Pengalaman Baby Cirit-birit

Tuesday, September 20, 2016

Assalamualaikum dan jumpa lagi

Kali ni nak share pengalaman aku sendiri mengadap peristiwa anak terkena cirit-birit sementara menunggu download cerita Mr.Bean ni...hehehehe

Aku rasa bila anak sakit adalah satu perkara yang tak best untuk ibu bapa kan? Sebab waktu tu memerlukan banyakkkkkkkk sangat kesabaran,ketabahan dan kerjasama daripada pasangan. Kalau takde semua tu,memang boleh bawak gaduh jugak sebab masing-masing penat.

Kisahnya,bulan Julai hari tu..kesihatan Hannah sangat tak berapa baik. Beberapa kali jugak dia diserang demam dan kemuncaknya pada hujung Julai. Masa tu,aku ngan suami baru balik dari vacay kitorang di AVANI. On the way balik tu,Hannah cirit-birit yang sangat teruk. Banyak kali kitorang terpaksa berhenti sebab nak salin pampers dia. Warna najis dia kuning cair dan bila dia po po aje,memang dah tau najis tu cair berdasarkan bunyi yang terhasil lah.

Bila dah banyak kali po po,ia menyebabkan bontot and bahagian sulit Hannah melecet kemerah-merahan. Masa ni lah aku ngan suami rasa stress sebab kesian sangat kat Hannah. Hannah akan menangis sakit setiap kali dia berak sebab bila benda basah kena pada sesuatu yang melecet,confirm lah sakit kan? Masa ni kan,setiap kali kitorang basuh po po Hannah yang akan meraung tu,setiap kali tu lah aku akan pegang Hannah kuat-kuat dan cakap "mommy mintak maaf sayang,mommy tahu sakit"...dan biasanya ucapan tu pakej sekali ngan linangan air mata.

Petang tu jugak terus kitorang bawak Hannah jumpa doktor yang boleh dikatakan rapat ngan kitorang dah sebab selalu check up ngan dia since pregnant lagi. Namanya Dr.Wadiah..sangat friendly dan aku suka dia sebab dia akan bagi explanation yang detail bila kita bertanya. 

Mulanya aku sangat risau bila Dr.Wadiah cakap maybe ni jangkitan rotavirus,tapi bila dilihat pada simptomnya...ia cuma cirit birit biasa. Lega sangat kut. Jadi kepada korang yang membaca ni,mesti nak tahu apa ubat atau proses pemulihan kan?Ni aku listkan yer...

UBAT 

1) SMECTA FOR BABY


Ni lah ubat yang superb berkesan.Dia macam air garam lah kalau kita yang dewasa ni. Rasanya? Jangan risau,sebab aku memang dah try dulu. Rasa dia oren vanila manis yang sedap sangat howkay. So,takde masalah kalau baby atau toddler nak makan. Smecta ni boleh diberikan kepada bayi berusia 1 bulan dan ke atas.Make sure ikut aturan yang diberikan oleh doktor. Cara nak guna Smecta macam ni yer...

1 sachet 1 hari
1 sachet ni dibancuh bersama 60ml air
60ml ni plak perlu dibahagi 3
kiranya sekali bagi pada baby,20ml sahaja..

Ni cara yang doktor cadangkan kepada aku hari tulah memandangkan Hannah baru berusia 11 bulan time tu. Alhamdulillah,,dua kali bagi (aku bagi guna picagari),Hannah dah ok dan cirit birit dia pun kurang. Sebaiknya bagi sampai habis 2 sachet untuk 2 hari lah. Haaa,satu lagi pesanan,jadikan Smecta ni sebagai bekalan travel jugak kalau korang pergi bercuti yer sebab kanak-kanak ni dia sensitif sikit kan?So,sebaiknya kita bawak sendiri ubat memandangkan ubat ni dalam sachet dan mudah sangat dibawak.

