NILE For Those Who Are Sopinkholic

Monday, December 09, 2013

Assalamualaikum
Rajinnya aku nak update,kira macam fast update lah ni.Sebab tak tahan nak share ngan korang semua.Dah baca aku punya tajuk entry kan?So mesti faham entry ni berkisar tentang apa,ngeh3 So,tak payah nak kisar banyak-banyak sangat,biar aku story cepat2.

Actually,I find a web which can give us anything we want!!Ini seriusssss (dengan nada Wonderpets). Ok,laman web yang aku maksudkan ialah NILE.COM.MY


inilah laman web nya,sebenarnya NILE ni dah banyak dapat review daripada beberapa blog terkenal,cuma aku aje yang terkedek-kedek baru nak buat review + baru tahu kewujudan blog.Ok,kalau tanya kat aku apa yang best kat NILE ni?Ada 3 jawapan yang boleh aku berikan.

1) kat NILE ni korang boleh dapat apa saja yang korang nak..dari buku,baju,kasut,beg,alatan sukan,perkakas rumah sampailah pencuci muka segala ada dijual kat sini.Barangan lelaki,perempuan dan juga baby semuanya ada...ni dah macam mall untuk mereka yang tak sempat nak menjengah sopink complex lah,segalanya di hujung jari anda..memang senang kan?Kalau nak suruh aku cerita,macam tak cukup jari nak menaip.So,aku paste kan beberapa pics sumbangan dari NILE...hehehe



2) Sebab yang kedua ialah NILE ni ada penghantaran 24 hours untuk kawasan Lembah Klang,macam ala-ala pizza delivery tu.So,memang mudah lah bagi mereka yang tinggal di Lembah Klang,lepas order,bayar then terus akan ada delivery hantar barang korang tu tercongok depan pintu rumah..memang awesome habih.Tapi,untuk mereka yang tinggal bukan di kawasan Lembah Klang,jangan risau...penghantaran turut dibuat ke seluruh Malaysia dalam masa 1-3 hari.Apa yang best di NILE ni,mengikut pengalaman aku sendiri..masa kita nak confirm order kan,diorang akan suggestkan 2 jenis penghantaran iaitu GDex dan PosLaju.So,kita boleh pilih yang mana satu nak and NILE turut akan bagi anggaran kos harga penghantaran tu mengikut berat barang yang kita beli.Macam aku hari tu,aku pilih GDex sebab harganya jauh lebih murah berbanding PosLaju.Boleh faham semua?Ni aku up kan satu pic motor2 yang akan singgah rumah korang nanti (pssst,ni pun kalau korang duk Lembah Klang r,hehehe)


3) Faktor terakhir yang aku suka NILE ni ialah harganya TERSANGAT TEROVER MURAH DI ABAD INI!!!Haaaa....siap huruf besar warna merah lagi tu.Seriously,harga dia memang tak percaya dengan barangan yang diberikan.Bayangkan,beg yang kat pasaran harga RM180,di NILE kita boleh dapat dengan harga RM23.90 sahaja howkay.Kedai lain hadoo??Nan hadooo lah jawabnya.Pastu,kadang-kadang dahlah murah,siap ada diskaun lagi tu.Segala-gala rasa macam nak beli.Bayangkan,aku hanya spend RM80++ sahaja,aku boleh dapat 4 item yang awesome.Aku beli 2 beg yang gojes ( di mata aku lah) dan 2 alatan perkakasan rumah untuk hiasan.Next time aku nak repeat order lagi.So,jom order di NILE yer...

Aku harap cukuplah 3 ulasan kenapa NILE tu best.Ok,untuk yang tertanya-tanya macam mana nak buat order kan?Caranya mudah saja,4 steps aje..

1) Sebaiknya korang sign up lah dulu acc kat NILE ni,then pilih barang apa korang nak,pastu click "Add To Cart".

2)Lepas dah confirm order,buatlah pembayarannya..diorang terima payment secara pembayaran on9 dan juga cash deposit tau,kiranya korang bolehlah g bank in kat bank dulu,pastu send kat bukti payment iaitu pic resit pembayaran tu.Maksudnya kalau orang yang takde bank online ni,boleh juga sopink di NILE ni.Masa pembayaran ni.korang tengoklah apa yang dia cakap atau dia nak ek..hehehe,mudah aje.

3) Dah settle payment,NILE akan update status order kita dan barang akan dihantar ke rumah anda seberapa segera yang dapat.Mudah kan??



