Selamat Hari Guru

Wednesday, May 16, 2012

Assalamualaikum....


Kami guru Malaysia,
Berikrar dan berjanji,
Mendidik dan memimpin,
Putera puteri negara kita...

inilah bait-bait lagu Guru Malaysia yang akan kedengaran apabila menjelmanya 16 mei..
satu tanggal yang cukup indah buat semua insan yang bergelar pendidik...
buat aku yang pertama kali meraikannya dalam erti kata guru yang sebenarnya,hari ini merupakan hari yang cukup indah buat aku..

walaupun aku berada jauh di pedalaman Sarawak,tapi sambutan pada hari ini sangat meriah..12 orang guru diraikan dgn penuh gelak ketawa.
aku bangga menjadi guru..

aku ingatkan apabila berada nun jauh di pedalaman,tiada hadiah yang akan aku terima...namun,aku tersilap.aturan Allah buat semua guru yang berada di pedalaman,Allah telah gerakkan hati murid-murid untuk menghadiahkan sesuatu buat guru yang mereka sayangi...
banyak kad dan bunga yang aku terima,ada jugak hadiah...walaupun hadiah murid2 di sini x sehebat dan semeriah murid2 di bandar,tapi aku bersyukur kerana mereka semua dilahirkan dengan hati yang tahu menghargai pengorbanan dan jasa guru...


inilah yang aku terima,opss...kamera tu x termasuk yer,hehehehe...paling aku suka ialah kad hasil nukilan n kreativiti mereka sendiri...aku baru jer berpeluang untuk membaca semua kata-kata yang dicoret dalam setiap kad,rasa nak menangis terharu sebab kesemuanya mendoakan aku panjang umur n sihat selalu...
cuma satu perkara yang aku mahu kongsikan di sini...

sebagai seorang guru Tahun 4,aku kadang2 sangat tegas pada anak murid aku n kdgkala aku teramat garang terutamanya bab keceriaan dan kebersihan kelas..ada seorang murid kelas aku,namanya Florence...sangat lemah dalam semua subjek,sangat lambat apabila di ajar dengan perkara-perkara baru memandangkan aku mengajar Tahun 4 subjek Matematik..
aku selalu memarahinya,menengking kadangkala n ada jugak aku kenakan denda sebab dia terlalu lambat dalam banyak perkara...
tak ku sangka,hari ni dialah murid pertama yang menghulurkan aku sekeping kad bersama2 sekuntum bunga biru...diucapkan kepadaku,Selamat Hari Guru dan dia amat sayangkan aku..tiba2 aku rasa sebak,insaf,sedih,terharu...semuanya menjadi satu apabila mengenangkan aku yang selalu memarahinya..
apabila melihat wajahnya,aku rasakan satu perasaan yang amat bersalah dan aku berjanji pada diri sendiri untuk meningkatkan prestasi kesemua anak muridku.

kisah aku dan Florence menjadi satu titik perubahan untuk aku melakukan transformasi kerana murid yang lemah,pendiam dan sentiasa di marahi kadangkala lebih menyayangi seseorang guru itu berbanding murid2 yang lebih pandai...
tapi aku sentiasa berpegang pada prinsip ini...

"guru yang memarahi anak muridnya bukan bermakna dia tidak menyayangi tetapi beliau ingin melihat anak muridnya lebih berjaya di masa dihadapan"

wassalam...

notakaki : sayang aku nak buka hadiah yang murid-murid bagi,sangat bernilai pemberian mereka walaupun hanya sekeping kad...terima kasih kpd semua ank muridku yg tersayang.




0 comments:

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in