My BFF when i fell lonely...

Friday, May 04, 2012

Assalamualaikum semua...
hari ni hari Jumaat,dah pukul 5 petang...mood aku sekarang ialah berada dalam tahap kebosanan peringkat langit dah nih...cikgu2 sebelah umah aku yang memang asal sarawak smua dah balik,tinggallah aku n akak housemate aku yg semenanjung nih n beberapa orang lagi cikgu tahun 6...hu3,sayunya hati...aku nak balik jugak.

hari ni aku just nak share satu buku yang aku selalu baca,dah jadi tahap WAJIB dah untuk aku baca hari-hari sebab dengan buku ni aje,ak dapat kekuatan utk terus bertahan di bumi borneo ni...buku ni aku tak rancang pun nak beli,tapi satu hari tu masa aku round2 kedai buku Popular kat sibu,tiba2 mata aku ternampak buku ni bagaikan melambai-lambai duit aku...hehehe
so,aku pun tengoklah...mcm best aje,bila aku tgk carta buku motivasi,buku tu paling top..so,aku rembat terus tanpa melihat lagi harganya...nasib baik masa tu gaji dah masuk..
lagipun buku tu naskah yang last...sayang plak kalau x beli.


inilah bukunya...Chicken Soup of The Soul (Berfikir Positif)..ni first time aku beli buku ni dalam edisi BM sebab selama ni aku beli buku semua dalam edisi BI...kira kali ni langkah kanan lah...

untuk sesiapa yang selalu berpikiran negatif,bolehlah membaca buku nih...buku ni dibahagikan kepada bebrapa subtopik...yg pertama kehidupan,kesihatan,emosi n beberapa lagi...ak pun belum habis baca lagi,ada 101 cerita yang menarik yang boleh dijadikan iktibar...
aku sangat berterima kasih kepada buku ni sebab kadang2 masa aku down tahap kerak bumi dah,tiba2 mesti otak terpikir ayat dalam buku nih...n buatkan jiwa aku kembali kuat sebab aku sedar tahun ni aku perlu lebih tabah 100 kali ganda daripada tahun lepas..senang citer buku ni adalah sahabat baik aku memandangkan aku takde sesiapa bila aku di sini...rasa mcm sedihnya hidup aku,tapi inilah kehidupan sebagai seorang guru yang berada di pedalaman....

this book said " setiap hari membawa hadiahnya yang tersendiri,bukalah reben hadiah itu"...
ayat ni membawa maksud yang sangat mendalam...

jumpa lagi,wassalam.



0 comments:

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in