So,itulah serba sedikit review aku berkaitan laman web sopink yang awesome nih.Kepada lelaki/perempuan  yang kaki sopink dan sedang baca blog aku ni,maafkanlah aku yer kerana terperkenalkan laman web macam nih...harap dimaafkanlah.Selamat menerjah laman web NILE semua,sekian fast update aku.Jumpa lagi semua,wassalam.

~memang fast update betul nih,aku tengah berkejar ngan masa nak kemaskan barang untuk trip aku esok,dahlah flight aku pepagi buta,jumpa lagi after aku balik dari holiday yer,^__________^~

Buat Mereka Yang Tak Tahu Cara Nak Koyak Ubi Kayu

Saturday, December 07, 2013

Assalamualaikum...
Hari ni tetiba aku ada idea best nak share ngan semua.Ini semua gara-gara kes siang hari tadi,lawak punya cerita...Sebelum tu,mesti ada yang pelik kan,nape aku buat entry cikai macam ni?Tapi sebenarnya kadangkala,benda yang senang dalam dunia pun,kalau kita tak belajar...kita tetap tak tahu,hu3

Kisahnya sebenarnya macam ni,kelmarin En.Fiance bagitau dia macam teringin nak makan ubi kayu..yelah,sekarang kan musim hujan,banjir sana sini dan lumrah kat tempat aku ni,Terengganu,bila musim hujan aje,mesti ramai yang jual ubi kayu..tu yang dia teringin sangat.Mula-mula aku suruh dia rebus sendiri sebab senang aje tapi memandangkan dia tak tahu,so kesian lah pulak kan.Pastu aku bagitau lah mak aku yang En.Fiance teringin nak makan ubi kayu,terus mak aku cakap kat aku...

"awaklah buat,tunang awak nak makan tu..."

Aku pun ok ajelah kan.So,hari ni mak ngan ayah belilah ubi kayu.Banyak giler kut,ni semua gara-gara bakal menantu diorang nak makan (jeles plak aku tengok)..pastu kan,pastu kan mak ayah aku suruhlah aku koyak kulit ubi kayu tu,yelah kan kena rebus...haaaaaa,kat sinilah ceritanya bermula.

Aku pun ambiklah ubi kayu yang melambak tu,pastu kan dengan yakinnya aku gunakan pisau yang warna oren tu,yang orang gunakan untuk buang kulit timun tu.Punyalah best aku duk buang kulit ubi kayu tu dengan pisau oren tu,pastu tetiba emak aku datang n jenguklah apa yang tengah aku buat.Then,.........

"Ya Allah,apa yang Na buat ni??Bukan macam ni caranya....adoooi"

Pastu kan,ayah aku plak datang ke dapur lepas dengar suara mak aku yang agak kuat tu,then...

"Alahai cikgu,koyak ubi kayu pun tak tahu ke?...aduhai,siannya anak ayah ni,meh ayah ajar cara nak buang kulit ubi kayu.nasib baik belum g rumah mertua"

Masa tu kan,aku rasa muka aku ada warna merah,biru,kuning...kira ala-ala pelangi lah.MALU giler kut sebab tak tahu buat benda yang senang macam tu.Sebenarnya aku bukan tak tahu,tapi TERLUPA aje cara yang sebenar,hehehe...TERLUPA aje ok.So,disebabkan perkara yang teramat memalukan ini membuatkan aku rasa macam "teruknya ko ni husna,benda macam ni pun salah",maka aku ingin berkongsi cara yang sebenar untuk buang kulit ubi kayu.Manalah tau ada yang tak tahu kan? =)

1) Mula-mula sekali,tengoklah dulu ubi kayu tu,Manalah tahu ada yang tak kenal ubi kayu kan?


inilah ubi kayu,rupa dia kadang-kadang memang tak cute,tapi rasa dia sedap..ok,dah kenal ubi kayu kan?we go to next step.

2) Lepas tu,ambik pisau sebab kita akan mulakan cara yang pertama..


caranya ialah kita mesti potong dulu kiri dan kanan ubi kayu tu,make sure kalau rasa macam hujung tu keras sangat,potonglah lebih sikit yer...macam ubi kat atas ni,hujungnya dah dipotong.

3) Then,ambik pisau..dan belah tengah2 ubi kayu macam pic kat bawah,tekan dalam sikit yer..sebab ubi kayu ni kulitnya berlapis-lapis.


4) Lepas tu,boleh dikoyakkan aje kulit ubi kayu yang dikoyak tadi.Isi dia yang betul nampak smooth aje yer...so,selagi tak nampak macam smooth tu,maksudnya bukan isi dia lagi lah tu..tapi janganlah sampai habis semua dikopak nanti...pandai2lah yer.


