Tips Apabila Menempah Pelamin

Sunday, February 16, 2014

Assalamualaikum...
Sihat semua?Harapnya semua keadaan baik-baik ajelah yer. Kali ni aku nak share sedikit tips ketika menempah pelamin.Rasanya bulan 3 bakal menjelang tak lama lagi kan?Kenapa dengan bulan 3??Yelah,kan bulan 3 nanti confirm cuti sekolah,so cuti sekolah means musim nikah kahwin tunang segala bagai lah. Bila dah jadi macam tu,confirm semua bakal pengantin akan kesibukan menempah pelbagai benda sebelum berlangsungnya majlis bersejarah masing-masing.

So,semestinya pelamin merupakan satu benda yang wajib ada kan?Yelah,kalau bertunang..pelamin tu digunakan sebagai tempat untuk menyarung cincin dan kalau yang berkahwin pulak,pelamin digunakan sebagai tempat bersanding dan bergambar dengan tetamu yang hadir. Maka dengan ini,aku ingin sekali berkongsi pengalaman aku menempah pelamin.

Tips yang pertama yang aku nak kasitau ialah:

1) Tempahan pelamin perlu dibuat awal
Tempahan pelamin perlu di buat lebih awal sebabnya nanti confirm berebut-rebut ngan orang lain. Yelah,semua orang pun nak kahwin/tunang jugak,tu yang kena tempah awal.Macam aku nak bertunang dulu,lepas aje aku family dah sepakat memilih tarikh pertunangan kami,terus aku mulakan langkah pertama. Aku bertunang pada Ogos 2013,so bulan Mac 2013 tu aku dah book pelamin siap-siap. Book awal ni tak semestinya dalam kepala korang dah kena ada design macam mana pelamin tu nanti tapi just sekadar booking tarikh ngan butik aje.

2) Survey butik yang terbaik dengan harga berpatutan
Bila nak memilih butik bridal ni,kenalah ada sedikit survey.Macam tempat aku,ada beberapa butik pengantin yang ok,so banyak jugaklah yang aku survey untuk mendapatkan pelamin idaman aku walaupun masa tu aku baru nak bertunang aje pun,hehehe. Masa korang buat survey ni,pastikan jugak survey harganya sekali.Kalau pelamin yang nak ditempah tu just untuk bertunang,baiklah memilih butik berdekatan rumah aje sebabnya takdelah kena bayar kos pengangkutan nanti kalau pilih butik yang jauh-jauh sangat. Penting jugak untuk tahu trend pelamin terkini sebabnya ada sesetengah butik masih lagi dengan old style yang bagi aku nampak tak best bila orang tengok nanti. Kalau nak kahwin pulak,pastikan korang menempah pelamin yang betul-betul ok dengan majlis nanti.Jangan tersilap memilih pelamin.

3) Tetapkan bajet untuk pelamin
Bila korang dah jumpa butik yang korang rasa mampu merealisasikan pelamin idaman tu,jangan lupa untuk tengok harganya. Pastikan sebelum survey tu,dah ada bajet tersendiri untuk pelamin. Jangan terover bajet pulak. Kalau nak bertunang,maybe kos pelamin tu takdelah sampai 2-3 ribu,mahu pengsan nanti nak membayo..tapi kalau berkahwin pun,pilihlah yang terbaik.Janganlah sebab nak kahwin,pelaminnya saja mau mencecah 5-6 ribu melainkan korang buat dekat dewan atau kawasan yang luas.Jangan terlalu banyak berhabis untuk perkara yang hanya akan berlangsung selama 1 hari saja yer..So,bajet amatlah penting apabila memilih pelamin. Bagi aku,aku suka pelamin yang cantik tetapi harganya sangat berpatutan.barulah rasa berbaloi-baloi. Opss,sebelum terlupa...kalau nak save bajet,pilihlah pelamin yang beserta dengan pakej pakaian,aksesori dan apa-apa yang patut. Memilih butik yang berasingan untuk baju,pelamin dan aksesori adalah satu pembaziran!!

4) Tentukan warna tema pelamin
Selepas korang dah pilih butik,dah ada bajet serta dah ada pelamin yang diinginkan...tentukan pulak warna tema.Pastikan pelamin korang tu selari dengan majlis. Janganlah memilih warna yang terlalu striking sebab bagi aku dia dah tak nampak eksklusif lagi. For me,pastel adalah terbaik...selain nice dimata,cantik jugak apabila berada di dalam gambar..macam aku bertunang hari tu,I pilih pink putih cream as tema.Sebabnya mak aku yang terlalu sukakan pink (padahal aku pun suka pink jugak,ngeh3)

