang masih sudi membaca...
salam jumpa lagi...


nota cikgu : esok semua murid satu Malaysia exam,so relax sket tp esok nak settlekan minit mesyuarat yang masih blum dibuat2...hu3

0 comments:

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in