5) Lastly,inilah hasil yang berjaya aku buat tadi.Mak aku suruh aku betulkan balik semua ubi yang aku salah buat masa awal-awal tadi...nasib baik aku ni cepat belajar,hehehe


suci dan bersih aje kan ubi kayu aku ni.

Apapun,inilah entry yang aku rasa kelakar giler yang pernah aku taip.Yelah,benda ni macam memalukan diri aku sendiri tapi takpelah,mana tahu ada yang tak tahu cara nak koyakkan kulit ubi ni kan?Maklum lah,kita semua lahir di zaman moden,mana nak tau cara koyak segala bagai ni kan?Diharapkan entry aku ni dapatlah memberi sedikit pengetahuan kepada sesiapa sahaja yang membaca atau ada yang tak lama lagi bakal bergelar menantu orang kan.Tetiba mak atau bapak mertua suruh rebus ubi kayu,kalau tak tahu..mau terngaga mulut tu nanti..hehehehe
Oklah,jumpa lagi di next entry,wassalam

~bosan giler duk umah sebab adik-adik semua takde,rasa macam anak tunggal...huhuhu~



Journey To Johor,Unplan Trip

Wednesday, December 04, 2013

Assalamualaikum semua yang membaca,
Alhamdulillah setelah berkurun berabad tak update apa2 kat sini,akhirnya aku kembali menaip sesuatu untuk tatapan diri sendiri dan juga pembaca blog aku ni..hehehe
ok,sebenarnya dalam blog aku ni,ada 2 entry yang diperam tapi x sempat nak publish,asyik sekerat jalan aje tulisnya..mana nak publish kan?

so,kali ni aku nak share trip unplan aku ke Johor. Yes,maybe ada yang cakap..alahai buat apa g Johor,nothing pun..tapi kalau kita tengok dengan mata hati mesti we got something!!So,start ari Khamis last week,aku ke Johor ngan my bff Roza..kitorang naik bas aje,sebabnya dah bosan naik flight + terlalu rindu nak naik bas..memang awesome walaupun aku tunggu bas dari jam 11 malam sampai 1 pagi baru nak muncul bas ke Johor tu,nasib baik ada En.Fiance yang sentiasa setia meneman aku kat stesen bas...mekasih En.Fiance...^____^

then,setelah penuh pancaroba mengharungi perjalanan sampai ke Johor tu,yelah basnya masuk Johor pastu pas hantar penumpang sampai ke Segamat then terus masuk Melaka,pastu baru masuk Muar balik...dahlah masa sampai kat Muar tu kena tukar bas,setengah jam tunggu tapi kitorang masih sabar..dahlah masa tu dah pukul 9 lebih,ngan belum mandinya lagi + perut asyik buat muzik rock aje,then baru bas datang dan gerak ke Batu Pahat...masa sampai ke Batu Pahat tu,tepat jam 12 tengahari howkay...lama betul berperam dalam bas,maklum r nak sangat naik bas kan,konon rindu...huk3 (lepas ni confirm aku tak rindu lagi,hik3).
Sesampai aje kat sini,my another bff Fatin dah sedia untuk pick up kitorang,n terus aje dibawanya kami ke Restoran Batu Pahat Nasi Briyani...perghhh,dah lah masa tu perut lapar giler,pastu dapat plak makan nasi briyani gam kambing,tangkap leleh kut...memang sedap nak mati lah,nanti korang boleh try k..

Then,esoknya 30hb iaitu ari Sabtu,barulah kitorang bersiap sedia nak g kenduri one of our classmates masa kat IPG dulu iaitu Al...rumah Al ni kat Labis,so sebelum ke rumah Al ni,kami singgah dulu ke rumah member satu batch masa study dulu,kebetulan kendurinya pun hari tu jugak...so,makan nasi briyani gam lagi time ni,memang aku pulun habislah...seronok tengok majlis perkahwinan di Johor sebabnya ada penyanyi yang duk menyanyi,makanan penuh meja n kalau kita siap makan,ada orang yang tolong angkatkan pinggan...alahai,kenapalah dia tak tolong basuhkan tangan sekali kan?baru seronok + jelas terserlah kemalasan kat situ..hehehe

After settle majlis kat Pontian tu (Fatin tinggal kat Pontian),barulah kami bergerak ke Labis plak...ok,time ni seriously agak bosan sebab guna highway n kiri kanan hanya nampak kelapa sawit semata2!!Tapi aku layankan perasaan ajelah...after a few hours,akhirnya kami sampai ke kenduri Al...sekali lagi,nasi briyani gam in the house ok..after makan2,of courselah sesi ambik pic kan,so aku paste kan seketul dua kat sini,ngeh3

inilah Al dan isterinya,Farhana...sweet aje.


