PRE-VACAY

Friday, November 30, 2018

Assalamualaikum


Yayyyyy,punyalah lama tak update blog sampaikan emel ngan password pun boleh lupa. Lama jugak una pikior apa lah emel dan password. Nasib baik selepas 1 jam,datang juga hidayah emel dan password.

Hari ni una nak story dulu berkaitan Pre-Vacay una ke Bandung insyallah Isnin nanti,3/12 sehingga 7/12.
Lama? Actually tak lama pun sebabnya dulu una pernah pergi dah 3 hari tapi tak cukup masa,nak-nak bila ke Pasar Baru tu. Awesome kut.

Ok,back to story. Actually, Bandung ni sebenarnya takde lah dalam list una ngan husband sangat as our annual trip. Plan awal kami nak ke Turki sebenarnya,tapi disebabkan beberapa kekangan,maka Bandung lah pilihan kami. Tu pun sebab husband una tak pernah pergi lagi.

Sebelum pergi,haruslah review dulu kan. Jenis una memang akan review kaw2 punya untuk pastikan kita tahu apa yang ada,apa yang best,harga-harga tiket supaya in bajet semuanya. Yang pertama haruslah tiket flight. So far, untuk tiket flight kami beli bulan 4 lagi. Harga pun alhamdulillah ok untuk una,husband dan beloved daughter,Hannah.

Settle hal tiket,haruslah tengok tempat-tempat yang cun kan? One of it ialah 
The Maribaya Lodge


Fuhh,tengok tempat pun rasa macam romantik kan? Tak sabarnya.

Next ↴

Farmhouse Susu Lembang


Yayyyy,boleh berperasaan seperti cerita Hobbit kan? Nampak gaya confirm banyak gambar membanjiri instagram dan Facebook una nanti.

Rasa sampai sini dulu lah,nanti una sambung update. Kepala macam denyut-denyut dah haaa.



Makanan Bayi 6 Bulan Terbaik

Thursday, February 22, 2018

Assalamualaikum

Alhamdulillah,una kembali mencoret di sini. Lama rasanya tak menaip. Kali ni una nak share tentang makanan bayi terbaik untuk semua.

Ok,mesti ada antara yang sedang membaca ni adalah mommy2 yang begitu pentingkan tentang makanan bayi terbaik kan? Nak2 bila baby dah usia 6 bulan,mula lah mommy2 runsing nak bagi baby makan apa. Puree ke?Cereal ke?Nestum ke?

Ok sebelum tu,una nak list kan dulu. Mommy yang tengah membaca ni ada tak seperti di bawah?

  1. Selalu rushing bekerja sampai siang malam pun tak sempat nak tengok
  2. Tak cukup masa nak cari bahan mentah like buah2an ke,sayur ke..err,entah2 pasar pun tak tahu kat mana,hahaha (just kidding ok)
  3. Pening sebab selalu tak ada idea nak masak apa kat baby.
  4. Limited time which is depends on makanan baby yang instant only.
Haaa,kalau mommy ada yang tersenarai dalam list kat atas. Memang sah,perlu gunakan makanan bayi terbaik ni iaitu CEREAL COMCOM.


Apa benda COMCOM ni?Tak pernah dengar pun. Actually,COMCOM ni sangat glemer tau. Dah selalu keluar tv, setiap bulan ada dalam majalah Pa & Ma dan duta COMCOM ialah Yana Samsuddin dan anaknya Mateen. 

Ok,kat sini una nak share lagi tentang kebaikan COMCOM ni. Produk makanan ini best sebab :
  • Dia complete! Biasanya mommy2 selalu kena beli bahan,pastu mix kan bahan,kena masak,kena rebus. Tapi dengan adanya comcom ni semua dah complete. Siap ada perisa lagi.
  • Comcom ni senang dibawa ke mana2. Sebabnya comcom ni dalam botol tau dan ada jugak dalam pack. Memang senang kalau nak travel,nak bawa pergi rumah pengasuh,nak balik kampung dan musim paling power jualan comcom ialah bila balik beraya. Yelah,mommy pun nak beraya kan?Mana nak sempat masak2,so COMCOM the best solution!
  • Comcom ni tidak menggunakan FILLERS. Mesti ramai yang baru tahu pasal fillers ni. Kalau korang nak tahu,kenapa cereal di pasaran harganya murah. Sebabnya mereka gunakan fillers. Fillers ni ialah bahan pemekat dalam makanan bayi. Kiranya kandungan utama sikit tapi fillers yang banyak. Sebab tu,boleh dijual dengan harga yang murah. Fillers ni tak baik untuk usus baby yang baru nak belajar makan. Tapi COMCOM tidak menggunakan langsung fillers. 100% adalah bahan utama. Haaa best kan? Sebab tu comcom boleh bertahan sehingga sebulan dan tekstur pun mengembang.🥣🥣
  • Say No to periuk belanga kuali bagai. Sebabnya bila ada COMCOM ni just tambah air suam/air panas sahaja. Then dah siap. Nak lagi best,COMCOM ni boleh ditambah ngan bahan2 lain kalau baby suka macam buah ke,susu baby ke dan sebagainya yang bersesuaian.
  • Sesuai untuk seisi keluarga. Biasanya makanan baby hanya untuk baby kan?Tapi tidak COMCOM. Comcom ni sesuai untuk baby bermula usia 6 bulan sehingga orang dewasa. Jangan tak tahu,ada customer una yang neneknya makan COMCOM ni siap tabur ikan bilis goreng lagi. Senang katanya sebab nenek tak ada gigi. Ada jugak golongan muda yang makan COMCOM untuk breakfast sebab on diet! Mampu turun 5kg sebulan berbreakfastkan COMCOM tau 😱😱😱

