Aktiviti Hujung Minggu Aku

Sunday, October 20, 2013

Assalamualaikum
Kembali semula ke blog bila mempunyai kelapangan,hari ni mood aku rajin sangat2 tau...maybe sebab takde keje sangat dan aku mendapat rehat yang terlalu cukup,tu yang rajin + tersengih mengupdate blog ni,hahahahaha...

Dua hari pada hujung minggu ni rasa syokkkkkkkk sangat2 sebabnya aku berjaya merehatkan diri dengan betul...kelmarin,hari Sabtu kan?so full day kelmarin aku duduk mengadap lappy aje,menyelongkar blog-blog orang dan jugak website berkaitan wedding...uhhh hooo,I'm gonna be B2B??cewahhh,dah pandai plak guna akronim tu sekarang...wallah,hehehe (smiling luas2,^_________________^)
Disebabkan tak nak stress sangat,so I'm just searching for design baju nikah aje,yelah...kalau ikut plan nya,baju nikah aku akan ditempah,maklumlah nikah ni sekali aje seumur hidup insyallah,so nak lah jugak something yang boleh dijadikan sebagai kenangan kan?So,selongkar punya selongkar si google,adalah jugak aku berkenan beberapa design yang quite nice and gojes..actually,aku sangat suka persalinan Farah AF,seriously I'm truly love it!!Tapi love ajelah,buatnya tak tahu lah jadi ke tak kan?ngeh3...bagi aku,baju nikah ni aku nak yang simple but very the gojes..memang kelmarin,itu ajelah yang aku duk selongkar kat internet..bukan setakat blog dan website orang,siap beberapa laman FB photographer pun aku usha sekali,yelah kebiasaannya diorang akan ambik pic baju nikah pengantin kan?alaaaaa....yang selalu kita tengok duk tergantung kat pintu bilik lah,tingkap lah,luar rumah lah and sometimes kat pokok pun ada...jadi dari situ,boleh jugak mencari2 idea yang sesuai dari design-design baju orang kan?

Tapi kan,ada satu pic ni...I think very famous kut sebab if kita taip pasal baju nikah aje,sure pic ni keluar and aku rasa memang pic ni sweet,nice and gojes giler...dis is a pic :

thanks to Google untuk pic ni

Aku rasa memang ramai yang dah tengok pic ni kan?Cantik pengantinnya tambah2 dia punya attire memang awesome...ok,jadi itu adalah aktiviti aku pada hari Sabtu,and aku memang tak bosan bila berkawan dengan Internet...I can go everywhere I want,cewahhhh...

So,hari ni plak Ahad kan?As usual,aktiviti biasa aku macam mengemas umah,cuci pakaian,masak semua tu senang citer kerja2 surirumah semua aku dah setelkan dulu,after done semuanya...baru aku start surfing,kalau aku surfing dulu without buat semua kerja2 surirumah tu makanya jadi tak bersuri lah rumah aku ni...ngeh3,untuk hari ni plak aku hanya menyelongkar blog orang hanya berkaitan trip percutian aje,maklumlah insyallah hujung tahun ni I got 2 trip vacation,seriously rasa tak sabar2 sangat...tu yang sibuk duk mencari info apa yang perlu buat,bawak sepanjang vacation tu nanti..
Sejak bekerjaya ni,aku mula menjadikan melancong atau bercuti sebagai perkara baru dalam hidup aku,tapi tak sampai tahap hobi lagi sebab boleh kopak jugak poket aku kalau dah selalu sangat melancong ni...yelah,sekarang ni kalau aku bercuti aje,cara pergi yang aku pilih ialah dengan menaiki flight...so,lebih sikitlah belanjanya walaupun hari2 aku duk usha tiket murah ke sana sini...bukannya apa,kalau naik flight ni masa yang diambil lebih singkat dan tak menyusahkan diri sendiri,tu yang best..
Back to story,so hari ni memang full day menghabiskan dengan membaca entry2 blogger berkaitan tempat yang bakal aku pergi nanti...

Satu benda aku nak share kan,bercuti ni SANGAT PERLU bagi orang yang bekerja,betul aku cakap..dulu aku tak percaya bila doktor cakap
" You should go somewhere to release tension and relax "

tapi sekarang....yup,yup siap angguk kepala ni haa,aku setuju sangat dengan nasihat doktor tu..bekerja ni rupa-rupanya sangat stress,so memang kita perlukan satu tempat untuk menenangkan jiwa dan otak yang asyik bekerja aje,lagipun apa salahnya memanjakan diri sendiri kan dengan pergi berlibur..memang terapi yang baik kalau memilih bercuti ni sebagai satu cara menenangkan jiwa..tapi kalau bercuti tu sampai terkoyak rabak beg duit termasuk banknya,tu dah namanya berapi jiwa...hahaha,dah tak tenang lagi kalau macam tu...
Apapun,I love hujung minggu ni sebab aku dapat rehat...yelah,hari Rabu sampai Sabtu ni,aku kena g kursus lagi,what a bored thing to do...haishhh,namun itulah tanggungjawab..oklah,aku rasa itu saja yang aku nak share ngan korang,jumpa lagi di next entry if aku berpeluang update apa2...wassalam

