Trip Honeymoon To Bali - Review Part 2

Sunday, December 21, 2014

Assalamualaikum....alhamdulillah ,yay dapat publish entry setelah berkurun diperam.Kononlah kan,hahaha...ok,aku sambung entry dengan another tempat menarik lagi.

9) Gunung Batur
Gunung ni terletak di Kintamani. Kalau sape2 pernah pergi ke Bandung,gunung ni lebih kurang macam Tangkuban Parahu. Memang sejuk dan semestinya ada ramai penjual yang akan mengekori bontot kita dengan serajin-rajinnya. Rasanya aku lebih rimas ngan penjual kat sini daripada Tangkuban Parahu tu. Ariff dah pesan awal2 pada kami supaya tak beli sebab kadang2 penjual ni mempunyai tricks yang akan memerangkap korang. Dia cakap aje

" mbak,beli mbak...5 helai 5 aje"

Tapi sebenarnya tahukah korang 5 yang dia maksudkan tu ialah 5usd!!Silalah membayo kalau korang dah terkena. Dahlah kalau kita tak nak beli barang,mereka mungkin akan mengeluarkan ayat yang pedih telinga jugak didengar. Tapi takpelah,abaikan aje..sebab aku bukan nak citer pasal diorang,aku nak citer pasal gunung.

Untuk masuk ke kawasan Kintamani ni,sorang kena bayar 10k rupiah. Pastu ambiklah gambar banyak2 sebab view kat sini memang cantik. Disediakan tempat yang paling superb gambar boleh diambil. Gunung Batur ni last meletus tahun 2002,mengikut kata si Ariff lah.


Sangat cantik sebab tanah dia subur.


Nampak tak tasik kat belakang tu..cantik!

Ok,itu aje yang aku nak cerita pasal Gunung Batur ni...next!

10) Kecak Dance
Selain daripada Barong Dance,Kecak Dance jugak terkenal di Bali. Kecak Dance ni boleh ditonton hanya di Uluwatu. Nak masuk ke Uluwatu ni pun kena bayar jugak. Bayaran masuk ke Uluwatu ini ialah 10k rupiah seorang. Kat sini semua pengunjung yang datang kena pakai/ikat kain warna purple/kuning...if korang pakai skirt atau short pan,makanya dia sruh pakai kain warna purple lah. Kenapa kena pakai kain bagai nih?Haaa...sebabnya,Uluwatu ni kira tempat suci dan terletaknya temple paling hujung di Bali. Uluwatu maksudnya tanah paling hujung/batu paling hujung. Ulu tu hujung,watu tu batu atau tanah...ini mengikut kata Joni yang menjadi supir kitorang hari tu.

Apa yang ada kat Uluwatu ni?Selain daripada Kecak Dance,Uluwatu ni jugak adalah salah satu tempat yang sangat cantik dan kita boleh menikmati sunset selain daripada Jimbaran. Sebelum aku terlupa, tips nak masuk ke sini ialah korang mesti simpan semua aksesori macam cermin mata hitam, makanan ringan even botol air pun kerana kat Uluwatu ni ada banyak monyet. Monyet ni plak jenis liar dan akan rampas barangan korang bila dia berkenan. Bila dia dah rampas, jangan haraplah nak dapat balik...huhuhu

Tapi masa kitorang masuk sini, si Joni dah bawak lastik siap2..so,kami follow belakang dia aje. Pengunjung yang datang sini tak digalakkan untuk memberi monyet makan. Adalah jugak aku jumpa monyet ni tapi bila nampak Joni tarik lastik aje,terus diorang lari...walaupun masa tu Joni tak letak batu pun kat lastik dia,kira macam acah2 ajelah sebenarnya. Ok,now layan pic yer...


nampak tak jambatan kat sana tu? nak datang ke tempat aku ambik pic ni,kena jalan kat situlah...agak jauh tapi excited.


bagi aku pic ni sangat cantik sebab background belakang awesome...angin kuat giler kat sini + nyaman sekali.


nampak kain purple yang kami duk lilit kat pinggang tu? Ni plak kira macam sejarah Uluwatu lah...


yang ni plak side kiri Uluwatu...penat wooo jalan + orang memang ramai. Cuba tengok air kat bawah tu, bersih n warna hijau lagi. Lepas dah bosan meraya,ambik gambar sampai full memory...kitorang pun ready pun untuk tengok Kecak Dance. Nak tengok Kecak Dance ni,korang kena bayar 100k rupiah bersamaan RM30 sorang. Kecak Dance ni akan dimulakan pada jam 6 petang. Persembahan ni ambik masa sejam.


