Update sambil Menunggu Family

Saturday, May 26, 2012

Assalamualaikum...
selamat pagi kepada semua,rajin aje aku update blog kan?walaupun kat airport aku tetap mantain update blog,selagi ada laptop dengan aku...
sekarang ni aku sedang menunggu ketibaan family terchenta dari Terengganu ngan flight...sambil2 tu aku update blog ngan dgr radio..
apapun,perasaan aku skrg sgt2 ok,perasaan yang hanya kadangkala timbul sahaja sebab selagi aku stay kat Sarawak,perasaan mcm ni xkan selalu ada...hu3

apapun,bila aku pulang ke Semenanjung,satu2nya perkara yang aku xnak fikir ialah berkaitan dgn segala kerja yang aku tinggalkan di Sarawak...
just enjoy my holidays here...he3

wassalam...

Update from Lapangan Terbang..

Friday, May 25, 2012

Assalamualaikum...
fast update live dari Lapangan Terbang Sibu kut,hahaha
hari ni aku sampai awal kat airport,so terpaksa menunggu berjam2 lah..
walau apapun,sangat2 tak sabar menantikan flight aku malam ni kul 9 malam...
perasaan aku skrg sangat2 gembira n excited...


wassalam....

notakaki : cepatlah sikit wahai masa berlalu,naseb bek aku ada member nak berborak kat sini...hu3


"Bekalan" untuk murid,cikgu pulak balik kampungggggggggg...he3

Thursday, May 24, 2012

Assalamualaikum....
Hari ni Khamis,esok bakal menjelang...aduhai,tak sabarnya rasa.
hari ni lambat sikit aku update cerita sebab macam takde apa nak diceritakan,tetapi tiba2 teringat yang tadi aku dah "dera" anak murid aku...
aku bagi "bekalan makanan" best kat diorang sepanjang cuti sekolah ni..

mula2,anak murid aku excited dengar aku nak bagi makanan,tapi bila jer aku tunjuk "makanan" tu,terus diorang buat muka...
tapi hari ni tak tahu kenapa mood aku tak berapa elok n sejak 2-3 hari lepas,aku sangat cepat penat...
so,hari ni aku rasa paling banyak aku marah n xpress my depress mood...bagi aku,ini semua salah dan melanggar etika kerja aku sebagai guru tapi aku tak tahu kenapa,maybe perubahan hormon kut...he3

so,apa yang aku nak ceritakan cuma kerja rumah yang aku sediakan utk anak murid kesayangan aku...aku tak nak diorang terleka sepanjang cuti 2 minggu ni,so aku sediakan latihan...latihan yang aku berikan merangkumi kesemua topik yang dah aku ajar...harap2 diorang dapat jawab dengan baik...
untuk Tahun 5 plak,naseb baik aku belikan diorang buku latihan,jadi aku just pesan buat latihan yang mana...

esok,HARI YANG PALING AKU NANTIKAN...naseb bek esok relax aje sebab sekolah aku buat Majlis Pemuafakatan iaitu hari ibu bapa datang sekolah n sign buku rekod anak masing2...sebagai guru kelas Tahun 4,confirm2 r esok aku bakal mengadap mak ayah murid2 aku,ni satu pengalaman baru buat aku...yelah,dapat belajar berkomunikasi dengan mak ayah,dulu mak ngan ayah aku selalu ambikkan rekod exam aku ngan adik2,sekarang ni aku plak yang bakal berhadapan dgn mak ayah...bangga plak rasa.

opps,cakap pasal pengalaman...apa yang best lagi tahun ni,aku dah dicalonkan utk jadi pengawas peperiksaan UPSR,aku doa supaya jadi pembantu aje,janganlah aku kena jadi Ketua Pengawas,memang satu habuk tak tahu...
apapun,my feeling now sempena esok ialah sangat2 gembira,selamat bercuti kepada semua warga pendidik dan murid2 di seluruh Malaysia...


wassalam...

notakaki : nak nyanyi lagu balik kampung....ohhh,ohhh,ohhhh balik kampung,hati girang!!!


Kisah Cikgu Noraini yang Memberi Inspirasi..

Wednesday, May 23, 2012

Assalamualaikum...
Mesti hari ni semua orang yang bekerja di bawah gov sdg bergembira sbb hari ni gaji masuk,namun bagi aku biasa2 aje...maklum r duk pedalaman,gaji masuk ke,x masuk ke sama saja..bukannya dapat withdraw pun...apapun aku brsyukur atas rezeki dari Allah.

hari ni aku nak bercerita tentang buku...bukan pasal buku cerita atau buku yang aku beli tapi kisah buku kat sekolah aku ni..sebenarnya murid-murid di sekolah aku ni suka sangat menulis dengan melipat buku,jadi walaupun buku masih baru diguna,kulit depannya akan cepat tercabut disebabkan selalu dilipat...
sebagai guru yang sangat x suka tengok buku dah lebih kurang sama dengan kertas nak balut nasi lemak,so aku dah memberi arahan yang tiada siapa dibenarkan menulis dengan melipat buku,sekiranya lipat jugak,maka aku tak akan menanda buku diorang...
arahan ni aku beri kepada semua murid Tahun 5 sebab aku ajar diorang BM,sebabnya dah lah nak tanda karangan diorang susah buat aku yang x reti tambah plak keadaan buku yang separuh lunyai,lagilah aku sakit mata...
mula2 diorang cakap...

"baguslah kalau cikgu tak nak tanda,tak payah lah saya hantar buku setiap hari..."

lepas tu,aku senyum aje n balas semula...

"cikgu tak kisah tapi nanti awak kena panggillah dgn guru besar masuk bilik dia"

terus diorang cakap...

"yelah,kami hantar dan tak lipat buku lagi..."

lepas tu,aku senyum aje memanjang...
tapi arahan ni aku belum kuatkuasakan pada murid Tahun 4...walaupun aku mengajar diorang MT,tapi kdg2 sakit jiwa jugak kalau sedang khusyuk aku menanda buku,lepas tu terlerai satu muka surat...
hasil pemerhatian aku,aku rasa buku diorang jadi mcm ni disebabkan 2 perkara,pertama sebab diorang suka lipat,keduanya sebab diorang suka koyakkan kertas dalam buku...tu yang jadi mcm tu,kadang2 aku tengok kat kulit depan tulis 80 muka surat,tapi buku tu mcm 40 muka surat aje...nampak sangat diorang suka koyakkan helaian dalam buku...hu3

so,sebagai guru..aku rasa kita kena lah prihatin sikit,jadi aku pun buatlah satu benda supaya buku diorang ni tak lagi terburai...
ni buku masa mula2 aku buka tadi...