5) Sentiasa follow up dengan butik bridal pilihan korang sebelum menjelangnya tarikh hari bahagia
Yess,ini sangat penting!!!Sebab apa aku cakap penting,sebabnya aku tak nak korang jadi macam aku. Bila korang dah book tarikh,dah tunjukkan pelamin idaman korang pada butik serta dah tetapkan jugak warna serta apa benda yang korang nak pada pelamin tu,silalah follow up.Yelah,kan kita dah book pelamin awal,takut pihak butik terlupa apa yang kita nak. Macam aku nak bertunang dulu,tapi aku kongsikan ini bukan sebab nak mengutuk butik tu..just as reminder kepada bakal raja sehari. Kisahnya,aku dah book pelamin bulan 3. Masa booking tu,aku dah sertakan sekali design pelamin yang aku nak berserta warna temanya. Pastu,aku cakaplah apa yang aku nak pada pelamin tu kat owner butik...dia pun siap tulis dan lukis lagi. So,aku ingatkan setel lah.Makanya aku dah tak kisah lagi pasal pelamin sebab aku rasa masanya masih lama,tambah pulak aku jauh di Sarawak..so,memang takde masa nak ingat nak tanya butik tu apa-apa kan?Dan apabila tibanya bulan 8 ari tu,aku bertunang raya ke-5 tau..sebelum raya tu baru aku g fitting baju,try baju yang ditempah khas untuk aku (wuhuuuu),oklah semuanya.Ambik aksesori dan segala keperluan yang diperlukan untuk bertunang. Owner butik cakap pelamin akan dipasang pada hari raya ke-3. So,aku pun kira oklah. Dan apabila tibanya hari raya ke-3,owner butik call aku then cakap diorang akan datang pasang pelamin tengahari nanti. Aku pun tunggulah kat rumah walaupun masa tu ada banyak kerja yang memerlukan aku keluar rumah untuk setelkan macam2 urusan. Then,dalam kul 1 lebih macam tu,datanglah pihak butik ngan kereta Avanza,aku pelik!!Sebabnya aku tempah pelamin yang board dia tinggi tau,senang cerita aku tempah pelamin macam pelamin kahwin dan mengikut owner,kalau pelamin kahwin,diorang akan datang dengan lori.Aku mula tak sedap hati tapi relax ajelah dulu. Then,diorang pun pasanglah pelamin tu.Kelentung-kelentang kelentung kelentang...mula-mula aku tak kisah sangat,pastu tetiba adik aku tanya...apsal pelamin warna tu?Aku pun pelik...aku g lah jenguk pelamin tu,sah!!Diorang pasang pelamin BUKAN seperti yang aku nak!! Masa tu pelamin dah almost siap,dan aku mula memberanikan diri bertanya ngan pekerja yang sedang touch up pelamin tu. Aku tanya ni memang pelamin kahwin ke sebab board dia kecik,diorang cakap yer..aku pelik pastu still bertanya dan jawapan yang diterima masih sama. Masa tu,aku dah rasa tak best. Then,aku terus cakap kenapa kain tirai kat belakang warna pink putih,sedangkan aku request putih cream...diorang pun cakap,ohh yeke?Then,diorang terus tukarkan maybe sebab dah nampak muka aku yang dah nak start marah...pastu aku cakap,owner butik memang cakap macam ni ke bentuk pelamin aku sebabnya aku dah bagi design dan ianya tak sama langsung ngan design yang aku nak!! And that time,yesss AKU MARAH GILER!

Pastu,aku dah malas nak fikir sebab duit dah habis banyak...tapi tak mengikut apa yang aku inginkan.Bila mak aku balik,keadaan macam sedikit kecoh sebabnya adik aku bagitau mak aku yang pelamin tu bukan macam aku nak.Tambah-tambah mak-mak sedara aku dah mula datang.Aku duk kat dapur aje,gi buat keje lain.Tak nak ambik tahu lagi.Masa tu pekerja butik tu dah balik dan mak aku terus call owner butik dan mintak aku bertanya baik-baik.Tapi aku memang tak dapat cakap lagi sebabnya masa tu terlalu nak marah dan aku suruh mak aku aje cakap.Nasib baiklah my lovely mum ni orang yang sangat cool dan masih boleh bercakap dengan lembut walaupun dia pun agak marah. Then,after that banyak jugaklah owner butik tu mesej aku thru hp tapi aku just cakap takpelah. Masa tu semua ahli keluarga dah nasihat aku,lagipun diorang cakap pelamin tu cantik jugak.So,aku redha ajelah.Nasib baik owner butik return rm300 kat aku semula sebab tak berjaya puaskan hati aku.

Jadinya kepada bakal bridal,silalah jadikan pengalaman aku sebagai peringatan yer.Silalah buat follow up banyak-banyak,hahahaha...dan kepada butik-butik pengantin pun,aku masih ada pesanan buat mereka.Janganlah terlalu nak kejar duit sampaikan dalam satu hari ambik terlalu banyak tempahan,pastu dah tak ingat lagi macam mana design yang setiap pengantin tu nak.Kesian pengantin,dahlah bayar mahal-mahal,hasilnya tak seperti yang diimpikan. Nasib baik aku bertunang aje waktu tu,kalau kahwin...tak tahulah apa nak jadi. So,aku rasa itu sahaja pengalaman dan sedikit tips yang aku nak share ngan korang berkaitan pelamin..mesti korang nak request kat aku kan,nak tengok pelamin aku..oklah,walaupun aku tak berapa suka tapi nak buat camne kan?This is my pelamin...


everytime aku tengok pelamin ni even sampai sekarang,aku masih lagi rasa terkilan. Tapi apakan daya inilah takdir aku,overall all kat pelamin ni tak seperti aku idamkan dan janji owner butik nak gubah bunga baru untuk aku pun hanya kosong.Sebabnya tengoklah bunga tu,yang dah lama..depan pelamin aku nampak kosongkan?Sebabnya apa yang diorang letak kat depan,semua aku alih..sakit hati punya pasal,apapun inilah takdir aku dan aku ok aje menerimanya.

