Gusar Seorang Guru

Monday, August 29, 2016

Kecil ibarat sucinya bersih,
Tiada cela malah hela,
Ditatang,dimanja dan dipopok penuh cinta,
Inilah anak penerus cita-cita..

Namun,
Besar noda hitam mula menapak,
Mencari khilaf di lorong kiri,
Hina.keji,maki mengapa sengaja di cari?
Siapakah yang mula berdosa....
Jawapannya,hanya di sanubari.


Assalamualaikum dan hai...
Aku mulakan entry dengan sajak yang jari tulis sendiri. Dah lama rasanya tak menulis sajak sejak kali terakhir di sekolah menengah. Hurmmm,bolehlah lagi walaupun dah entah apa-apa.

Hari ni,aku rasa terpanggil nak coretkan something. Tak tahu kenapa,otak aku rasa letih sangat bila memikirkan masalah yang melanda disiplin murid sekarang. Kemuncaknya tadi,apabila viral di social media tentang kematian seorang pelajat Tingakatan 3 akibat terjatuh dari bangunan tingkat 3 sekolah. Kes?Nak selamatkan beg kawan yang dilempar oleh member lain. Hurmmm...takziah dan al-fatihah aku ucapkan.

Sekolah aku pun dah macam-macam kes disiplin yang berlaku sekarang. Kadang tak faham kenapa kes buli membuli ni masih berlaku sedangkan bukannya cikgu tak ambik port,dah garang macam rimau pun murid still boleh jeling cikgu relax aje lagi.

Nak salahkan siapa bila berlakunya macam-macam perkara ni?Cikgu jugak?Sekolah?Diri sendiri?Tanyalah dada kita sendiri. Bagi aku,pendidikan ni mula dari rumah. Mak ayah yang corakkan anak memasing.Kalau ko nak corak abstrak,maka jadilah abstrak...kalau nak corak berbunga,dah tentu warna warninya. Namun,kalau mak ayah tu main simbah aje cat apa-apa pun,maka berteraburlah coraknya.

Aku nak share hasil laporan husband aku pergi kursus BTN baru-baru ni yang bagi aku sangat penting. Sekarang ni ramai ibu bapa yang kejar kejayaan dalam akademik semata-mata,lahir bukamata aje terus disua ngan ABC 123..sedangkan perkara utama yang perlu dididik ialah AKHLAK. Aku tak nafikan aku sendiri sebagai mak dah beli macam-macam berkaitan education kat Hannah. Aku dah mula belikan dia buku since umur 3 bulan lagi. Aku dah start ajar ABC masa dia 9 bulan lagi. See,aku sendiri pun tersalah konsep.

Kenapa budak dulu walaupun nakal tapi masa reti hormat cikgu?Sebab zaman dulu ajar akhlak dulu,ko jalan lintas orang tua kena bongkok badan..sekarang,budak muda jalan siap sembur asap rokok lagi depan muka,apa cerita? Parents pula masing-masing sibuk ngan hal duniawi sampaikan anak pun terabai. Apa anak nak semua kasik,pastu anak buat hal kat sekolah,saman cikgu...sudahnya?Memang hancurlah generasi.

Sebagai parents patutnya kita didik anak tentang akhlak dulu.Ajar kalau jumpa orang tua,kena salam,cium tangan...kalau orang bagi apa-apa,cakap terima kasih. Ni langsung tak heran. Aku cakap berdasarkan pengalaman aku sendiri.Jarang aku dengar murid-murid aku akan cakap terima kasih bila aku dah siap menanda buku diorang,biasanya diorang akan datang ambik and blah gitu aje. Maybe aku garang,so diorang tak nak pandang aku lama-lama tapi terima kasih tak susah nak sebut kut. Nanti mesti korang kata,alah dah ko tak ajar diorang cakap terima kasih. Actually,dah banyak kali aku ajar,aku cakap,aku ulang tapi same story jugak yang berlaku. So,penatlah kalau nak ulang setiap hari.

One more thing,mak ayah pun kena kontrol jugak penggunaan teknologi anak-anak ni. Kadang,darjah 1 dah dapat Iphone sebijik kut. Aku ni umur 27 tahun baru dapat merasa pakai Iphone,tu pun simpan duit gaji setiap bulan sebab tak tahan handphone selalu hang. So,budak-budak sekarang diorang macam takde effort nak dapatkan sesuatu. Cakap aje,nanti babah kasik...merajuk sikit,nanti mama belikan. Mogok lapar,nanti daddy cari...hentak-hentak kaki sambil mengamuk2,nanti ibu usahakan. So,camne?

Zaman aku dulu,aku nak beli basikal sangat-sangat sebab jeles tengok member duk kayuh ke sana kemari.Ayah aku langsung tak layan tapi ayah aku bagi lepas aku dapat result yang baik dalam UPSR,dapatlah sebuah basikal.Masa tu happy sangat.

Apapun,sebagai seorang guru biasa..aku just nak share,peningnya kepala cikgu melayan pelbagai kerenah anak murid yang bukannya sorang tapi kadang sampai 35 orang. Harap sangat parents mainkan lah peranan sebaiknya. Bukan aku nak cakap,parents sekarang tak pandai jaga anak tapi luangkanlah masa dengan anak. Sebab anak perlukan perhatian ibu bapanya.

Aku pernah terbaca satu artikel daripada seorang pakar motivasi,katanya setengah jam yang pertama selepas ibu bapa ambik anak-anak dari rumah pengasuh ke,tadika ke,sekolah ke adalah masa yang amat penting. Masa tu semua benda are not allowed terutamanya handphone. Masa tu lah anak-anak nak share kisah diorang,cerita apa yang berlaku kat sekolah,nak bermanja,nak perhatian and segalanya lah. So,kita layankan ajelah.