~sakit bahagian atas pinggang sebab rusuk belakang aku terpeleot,tak dapat jalan n gerak ngan betul,hu3.....kurang sikit best hujung minggu aku~


Kisah Aku dan Kaki

Friday, October 18, 2013

Assalamualaikum...
Hari ni aku rasa tersangat nak kongsi satu kisah yang berlaku pada Hari Raya Qurban baru-baru ni..kisah aku dan kaki.Sebagaimana korang tahu,blog aku ni dah macam diari aku sendiri,aku meluahkan segala-galanya kat sini..kisah sebenarnya macam ni..

Hari raya qurban hari tu,aku memang balik ke kampung tercinta sebab nak meraikan hari raya ngan keluarga tersayang,alhamdulillah tahun ni aku berpeluang dan diberikan rezeki oleh Allah sekali lagi untuk menunaikan ibadah qurban...bersyukur sangat2. So,hari raya pertama ari tu sangat sibuklah semua orang pergi ke tempat sembelih kan? Tapi aku tak dapat pergi sebab sakit perut melampau hari tu,dah tak ada rezeki kan?Disebabkan hari tu sangat sibuk,maka aku sempat jumpa ayah aku pagi aje..lepas tu petang baru aku dapat jumpa ayah aku,yelah ayah aku ke tempat sembelih..memang banyak yang perlu diselesaikan walaupun pagi tu ayah aku mengadu tak berapa sihat.

Petang tu,ayah aku mintak aku urutkan kaki dia sebab katanya terlalu penat..as usual,aku pun pergi ambik minyak panas untuk urut kaki ayah aku..ayah aku berbaring meniarap dan biarkan aje kakinya diurut..masa aku mula gosok kaki ayah aku tu,aku terperasan tapak kaki ayah aku banyak pecah2 dan ada macam lubang-lubang kecik kat kaki..pada mulanya aku rasa macam geli tapi perasaan tu hanya sempat bertapak selama 1 saat aje dalam diri aku,tetiba aku rasa sedih,sebak,sayu..

Nak tahu kenapa aku rasa macam tu? Sebab aku tahu kaki itulah yang sentiasa bergerak untuk mencari rezeki,membesarkan aku sehingga aku berjaya,memberi aku kesenangan sepanjang 25 tahun aku hidup atas dunia ini...kaki itu jugak yang menghantar aku ke sekolah,kaki itu jugak yang membantu tangan ayah aku mendukung aku masuk ke dalam rumah bila aku tertidur dalam kereta masa kecik2 dulu malahan kaki itu jugak yang sentiasa berdiri di sisi aku ketika aku sakit,susah dan gembira...

Korang tahu sepanjang aku urut kaki ayah aku,aku menahan air mata dari terjatuh,aku urut tapak kaki ayah aku dengan perlahan sebab aku tak nak dia sakit..perasaan masa tu Allah saja yang tahu..semakin aku pandang tapak kaki ayah aku tu,semakin sebak yang aku rasa...banyaknya perkara yang ayah aku buat untuk membesarkan aku dan adik2..

Aku masih ingat,masa aku kecik-kecik...ayah aku sentiasa membawa aku ke pasar malam setiap hari Rabu,waktu tu aku bersekolah pada sesi petang...dan sekolah aku memang berhampiran dengan pasar malam.jadinya petang Rabu tu,ayah atau emak aku akan setia menunggu aku semata-mata nak bawak aku ke pasar malam..ayah aku tak kan ke pasar malam selagi aku tak keluar dari sekolah sebab dia tahu aku sangat suka ke pasar malam hanya untuk membeli nasi dagang dan air coconut shake...ayah aku akan berdiri depan pagar sekolah hanya kerana nak memastikan aku nampak dia,dan dia berdiri dengan KAKI ITU...

Aku jugak masih ingat,kaki itu jugak yang akan menghantar aku tuisyen setiap malam...kaki itu akan menekan pedal minyak kereta atau gear motor setiap kali aku nak ke kelas tuisyen..ayah aku memang tak akan benarkan aku bersendirian ke kelas tuisyen..dan sekali lagi KAKI ITU jugak yang menghantar aku untuk mencari ilmu..

Aku masih jugak ingat,bagaimana setianya kaki ayah aku berdiri dan duduk di sisi aku setiap kali aku sakit,bukan aku sahaja malahan bila aku atau adik2 aku sakit,ayah aku lah yang akan berjaga malam menjaga kami untuk memastikan kami sentiasa baik2 saja..aku masih ingat,masa aku tingkatan 4,aku mengalami sakit perut yang teramat sangat2 sampaikan aku perlu di hantar ke hospital dan sekali lagi KAKI ITU jugak yang setia berdiri di tepi katil aku,menenangkan aku,mengurut aku sehingga jam 5 pagi...paling aku ingat,ketika aku demam panas yang teruk,KAKI ITU jugak akan bersila di sisi aku sehingga aku betul2 baik dari demam...

