Pengalaman Melahirkan My Sweetheart

Wednesday, September 23, 2015

Assalamualaikum

         Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Illahi kerana aku masih diberikan peluang untuk mencoret di sini. Entry kali ni amat istimewa untuk aku sebabnya aku mahu mengabadikan pengalaman yang tak mungkin dapat aku lupakan. Alhamdulillah sangat-sangat kerana aku telah selamat melahirkan seorang mujahidah ke dunia pada 18 Ogos 2015 bersamaan 3 Zulkaedah 1436H yang lepas. Hurmm...lain betul rasanya bila dah jadi mommy ni. Banyak masa aku telah dihabiskan untuk anak aje. So,lets story about pengalaman,mana tahu boleh dijadikan panduan ke pada bakal mommies out there.

      Actually,my baby ni dilahirkan lewat seminggu. Due date aku sepatutnya 11/8/15 dan aku sangatlah nervous bila aku masih tak bersalin pada tarikh tersebut. So,masa hari last check up aku ngan klinik kesihatan,doktor pun bagilah surat refer ke hospital besar sekiranya  tempoh tambahan seminggu yang diberikan aku tetap tak bersalin jugak. Kiranya aku kena serah diri pada 18/8/15 di Hospital Sultanah Nur Zahirah,Kuala Terengganu (HSNZ). Sepanjang seminggu sebelum tarikh yang diberikan tu,aku teramatlah takut sebabnya kalau boleh aku tak nak diinduce. Sebab aku tak nak di induce ialah kerana mak saudara dan sepupu aku mempunyai pengalaman di induce dan hazabnya hanya Allah yang tahu,kata dioranglah.


     Sebelum datangnya 18/8/15 tu,aku banyak sangat buat solat hajat,solat taubat,solat dhuha,baca Yassin dan semestinya doa aku tak pernah putus pada Yang Esa supaya aku tak di induce. Menangis jangan cakaplah,selalu sangat kain telekung aku basah lencun dek air mata dan hingus. Setiap pagi,pukul 5 pagi biasanya aku dah terjaga sendiri sebabnya baby dalam perut akan kick kuat time tu. So.aku tak perlukan alarm clock langsung.

Hari : Selasa
Tarikh : 18/8/2015 ( Pukul 5 pagi)
Lokasi : Rumah aku

           Akhirnya,18/8/15 bersamaan hari Selasa tetap tiba jua. Pagi tu aku bangun dengan redha tapi macam biasa aku masih lagi buat solat hajat dan baca Yassin,masa tu aku cuma berdoa supaya aku akan dipermudahkan bersalin walaupun bakal diinduce. Ok,ni cerita hati yang aku nak share,masa ni kan aku rasa macam kenapalah Allah tak nak makbulkan doa aku,Allah tak sayang aku lah..segala benda keluar sebab kepala aku serabut + hati tertekan. Pagi tu,aku bersiap macam biasa,siap mekap lagi tu konon nak bagi semangat kat diri sendiri.Then dalam pukul 8 pagi,aku ditemani suami dan mak aku bertolaklah ke Kuala Terengganu. Masa tu aku relax ajelah sebab dah redha katakan,sempat lagi aku berhenti makan jap kat Kelulut pekena nasi dagang.

Hari : Selasa
Tarikh : 18/8/2015 ( Pukul 10 pagi)
Lokasi : Hospital Sultanah Nur Zahirah ( Bilik Pemeriksaan )