inilah ruang nak tengok Kecak Dance. Tempat duduk dia macam ala2 stadium,pilihlah kat mana korang nak duduk..kitorang pilih seat kat sini sebabnya nak tengok sunset yang sebelah sana...memang awesome lah viewnya.


ni tarian dah bermula. Kalau dilihat secara umumnya, diorang ni macam sedang buat aktiviti penyembahan dan aku teringat ada seorang blogger cakap...bila tengok benda2 macam ni,banyakkan istifar banyak2 dalam hati. Yup,memang betul pun cakap blogger tu sebabnya dah lah buat waktu maghrib,jadinya macam nampak tak elok aje. Rasanya itu aje yang aku nak share tentang Kecak Dance...tarian ni takdelah membosankan sangat Barong,sebabnya?? Ada satu watak dalam cerita ni iaitu monyet putih yang akan naik di bahagian penonton...kiranya macam berdebar bila dia datang dekat,hahahahaha...upsss,monyet ni bukan monyet betul tapi orang yang pakai uniform monyet...hahahaha,tak leh blah dengan perkataan uniform tu.

11) Jimbaran
Haaa....kalau sebut aje Jimbaran,memang semua maklum tentang sunset dan romantic dinner. Yup,memang pun...kat sini memang awesome dengan sunset dan dinner. Seperti biasa, kat sini ada banyak restoran yang menyediakan dinner dan kebiasaannya supir dah deal ngan mana2 restoran untuk bawak pelancong datang. Kitorang sampai kat sini jam 6 petang,angin memang kuat sebab kebetulan kami depan meja yang betul2 mengadap laut. Sambil menunggu sunset,kami sempat menikmati jagung bakar yang memang awesome. Kenapa aku cakap awesome?Nah,aku tunjuk pic dulu bagi korang jeles...hahahaha


kenapa aku cakap jagung bakar ni best? Ok,korang pernah makan sate zaman kanak2 yang akan dibakar pastu dicelup ngan kuah pedas atau manis tu? Pernah makan kan? Haaa...jagung ni plak dibakar dengan kuah pedas atau manis tu lah. Kita boleh pilih sama ada nak pedas atau manis. Satu jagung ni rege dia 10k rupiah aje. Memang sedap sangat2 sampai rasa nak order 10..haaaa. Time ni hubby pilih kuah pedas ngan manis dicampur,rasanya lagi awesome kut.


nampak tak pak cik tu tengah bakar jagung?haaaa....ngan pak cik tu lah kitorang beli.


 alhamdulillah,diberikan peluang melihat sunset....


Dinner!! Ok,sebagaimana semua orang tahu dinner kat Jimbaran ni agak mahal. Tapi korang boleh pilih sama ada nak secara ala carte ataupun pakej. Yang kami pilih ni secara pakej..dia bagi nasi,pastu sepinggan seafood yang full sorang satu,sayur goreng,fries dan sedikit sambal. Air plak kami ambik jus buah tanpa ada bayaran tambahan sebabnya dah termasuk sekali dalam rege pakej. Kalau korang tak request air, dia hanya akan bagi air mineral aje..so,kenapa nak lepaskan peluang kan?hahahaha

Untuk keseluruhan dinner ni,kami spend around 1 juta rupiah bersamaan RM300. Yessss....memang mahal giler untuk makan malam berdua tapi sekali sekala beromantis di tepi pantai ngan cahaya2 kelam kan, why not kan...masa ni cakaplah I Lap U ke, U Lap Me ke...hahahaha

Dan nak tambah keromantisan lagi,ada benda ni haaaa datang depan meja...


