Finally,Una Husna is backkkk!!

Wednesday, August 24, 2016

Assalamualaikum
Allahuakbar,lamanya aku tak menaip kat sini. Rasa macam kekok dah bila menaip di blog ni. Hampir setahun jugak aku tinggalkan blog ni. MasyaAllah,rindu sesangat kut rasanya. Alhamdulillah malam ni baru aku ada masa yang baik ngan minda yang tenang serta mood blogging yang membara.

Pertamanya,apa yang aku buat pada blog ini ialah remove dulu blogshop yang bukan aku lagi empunyanya. Alhamdulillah aku dah boleh terima kenyataan,dan kini aku dah paste kan wajah sebenar blogshop yang aku dan suami usahakan sejak 2 tahun lepas.Alhamdulillah,followers pun dah ramai walaupun post nya kureng...hahahaha,kekangan masa katakan.

Lamanya aku menghilang dari blog ni kerana seperti aku dah maklumkan pada entry tahun lepas iaitu tanggungjawab yang semakin berat untuk 2016. Yup,memang berat pun. Tahun ni tugas utama aku sebagai Penyelaras Tahun 6 merangkap guru kelas Tahun 6 dan sebagai guru subjek Bahasa Inggeris sangat menguji aku sebagai seorang pendidik. Fuhhhh...memang hebat rasanya tahap kesibukan sampaikan blog sendiri pun berhabuk bagai,hahahahaha

Selain daripada karier aku sebagai pendidik,tugas sebagai isteri dan ibu pun amatlah menduga jiwa. Berat tanggungjawabnya menguruskan keluarga ditambah ngan si budak Hannah yang dah mula pandai berjalan genap usianya setahun pada 18 Ogos hari tu. Memang rasa tak terkejar tapi penuh keceriaan..hehehehe

Actually ada banyak sangat benda aku nak share kat sini tapi insyallah sekiranya aku ada kelapangan nanti,aku updatelah something kat sini yer. Ni pun kebetulan aku memang free walaupun UPSR 2016 just around the corner dah mat salleh kata.Memang nervous tahap gaban dah ni memandangkan tahun ni tahun pertama aku mengajar Tahun 6 subjek Bahasa Inggeris. Kalau tahun 2013 dulu,aku mengajar Tahun 6 jugak tapi subjek Matematik yang memang opsyen aku. Kali ni,bukan opsyen kut...so,aku tabah and redha aje and jadikan benda ni sebagai pengalaman baru untuk aku.

Before aku pen down this entry,doakan lah supaya anak2 murid aku berjaya dalam UPSR yer..arghh,tak sabarnya nak share banyak cerita kat sini..hehehehe

Jumpa lagi,wassalam

0 comments:

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in