COMCOM ni ada pilihan perisa ke?
Yer betul! Sekarang COMCOM ada 4 pilihan perisa yang awesome.
  1. Perisa original
  2. Perisa kurma jagung (high demand)
  3. Perisa vege (high demand)
  4. Perisa oat barley (awesome)
So,baby mommy tak akan jemu makan COMCOM sebabnya mommy boleh mix perisa. Hari ni makan perisa lain,esok makan perisa lain...haaa,bestkan?


Mahal tak una?
Tak mahal pun tapi sangat berpatutan. Sebabnya boleh bertahan lama tau. Kalau tak,tak kan lah una dapat jual COMCOM ni sebulan lebih dari 100 packs! Psssst,kalau korang nak jimat..beli 2 dan ke atas,sebabnya FREE POSTAGE + FREE BOWL LIMITED EDITION GSTAR. 😍😍

Macam mana nak beli?
Boleh order direct pada una di talian whatsapp www.wasap.my/60132007666 dan pembelian ngan una akan diberikan kupon loyalty customer tau! Kumpul2 kupon then boleh tebus item free,berjimat berganda berbaloi ooooooi....

Una belanja sikit testimoni customer COMCOM una sendiri tau!



So,jom dapatkan COMCOM untuk baby anda. Nak tahu lebih2 pasal COMCOM,boleh whatsapp una aje. Una sudi melayan + kalau nak order bulk order untuk penjimatan pun boleh. Lagi murahhhhh wei.

Jumpa lagi di next entry,❤️

Salam sayang,
Una Husna
Premium Leader GSTAR/ Admin HQ GSTAR
013 2007666


NEW EMPIRE BEGINS

Thursday, June 15, 2017

Assalamualaikum

Alhamdulillah syukur sebab masih lagi berkesempatan nak update story kat sini. Una ingatkan dah tak terupdate since a long time ago,una tak publish apa2 kan?

Pertamanya,selamat berpuasa kepada semua yang sedang membaca. Hari ni dah 19 Ramadhan kan?Cepatnya masa berlalu. Dah grab semua bonus dalam bulan Ramadhan ni?Moga2 kita semua mendapat segala nikmat hendakNya.

Kali ni una nak kongsi berkaitan una punya focus sekarang. Rasanya kalau yang follow una kat facebook,instagram dah tahu una punya passion sekarang. Kalau dulu una pulun gigih untuk bangunkan empayar dalam bidang fesyen kan?Jual tudung pakaian dan segala bagai lah. Dan mesti korang pun pernah dengar nama BYHANNAH COUTURE (BHC) kan? Alhamdulillah sehingga kini masih kukuh berdiri dengan 2 orang staff dan seorang runner.

Hari ni,una nak share core bisnes baru una. Actually takde lah baru pun. Sekarang ni aje una baru nak boomkan semua orang dengan new empire ni. Empire baru una ni adalah new company jugaklah (fuhhh,rasa macam stylo aje sebab dah ada 2 company berdaftar) iaitu

NASHAR HEALTH EMPIRE

jeng jeng jeng

NHE NI COMPANY APA?

Actually NHE ni adalah company una sendiri yang menjual produk susu kambing R Rayyan,makanan baby cereal COMCOM dan vitamin minda yang superb macam Gstar Kids,Biokare dan Vteen...semuanya adalah produk dari GSTAR. Mesti korang pernah tengok antara produk GSTAR ni kan?Produk laku keras ni sememangnya terbaik.