Yup,kumpulan kugiran...masa ni diorang nyanyikan lagu Have I Told You Lately That I Love You by Rod Stewart. Memang touching habis time ni...hu3

Wuhuuuu,dahlah suara penyanyi kugiran ni best amat. Memang berbaloi makan kat sini dengan suasana yang lain sikit. Lepas aje diorang nyanyi,silalah bagi sedikit tips untuk suara tu yer. Rasanya itu ajelah yang aku nak share berkaitan Jimbaran ni. Sebelum habis bab ni,nak jugak aku letak pic berdua...ha3



12) Pantai Pandawa
Ok,ni tempat2 biasa yang aku rasa semua orang akan excited untuk pergi. Sebabnya air kat pantai ni sangat cantik,warna hijau dan sangat jernih. Nak masuk ke Pantai Pandawa still kena bayar walaupun ia hanyalah pantai. Sorang kena bayar 7500 rupiah sorang, lebih kurang RM2.50 aje...he3


Laluan masuk ke Pantai Pandawa ni dah macam ala2 masuk ke satu tempat yang lain. Sebabnya kiri kanan batu aje..mengikut Joni, tempat ni merupakan tempat mencari bijih timah...sebab tulah kiri kanan asyik batu aje. Kat sini memang ramai orang datang,nak mandi pun boleh...tapi time kitorang datang,takde plak rasa nak mandi sebabnya cuaca yang amat panas dan kitorang baru aje lepas main air kat Tanjung Benoa.


Cantik kan air dia?Kalau rasa nak ambik angin aje pun boleh...boleh duduk2 kat sini.


Upsss...sebelum korang nak duduk kat tempat yang best ni,silalah ingat bahawa segala benda di Bali ni berbayo...nak duduk kat sini kena bayar 50k rupiah lebih kurang RM17. Masa ni kitorang tak duduk pun,just ambik gambar aje banyak2...he3


13) Pantai Kuta
Pantai Kuta ni terletak di Legian. Kitorang tak g jenguk pun walaupun dekat aje ngan hotel kitorang sebabnya tak nak buat dosa mata...hahahaha,kat Pantai Kuta ni aku tak pasti ada dikenakan bayaran atau tak. Kenapa kitorang tak nak buat dosa mata?Kat sinilah port mat dan minah salleh berjemur dengan pakaian,separuh pakaian ataupun tanpa pakaian.

Yay!!!! Dah settle story pasal semua tempat2 menarik kat Bali,now we go to tempat makan plak...part yang paling best!

Tempat Makan

1) Ayam Tulang Lunak Malioboro
Rasanya semua orang tahu pasal tempat makan ni. Ayam kat sini semuanya melting..bayangkan tulang ayam yang selalu kita tinggalkan bila makan ayam tu kan lembut yang amat. Kiranya kalau makan,memang boleh makan sekali ngan tulang2. First time kitorang makan kat sini masa mula2 sampai kat Bali. Harga kat kedai makan ni standard lah. Menu yang patut korang try kat Malioboro ni seharusnya Ayam Goreng Crispy (rasa yang teramat crunchy), Ikan Gurami Terbang (sodap sesangat).. kitorang mula2 sampai ambik menu ni.


Disebabkan rasa sedap kat Malioboro ni,makanya sebelum kitorang fly balik,kitorang mintakkan Ariff hantar kitorang makan sekali lagi.Dan ini menu untuk kali kedua makan kat sini.


Suasana kat sini ok aje,cumanya orang memang ramai sesangat.


2) Nasi Padang
Disebabkan kat Bali ni memang majoriti orang Hindu,makanya nak cari makanan agak susah. Jadinya cara yang paling selamat untuk mendapatkan makanan halal ialah makan nasi padang aje. Ada banyak jugak menyediakan nasi padang ni dan mengikut kata si Joni insyallah nasi padang sememangnya halal di Bali. Masa kitorang makan nasi padang,lupa plak nak ambik gambarnya. Hasil makan untuk 3 orang,harganya 93k rupiah,lebih kurang RM28-RM30..boleh tahan jugaklah nasi padang kedai yang Joni bawak ni.

3) Ayam Bertutu
Masa mula2 sampai Bali,memang banyak sangat signboard ayam bertutu yang kami nampak. Disebabkan Bali ni memang diketahui sebagai tempat Hindu,so takdelah kami excited nak cuba...tapi bila aje si Ariff cakap,nasi bertutu ni halal dan boleh dimakan...tapinya kena pilih kedai yang betul lah. So,kitorang pun apa lagi,terus cuba lah...ni gambar nasi ayam bertutu.


Rasa nasi ayam bertutu ni pedas dan dia ada banyak kuah. Sedap jugak bila dimakan time lapar..he3,harga nasi ayam bertutu yang kitorang beli ni ialah 37k rupiah,around RM13.