tengok stapler yang kat tengah2 tu dah terburai,sebab tu helaiannya tercabut...so,aku pun ambiklah kertas sikit,potong n masukkan ke stapler tu...mcm ni,


haaa...lepas aje aku masukkan kertas kecik ni then stapler tu kepit lah kertas kecik tu,barulah helaian kertas ni akan ok...
hurmm,sebenarnya tau x aku belajar dari mana cara ni??
aku belajar dari seorang cikgu yang sangat garang tapi paling aku sayang n ingat sampai skrg..nama cikgu tu Cikgu Noraini,dia mengajar aku matematik masa aku darjah 1,aku ingat lagi cikgu Noraini ni kan dia akan bagi 100 soalan matematik setiap hari n kami semua kena siapkan...walaupun dia garang n jarang senyum tapi aku sangat sukakannya...n disebabkan terlalu banyak buat latihan + aku baru darjah 1,jadi buku aku cepat terkoyak..aku hantar jugak buku aku walaupun dah mcm nak terlerai,bila aje cikgu Noraini pulangkan semula semua buku selepas ditanda,aku pun bukalah kan...tiba2 aku nampak cikgu Noraini dah baiki buku aku,mcm dalam gambar atas lah cikgu Noraini buat...jadi cara ni memang aku belajar dari dia sebab aku ni jenis suka perhatikan apa sahaja...
tiba2 teringat kat cikgu Noraini,kat mana agaknya dia skrg...semoga dia sentiasa sihat,dipanjangkan umur dan dirahmati Allah...besarnya pahala seorang guru kan?

apapun,tu ajelah cerita aku untuk hari ni,
wassalam...

notakaki : lusa aku bakal terbang pulang ke Semenanjung,hati aku ni mcm nak pecah x sabar2...mesti blog ni akan terabai sepanjang cuti sekolah ni,he3



Kisah Guru-guru yang Dibukukan...menarik!

Tuesday, May 22, 2012

Assalamualaikum...
Hari yang penat+kerja yang semakin bertambah...namun itulah lumrah selagi anda berada di alam pekerjaan,nama pun pekerjaan kan cnfirm2 r kerja tak kan pernah habis...hu3

oklah,mcm biasa...hari ni sebenarnya aku nak share satu benda ngan korang lagi,tapi masa aku nak ambik gambar tadi,tetiba hp kesayangan aku ni abeh bateri plak...err,biasalah..bila keje dah melampau,maka kita akan selalu terlupa perkara rutin yang perlu dibuat walaupun hnya mengecas hp...
so,x dapat lah aku nak share perkara yang aku buat untuk murid kelas aku tu..
sebenarnya perkara2 yang banyak aku aplikasikan kat sekolah ni semuanya diinspirasikan dari IPG aku sendiri...aku banyak belajar tgk environment kat sana trutamanya di bawah kendalian Jabatan Matematik...paling aku suka ialah Maths Lab,rsa mcm masuk dalam dunia Matematik...semua benda ada,so aku banyak tiru cara lecturers aku ajar n nasihat,alhamdulillah setakat ni sangat banyak membantu memudahkan P&P aku...n "kitab2" Matematik aku yang tebal2 tu merupakan satu barangan kesayangan aku sekarang...sebab aku masih lagi merujuk kitab2 Matematik aku tu kalau aku ad prob bila mengajar...

ok,kembali pada tajuk entry aku...kali ni,aku nak share 2 buah buku yang pernah aku baca n memberikan satu momen utk aku jugak lah,he3..yang pertamanya bertajuk " Secawan Kopi Daripada Guru"....buku ni aku baca msa aku Tingkatan 4,aku kan librarian,so selalu lepak library...jadi buku ni amat menarik minat aku,dalam buku ni ia mengisahkan pelbagai koleksi cerita guru-guru dengan murid sama ada yang sedih,gembira,kelakar,sesalan n mcm2 lagilah...n aku sgt2 suka kan buku ni masa tu..walaupun msa tu aku Tingkatan 4,cita-cita aku konon2 nak jadi seorang jurutera lah (cewahhh gitu) tapi buku ni mcm memberi inspirasi pada aku pada masa tu,hurmmm...patutlah aku jadi cikgu skrg yer,hu3
buku ni ada byk koleksi,so korang boleh pilih nak baca yang mana...aku xtaulah sama ada buku ni masih ada lagi ke tak skrg,aku rasa ada kut tapi kena pandai2 lah cari...


inilah bukunya...aku kidnap gambar dari tmpt biasalah,Google...so,kalau siapa2 yang pernah baca,mesti tau kisah2 dalam buku ni...

n satu lagi buku yang aku pernah baca jugak,kali ni aku kisah seorang guru besar yang menceritakan perjalanan karier dia daripada seorang guru biasa sampailah dia jadi guru besar...tapi aku lupa apa tajuk citernya,buku ni aku baca kat library IPG aku...ak rsa kalau cari mesti ada...n salah satu kisahnya yang paling aku ingat sampai skrg ialah mcm mana guru besar ni nak elakkan masalah vandalisme yang suka conteng2 dinding sekolah dapat dikurangkan...guru besar ni selalu memantau secara sembunyi2 murid2nya yang suka conteng dinding sama ada di tandas,belakang sekolah,di koridor atau di mana sahaja wujudnya dinding...n tau satu pagi masa perhimpunan guru besar ni buat pengumuaman apa...
dia kata...

"sebagai seorang guru,saya tau murid2 sekalian kadangkala mempunyai konflik dalaman yang  mahu dilepaskan dan saya telah menyediakan satu tempat khas untuk anda menconteng apa sahaja yang anda ingin luahkan..."

tau apa yang GB ni buat?di satu koridor sekolah iaitu satu laluan yang murid akan lalu sebab laluan ni menghala ke tempat letak basikal,dia sediakan satu ruangan yang besar yg telah ditampal ngan kertas mahjung putih n kat situlah murid2 boleh menconteng apa sahaja tanpa had...
minggu yang pertama,takde siapa pun yang conteng,putih aje ruangan tu...masuk minggu kedua,dah ada yang mula menconteng n sejak ada yang mula menconteng,makin ramai murid yang menconteng apa sahaja kat situ,nak marah cikgu ke,nak luah apa2 ke,geram kat member ke,marah awek ke,nak gaduh ke malah ada jugak yang meluahkan perasaan cinta (hampeh aje)...n nak tau x apa yg GB tu buat lps diwujudkan ruangan tu? GB tu akan sentiasa membaca apa yang ditulis oleh murid-muridnya selepas sekolah lengang...hurmm,sangat2 prihatin GB ni kan? kisah ni aku rsa mcm memberi inspirasi utk seseorang guru mencari cara baru utk memahami muridnya...
sejka daripada GB sekolah tu sediakan ruangan menconteng,kes conteng dinding semakin berkurangan n setiap minggu,ruangan menconteng tu akan ditukar kertas mahjungnya bagi memberi peluang dan ruang utk murid "melakar" perasaan mereka...n finally after 2 or 3 years ke,sekolah tu dah x menghadapi masalah dinding diconteng lagi malahan ruangan menconteng tu pun dah kurang contengannya...maybe murid dah penat kut conteng,he3
baguskan idea GB tu...terlupa plak aku,GB yang hebat n bijak tu merupakan seorang guru besar PEREMPUAN!!
(aku sengaja capslock n bold,hik3)

so,kepada semua guru di Malaysia ni,kita jangan menghalang apa yang murid cuba lepaskan tetapi carilah cara/jalan yang lebih baik utk murid melepaskannya...
wassalam..

notakaki : aku baru jer lepas dgr taklimat Sistem Nilaian Sarawak (SNS) yang agak menyerabutkan n bru je lepas key in markah murid utk SAPS jugak...perkeranian guru katakan,hu3




"Kita Belajar Kat Sanalah,Cikgu..."