ini plak aku dan kengkawan masa study,dah lama tak jumpa semua..he3

ok,selepas aje selesai majlis Al ni,aku ngan geng (tak termasuk budak lelaki) terus bergerak ke Ayer Hitam,kat sini memang rasa macam semua nak...yelah,karpet,bear segala benda ada dengan harga yang amat berpatutan plak tu..mana tak sawan kan?lagi2 macam aku ni,seorang yang sangat suka dengan perkataan sopink...hahahaha,as usual,abadikan kenangan dulu di Ayer Hitam...


ohh,abaikanlah muka kembong aku tu sebab masa ni dah lewat petang,so muka pun ntah hape2...yess,thats Roza...


ini plak antara barang-barang yang dijual kat Ayer Hitam,segala benda ada jual kat sini..so silalah datang membawa duit berkarung yer,hehehe
lepas aje aku habis menjenguk2 kat sini,maka kami pun bergerak ke destinasi seterusnya iaitu kilang kerepek!!One of my favourite place kalau aku datang ke Johor ni,hehe


 inilah kilang atau kedai yang aku selalu singgah datang membeli-belah kerepek iaitu Azhar Food kat Rengit.Tak payah susah2 nak cari sebab kedai ni memang tepi jalan aje.Macam-macam jenis kerepek yang ada kat sini,so boleh aje pilih yang mana suka..kalau macam aku,aku teramat sukakan kerepek Emping Malinjo,serius sangat sedap...walaupun rasa dia ada pahit sikit tapi pahit dia macam lemak2 gitu...ni pun,tengah mengunyah emping malinjo ketika aku menaip nih...hik3
Disebabkan nak bagi korang semua teruja sikit,nah aku tampalkan gambar dalam kilang ni yer...


ini bahagian dalam kedai atau kilang ni,memang rabun mata kalau dah masuk dalam ni...aku sendiri berhabis jugak sampai semua member tegur,dah macam nak balik berniaga kerepek plak kat Terengganu lagaknya,hehehe..so,nanti kalau datang Johor,boleh singgah kat sini yer.

Untuk keesokkan harinya plak,aku dan member2 meronda ke Johor Bahru plak..maklum lah kendurinya sebelah sana plak,tapi sebelum tu kami singgah dulu ke kenduri one of my friend kat FB iaitu Hidayah,sebenarnya bff aku Ziha yang terlalu nak pergi sebab Hidayah tu housemate dia..untuk kali yang ketiga,aku makan nasi briyani gam lagi..tapi untuk kali ni,majlisnya diadakan di dewan,dan pengantinnya plak belum sampai sebab f.y.i majlis kenduri kawin kat Johor ni tak kiralah sebelah perempuan atau lelaki,memang pengantinnya akan datang selepas waktu Zohor...jadinya kalau datang awal tu memang tak sempatlah nak jumpa pengantin.So,aku pastekan jugak pic untuk tatapan..hehe


cantik kan pelamin dia?warna kegemaran aku plak tu,PINK!!hahaha...masa g kenduri Hidayah ni,kami hanya berempat sahaja...kalau sesiapa yang follow blog aku ni since aku study kat IPG,memang akan kenal sape bff aku nih...yang sebelah aku pkai shawl merah tu Fatin,yang specky tu plak Roza and the cutest one there is Ziha..confirm sengih kalau si Ziha baca ni,^_____^

After selesai attend kenduri kat Pontian,barulah kami gerak ke Johor Bahru..apa yang bestnya,aku drive sendiri kat dalam bamdar JB tu,walaupun jammed tapi oklah..dapat jugak kenal jalan2 kat situ,hehehe
Setelah beberapa jam,so kami sampai ke JB untuk kenduri kahwin yang ke-4 iaitu Farhan a.k.a Paan,one of our classmates too..majlisnya jugak dibuat kat dewan,sangat meriah.Kali ni aku tak makan pun sebab dah over kenyang,just minum air dan makan kuih yang best.Tak tahu apa nama kuih tu,tapi 2-3 kali aku g bangun tambah kuih tu,nasib pelayan makanan kat situ tak marah aku..hehehe,memandangkan masa tu kitorang datang awal sangat iaitu kul 12 macam tu,so agak lama menunggu kehadiran pengantinnya..kul 2.30 barulah muncul Paan dan wife dia,Meyna.So cute k!!