2) COMBIDERM UNTUK RUAM


Yang ni pulak krim yang namanya Combiderm. Aku rasa krim ni ada magik lah. Korang bayangkan ek,masa Hannah cirit birit,kemaluan dia sangat merah dari depan sampai bontot sampaikan nak suruh dia kangkang pakai pampers pun dia nangis macam kena dera. Masa aku sapu cream ni,Hannah memang menangis kuat giler sebab pedih kut bila letak something kat kulit yang melecet merah dah. Combiderm ni tak rasa apa-apa pun sebabnya aku sendiri dah sapu kat tangan aku dulu sebelum aku sapu kat Hannah. Krim ni sangat cepat meresap. Aku letak krim ni sekali aje kat Hannah,esoknya aku tengok merah ruam dia dah banyak sangat kurang. Alhamdulillah sangat2...sampai sekarang ni,kalau ada merah2 sikit aje kat kemaluan Hannah,memang terus aku sapu combiderm ni. Sekali sapu aje terus hilang. Kalau beli ni kat klinik biasanya dia dah repack balik,so sebaiknya beli aje kat farmasi.


2) CARA NAK PULIHKAN BABY DARIPADA CIRIT-BIRIT

Pertamanya,kalau baby kena cirit birit ni pastikan,pampers dia kerap ditukar lah yer. Jangan biarkan lama sebab takut ruam teruk kat bontot dia nanti.

Then,bagilah Smecta cepat-cepat kat baby supaya cirit-birit dia tak melarat teruk. Dan pastikan keep giving them air masak supaya dia tak dehydration nanti. Memang baby/toddler menolak tapi pandai pandailah kita as a parents bagi jugak. Jangan sampai bibir dia dah kering,tubuh tak bermaya sebab tak cukup air dalam badan.

If baby ada ruam di bahagian kemaluan dia,cepat-cepat sapu krim ruam yang bersesuaian ngan kulit baby. Kesian dia,dah lah berak cair pastu ruam pedih plak,merana baby tu...kita jugak yang menanggung seksa tengok.

Pastikan pakaian yang dipakai selesa,jangan pakai pakaian tebal atau lengan panjang kalau cuaca panas. Pastikan baby berada dalam keadaan cuaca yang sederhana iaitu tak panas dan tak sejuk.

Jangan lupa cek suhu walaupun tak demam sebab kita tak tahu tindak balas badan baby ngan setiap penyakit.

Pastikan baby makan (kalau yang dah makan solid food) walaupun sikit,just untuk pastikan dia bertenaga. If baby tak nak makan (macam Hannah hari tu),pastikan susu dia mencukupi. Hannah hari tu memang kuat hisap susu sebab nak recharge tenaga dia balik.

Kalau melarat jugak walaupun dah jumpa doktor,dah bagi ubat melebihi 2 hari...sila lah bawa baby anak ke hospital segera. Takut jadi macam satu kes yang aku baca,dia biarkan anak dia cirit birit sampai 5 hari tak bawak ke hospital sampaikan najis dia dah berdarah akibat usus dah luka. Nauzubillah....

Ok,itu sahaja rasanya yang aku ingat. Semua pesanan ni adalah daripada doktor yang aku rujuk tu. Alhamdulillah,2 hari aje Hannah cirit birit hari tu bila aku follow betul-betul pesanan di atas.
Ni Hannah lepas dah elok sikit drpd cirit birit

Diharapkan,apa yang aku share ni dapatlah membantu ibu bapa yang sedang melalui pengalaman ni. Sekurang-kurangnya,korang tahu apa nak buat kan?Jumpa lagi...wassalam.

2 comments:

Anonymous said...

Assalam sis.
Farmasi kat mana ye ada jual. Susah sangat nak jumpa.

Lindastitch123 said...

Baby saya baru nak baik lepas kene 2 minggu lebih cirit- birit, kesian si kalsom. Saya sapu Bephanthen lah..

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in