Monday, May 21, 2012


Assalamualaikum...
Hari yang amat penat+ngantuk...dahlah cuaca sekarang panas yang teramat,pening kepala...
apapun,hari ni Isnin,4 days more utk pulang...skrg aku tgh duk relax2 smbil tengok TV,bru je hbs kelas tambahan n basuh baju tadi...hu3

ok2,hari ni aku just nak share pasal lokasi pengajaran terutamanya P&P...mcm tadi,aku ada kelas tambahan BM tahun 5 dari kul 2 sampai 3.30...bayangkan diorang nak belajar BM dalam kelas dgn keadaan yang panas mcm tu...agak2 diorang akan concentrate x?hurmmm...yang pagi2 pun bila aku ngajar BM,ada jer sorang dua yang menguap...inikan pulak tengahari yang memang panas giler...
bukan hanya murid,aku sebagai cikgu pun ngantuk nak ngajar..
sebelum aku masuk kelas diorang tadi,aku tanyalah...


"kita nak belajar kat mana hari ni?"


terus diorang jawab...


"kat sanalah cikgu,kat pondok ilmu..."

so,tadi aku pun buatlah kelas tambahan kat pondok ilmu...sekolah aku ni ada 4 pondok ilmu tau,setiap pondok ada nama masing2...ada Mathematics Corner,Anjung Bahasa,Science Centre dan Language Porch...
so,dah namanya belajar BM,maka ke Anjung Bahasa lah aku tadi...


haaa...nilah Anjung Bahasa sekolah aku,anjung ni mmg dah disediakan dgn kerusi ngan meja...so,senanglah murid2 nak menulis..kat sini lah tadi aku buat kelas tambahan,aku ambik satu lagi meja dari pondok Sains n diorang pun buatlah latihan karangan Bahagian A.

sememangnya amat berbeza respon dan tindakan diorang bila bertukar tempat belajar..diorang lebih bersemangat sebab kat pondok ni mengadap sungai dan angin sepoi2 bahasa membuatkan kita dapat belajar dgn nyaman n selesa..
bila aku tanya jer tadi,diorang terus dapat jawab dengan pantas n ayat yang diorang buat pun baik...n paling penting TAKDE SEORANG PUN YANG MENGANTUK...ni yang aku suka..

kadang2 diorang ketawa n tahu sekiranya ayat yang diorang buat tu salah...hurmm,maybe ni hikmahnya kalau bertukar tempat belajar.
apa yang aku nak kongsikan,kadang2 sebagai guru kita perlu bijak mencari kelainan dalam P&P bagi memastikan murid-murid akan sentiasa bersemangat nak belajar...memang diakui,diorang kadang2 bosan hanya belajar di dalam kelas..

walaupun mungkin ada kekangan tempat yang bersesuaian,namun guru2 boleh mencari tempat yang teduh n selesa,bawah pokok pun boleh...cuma kena pastikan kawalan murid dapat dipastikan sebab murid2 ni kalau dah keluar dari kelas,luas aje matanya...nampak itu,tengok ini,buat itu...
jadi,yang paling penting pastikan diorang buat keje yang diorang betul2 faham n dgn situasi pembelajaran yang berbeza...

oklah,ni aje yang aku nak share ngan korang tentang apa yang aku buat hari ni...act,mata aku ngantuk tahap gaban dah ni,tapi aku xnk tido skrg sbb xdpt tido lena plak mlm ni..hu3
oklah,aku nak g tgk tv jap...kalau ada apa2 agi yang aku nak share,aku update esok.
wassalam...

notakaki: aku dah punya teman bersembang sbb housemate aku yang bersalin hari tu dah kembali bertugas semula...heppynya aku rasa,^___^








Bila Cikgu Math jadi Cikgu BM...^___^

Sunday, May 20, 2012

Assalamualaikum...
Bertemu lagi di hujung weekend ini,hope Ahad anda sentiasa ceria...lepak2 ngan family katakan,^____^

ok,hari ini aku nak share plak bahan untuk kegunaan guru2 BM..sebenarnya aku ni guru Matematik yang ditugaskan untuk mengajar BM jugak,kalau Tahap 1 ok lagi,sekali GB aku bagi Tahap 2 Tahun 5 plak tu...x ke naya,dahlah diorang tahun dpn nak UPSR.
secara jujurnya,aku xde basic BM langsung...just study psl BM masa foundation degree aku dulu aje,tu pun aku hafal2 aje,xde pun nak faham betul2...so,skrg padan muka aku sbb tak study btul2 dlu...hu3

so,memandangkan aku xpernah tau cara yang betul atau kaedah nak mengajar BM,maka agak terkapai2 aku bila masuk kelas...trutamanya bila nak ngajar Penulisan tu,kertas BM Penulisan ni terbahagi kpd 3 bahagian....Bahagian A utk tulis 5 ayat berdasarkan gambar,Bhgn B karangan biasa dan Bahagian C plak,membuat rumusan utk memasukkan nilai2 murni atau pengajaran...
bagi aku,Bahagian A dan C merupakan bhgn paling tough utk aku ajar..tahun 5 ni dah ada basic tapi GB aku nak diorang dah didedahkan dgn cara menjawab soalan mengikut teknik yang betul...camno??hadeiii

so,hari tu aku ada citer yang pemeriksa kertas UPSR sejak tahun 2009 datang sekolah aku kan,so Cikgu Roziah tu byk bagi guide pd guru2 BM sekolah aku ni...memandangkan guru BM sekolah aku kesemuanya bidang terjun sbb takde sorang pun yg opsyen BM..
Cikgu Roziah ada berikan modul utk panduan guru2,aku apa lagi...terus rasa bersinar2 kejap,ambik modul tu n buat apa2 yang patut lah...
hasilnya??


ok,ni panduan utk guru,n aku namakan ia "Kitab Hikmah" aku...aku fotostat dari modul Cikgu Roziah tu,lepas tu aku laminate n tebuk n ikat ngan reben...nak bagi semangat skit bila menanda kertas Penulisan,hehehe...sbb aku sgt xsuka sbnrnya menanda karangan..hu3
aku x fotostat smua dr modul tu,aku ambik yang penting2 aje...dalam Kitab Hikmah aku ni ada simbol2 utk digunakan sekiranya kesalahan dibuat,panduan menjawab Bhagian A n C,nilai2 murni yang perlu diketahui oleh guru dan murid...hurmm,tu aje yg ada.

ok,dah settle utk aku sebagai guru,aku terfikir plak pasal murid2 aku yg ber9 tu...utk makluman,Tahun 5 sekolah aku hnya 9 orang saja...sepanjang aku mgjar diorang Bhagian C,aku rsa diorang tak tahu nilai apa yg sepatutnya diorang guna n kadangkala banyak rekaan sendiri...paling truk ambik dari petikan yg diberikan,utk pgetahuan jugak..nilai2 murni yang diambil dari petikan TIDAK AKAN diberikan markah...
so,aku bimbang kalau diorang tak dapat menjawab dgn baik,maka timbullah satu idea utk mbantu diorang,ni dia....