Nak dijadikan cerita lagi,sebenarnya una adalah salah seorang admin HQ GSTAR ni. So,kalau korang  nak tahu,no una akan terpapar kat semua flyers GSTAR termasuklah website dan iklan fb ads. Kira memang glemer lah #kakuna ni..hehehehe

MESTI MLM NI

Biasanya kalau orang melayu jual produk,mesti nak dikaitkan dengan MLM kan?Tapi bukan di GSTAR yer..sebab una lah orang pertama yang memang anti dengan MLM. Dalam GSTAR ni cuma ada leader,stokis dan agen. Siapa yang banyak jual,dia yang dapat banyak untung. Tak perlu nak cari kaki bagai,nak dapat extra income,tak berkat kut hidup macam tu.

Semua orang pun layak jadi siapa yang dia nak,so kalau rajin,effort lebih,bersemangat walau pelbagai dugaan mendatang..yess,you are welcome to become my team.


TEAM NHE

Dalam NHE ni,una ada #bravoteamnashar iaitu team under una sendiri. Una as a leader untuk group ni. Kiranya dalam team una ni ada stokis dan agen. So,semua akan diguide oleh una lah dan juga HQ.
Yang bestnya,una suka buat personal guidance tau iaitu wasup personal aje untuk semua stokis dan agen una. Alhamdulillah,setakat ni una dah ada 10 stokis dan more than 15 agen yang memang bersemangat waja.

Dalam #bravoteamnashar ni,banyak sangat yang akan semua share like copy writing,permasalahan atau pun apa2 ajelah soalan yang nak ditanya. Kiranya semua mesra alam gitu.

NAK JOIN TEAM #BRAVOTEAMNASHAR?

Nak join team una?Sangatlah mudah...yang penting,una cuma nak orang yang betul2 bersemangat sahaja dan memang nak buat!! Kadang ada orang banyak duit,then melabur untuk konon2 dapat more income tapi malas. Promote pun tak ikut schedule,apa2 info yang leader bagi pun tak take note...haaa,pastu nak berjaya. Ingat senang nak berjaya??Kalau tak kena maki,marah,sergah,sentap ke lubuk hati,tak kan berjaya punya.

Una nak share jugak kisah seorang agen una which is una rasa dia hebat. Seriously una rasa bersyukur Allah takdirkan dia dalam team una. Actually permulaannya,dia hanyalah seorang customer una yang nak beli cereal baby yang dah complete semua bahan iaitu COMCOM. Then,dia cakap dia berminat nak jadi agen tapi time tu dia takde masa nak diskus ngan una sebab nak pergi travel. Una pun just iya kan ajelah,kadang customer ni hanya janji.

After 2 weeks,dia wasup una balik then deal untuk jadi agen. So,una pun guide dia. Dalam masa sebulan,dia boleh restock 2 kali tau which is una rasa apa yang dia buat ek?Dan sekarang,dia dah diserap masuk ke group khas untuk jadi stokis. Padahal permulaannya,dia mengaku dia takde modal sangat. Dan sekarang,dia dah upgrade jadi stokis which sebulan dia boleh restock almost 3 times!!Una rasa memang giler dan paling hebat,now dia dah jadi stokis untuk semua produk GSTAR sedangkan permulaannya dia cuma nak jadi agen untuk produk COMCOM. Una kagum giler ngan dia.

Orang macam ni lah yang una nak. Orang yang betul2 nak berjaya. Nak tahu apa yang best lagi tentang semangat agen una yang sorang ni? Dia akan attend training yang HQ berikan after raya nanti (GSTAR memang kaya ngan training,sebab tu semua stokis dan agen boleh meroket kencang sebab selalu disumbat2 ngan ilmu marketing dan perniagaan). Dia attentd training ok lagi kan? But you know that,dia akan attend training tu dengan baby sekali. Seriously,susah giler nak dapat insan yang bersemangat macam ni. Dia betul2 nak dan una selalu doakan dia akan berjaya dalam GSTAR (serious una rasa sebak sekarang sebab kagum ngan dia).

Sebab tu una selalu pesan kat team sendiri. Nak berjaya,just not about you ada duit then you boleh beli product dengan banyak tapi you tak dapat jual..nak berjaya,perlukan semangat dan kuat. Permulaan memang sakit sebab memang takde siapa yang akan datang unless you memang famous insta or celeb letop,yess...memang orang akan cari. Tapi kalau orang biasa,you need 6 months minimum to be success.

Dan dalam 6 bulan pertama tu,memang ramai yang selalu kecundang. Kena marah tu biasa dalam bisnes. One thing yang una nak share,founder GSTAR ni iaitu Kak Nelly actually my aunt. Sebab tu una berada dalam GSTAR ni because I believe I will be success. Una ni boleh kata every month tau kena marah,sentap hingga ke pelusuk hati kalau sales teruk. Dan bayangkan (una bukan nak riak),permulaan una start bisnes GSTAR ni around mid of March 2017,una punya sales dalam 5k aje. Lepas kena marah,sentap,terasa hati,menangis,rasa down,rasa nak undur diri..now una dah buat sales almost 25k. Ni pun still kena marah tau sebab tak cecah 50k lagi. Actually perasaan yang sentap,menangis,down segala bagai tu yang naikkan una. Bak kata Dr. Azizan,kena ada jerung yang kejar kita dari belakang. Then,kita akan move more faster than usual.