Kadang,ada jugak aku terlepas pandang perkara ni. After ambik Hannah aje,aku letak dia kat playhouse dia pastu aku mula ambik phone sebab tak sempat tengok phone kat sekolah. Then,baru aku sedar Hannah need me more than handphone. So,aku harap kalau ada parents yang baca,please alert about this.


Last but not least,aku just nak pesan..anak adalah amanah Allah. Amanah yang Allah anugerahkan yang takde nilainya di dunia ni,kalau dah hilang,roundlah 7 kali dunia pun tetap tak akan jumpa bak kata mak aku. So,hargai dan coraklah dengan sebaiknya supaya kita tak terlewat ke Syurga hanya kerana mengabaikan tanggungjawab kepada amanah ini..


Sekian daripada aku yang murung dengan keadaan generasi sekarang,wassalam.

Weekend Without Hubby

Saturday, August 27, 2016

Assalamualaikum and hi..

Hari ni weekend kan?Tapi aku tak rasa macam weekend pun sebabnya jadual aku pack ngan kelas Tahun 6. Kesian my Hannah,weekend pun kena hantar rumah pengasuh.

Where is my hubby?Cerita kisah my hubby sangatlah kesian dia this weekend. Dia kena pergi kursus Biro Tatanegara (BTN) selama 3 hari 2 malam di Kuala Lipis.So,Hannah and me aje yang tinggal kat rumah. Nasib baik,my baik hati brother sudi temankan kitorang. Yelah,sejak Hannah dah pandai jalan ni...sangat susah nak gerak. Dia boleh mengekor sehingga ke toilet kut,pastu nanti entah apa-apa yang dia sumbat dalam mulut dia.

So,memandangkan hari ni Sabtu..after class tadi,aku rasa penat sangat kut sebabnya kerja non stop this week. Pulak tu,kena jaga Hannah sorang2,memanglah sangat mencabar.


Masa ni baru rasa nak menghargai suami ek?Hahahaha...kalau ada depan mata,asyik bercakar aje kerjanya, Dah jauh,mula lah puji itu ini ek?Gitulah manusia...tak pandai nak bersyukur kan?

Kiranya aku boleh tabik spring lah kat insan-insan yang membesarkan anak seorang diri tanpa pasangan di sisi. Sebabnya membesarkan anak +mendidik ni bukanlah kerja yang mudah. Kesabaran,kekuatan sangat diperlukan kut. Kalau takde yang tu,memang habislah corak anak nanti.

Hurmmm,rasanya itu aje nak share, Sebab mata dah mula ngantuk ni,Hannah dah lama beradu. Ekceli nak cakap jugak,miss my hubby so muchhh,,,hik3

Gudnite all,wassalam

Finally,Una Husna is backkkk!!

Wednesday, August 24, 2016

Assalamualaikum
Allahuakbar,lamanya aku tak menaip kat sini. Rasa macam kekok dah bila menaip di blog ni. Hampir setahun jugak aku tinggalkan blog ni. MasyaAllah,rindu sesangat kut rasanya. Alhamdulillah malam ni baru aku ada masa yang baik ngan minda yang tenang serta mood blogging yang membara.

Pertamanya,apa yang aku buat pada blog ini ialah remove dulu blogshop yang bukan aku lagi empunyanya. Alhamdulillah aku dah boleh terima kenyataan,dan kini aku dah paste kan wajah sebenar blogshop yang aku dan suami usahakan sejak 2 tahun lepas.Alhamdulillah,followers pun dah ramai walaupun post nya kureng...hahahaha,kekangan masa katakan.

Lamanya aku menghilang dari blog ni kerana seperti aku dah maklumkan pada entry tahun lepas iaitu tanggungjawab yang semakin berat untuk 2016. Yup,memang berat pun. Tahun ni tugas utama aku sebagai Penyelaras Tahun 6 merangkap guru kelas Tahun 6 dan sebagai guru subjek Bahasa Inggeris sangat menguji aku sebagai seorang pendidik. Fuhhhh...memang hebat rasanya tahap kesibukan sampaikan blog sendiri pun berhabuk bagai,hahahahaha

Selain daripada karier aku sebagai pendidik,tugas sebagai isteri dan ibu pun amatlah menduga jiwa. Berat tanggungjawabnya menguruskan keluarga ditambah ngan si budak Hannah yang dah mula pandai berjalan genap usianya setahun pada 18 Ogos hari tu. Memang rasa tak terkejar tapi penuh keceriaan..hehehehe

Actually ada banyak sangat benda aku nak share kat sini tapi insyallah sekiranya aku ada kelapangan nanti,aku updatelah something kat sini yer. Ni pun kebetulan aku memang free walaupun UPSR 2016 just around the corner dah mat salleh kata.Memang nervous tahap gaban dah ni memandangkan tahun ni tahun pertama aku mengajar Tahun 6 subjek Bahasa Inggeris. Kalau tahun 2013 dulu,aku mengajar Tahun 6 jugak tapi subjek Matematik yang memang opsyen aku. Kali ni,bukan opsyen kut...so,aku tabah and redha aje and jadikan benda ni sebagai pengalaman baru untuk aku.

Before aku pen down this entry,doakan lah supaya anak2 murid aku berjaya dalam UPSR yer..arghh,tak sabarnya nak share banyak cerita kat sini..hehehehe

Jumpa lagi,wassalam

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in