nilah kad nilai-nilai murni utk panduan diorang ketika membuat karangan Bahagian C...dalam ni ada 16 nilai murni,dan di bawah 16 tu ada lagi nilai2 yang tersendiri..
nak hafal mmg banyak,so panduan diberi...misi aku utk kad ni ialah diorang dapat terhafal sendiri sbb biasanya apa2 tulisan yang selalu atau kerap kita tengok n baca,kita kan terhafal sendiri...setuju x?hehehe

kad ni senang aje utk dibuat,just taip tapi pastikan adalah ciri2 yang menarik sikit mcm gambar kartun ke utk bagi diorang tertarik bila nak baca...n print pun kalau boleh atas kertas berwarna,nasib baik sekolah aku ni serba mak nenek ada,so senang keje aku..mintak aje nak apa2 pun...walaupun sekolah aku ni sekolah pedalaman tetapi sekolah aku merupakan sekolah terbaik dalam daerah mengalahkan sekolah luar bandar tu...bangga seminit,ok dah...hehehe

dah siap print,aku laminate jugak sbb kad ni nak guna lama..so,kena pastikan dia sgt kuat utk dibaca oleh murid2...hehehe,faham2 ajelah kalau murid sekolah rendah tu kan...kadang2 agak kasar bila menggunakan sesuatu...
lagi satu aku buat kad ni dalam versi yang sederhana,tak besar pun...nak bagi dia nampak comel n senang utk dihandle oleh murid ketika diorang menulis...

oklah,utk hari ni,ini saja aku nak share ngan korang...harap dpt membantu mana2 guru yang bukan opsyen BM utk mgajar subjek BM..
jumpa lagi,wassalam...

notakaki : aku sedang menyiapkan laporan utk 2 event...errr,agak serabut milo,hu3





Pendekatan "Teacher's Touch" Untuk Murid Yang Lemah

Saturday, May 19, 2012

Assalamualaikum...
Kali ni aku nak share perihal anak murid aku di Tahun 4...memandangkan aku adalah guru kelas mereka merangkap guru Matematik diorang jugak,jadi setelah 5 bulan aku mengjar diorang,aku rasakan tahap pemahaman diorang dalam asas Matematik amat lemah...mereka tahu membaca,menulis dan mengira tapi kadangkala berlakunya kecuaian yang aku rasakan tak sepatutnya mereka lakukan...

Setiap kali selepas peperiksaan ujian bulanan atau pun penggal,aku akan buat post mortem sendiri2..dan sememangnya murid Tahun 4 ni sangat lemah trutamanya bila membabitkan operasi darab dan bahagi...
aku ada buat kelas tambahan untuk mereka ber9 tetapi aku rsakan outcome yang aku dapat xmencukupi,mcm hanya 40% yang masuk dalam kepala diorang...
so,fikir punya fikir (aku takut sbnrnya sbb subjek Math diorng paling truk brbnding BM,SN n BI) aku rasakan,aku kena gunakan satu pendekatan yang berbeza yang pernah aku gunakan masa aku buat Kajian Tindakan tahun lps...
aku namakan program aku ni sbg "Teacher's Touch"...
so,hari ni kul 9 sampai 11.30 tadi,aku mulakan...sesi pertama ni,aku pilih hanya 2 orang murid sahaja daripada 9 orang...murid yang aku pilih ialah Melrencia dan Costarina,dua2 orang amat lemah...Mel cuma dapat D baru2 ni dan Cos pulak gagal,hurmmm...sedih aku.

jadi masa kul 9 tadi,aku terus ke kelas Tahun 4,aku ingat diorang belum sampai rupa2nya kul 7 pagi lagi diorang dah smpai...terharu plak aku.untuk pengetahuan,murid2 di pedalaman ni mempunyai semangat utk belajar yg sgt tinggi,tu yang aku suka...
so,aku pun mulakan kelas dgn menggunakan operasi + dulu,aku duduk dpn diorang,aku buatkan satu buku khas utk diorang...buku tu hanyalah 5 helai kertas kuning yang zaman dulu tu (kalau pdm banyak kali,kertas ni akan koyak),aku lipat dua dan stapler tengah2...diorang nampak suka sbb pertama kali tgk,lepas tu aku suruh diorang tulis nama...
aku bagi soalan + yang mudah dulu,n diorang jawab atas buku yang aku buat tadi n alhamdulillah diorang boleh jawab...aku bagi lagi beberapa soalan n lepas aku rasakan diorang dah ok,aku pindah ke operasi tolak...smuanya ok sehinggalah aku mula berpindah ke operasi darab..hurmmm,dalam hati aku,dah bermula masalah diorang.
dulu,masa mula2 aku ajar mereka,mereka memang xtahu mendarab langsung...lepas tu,aku cuba ajar kaedah biasa,pun x dapat...last2 aku guna teknik alternatif iaitu menggunakan kaedah lattice,lepas aku terang n bagi latihan,alhamdulillah diorang dah boleh buat soalan darab...walaupun kaedah lattice tidak digalakkan sangat tapi ia merupakan satu pendekatan yang sgt2 baik utk pelajar yang lemah...kpd yang xtahu apa kaedah lattice,ni contoh yer..


so,ari ni aku ajar Mel dan Cos menggunakan kaedah lazim biasa sebab bila aku tanya tadi,diorang memang xtau lagsung cara nak mendarab biasa...aku terang satu2 apa perlu buat,aku conteng atas kertas depan diorang n aku suruh tengok mcm mana caranya...lps tu aku suruh diorang buat satu soalan n aku terkejut!!
diorang berjaya melakukannya walaupun pertama kali...hurmmm,dalam hati aku,mungkin mereka perlukan satu pendekatan P&P yang berbeza...
utk kukuhkan pemahamn diorang,aku bagi lagi soalan dan kesemuanya berjaya di jawab dgn betul....gembiranya hati aku. 

dah habis aku ngajar darab then aku berpindah ke operasi PALING BERMASALAH diorang iaitu bahagi...
mula2 aku suruh diorang bahagi menggunakan satu digit dulu,lepas tu diorang cuba buat...x sampai habis,diorang dah stuck...so,aku pun explain dengan jelas dan terangkan mcm mna cara sepatutnya nak buat...
bila aku tanya sama ada diorang faham ke tak,diorang angguk n aku bagi soalan lain n sekali lagi aku bersyukur kerana diorang berjaya melakukannya...
untuk operasi bahagi,aku berikan banyak soalan untuk diorang n kadangkala ada jugak kesalahan yang diorang lakukan n aku akan perbetulkan terus apa yang salah...
sedar x sedar dah 2 jam setengah berlalu n kami x sedar langsung,kadang2 aku buat lawak,diorang akan gelak n aku x gunakan papan hitam sbb aku tnjuk atas kertas depan diorang terus...
bila dah nak balik tadi,aku tanya...

"mana awak lagi suka,teacher ajar awak mcm ni ke atau ajar mcm biasa dalam kelas ramai2?"

dua2 tersengih n diorang jawab...