             Dalam pukul 10 pagi,sampailah aku kat hospital. Wahh..bangunan baru kut khas untuk ibu dan anak. Then,aku pun daftar lah diri. Sebelum admit ward,semua preggy mommy kena buat pemeriksaan rutin dulu like check tekanan darah,heartbeat baby,urin test dsb..aku pun follow ajelah. Time tu perut aku rasa jugak mengeras sikit-sikit tapi aku tak kisah sangat sebab sejak week 36 memang dah biasa macam tu. Masa nak check tekanan darah tu,bahagian pendaftaran agak kelam kabut jap sebabnya ada preggy mommy bersalin dalam ambulans depan pintu hospital. Aku pun tunggu ajelah. Then,masa tu aku request kat nurse nak perkhidmatan doktor perempuan sahaja. Uppss,untuk pengetahuan korang yang maybe nak bersalin kat HSNZ,as a mommy,kita boleh request tau nak doktor perempuan. Kalau kita sendiri tak request,diorang akan bagi ajelah doktor lelaki atau perempuan pun. Lepas dah settle semua,aku dikehendaki baring untuk check heartbeat baby, Time tu,doktor nak cek jugak bukaan jalan rahim aku. And korang tau apa terjadi? Doktor bagitau aku yang bukaan jalan aku dah 4cm already dan seriously time tu aku takde rasa sakit langsung. Subhanallah,masa tu lah aku rasa doa aku siang malam Allah dah makbulkan...then,disebabkan yang check bukaan jalan aku mula-mula tu doktor baru kut,maka datang seorang lagi doktor senior perempuan check bukaan jalan aku dan ternyata ia memang 4 cm. Aku?? Terkujat...

             Then,doktor cakap aku akan terus ditolak ke labour room sebab dah tak boleh tunggu lagi memandangkan aku dah lewat seminggu dari due. Masa tu aku agak terkejut sampai terfikir "hari ni ke aku kena bersalin". Masa tu aku sempat mesej suami aku kat luar yang sedang menunggu ngan mak aku.Perghh,masa aku jumpa dia untuk bagi handbag aku bukan main melebar senyum. Pastu terus aje nurse tolak aku ke labour room melalui lif pesakit and suami ngan mak aku plak naik lif biasa ke tingkat 6.

Hari : Selasa
Tarikh : 18/8/ 2015 ( Around pukul 12 tengahari )
Lokasi : Hospital Sultanah Nur Zahirah ( Labour Room )

                 Sampai aje labour room,nurse suruh aku salin baju. First time masuk bilik bersalin,fuhhh kagum jap aku. Yelah,peralatan semua canggih,bilik besar pastu ada 4 orang nurse dah yang bersedia menanti bersama-sama. Masa tu datanglah doktor untuk pecahkan air ketuban aku. Terasa banyak air keluar dan sakit aku pun bermula. Masa tu suami aku dah berada bersama-sama ngan aku. Sakit masa tu ok lagi dan aku masih mampu tahan dengan senyuman kelat-kelat manja. Then,doktor masukkan ubat untuk kuatkan contraction.

                    Then,bermulalah contraction yang power. Doktor cek bukaan masa tu dah 5cm. Aku dah tak senang duduk,ehh bukan bukan...tak senang baring, Suami aku dah start gosok tangan dan pinggang aku. Segala doa aku baca terutamanya doa Nabi Yunus. Dalam hati masa tu cakap,tolonglah cepatkan bukaan ni Ya Allah. Seriously contraction yang di alami sangat power dan aku rasa semua orang tipu kalau cakap sakit contraction macam period pain yang teruk. Masa tu aku hanya mampu istifar banyak-banyak aje. Disebabkan contraction aku teramat kuat,suami aku sempat tanya pada nurse yang ada,agak-agak pukul berapa aku akan bersalin. Then,nurse tu jawab "biasanya anak sulung ambik masa lama,1cm 1 jam biasanya". Perghhh...rasa nak sepak dengar jawapan macam tu. Masa tu,aku rasa macam nak lari dari labour room tu,bajet aku boleh melarikan diri dari kesakitan tu kan...hehehe

                 Disebabkan contraction aku kuat,maka setiap kali ia datang,aku akan pegang tangan suami aku kuat-kuat dan letak kepala atas lengan dia aje. Sebab aku rasa,lengan suami aku masa tu macam dapat kurangkan sikit sakit,bantal yang ada aku tolak aje. Masa tu contraction aku 1 minit 3 kali. Nurse cakap dia nak 1 minit 4 kali. Sumpah aku tak mampu dah rasa time tu tapi apa yang aku kagum ngan diri sendiri,aku tak menangis walau setitik air mata sebab aku fikir aku mesti kuat.

