Coretan Ringkas Si Hati

Sunday, April 06, 2014

Assalamualaikum
Lamanya aku tinggalkan dunia blogging.Tapi hari ni teringat blog,tempat curahan segalanya disini. Alhamdulillah,dah hampir 8 bulan aku menjadi tunangan orang,alhamdulillah aku bahagia. Tapi orang selalu kata ketika waktu bertunang,banyak dugaan dan cabaran yang bakal dihadapi untuk menguji tahap keimanan dan kesabaran seseorang itu. Ya,aku akui itu sememangnya itu berlaku dalam hidup aku. Tapi Allah anugerahkan aku dengan ujian yang berbeza. Ujian dalam kehidupan dan kerjaya aku. Terlalu banyak perkara yang menimpa aku satu persatu sehingga aku tak mampu nak menepis dan menyelesaikannya mengikut akal yang waras. Tapi aku gembira dan bersyukur mempunyai ibu bapa yang TERLALU MEMAHAMI aku sebagai seorang anak,mendengar segala masalah aku dengan ekspresi wajah aku yang pelbagai..dan aku juga bersyukur mempunyai tunang yang mampu menenangkan seketika hati aku,dialah insan yang akan dengar aku marah,maki,menangis,bebel kat seseorang ketika jiwa aku kacau.Nasib baik dia sabar...

Apapun bagi aku,segalanya dah ditentukan oleh Allah. Dalam keperitan yang aku rasakan,Allah tetap menurunkan nikmat-NYA pada aku. Alhamdulillah,setakat ni persiapan perkahwinan aku berjalan lancar.Apa yang menggembirakan kad kahwin aku dah siap!!Sungguh,rasa tak percaya bila melihat nama sendiri atas kad tu..dahlah kad tu memenuhi impian aku yang mahukan kad jenis hot stamping,alhamdulillah.Insyallah tak lama lagi,aku bakal menjadi isteri orang...semoga barakah dan nikmat perkahwinan pula akan menjengah dalam hidup aku.

Sekian dulu coretan kali ni,opss...sekolah aku menerima 2 orang cikgu baru tau.Setakat ni,alhamdulillah ok.Aku berharap mereka tidak akan mengikut jejak langkah manusia yang busuk hati seperti sebelumnya...aminnnn.

Jumpa lagi,wassalam.

~takde nota kaki kali ni~

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in