"macam ni..."

aku senyum aje,kesimpulannya murid2 yang lemah ni memerlukan satu pendekatan yang berlainan utk mereka lebih memahami n guru yang mengajar dgn lebih lembut n sabar,akan membuahkan hasil yang lebih baik...i admit it!!
(sebab selama ni aku agak garang bila mengajar n sentiasa menggunakan pendekatan tegas)

so,tadi tamatlah sesi pertama program "Teacher's Touch" aku...petang ni 2 orang lagi akan datang utk sesi ke-2 yang akan bermula kul 3 sampai 5.30 petang....hikmah yang aku dapat ialah walaupun aku jauh di pedalaman tanpa banyak kemudahan tapi weekend aku dapat terisi dgn mengajar murid2 yang memerlukan mcm anak2 murid aku ni...
so,xdelah aku bosan sangat...he3

wassalam.

notakaki : 6 days more untuk BALIK KAMPUNGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG.....hehehehehe

Nikmat Yang Hilang,Hikmah Allah diberi..

Thursday, May 17, 2012

Assalamualaikum...

Keindahan dan ketenangan jiwa...apa maksudnya?besar maksudnya bagi orang yang benar2 mgerti..sebenarnya sejak aku duk di Sarawak ni,aku benar2 merasai keindahan dan kenikmatan Islam...mungkin ini salah satu hikmahnya aku dilempar ke sini...

aku tidak bermaksud kalau duk di Semenanjung,kita tak akan merasai keindahan dan ketenangan jiwa tapi apabila kita mempunyai sesuatu yang amat penting dalam hidup dan secara tiba-tiba Allah tarik nikmat itu sementara,barulah kita akan mengerti dan belajar untuk menghargainya...

contohnya aku,23 tahun aku duk di Semenanjung,boleh dikatakan hidup aku sederhana,tak pernah kurang apa2..sejak aku lahir,memang aku dimandikan dgn air paip yang bersih,elektrik 24 jam,kemudahan segala2nya di depan mata dan semuanya dekat dengan rumah tanpa aku perlu bersusah payah...

bila aku ditakdirkan Allah untuk mengajar di sini,aku mula terkapai-kapai,tercari-cari segala nikmat yang Allah dah tarik sementara daripada aku...baru aku mula belajar menghargai elektrik...kalau xguna elektrik,tutup suisnya...kalau dulu,aku sgt jarang akan tutup suis plag yang bersambung tu...
dulu,kalau basuh baju atau mandi sampai bergelen2 air aku guna,kini aku belajar menghargai air,kalau mandi guna sebanyak yang perlu sahaja tanpa perlu membazir air tu dan membiarkan air tu mengalir tanpa ditutup...
dulu,kalau makan...aku makan sebanyak mana aku mahu,kadang2 tak sempat baca doa,aku dah makan...
kini,makanan aku perlu dicatu dengan baik supaya aku tak akan keputusan makanan disebabkan aku duk di pedalaman,takde satu kedai pun untuk aku beli barang sekiranya tiada stok makanan...jadi aku amat mghargai makanan dan belajar makan dgn mengunyah lama2...
dulu,aku sangat jarang ke dapur n selalunya aku suka beli makanan aje kalau lapar...
kini,tiap2 hari aku masak...kadang2 rehat 10 minit pun aku sempat masak...kalau x masak,maka perut aku akan lapar...dan aktiviti memasak bagaikan satu hobi baru aku,aku banyak belajar masak menu2 baru...

dan yang paling utama aku belajar mgerti erti hidup..dulu,aku hidup dengan kesenangan..segala2 disediakan tanpa aku perlu bersusah-payah..tapi kini,aku belajar melakukan segala-galanya sendiri,melalui satu kehidupan yang sukar tapi aku banyak belajar mengenal hidup di sini...melihat orang kampung menangkap ikan di tengah2 sungai yang sgt2 lebar,melihat kanak2 yang mandi menggunakan air sungai...melihat orang2 tua yang sakit dibawa ke hospital menggunakan perahu,melihat lelaki2 dewasa menebang pokok rumbia untuk mendapatkan ulat rumbia bagi tujuan jualan,melihat ibu bapa membekalkan anak2 mereka hanya biskut dan mee segera utk di makan...
segala2nya membuat aku sedar,betapa aku dulu tidak mensyukuri nikmat yang Allah berikan...kadang2 saat aku berada di tengah2 sungai yang teramat lebar dgn menaiki perahu menyedarkan aku,siapalah manusia di bumi suci Allah ni...hanya insan kerdil semata2.

paling memberi kesan kepada aku ialah TAHAP KEIMANAN...dah 5 bulan aku di sini dan aku tidak pernah mendengar langsung alunan azan sebagaimana di Semenanjung dulu memandangkan kawasan pedalaman yang aku bertugas ini mrupakan kawasan Kristian...
namun aku bersyukur kerana aku masih mengenal solat,sejadah,doa dan mengucap setiap hari...di sini,semuanya bergantung kepada iman masing2...sekiranya wujudnya iman walaupun senipis kulit bawang,ia akan terus menjadi pendinding untuk kita di sini untuk sentiasa mengingati Allah...kadang2 aku amat rindukan azan dan pernah sekali ketika aku keluar dari kawasan pedalaman ni ke tempat lain,aku mendengar alunan azan Maghrib dan pertama kali dalam hidup,aku begitu menikmati azan tersebut sehingga aku berasa sebak...
selama aku di Semenanjung,aku tidak pernah cuba untuk menikmati azan tapi di sini segala2nya berubah...

nikmat terbesar aku di sini ialah aku sentiasa merasakan ALLAH SENTIASA DI SISI AKU...setiap kali aku berdoa,Allah akan memakbulkan doa aku..mungkin kerana apabila kita dalam kesusahan,Allah akan lebih menyayangi kita...dan saat aku merasa tekanan yang maha hebat,kesedihan yang tidak dapat dipujuk dgn apa sekalipun,saat diri hanya terfikir untuk mati...Allah sentiasa gerakkan hati aku untuk membaca surah Yassin,dan selepas itu demi Allah,aku merasakan ketenangan yang teramat...inilah satu2nya perkara yang tidak dapat aku kecapi di Semenanjung yang aku sendiri xtau kenapa..ketenangan yang mendamaikan jiwa dan membuatkan akal dapat berfikir dgn waras..

aku jugak belajar untuk lebih bersabar n tabah dalam megharungi cabaran dan dugaan walaupun kadangkala aku sendiri merasakan aku sudah tidak mampu menghadapinya namun aturan Allah hanya Dia yang mengetahuinya...


wassalam...

notakaki : sekali sekala cubalah dengar alunan Al-quran yang mendamaikan jiwa untuk menyingkirkan/menutup mana-mana saluran darah di dalam tubuh yang dihuni oleh Syaitan yang jahat lagi menyesatkan...




Selamat Hari Guru

Wednesday, May 16, 2012

Assalamualaikum....