4) Nasi Ayam Penyet
Ok,yang ni memang serius sangat2 sedap. Gerai nasi ayam penyet ni terletak kat tepi jalan aje berhampiran hotel aku stay. Tapi dun worry sebabnya gerai ni gerai muslim dan 100% halal. Harga nasi ayam penyet ni 15k rupiah...rasa dia?awesome walaupun pedas sampai meleleh2 air hidung aku keluar...ha4

5) Restoran Kintamani
Restoran ni terletak di Kintamani iaitu di Gunung Batur. Memang best dapat makan kat sini. Sambil makan dapat tengok pemandangan cantik. Tengok pemandangan di hadapan kedai ni.


Cantikkan? Tapi sebelum korang nak masuk sini,korang kena meredah sekumpulan penjual yang sibuk menjual pelbagai barang,as usual abaikan aje.

Kintamani Restoran ni menyediakan makanan secara buffet dan sorang dikehendaki membayar 141k rupiah,lingkungan RM40 lebih. Agak mahal tapi makanan sangat sedap. Ni plak bahagian dalam kedai..


Nampak mewahkan? Kat dalam ni ada pelbagai jenis makanan....sate,western dan macam2 lagi.

Rasanya setakat itulah yang aku nak share,giler lama berkurun baru dapat publish.

Jumpa lagi,wassalam








Trip Honeymoon To Bali - Review Part 1

Wednesday, December 17, 2014

Assalamualaikum...lamanya aku menghilangkan diri,alhamdulillah kali ni baru ada masa nak spend untuk menaip. Actually, ada banyak benda aku nak share kat sini...moga2 diberikan ruang masa dan kerajinan ( ini penting ) selepas ni.

Oklah,back to story yang maybe ramai dah tahu,last week aku ngan hubby telah bervacay ke Bali, Indonesia. Kitorang spend 5 hari 4 malam kat sana. Aku tahu memang ramai dah share tips tapi kali ni versi aku punyer,aku nak share sekali ngan perbelanjaan. Bali ni harga barangan dia bukannya murah macam di Bandung,tapi kena pandailah cari port yang ok.Nak mudahkan korang,aku just share tempat2 yang penting aje...

Hotel

Untuk hotel,aku memilih Booking.com as pilihan terbaik setelah ushar dan bandingkan harga di semua web. Aku booking since bulan September lagi. Aku memilih Kuta Central Park Hotel yang terletak di Kuta. Hotel ni bertaraf 4 bintang dan sangat selesa n very recommend lah untuk korang yang nak stay lama. Harganya memang berpatutan iaitu dalam 2 juta rupiah lebih untuk tempoh yang aku stay tu. 2 juta rupiah tu around RM500- RM600 lah kalau duit kita. Apa yang best kat sini, hotel ni memberikan layanan yang baik dan bilik aku mengadap pool as request,anytime boleh terjun tau. Breakfast plak disediakan sebab memang aku dah book incuding breakfast ari tu. Lagi satu lokasi hotel ni strategik sebabnya ia tenang berbanding hotel2 di Legian yang memang superb bising dengan muzik dan pub yang melambak tu. Lagi satu kan, kalau stay hotel ni senang nak cari port makan selain jalan kaki beberapa minit aje untuk ke Giant dan Guardians. Jangan tak tahu kat Bali ni siap ada Carrefour tau. 2 kali jugak aku ke Giant beli air ngan epal. Opss,sebelum terlupa..yang best kat hotel ni kan dia melayan request kita masa booking tau,sebabnya masa booking aku dah request nak something special for honeymoon dan alhamdulillah dilayan. Buktinya.......


Tadaaaa....bilik kami yang dihias ala2 Romantika dah,paling awesome kan bila malam kedua pihak hotel buat suprise hantar kek sempena honeymoon kami tau...siyesly terkujat den.


Inilah kepingan kek...sodap giler2 tau. Sedap hingga menjilat pinggan tau. Last pasal hotel ni ialah housekeeping dia memang bagus kut. Dalam bilik kitorang book ni disediakan 4 tuala dan tuala tu ditukar setiap hari. Itu yang aku suka. Rasanya itu aje kut yang aku nak review pasal hotel aku ni.

