Kisah Cikgu Noraini yang Memberi Inspirasi..

Wednesday, May 23, 2012

Assalamualaikum...
Mesti hari ni semua orang yang bekerja di bawah gov sdg bergembira sbb hari ni gaji masuk,namun bagi aku biasa2 aje...maklum r duk pedalaman,gaji masuk ke,x masuk ke sama saja..bukannya dapat withdraw pun...apapun aku brsyukur atas rezeki dari Allah.

hari ni aku nak bercerita tentang buku...bukan pasal buku cerita atau buku yang aku beli tapi kisah buku kat sekolah aku ni..sebenarnya murid-murid di sekolah aku ni suka sangat menulis dengan melipat buku,jadi walaupun buku masih baru diguna,kulit depannya akan cepat tercabut disebabkan selalu dilipat...
sebagai guru yang sangat x suka tengok buku dah lebih kurang sama dengan kertas nak balut nasi lemak,so aku dah memberi arahan yang tiada siapa dibenarkan menulis dengan melipat buku,sekiranya lipat jugak,maka aku tak akan menanda buku diorang...
arahan ni aku beri kepada semua murid Tahun 5 sebab aku ajar diorang BM,sebabnya dah lah nak tanda karangan diorang susah buat aku yang x reti tambah plak keadaan buku yang separuh lunyai,lagilah aku sakit mata...
mula2 diorang cakap...

"baguslah kalau cikgu tak nak tanda,tak payah lah saya hantar buku setiap hari..."

lepas tu,aku senyum aje n balas semula...

"cikgu tak kisah tapi nanti awak kena panggillah dgn guru besar masuk bilik dia"

terus diorang cakap...

"yelah,kami hantar dan tak lipat buku lagi..."

lepas tu,aku senyum aje memanjang...
tapi arahan ni aku belum kuatkuasakan pada murid Tahun 4...walaupun aku mengajar diorang MT,tapi kdg2 sakit jiwa jugak kalau sedang khusyuk aku menanda buku,lepas tu terlerai satu muka surat...
hasil pemerhatian aku,aku rasa buku diorang jadi mcm ni disebabkan 2 perkara,pertama sebab diorang suka lipat,keduanya sebab diorang suka koyakkan kertas dalam buku...tu yang jadi mcm tu,kadang2 aku tengok kat kulit depan tulis 80 muka surat,tapi buku tu mcm 40 muka surat aje...nampak sangat diorang suka koyakkan helaian dalam buku...hu3

so,sebagai guru..aku rasa kita kena lah prihatin sikit,jadi aku pun buatlah satu benda supaya buku diorang ni tak lagi terburai...
ni buku masa mula2 aku buka tadi...


tengok stapler yang kat tengah2 tu dah terburai,sebab tu helaiannya tercabut...so,aku pun ambiklah kertas sikit,potong n masukkan ke stapler tu...mcm ni,


haaa...lepas aje aku masukkan kertas kecik ni then stapler tu kepit lah kertas kecik tu,barulah helaian kertas ni akan ok...
hurmm,sebenarnya tau x aku belajar dari mana cara ni??
aku belajar dari seorang cikgu yang sangat garang tapi paling aku sayang n ingat sampai skrg..nama cikgu tu Cikgu Noraini,dia mengajar aku matematik masa aku darjah 1,aku ingat lagi cikgu Noraini ni kan dia akan bagi 100 soalan matematik setiap hari n kami semua kena siapkan...walaupun dia garang n jarang senyum tapi aku sangat sukakannya...n disebabkan terlalu banyak buat latihan + aku baru darjah 1,jadi buku aku cepat terkoyak..aku hantar jugak buku aku walaupun dah mcm nak terlerai,bila aje cikgu Noraini pulangkan semula semua buku selepas ditanda,aku pun bukalah kan...tiba2 aku nampak cikgu Noraini dah baiki buku aku,mcm dalam gambar atas lah cikgu Noraini buat...jadi cara ni memang aku belajar dari dia sebab aku ni jenis suka perhatikan apa sahaja...
tiba2 teringat kat cikgu Noraini,kat mana agaknya dia skrg...semoga dia sentiasa sihat,dipanjangkan umur dan dirahmati Allah...besarnya pahala seorang guru kan?

apapun,tu ajelah cerita aku untuk hari ni,
wassalam...

notakaki : lusa aku bakal terbang pulang ke Semenanjung,hati aku ni mcm nak pecah x sabar2...mesti blog ni akan terabai sepanjang cuti sekolah ni,he3



0 comments:

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in