Kami guru Malaysia,
Berikrar dan berjanji,
Mendidik dan memimpin,
Putera puteri negara kita...

inilah bait-bait lagu Guru Malaysia yang akan kedengaran apabila menjelmanya 16 mei..
satu tanggal yang cukup indah buat semua insan yang bergelar pendidik...
buat aku yang pertama kali meraikannya dalam erti kata guru yang sebenarnya,hari ini merupakan hari yang cukup indah buat aku..

walaupun aku berada jauh di pedalaman Sarawak,tapi sambutan pada hari ini sangat meriah..12 orang guru diraikan dgn penuh gelak ketawa.
aku bangga menjadi guru..

aku ingatkan apabila berada nun jauh di pedalaman,tiada hadiah yang akan aku terima...namun,aku tersilap.aturan Allah buat semua guru yang berada di pedalaman,Allah telah gerakkan hati murid-murid untuk menghadiahkan sesuatu buat guru yang mereka sayangi...
banyak kad dan bunga yang aku terima,ada jugak hadiah...walaupun hadiah murid2 di sini x sehebat dan semeriah murid2 di bandar,tapi aku bersyukur kerana mereka semua dilahirkan dengan hati yang tahu menghargai pengorbanan dan jasa guru...


inilah yang aku terima,opss...kamera tu x termasuk yer,hehehehe...paling aku suka ialah kad hasil nukilan n kreativiti mereka sendiri...aku baru jer berpeluang untuk membaca semua kata-kata yang dicoret dalam setiap kad,rasa nak menangis terharu sebab kesemuanya mendoakan aku panjang umur n sihat selalu...
cuma satu perkara yang aku mahu kongsikan di sini...

sebagai seorang guru Tahun 4,aku kadang2 sangat tegas pada anak murid aku n kdgkala aku teramat garang terutamanya bab keceriaan dan kebersihan kelas..ada seorang murid kelas aku,namanya Florence...sangat lemah dalam semua subjek,sangat lambat apabila di ajar dengan perkara-perkara baru memandangkan aku mengajar Tahun 4 subjek Matematik..
aku selalu memarahinya,menengking kadangkala n ada jugak aku kenakan denda sebab dia terlalu lambat dalam banyak perkara...
tak ku sangka,hari ni dialah murid pertama yang menghulurkan aku sekeping kad bersama2 sekuntum bunga biru...diucapkan kepadaku,Selamat Hari Guru dan dia amat sayangkan aku..tiba2 aku rasa sebak,insaf,sedih,terharu...semuanya menjadi satu apabila mengenangkan aku yang selalu memarahinya..
apabila melihat wajahnya,aku rasakan satu perasaan yang amat bersalah dan aku berjanji pada diri sendiri untuk meningkatkan prestasi kesemua anak muridku.

kisah aku dan Florence menjadi satu titik perubahan untuk aku melakukan transformasi kerana murid yang lemah,pendiam dan sentiasa di marahi kadangkala lebih menyayangi seseorang guru itu berbanding murid2 yang lebih pandai...
tapi aku sentiasa berpegang pada prinsip ini...

"guru yang memarahi anak muridnya bukan bermakna dia tidak menyayangi tetapi beliau ingin melihat anak muridnya lebih berjaya di masa dihadapan"

wassalam...

notakaki : sayang aku nak buka hadiah yang murid-murid bagi,sangat bernilai pemberian mereka walaupun hanya sekeping kad...terima kasih kpd semua ank muridku yg tersayang.




Buat Mereka Yang Berada Di Pedalaman...

Tuesday, May 15, 2012

Assalamualaikum...
Hari ni hari yang biasa2 aje untuk aku...apa yang WAJIB utk aku buat ialah mengira/menghitung hari untuk pulang ke rumah...dah x sabar rasanya,duk kat sekolah ni hati aku tak berapa bahagia n gembira,takde kawan yang boleh buat sembang memandangkan aku mcm melukut di tepi gantang aje...cikgu2 sekolah aku plak majoriti dari Sabah n Sarawak,so memang bahasa diorang aku tak brape faham...memang aku ada jugak belajar,tapi lama2 aku bosanlah sebab diorang mcm tak consider ngan aku yang x brape nak faham...
apapun,aku "suka" hidup aku keseorangan mcm ni....hanya bergerak tanpa banyak bercakap,hu3...

ok,apa yang aku nak share malam ni ialah sejenis losyen yang sgt baik untuk sesiapa yang nak masuk dalam hutan atau guru-guru yang mengajar di pedalaman mcm aku ni..
jap2 aku paste gambar...


nilah losyennya...Gamat Body Losyen.sangat2 bagus sebabnya kan,masa aku mula2 duk di pedalaman Sarawak ni,terlalu banyak serangga yang sangat kecik suka duk menggigit aku..apa ntah nama serangga tu,dia sgt2 kecik,lagi kecik daripada semut tapi apabila dia gigit,sangat2 sangat2 gatal n kesannya akan ada bengkak merah n kalau korang garu lagi,dia akan tinggalkan parut hitam yang x comel langsung...hu3

so,dh mcm2 aku try buat...sembur rikset lah (main hentam aje aku eja),tukar cadar,tepuk2 tilam aku tapi masih sama...last2 aku cuba tanya kawan2 aku yang stay sama tempat ngan aku ni,cumanya diorang luar bandar bukan pedalaman...so,dia suggestkan aku losyen ni,apa yang best kawan aku tu sanggup tolong aku belikan losyen ni...harga dia RM14 untuk harga member,harga sebenar aku xtau...

lepas aje aku dapat losyen,setiap malam wajib aku pakai kat lengan n tangan,alhamdulillah aku takde masalah lagi bila nak tido,lena aje...
so,aku nak suggestkan korang losyen ni lah...sangat membantu,dia xde bau n cepat menyerap dalam kulit..

hari ni,ini aje aku nak share ngan korang...tadi petang aku ada latihan nyanyian utk Hari Guru esok...rsa mcm xde maknanya aje Hari Guru aku tahun ni...hu3
aku nak g tido lah,update blog smbil duk dgr citer Mami Jarum Junior kat astro...ak tak tengok pun just dgr aje sbb aku sibuk nak update benda alah ni haa...
oklah,smpai sini aje..
wassalam.

notakaki : aku asyik menggaru kepala aje dari tadi,act bukan dari tadi sejak 2 hari lepas lagi...sebabnya??skrg aku dah stat guna air sungai utk mndi,basuh baju n dll...tu yg gatal kepala ni,sblm ni aku guna air hujan...skrg musim panas,hujan dh x turun,so air dalam tangki yang menadah hujan habislah...hu3,nasib guru pedalaman.