Pemandu Pelancong a.k.a supir

Bab ni aku memang buat research kaw2 punya. Sebabnya aku nak supir yang rajin nak bawak kami jalan2. Aku memilih agensi Pak Isme yang memang terkenal di kalangan orang yang dah pergi ke Bali. Aku deal ngan dia thru wasup aje. Harga pun still boleh nego dan jadual perjalanan pun korang boleh aturkan sendiri. Untuk supir ni, kitorang spend 1 juta rupiah iaitu RM300 untuk full day selama 5 hari. Memang Pak Isme tak dapat datang as aku expected, so dia hantar Ariff sebagai pengganti. Ariff memang baik dan boleh cerita apa sahaja yang korang nak tahu pasal Bali ni. Dia akan sabar aje dan relax giler kalau korang ambik masa yang lama giler kat satu-satu tempat. Tapi masa hari ke-4, Ariff ada hal sikit,so dia gantikan dengan Joni iaitu sedara dia. Joni memang best sebab sporting habis, siap jadi jurugambar tak bertauliah kami agi. Dia siap mintak kamera nak ambik pic kami,dah macam ala2 buat gambar post wedding plak..macam2 gaya dia suruh buat. Ngan Joni korang akan rasa ceria+rasa duk kat Malaysia aje sebabnya dalam kete dia sepanjang masa dia pasang lagu melayu 80-an,memang awesome. Ok,kat sini aku bagi contact no diorang..

Pak Isme : +628 13386 14174 ( wasup only)
Ariff : +62 87862 186612
Joni : 081 353 154118 ( kalau call,sila tambah no kod negara kat depan yer).

Pertukaran Duit

Bab pertukaran duit ni,memang kena rajin survey money changer area korang yang murah. Tapi hari tu kami busy giler sampaikan lupa nak tukar duit dan terpaksa tukar duit kat bank kat airport aje. Sebenarnya seminggu sebelum fly,aku ada terushar money changer kat pintu masuk IKEA Damansara,masa tu 1 juta rupiah = RM288 aje. Tapi aku tak tertukar plak masa tu. So,kat airport tu rate memang tinggi,dapatlah 1 juta rupiah = RM320. Memang mahal tapi pejam mata ajelah disebabkan kesalahan diri sendiri. Bab tukar duit ni, sebaiknya tukarlah duit kat negara sendiri sebabnya rate kat Bali lebih lagi. Paling murah aku tengok RM330 aje. Kat Bali memang terlalu banyak money changer,so tak perlu risau. Tapi kalau korang nak tukar duit,jangan tukar duit kat area Legian, Pantai Kuta atau Tanjung Benoa sebab rate diorang mahal giler kut. Yelah, area tu area mat salleh memang mahal lah. Kalau agak2 korang takut tak cukup duit ke,ada kecemasan ke..korang aktifkanlah kad bank korang untuk pengeluaran antarabangsa sebelum terbang ke luar negara. Kalau tak silap aku,sekali korang withdraw kat atm bank kat Bali ni akan dikenakan caj RM12..aku aktifkan aje tapi tak cucuk pun,he3..rasanya itu aje info untuk pertukaran duit ni.

Tempat-tempat Menarik

Perghhh..dah lama menaip,baru nak sampai part ni. Kat Bali ni ada macam2 tempat yang best n view yang nice. Memang sesuai sangat untuk honeymoon. Disebabkan aku ngan hubby duk 5 hari,makanya memang habislah Bali ni kitorang pergi.

1) Barong Dance
Tempat pertama kitorang pergi ialah Ubud. Kat sini kami tengok Barong Dance. Barong dance ni paparkan persembahan berkaitan kebaikan dan kejahatan yang melibatkan dewa. Yup, Bali memang kuat dengan agama Hindu,sebab tu banyak tarian melibatkan dewa2 ni.


Nak masuk tengok Barong Dance ni,setiap orang akan dikenakan caj 100k rupiah around RM30 lah. Persembahan ni ambik masa 1 jam. Ermmm...memang agak mengantuk tapi bak kata hubby dah bayar banyak,so tengok ajelah.

2) Kedai Batik
Disebabkan Bali memang terkenal dengan kesenian,kat sini jugak ada tempat membuat batik. Apa yang awesome nya ialah segalanya dilakukan secara tradisional. Diorang memang mengekalkan seni asli. Batik kat Bali ni menggunakan unsur flora dan fauna. Macam2 barang yang diorang buat guna batik,sempatlah jugak aku beli selipar batik..he3. Errr...tapi harga kat kedai aku pergi ni boleh tahan jugak. Yelah,barang2 kat Bali harga standard.


Ni lah contoh tempat pembuatan batik diorang. Memang take time tapi hasilnya awesome.


Ini pulak bahagian depan kedai,awesome kan?Penuh keseniaan.