Hari : Selasa
Tarikh : 18/8/2015 ( Pukul 2.45 petang)
Lokasi : Hospital Sultanah Nur Zahirah ( Labour Room )

              Saat ni adalah saat paling getir aku rasa. Pinggang rasa nak tercabut,seluruh badan menggigil tahan sakit,mulut hanya mampu sebut "Allah" dan "Allahuakbar" aje. Nurse kat dalam labour room tak henti-henti gosok pinggang aku sebabnya aku sedang mengiring. Suami aku plak dengan penuh usaha bagi kata-kata semangat dan bacakan doa kat telinga aku. Nurse pun check bukaan jalan sekali lagi,,apa yang aku terkejut,jalan dah buka 9cm dah. Masa tu aku peluk pemegang katil kuat giler. Nurse yang bertugas masa tu cakap kat aku " Husna,kalau awak rasa nak berak..awak teran aje". Aku yang tengah sakit macam terfikir jap,ada ke aku rasa macam nak berak ek. Rasa nak berak tu macam mana..hahahahahaha,sempat lagi fikir macam tu kan?

Hari : Selasa
Tarikh : 18/8/2015 (Pukul 3.05 petang)
Lokasi : Hospital Sultanah Nur Zahirah (Labour Room)

                  Tepat pada waktu ni,baru aku rasa macam nak berak. Bila sekali lagi nurse check jalan,alhamdulillah dah 10cm. Masa tu,nurse suruh aku kangkang dengan cara yang betul. Baru aku sedar,ramainya nurse ngan doktor dalam ni dan kesemuanya perempuan. Masa ni rasa teramat-amat nak berak dan sedaya upaya aku meneran. Suami aku plak dah macam ketua cheer leader aje duk bagi semangat dan akhirnya tepat jam 3.18 petang,lahirlah anak sulung kami.


Sememangnya menjdi seorang ibu merupakan satu pengalaman baru untuk aku. Minggu pertama bergelar ibu bapa amatlah kelam kabut bagi aku dan suami sebabnya kitorang sedang menyesuaikan diri dengan tune baru hidup kitorang. Alhamdulillah,aku dikurniakan seorang bayi perempuan yang cukup sifatnya dan begitu sempurna di mata kami ibu bapanya. Berat anak aku ialah 2.99kg dengan ketinggian 52cm..such an adorable baby for us,alhamdulillah.

Rasanya itu sajalah yang aku nak share di blog aku ni. Moga-moga sikit sebanyak dapat memberi input kepada mereka yang bakal bergelar ibu. Pssst,entry ni ditaip dengan mengambil masa yang lama tau,sebabnya aku baru taip seperenggan..dah dengar bunyi tangisan memanggil nak susu,nak salin pampers..hehehehe,nasib baik aku berjaya publish kali ni.

Sebelum aku nak end up entry ni,aku nak ucapkan TERIMA KASIH BANYAK giler kat semua doktor,nurse dan staff di labour room,Unit Rawatan Ibu dan Bayi Hospital Sultanah Nur Zahirah. Seriuosly layanan masa bersalin macam bersalin kat swasta dengan kemudahan yang lengkap dan selesa. Diorang semua banyak tolong permudahkan aku ketika bersalin,tolong urut pinggang aku,tolong cuci darah,tolong urut kaki aku cramp (ohhh lebih daripada 10 kali kut aku cramp kaki), tolong bagi semangat,tolong bacakan ayat nabi Yunus kat telinga aku.Rasanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa mereka semua. Paling best,semua staff,nurse dan doktor yang handle aku dari start daftar masuk sampai discharge ward adalah perempuan..alhamdulillah,doa aku dimakbulkan Allah untuk menjaga aurat.

Upss,sebelum terlupa...tepat pada hari ketujuh kelahirannya iaitu pada 25 Ogos 2015 bersamaan 10 Zulkaedah 1436H,kami telah sepakat memberikannya nama yang terbaik. Actually nama ni dipilih sejak aku preggy lagi dan kami masing-masing memilih satu nama sendiri mengikut pangkal huruf masing-masing. Anak kami diberikan nama

HANNAH NUR SUMAYYAH BINTI MOHD SHARIMI

maksudnya ialah

"kasih sayang cahaya kekuatan"

Moga-moga mujahidah kecil kami ini akan menjadi anak yang solehah,taat pada ibu bapa serta menjadi hamba yang tawaduk pada Penciptanya..amin.



Wassalam.
                 
                    


 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in