Kerja Sebagai Seorang Guru

Monday, May 14, 2012

Assalamualaikum...


inilah keadaan aku sekarang...agak stress sebab makin dekat nak balik makin menimbun kerja atas meja aku..well,kepada mulut2 yang cakap,"jadi cikgu ni senang,kul 1 lebih dah habis kerja..hujung tahun ambik gaji buta aje",aku suggestkan si punya mulut join jadi guru...yer,aku mengaku memang cikgu balik awal kul 1 lebih tapi adakah anda tahu yang after tu,cikgu kena masuk balik sekolah sebab ada kelas tambahan,latih budak utk pertandingan,buat kerja2 perkeranian n so on?petang kul 3 atau 4 kadang2 ada unit beruniform,persatuan,kelab,sukan and mcm2 lagi...adakah anda tahu semua ni??

hari ni aku mengajar 4 masa aje tapi mcm mengajar 40 masa sebab aku tak sempat nak duduk atas kerusi pun,keje aku menimbun2...nak uruskan fail-fail panitia,hantar laporan NILAM yang terbengkalai,nak bereskan markah murid utk ujian pertengahan tahun minggu lepas...buat itu,buat ini,aku rasa mcm dah jadi hamba kerja dah...penat nak mati,dah lah kul 2 smpai 3.30 ada kelas tambahan plak...

confirm malam ni aku tido awal,dahlah minggu ni minggu aku bertugas,kul 5.15 dah bangun,kul 6.30 dah kena g sekolah...hu3,capek2.
walau mcm mana pun keadaan aku,aku tetap akan pastikan aku dapat mencoret sesuatu di sini sebab kalau aku tak keluarkan,nanti aku stress...hu3

sekarang ni pun aku tengah buat keje...print laporan markah setiap murid,sambil update blog n tengok super spontan kat youtube..kdg2 kita perlu cri sesuatu utk hilangkan stress...aku makan hari ni pun cikai2 aje sebab tak sempat nak masak yang mantop2,just goreng bunga kubis ngan bendi..tu pun aku makan mcm x ingat dunia..sebabnya aku lapo!!

kadang2 aku rasa mcm tak cukup tangan dua,nak buat itu nak buat ini...ni kalau aku sentuh hal kelas aku (info:aku guru kelas tahun 4),confirm2 hal PSS aku tak sempat sentuh...terlalu banyak keje sebenarnya...ni SAPS tak buka lagi,kalau dah buka,satu hal plak kena key in markah murid dalam benda alah tu secara on9...dahlah kena berebut line kalau semua guru2 kat Malaysia tgh update SAPS tu...tu belum termasuk keje2 nak update markah murid utk KSSR lagi,aku xsempat buat lagi...
yang paling mantop,buku RPH aku...yang esok masih suci bersih aku tak buat apa2..aduhai,aku kesian giler dah ngan tangan kepala aku...mata aku ni rasa mcm nak terkeluar dah sebab penat duk ngadap laptop...

minggu ni minggu Sains & Matematik,sbg AJK dokumentasi n fotografi,aku kena pastikan semua gambar sepanjang program diambil...dahlah Hari Guru rabu ni,aku penyelarasnya..
rasa mcm nak gila!!lambatnya 25 mei...penat dah aku buat keje,boleh pengsan kalau mcm ni ari2...
so,aku harap kepada sesiapa yang masih mengata tentang kerja guru ni,tolonglah lalui perjalanan hidup kami selama sehari aje...mesti korang akan rasa,wow.."bestnya"

apapun,kerja mesti ikhlas...barulah rasa mcm berbaloi2 aje ngan kerja mcm orang gila nih,apapun dalam aku duk stress keje,banyak jugak sempat aku sopink...hahaha,nak reles tension,sopink sgt2 membantu aku...mantop gitu.

dahlah,penat aku bebel...nak sambung keje plak.
wassalam...

notakaki: disebabkan aku stress,aku x sedar aku dah makan separuh kotak Coco Crunch..dasat betul cikgu husna ni.



Yang Mana Satu?

Sunday, May 13, 2012

Assalamualaikum semua...
Hari ni datang lagi,alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk melihat keindahan ciptaan Allah...

baiklah,hari ni aku just nak meluahkan kebuntuan aku aje..bukan buntu apa pun,just perihal gadjet...mesti korang akan cakap,alah...beli ajelah mana2,tu pun nak kecoh..
sebenarnya skrg aku tgh pikir nak beli apa yang terbaik untuk aku..
mcm ni,skrg aku rasa aku amat memerlukan kamera yang mempunyai pixel yang baik supaya aku dapat ambik gambar dgn jelas n yang penting kamera tu dapat zoom dgn baik...aku bukan verangan2 nak beli DSLR sbb aku x berapa minat kamera yang besar gedabak ngan lens yang panjang,bukan apa...aku kan duk pedalaman,bwk benda2 yang rumit agak menyusahkan sikit...

sekarang dalam kepala aku,aku tengah pikir sama ada nak beli Samsung Galaxy Note,Samsung Galaxy Tab ataupun kamera biasa aje...aku bukan sngaja nak beli hp yang canggih-manggih tapi aku rasa senang sikit if hp tu ada kamera yang baik mcm Note...tapi sumtimes aku terpikir gak,nak buat apa lagi aku beli hp...aku dah ada 2 hp skrg n alhamdulillah,dua2 memberikan sumbangan yang baik utk aku...utk apa2 gambar yang nak diupload dlm blog ni,aku just gunakan Nokia E5 kesayangan aku aje...walaupun hp aku ni xde game n tak boleh ambik gambar dgn banyak n kebanyakkan gambar agak kurang berkualiti,tp dialah yang sentiasa bersama-sama aku...lagipun hp tu hadiah dr bapak aku sempena bufday aku yang ke-23 tahun lepas..tu yang aku syg sgt2 tu..

so,mana yang terbaik yer?dah puas aku pikir,kadang2 aku rsa baik aku beli Galaxy Tab aje..dia pun ok,boleh ambik gambar n dpt call jugak...
bila aku pikir2 lagi...Note dan Tab,dua2 memerlukan satu kos yang melebihi 1k n mungkin boleh sampai 2k...tak kan aku nak habiskan duit gaji aku mcm tu aje,memang boleh aje kalau aku nak beli tapi bila dah keje,kita akan lebih mghargai duit hasil titik peluh kita sendiri n kita akan banyak berkira n berjimat supaya dapat saving dgn banyak...memang duit tak boleh bwk sampai mati tapi saving pun sgt penting...

last2,aku pikir baik aku beli kamera aje...kamera beru rm500-rm600,ok lah tu..tapi bila pk keflexsibilitinya plak,rasa mcm serabut aje...nak g mana2,bwk hp lagi...dahlah hp aku ada 2,pastu bwk kamera lagi,pastu bwk itu lagi ini lagi...berat lah beg,hu3

so,apa yang terbaik yer?aku dah banyak kali buat research psl Note n Tab ni,ada pro n kontra masing2 n aku dah banyak baca komen2 orang yg guna...so far both of them are okay..so,kpd sape2 yang tetiba terbaca entry aku yang ni,plislah bg cadangan utk aku...
tapi sebenarnya aku amat menyukai n menggilai Samsung Galaxy Note...wlaupun aku gilakannya,tapi takdelah aku tahap obses nak memiliki...setakat ni,aku masih mempunyai kesabaran yang tinggi...hehehehe

hurmm,ntahlah...rasa mcm baik aku beli kamera aje kut,arghhh...serabut!!ntahlah nak beli yang mana,tunggu 25 mei ni...aku balik semenanjung n tgklah apa yang aku beli...
wow...cakap psl balik semenanjung,rasa tak sbr2 sgt sbb bufday aku bulan lepas n ada banyak hadiah yang diberikan utk aku...yang paling best ada 2.
satu,ayah aku hadiahkan Blackberry untuk aku...wlaupun hp BB merupakan idaman aku dulu,tp sejak aku verangan2 nak Note,impian utk memiliki BB mcm hilang tp tetiba bapak aku hadiahkan aku BB...i loike!thanks ayah...

n satu lagi hadiah,insyallah akan tiba hujung bulan ni...
tapi walaupun aku dpt mcm2,aku x rasa terlalu happy sebab kebahagian,ketenangan n kegembiraan aku hanyalah bila aku dapat berkhidmat kepada keluarga aku,dapat sentiasa bersama-sama diorang di BUMI SEMENANJUNG!!
bukan aku tak redha bertugas di Sarawak ni...tpi jiwa aku kosong n hilang,aku takde kawan,takde sesiapa di sisi,just me n myself...
semoga Allah memakbulkan doa aku untuk bertugas di Semenanjung...
wassalam...

notakaki : nak sambung maraton Boboiboy lah...smlm dah maraton smpai episod 11 aje,ari ni kena sambung sbb musim kedua nak start 27 mei ni...childish kan aku?hehehe...ada aku kisah? ^_______^

Kem Motivasi...penat tapi ada ilmunya.