3) Pusat Lukisan
Dah namanya tempat seni kan,ada banyak sangat kedai lukisan kat sini. Bagi aku,Bali ni pusat segala seni. So kepada mereka yang sukakan lukisan,pilihlah aje. Ada macam2 lukisan tau..bagi aku ngan hubby yang buta seni ni,kitorang just singgah n nengok2 ajelah. Yelah,bukannya kitorang suka lukisan pun...ngeh3


Ni contoh2 lukisan yang ada...silalah menjamu mata yer.


Kawasan lukisan yang indah sesangat bila kita berjalan masuk ke sini. Aku tak tanya plak berapa harga setiap lukisan ni,kalau korang berminat...datanglah ke sini yer.

4) Galeri Silver dan Emas
Haaa....selain daripada lukisan,Bali jugak terkenal ngan hasil perak/silver dan aku cakap awal2 harganya memang giler. Yelah,pembuatan silver pun dibuat secara tradisional,mana tak mahalnya. Tapi hasilnya memang awesome lah. Kalau yang minat hasil perak macam rantai,cincin,gelang,perhiasan rumah dan ntah pape lagi,boleh datang ke sini...aku lupa plak apa nama tempat ni.


Ni kiranya proses pembuatan perak tu lah,design diorang cantik tau tapi harga tak cantik sangat...ha3,tapi kalau ada yang minat harga still boleh nego sampai korang mampu bayar dan berbaloi.


Nilah kedai yang aku pergi errr tapi aku sangat tak suka tau. Kawasan ni memang kawasan silver, so memang terlalu banyak kedai yang supir korang akan bawak...tapi kan bila masuk aje kedai silver,orang kedai akan mengharapkan kita untuk beli even 1 dan masa tu aku sangat tak suka. Yelah,aku datang nak tengok aje dan saja tanya harga brooch...brooch tu kecik aje tapi regenya RM150 kau...sape yang nak beli. Last2,aku ngan hubby berjaya melarikan diri...hehehehe,selamat poket aku said my hubby.

5) Kopi Luwak
Yesssssss....kopi luwak sangat terkenal di Bali. Tempat utama kopi luwak adalah Satria. Mula2,aku tak faham pebenda kopi luwak dan kenapa ia terkenal sangat. So si Ariff pun citerlah kat aku. Sebenarnya luwak ni maksudnya musang. Kopi ni terhasil daripada najis musang sebenarnya. Yup,bunyi macam geli kan. Musang ni dibela dan dibiarkan bebas pada malam hari. So pada waktu malam lah,musang ni akan makan biji2 kopi dan musang hanya akan makan biji kopi yang berkualiti sahaja. Esokknya,bila dia berak...najis dia akan dikutip dan biji kopi yang ada akan dicuci. Tapi diorang bukan guna kopi yang melekat kat najis tu,dalam biji kopi tu ada 2 lapisan lagi,dan biji paling dalam akan diguna,dicuci,dibasuh,digoreng seterusnya akan ditumbuk sehingga menjadi kopi luwak. And as usual segala proses tu still manual dan perniagaan ni adalah bisnes family tau...so,setiap ahli keluarga memang dah ada tugas masing2. Opsss,Majlis Ulama Indonesia menghalalkan kopi ni kerana ia bukannya menggunakan biji kopi pada najis musang tu tetapi bahagian dalam kopi,kiranya tak kotor lah. Nah,aku belanja gambar...


Ni proses pembuatan,see...still pakai kayu api tu.


Ni kawasan kopi yang musang tu akan makan di malam hari..


Ini lah kopi luwak,rasa dia pekat kaw2 punya...tapi kalau nak rasa kopi ni kena bayar 50k rupiah sama dengan RM15 secawan kecik...aku ngan hubby minum secara terpaksa untuk habiskan sebabnya walaupun dah letak gula bersudu2 tapi pekat dia tak boleh blah.


Yang ini plak 12 jenis kopi dan teh lain yang diorang jual jugak. Ada macam2 rasa dan paling best n korang patut beli ialah Lemongrass Tea, Tea Saffron, Moccacino, Vanilla Coklat dan Manggis. Yang lain ok jugak tapi tak kena sangat ngan tekak kami. Harga kopi ni boleh tahan, 60k rupiah untuk 100g...lebih kurang RM20. Tapi tak semua rege tu,ada yang mahal lagi..kalau beli banyak,dia akan bagi percuma 1-2 kotak lagi mengikut pilihan korang,boleh tahan jugak kitorang memborong kat sini.
Pssst,pesanan penaja...lepas datang tempat ni,malam tu kami tak dapat tidur sebab minum kopi terlalu banyak..kul 4 pagi baru dapat tidur kut,stress!!!