nice sangat diorang ni,kisah cinta pun ala-ala drama gitu,ngeh3..disebabkan masa ni terlalu pack ngan orang n aturcara majlis,so weo olls semua hanya snap pic ketika pengantin makan berdamai aje.


kami sangat tak menghiraukan uncle and auntie yang sedang enak makan tu,hahahaha..apapun,selamat pengantin baru kepada Paan dan Meyna.
Lepas aje settle attend kenduri yang ni,maka aku and the gang pun berjimba ke bandar JB lah,apa lagi merayap ke Danga Bay dulu..maklum r belum sempat sampai lagi,kat sini kami semua jadi camwore,ahahaha


aksi gediks kami!!


aksi canwore kami semua..ntah pape,apapun happy giler sebab dah lama tak meroyan bergambar sama-sama..opps,kami sempat jugak tengok Villa Nabilla yang duk heboh tu,tapi pintu depannya dah ditutup dengan zink biru..bagi aku,villa tu takdelah scary cumanya cerita tentang villa tu yang buatkan villa tu rasa macam berhantu.Villa Nabilla tu memang betul2 mengadap Danga Bay ni.Lepas puas bergambar kat sini,kitorang bergerak ke tempat paling best untuk wanita kat Johor ni iaitu Johor Premium Outlet atau JPO.Memang salah tempat kami datang sebab mata terbeliak aje semua.Paling best,ternampak butik Michael Kors!!Depan2 pintu kut,pe agi..terus ushar terus lah beg idaman aku,quite ok harganya sebab kebetulan ada sale masa tu.Tapi aku tak beli pun sebab beg idaman giler2 aku takde kat situ,ngeh3..
Apa yang aku beli??Tak beli apa sangat,as usual beli wangian aje sebab tak sangka butik VC ada kat situ jugak,lagi2 buat sale..rembat terus lah aku!


ini aje aku beli,warna pink gitu beg nya..hahaha

Lepas dah selesai ronda JPO yang memang penuh dengan makhluk yang membeli-belah,kitorang pun gerak balik ke Pontian semula,malam tu semua tido awal sebab ngantuk tahap takleh blah agi..

Esoknya plak hari terakhir sesi berjimba kitorang,pe agi round sakan lah kan.Mula2 kitorang g Tangkak,ushar kain lah,baju lah,langsir lah..pastu ntah apa2 agi,disebabkan dah tak tahu nak beli apa,aku cuma beli kerongsang besar ala2 macam dokoh tu..sebab dah lama aku carik kat Dungun tapi takde+harganya mahal giler kalau ada pun,memang tak lah aku nak bagi penjual tu kaut untung lebih kan?hehehe..nasib kerongsang yang aku nak tu kebetulan ada dijual kat Tangkak ni,pe agi...rembat 2 terus,^______^
Dah settle kat situ,kitorang gerak plak ke Muar a.k.a Muo dalam bahasa kitorang.Sampai ke Muar ni memang dalam kepala aku hanya kopi 434 semata2 sebab aku tersangat over sukakan kopi ni.Memang kaw habislah kalau minum,nak2 sekarang ni musim hujan kan,memang bestlah kalau diteguk panas2...Dah sampai Muar ni dalam kul 1 lebih,pe agi perut berkeroncong lah kan,so haruslah pekena Mee Bandung Muar+ teh tarik+rojak petis..memang awesome habis lah!


abaikan meja yang basah,just fokus pada hidangan kat situ yer..maaf kerana gambar rojak petis takde sebab bila kitorang semua dah jadi pirana,memang tak sempat nak buat apa2 lagi,hahaha...apapun I Love Johor lah sebab banyak jugak benda best BUT tak leh lawan cinta dan sayang aku pada Terengganu lagi lah,hahahaha
Lepas makan,kitorang lepak2 kat umah Ziha sambil bersembang itu ini,mula2 cakap nak tido last2 tak jadi sebab girls talk katakan,mana nak pernah habis kan?Malam tu,aku ngan Roza balik semula naik bas..memang awesome habislah unplan trip kitorang nih,moga2 berjumpa lagi yer Johor..hehehe

Sorry if entry ni panjang berjela,kira qada balik sebab dah berbulan tak update apa2 kan,entry yang diperam pun insyallah akan dipublish jugak nanti if sempat sebabnya next week aku ada trip lagi!!Yahuuu...seronok giler kut...
Jumpa lagi next entry,hope dapat membantu sesiapa yang nak ke Johor dengan membaca entry ni,wassalam

~entry ni ambik masa 2 hari nak dipublish sebab mood aku asyik lari aje,hehehe~

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in