Saturday, May 12, 2012

Assalamualaikum...
Bertemu lagi hari ni,dah 2 hari aku x update apa2...sebabnya?sangat penat dgn kehidupan aku sbg seorang guru...hari ni baru ada masa terluang nak update sbb kelmarin sampai tghari tadi,sekolah aku buat Kem Motivasi Tahun 6...best??utk murid semestinya diorang rasa best tapi utk aku,biasa2 aje just aku dapat menambah ilmu...

pertama kali dlm hidup aku,aku tengok kem motivasi hanya 2 khemah yang didirikan...mcm comel aje,nak tahu kenapa?sbbnya murid tahun 6 sekolah aku cuma ada 8 orang sahaja...sekolah aku kategori SKM (sekolah kurang murid)..

untuk kem motivasi ni,aku bertugas as fasilitator utk LDK...aku just buat 3 games yg just 4 fun....alhamdulillah diorang boleh ikut ngan game n sangat sukakanya.
aku pun enjoy aje..dalam kem ni ada aktiviti bbq jugak,bbq ni mgikut cikgu2 senior di sini dh mcm acara wajib lah bila ada event...kat sekolah aku ni,bila ada jer sesi makan2,korang jangan bimbang,korang boleh makan sebanyak mana yang korang mahu..tu yg best,n seafood sgt2 lah banyak...psst,sbb tu msa mula2 aku join bbq kat sini,aku balik umah aku muntah sbb TERLALU x sedar diri makan seafood..hehehehe

tapi bagi aku kem ni best sebab aku dapat improve n tahu ilmu baru,ilmu apa?ok,kebetulan kem motivasi ni dibuat utk murid2 bagi mendedahkan diorang dgn cara menjawab soalan...penceramah jemputan plak iaitu Cikgu Roziah ialah pemeriksa kertas UPSR sejak tahun 2009 lagi..so,penceramah tu dgn baik hatinya memberitahu guru2 yg ajar BM cara menanda kertas dgn betul...utk makluman korang,menanda kertas BM terutamanya Penulisan merupakan satu SEKSAAN buat aku sebab aku bukan opsyen BM..n aku punya minor pun bukan BM jugak,tu yg aku terseksa..bayangkan bila cg math mcm aku ni ditransform utk ajar BM,x kesian kat aku??mula2 aku stress gak tapi lama2 kita kena terima n cuba utk belajar...alhamdulillah smpai skrg,aku dpt mengajar dgn baik n dlm msa yg sama msih bljr tntg BM ni..
so,bila ada sum1 yang datang memberikan tunjuk ajar,sgt2lah gembiranya hati...walaupun bukan opsyen aku,tp ilmu mcm ni susah nak dapat...so,aku pun dgn sungguh2nya memahamkan cara...act,apa yang penting dalam penandaan kertas BM Penulisan UPSR ni ialah guru tu perlu tahu mencari kekuatan karangan dan bukan hanya sibuk mencari kesalahan dalam karangan...point ni aku dpt dr cikgu Roziah n aku rsa sgt2 berguna.

lama jugak sesi dia menerangkan cara pemarkahan,aku rasa hampir 2 jam lebih kut tapi aku tak rasa langsung mcm 2 jam...hehehe,kusyuk katakan..
lepas selesai semua,so sesi makan2...
wahhh,ni lah sesi yang aku suka...so,aku nak share ngan korang makanan feberet aku skrg yer...


inilah dia umai....makanan femes org Sarawak,sangat2 best.ok,aku story skit...umai ni dalam bahasa mudahnya mcm sushi lah,maksudnya dia x dimasak n kita makan mentah2...mula2 masa aku dgr cikgu2 citer rsa mcm loya gak sbb aku tak suka sushi...tapi bila aku rasa sendiri,SANGAT2 BEST!!
tak rasa langsung hanyir dia...n kalau korang xtau dia mentah,cnfirm korang makan x sedar dunia...ni umai masa jamuan tengahari tadi...umai ni ada banyak jenis,kalau dalam gambar tu umai ikan...maksudnya dia diperbuat dari ikan,then isi ikan dipotong,dihiris halus n digaul bersama bawang besar,bawang merah sikit n bawang putih...jangan lupa letak asam limau untuk hilangkan hanyir n peram dalam peti sejuk,cnfirm BEST GILER!

aku pernah jugak rasa umai udang,mmg mantop jugak...sampai bertambah2 aku makan nasi,hurmm...kesimpulannya,jangan pandang rendah pada makanan2 di tempat2 lain sbb tak kenal maka x cinta tau...mcm aku,konon2 x suka lah umai,hanyir lah,apalah..
last2 skrg,nampak aje umai,aku orang pertama yang duk tercongok mengadap...hehehehe
kalau datang Sarawak,cubalah rasa makanan ni ek..mesti korang suka..

ada lagi satu menu yang aku rasa mantop habis tapi minuman...errr,aku rasa entry aku ni dh jauh menyimpang dari tajuk tapi xpelah untuk maklumat brsama kan...hehehe
minuman yang aku selalu order kalau g kedai makan kat Sarawak ni ialah " Teh C Special"...air ni kan sgt2 best,nyaman.
jap2 aku google gambar...heheheh


sape punya gambar ntah,maaflah aku kidnap jap...nilah Teh C Special,dia ada banyak layer..sgt best tapi aku x suka kalau terlalu manis..maklum r setiap kali g kedai,minuman ni aje yg aku order,so dh mcm2 versi yg aku minum...ok,meh aku nak story lagi...nampak x layer yang paling bawah warna hijau gelap tu?di situlah terletaknya keistimewaan dia..biasanya di Sarawak ni,kalau order Teh C Special ni,korang akan diberi pilhan sama ada nak gula melaka (orang teranung panggil,nisang) atau gula apong (gula yang org Sarawak buat sndiri n slalu dijadikan sbg hadiah hari guru) atau pandan...
so,pilihlah nak yang mana2...aku biasanya pilih gula melaka..rsa lebih kaw gitu..
so,datang Sarawak nanti,makan n minumlah menu yang aku xplain tadi yer...hehehe

oklah,aku rasa sampai sini aje entry aku...dalam mcm blog jalan2 cari makan plak,hehehe
apapun,hope korang dapat sumthing new from my entry ni..
wassalam

notakaki : disebabkan kem motivasi,baju aku sebakul x basuh,bilik x bersapu 2 hari...now,lets do it!!cikgu x boleh malas...^____^

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in