6) Watersport Aktiviti
Part ni memang awesome. Sebabnya banyak sangat pilihan aktiviti air yang boleh kita buat. Kat mana? Semestinya Tanjung Benoa. Ok,aku bagitau tips..aktiviti air kat Tanjung Benoa ni actually harga dia mahal giler. So,cara nak harga murah..korang boleh booking pakej melalui laman web ni Tanjung Benoa Watersport . Harganya sangat berbaloi2 berbanding walk in. Tapi aku nak ingatkan sebaiknya buatlah booking sebulan sebelum korang nak pergi sebabnya diorang agak lambat reply. OK, aku nak bagitau satu trick....kat Tanjung Benoa ni ada banyak agensi yang menjalankan aktiviti air dan kebiasaannya supir kat Indonesia ni diorang dah deal ngan mana2 agensi bila bawak pelancong datang. So, kalau korang book gunakan laman web yang aku cakap tadi, sila bagitau supir korang. Macam aku hari tu, si Ariff memang dah deal ngan satu agensi yang bernama PT. Bali Merta Samudra, lepas jer kitorang book permainan terus tokey kedai panggil si Ariff untuk ambik baju free. Yelah, sebab bawak customer a.k.a duit kat diorang. 

 Permainan air kat Tanjung Benoa memang mahal giler. Bayangkan paling murah pun main banana boat,sorang 250k kut around RM70...tu baru satu game. Sebab tu sebaiknya book awal sebab pakej untuk 3 games just 350k sorang around RM100. Kiranya kalau korang nak main permainan air kat sini, silalah fikir banyak kali kalau tak nak membazir. Hari tu kitorang try scuba diving ngan flying fish. Aku bagi 5 bintang untuk flying fish sebab best giler kut. Scuba diving plak aku tak suka sangat sebab aku tak pandai berenang, si hubby aje yang beria-ria...hahahahaha. Sebenarnya kitorang nak main parasailing tapi keadaan angin time tu tak berapa elok. Nah aku belanja pic...


Ni time kitorang naik flying fish....awesome kut.


Ni plak sebelum kitorang terjun buat scuba diving. Satu tips aku nak bagitau,kalau datang sini...sila pakai pelindung sinar UV sebabnya sangat panas dan membako kulit kut cuaca kat sini.

7) Padi Teres
Kat mana boleh tengok view padi teres yang cantik giler, of course kat Tegallalang, Ubud. Nak masuk kat sini kena bayar 5k rupiah sorang, dalam RM1.70 aje. Tangkaplah gambar banyak2 sebab view memang nice sangat. Yang ni aku malas nak citer, share gambar aje...


nice kan?

8) Tanah Lot
Tempat ni rasanya memang femes emes kut, yelah memang dah ramai blogger yang story pasal tempat ni. Memang sangat cantik Tanah Lot ni sebabnya bila air pasang, kawasan berbatu ni nampak macam berada di tengah2 laut. Angin kat sini sangat kuat tau dan orang memang ramai. Actually, Tanah Lot ni ada temple Hindu aje. Sebab tu kalau datang Bali, ramai pasangan Hindu kat sini. Aku tak nak citer panjang agi,layan gambar ajelah yer...



ni pandangan dari tempat yang duduk time tu...so nice kan?


yang ni plak berlatarbelakangkan temple yang berada di side kanan Tanah Lot ni...


  
ni pic sengaja diupload...jangan marah haaaaaaa..

Rasanya sampai kat sini dulu entry berdepa2 aku ni. Insyallah lepas ni aku publish entry part 2 plak yang berkaitan beberapa tempat menarik lagi, tempat makan dan tempat sopink. Yelah, kesian korang duk baca dari tadi,hahahaha. Memandangkan sekarang aku dah jumpa cara yang sesuai supaya aku dapat publish entry dengan cepat, makanya makin berkobar-kobarlah semangat nak berblog sekarang. Moga2 sikit sebanyak entry ni dapat membantu mereka2 yang first time nak fly ke Bali. Jumpa next entry yer semua,papai...

Wassalam

~berhari-hari jugak menaip entry ni sebabnya line tenet tak berapa ok + hujan mencurah2 di Terengganu ni~

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in