INCOME LETOPS

Nak income letops? Yess...semua orang pun nak kan?Tapi kalau setakat duk goyang kaki,malas buat itu ini...nope,you tak akan dapat income letops. Allah nak bagi rezeki ni bagi una senang aje..ko buat secara konsisten,ko dapat. Ko tak buat,duduk ajelah kat situ ngan stok tak gerak2. Una sendiri pun,after join ni tidur memang selalu lambat,almost 1 pagi baru tido and wake up at 5.45 pagi,sometimes terbabas jugaklah 6.30 pagi..hahahaha

Kenapa jadi macam tu?Sebab nak berjaya,kena berkorban. Yes,once you berkorban,you akan dapat apa yang you nak. Tapi pastikan arrange masa dengan betul. Kalau ada ngan family,spendlah masa bebaik ngan family..once for bisness,then you concentrate it.

Alhamdulillah,kalau nak cakap bab income memang una bersyukur sangat. Dengan join GSTAR,banyak yang una dapat. Kalau dulu,selalu berangan aje nak dapatkan handbag berjenama mahal(una memang gilerkan handbag dan kasut)..paling2 high class pun una dapat beli Carlo Rino or Bonia aje. Tapi sekarang,dah boleh beli Coach,Kate Spade,Michael Kors sesuka hati dan bebila masa aje..walaupun una tahu mesti korang cakap,alah ingatkan nak beli LV,Prada bagai. Orang kata,kita ni grow kena ukur baju di badan sendiri...so dah dapat handbag macam una sebut tu,dah kira bersyukur sesangat amat. 

Selain dari diri sendiri,una dapat jugak spend pada family. Kalau dulu,duit bagi kat parents makin susut aje sebab nak jaga kewangan,but now alhamdulillah...income diorang maintain dengan nilai yang sama. Una dapat travel sana sini jugak sebab una ngan husband memang suka jenjalan. Paling best bagi una sebab una ada helper dan staff yang rajin. Alhamdulillah,disebabkan kesibukan..una dah boleh hire pembantu kat rumah. So,rumah akan sentiasa dalam keadaan perfect dan bersih. Kain pun dah lama tak sentuh sebab semua sedia berlipat,berjemur dan bergosok.

Tapi jangan lupa,rezeki ni Allah yang bagi dan bukan untuk kita,hanya salurkan melalui kita. So,we should spend to other yang memang memerlukan. Sedekah tak menjadikan kita miskin but menjadikan kita kaya. Yang ini una sangat sedar sebab banyak dimotivate masa attend kursus IMKK Dr. Azizan dan baca buku2 dia. Sedekah make you more rich..tak percaya?Jangan percaya,just do it.

APA JADI PADA BYHANNAH COUTURE (BHC)

Yang ni adalah soalan paling glemer untuk una di abad ini,hahahahaha...ok,macam ni yer. BHC ni adalah company pertama una yang memang jual segala jenis tudung dan pakaian. Alhamdulillah,income BHC pun dah stabil sekarang sebab dah ada online staff dan admin system. So,sekarang BHC diuruskan sepenuhnya oleh husband una. Dan sekarang ni,BHC sedang membuka booth di Bazar Ramadhan Dungun. Ada banyak sangat benda best kat booth yang korang sendiri boleh jenguk2 kalau singgah yer.

BHC masih kukuh berdiri walaupun una bukan lagi ketuanya. Penat kut kalau nak cover 2 bisnes,so una dah serahkan semuanya pada husband una.



CARA NAK CONTACT UNA FOR GSTAR PRODUCTS

Ok,kalau katakan ada antara korang yang berminat nak tahu pasal produk GSTAR ni ataupun nak join team una nak buat income. Bolehlah direct una di link ini yer

www.wasap.my/60132007666

atau

www.wasap.my/60199835136

Insyallah una akan bantu korang untuk get more better life dan health jugak. Sebab produk Gstar ni not just untuk dijual tetapi diamalkan jugak.

Una rasa sampai sini saja dulu una share new empire una ni.Doakan una akan terus success di dunia dan akhirat yer. Una jugak sentiasa mendoakan semua insan yang baca blog una akan diberikan kemurahan rezeki oleh Allah dan dipermudahkan segala urusan. Moga kita semua kekal dibawah rahmat Nya insyallah.

Jumpa lagi semua,wassalam.


 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in