Untuk baju bertunang aku plak,yess aku amat cintainya!!Superb gojes as request...yang ni aje aku sangat-sangat berpuas hati.


sekian sahaja tips dan pengalaman aku berkaitan pemilihan pelamin.Sekian,wassalam.

~  seronok tengok orang buat persiapan kahwin walaupun aku tahu amat sakit kepala nak menguruskannya ~



Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Sunday, February 02, 2014

Assalamualaikum..
Sihat ke semua yang membaca ni?Aku sihat aje,maklum lah 3 hari bercuti sempena Chinese New Year..hepy new year for those yang menyambutnya. Sepanjang cuti 3 hari ni,aku just duk bertapa kat sekolah menyiapkan kerja-kerja sekolah aku yang perlu disiapkan.Lagipun kalau nak meronda pun,nak gi mana...Sibu,Mukah n Dalat ni semuanya cina,dah sah-sah r kedai tutup.Ok,selesai sesi mukadimah aku..back to topic entry.

Aku nak tanya,sape yang sedang membaca entry ni adalah follower sejati citer Bukan Kerana Aku Tak Cinta?Sila angkat tangan!Sah-sah aku orang pertama yang angkat tangan,hahaha


Bagi aku cerita ni sangat sweet dan memang menyentuh hati kalbu aku nih,walaupun ceritanya takde kena mengena pun ngan hidup aku. Nak tau macam mana aku boleh terjebak ngan cerita ni? Ni semua pasal cikgu yang sesekolah ngan aku iaitu Yam atau nama glemernya Yell yang menghasut aku untuk tengok cerita ni. Setiap kali datang hari Isnin sampai Rabu kul 10 malam,maka datanglah si Yam ni kat umah aku untuk tengok cerita ni..sebabnya umah Yam ni takde tv.Aku yang sememangnya takde cerita yang aku follow,maka aku layankan jugaklah sekali. Dah lama-lama,aku rasa macam best lah pulak cerita ni. Nak-nak bila muncul watak Jebat..fuhhh,rasa macam alahai macho nya watak dia. Seriously,aku rasa sesuai sangat Sharnaz Ahmad bawak watak Jebat,aku suka semua pasal watak ni..paling utama dialog dia yang spontan dan lucu..tu yang menambah-nambah rasa suka aku kat cerita ni. Dah tu watak Mastura tu plak gedik yang amat pun ok lah walaupun kadang-kadang aku rasa memang over tahap tingkat 46 lah kan.

So,sejak aku jadi follower sejati ni,memang setiap hari Isnin,Selasa and Rabu aku akan tido kul 11 lah walaupun sejak aku duk Sarawak ni,kul 9 malam tu aku dah lena dibuai mimpi dah. Kadang-kadang si Yam ni tengok yang ulangan aje tapi aku plak yang beria-ria duk tunggu kul 10 malam tau..kira aku ni sekarang dah jatuh tahap kronik dah sebabnya bayangkan cerita ni diulang kul berapa,semua aku tengok..even 100 kali ulang pun,aku masih setia tengok.Kalahkan si Yam plak...hahahaha

Apapun,aku tahu ramai yang follow cerita ni..so kepada followers semua,ketahuilah bahawa cerita ni lambat lagi akan tamatnya sebabnya ia 60 episod...sekarang baru episod 24 and si Jebat dan Mas tu baru aje kahwin.Psst,aku suka betul episod yang dia kawin tu sebab aku rasa comel aje,hahahaha...kalau si Yam baca apa aku tulis ni,mau dia gelak and sindir aku sebabnya aku punyalah cakap gediklah si Mas,itulah,inilah...padahal aku sendiri suka tengok..^__________^

Last aku nak cakap ialah,bagi aku cerita ni ada banyak pengajarannya..yelah,jangan terlalu angkuh atau sombong dengan apa yang kita ada sekarang sebab mana tahu satu hari nanti,kita akan menyesal dengan sikap yang begitu. Macam Jebat yang menyesal ada tatoo kat badan dia tu..haaa,kalau tengok cerita,jangan sekadar tengok aje,tolong pikirkan sekali intipati cerita..barulah ada maknanya tengok tv tu,takdelah nampak macam membazir masa sangat. Oklah,jumpa lagi next entry..jangan lupa tengok Jebat dan Mas malam esok tau..wassalam.

~sekarang dah bulan Februari,tak sabarnya aku menantikan bulan Mac ni...seriously sangat2 tak sabar,nak sengih lebar2 ni..hehehehe ~

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in