Aku jugak masih ingat,ketika aku berusia 6 tahun...aku telah mengalami sejenis penyakit kulit yang tersangat teruk sehinggakan segala macam cara mak dan ayah aku lakukan untuk mengubati penyakit aku...dan antara cara yang terakhir yang mereka lakukan ialah dengan memandikan aku di pantai. sekali lagi KAKI ITU digunakan,aku diletakkan berbaring atas kaki ayah aku dan setiap kali ombak pantai datang,ayah aku akan mengosok seluruh tubuh aku dengan pasir pantai...kaki itu akan terangkat setiap kali ombak pantai yang terhempas agak kuat,ianya kerana ayah aku nak memastikan takde air yang masuk dalam hidung aku...

sesungguhnya banyak perkara yang KAKI ITU telah lakukan sepanjang nak membesarkan aku sehingga aku berjaya kini..alhamdulillah,kalau aku diberikan peluang..akan aku cium kaki itu kerana ia telah banyak memberikan sumbangannya..sedih, :-(

apapun,aku sangat menyayangi ayah aku...tiada lelaki terbaik dalam dunia ni selain ayah aku kerana ayah aku sentiasa memahami kehendak aku dan akan menasihati aku dalam banyak perkara...sekarang ni,mak aku cakap ayah aku mengalami sedikit kemurungan...yang pertama,disebabkan baru-baru ni ayah aku telah disyaki mengalami masalah pada jantungnya,dia cepat sesak nafas kalau bekerja terlalu kuat dan sebagai anak,aku rasa sangat2 risau..perkara yang kedua yang menyebabkan ayah aku mengalami sedikit kemurungan ialah disebabkan oleh aku yang bakal berkahwin tak lama lagi...ayah aku rasa macam dia bakal kehilangan rakan baiknya,yelah aku dan ayah aku sangat rapat malahan sikap serta perangai aku hampir 90% adalah copy paste ayah aku...apa dia tak suka,apa dia suka,semua sama macam aku...mungkin dia takut aku akan renggang dengan dia,hu3...
aku masih ingat,masa rombongan merisik datang bulan 5 yang lepas,ayah aku menangis depan pihak lelaki sebab aku telah dipinang...aku yang masa tu tersangat nebes tetiba jadi sebak,yelah...ayah aku datang ke bilik aku,pastu tanya...aku setuju ke tak nak terima pinangan tu,bila aku cakap setuju...ayah aku jadi sebak.,aku masa tu hanya menahan rasa aje...

apapun,aku berdoa semoga kesihatan ayah aku akan sentiasa kekal baik dan aku sendiri dah berjanji pada diri,sekiranya ayah aku jatuh sakit dan memerlukan penjagaan dari seseorang,aku sanggup ambik cuti tanpa gaji...kepada yang membaca entry ni,aku mohon doakanlah aku dapat ditukarkan ke Semenanjung cepat2,sebabnya aku sangat risau dengan kesihatan mak ayah aku yang tak berapa baik sekarang...sebagai anak sulung,aku rasa sangat bertanggungjawab untuk menjaga mereka sebabnya mereka berdua aje di rumah,adik2 aku semua jauh belajar dan sibuk..kadang2 aku rasa macam anak yang tak bertanggungjawab bila mak ayah aku jatuh sakit,aku takde di sisi mereka sedangkan bagi ibu bapa,anak2 lah pengubat penyakit mereka sebenarnya...

apapun,kepada yang membaca...sayangilah ibu bapa kita selagi mereka ada sebab merekalah anugerah terindah yang Allah berikan kepada kita sebagai insan yang bergelar anak..walaupun ibu bapa jugak mempunyai kekurangan mereka sendiri tapi terimalah seadanya kerana kita juga tidak sempurna...


inilah family aku yang tersayang....love them damnly much!

jumpa lagi next entry,wassalam

~menaip entry dengan rasa sebak,nak balik umah....huwaaaa ~


Aktiviti Lepas UPSR, My Breakfast!!Yummy....

Wednesday, October 09, 2013

Assalamualaikum...
Jumpa lagi di entry baru,kali ni entry yang best sebab aktiviti ni amat aku suka...ok,dalam kesibukan aku mengharungi segala macam kerja,stress lagi kan tapi aku berjaya jugak jalankan satu aktiviti yang baik untuk Tahun 6...hurmm,sebagai guru kelas,inilah first time aku berjaya buat satu aktiviti untuk anak murid yang amat aku sayang,maksud aku aktiviti yang ada faedah lah sebabnya after diorang ambik exam bulan lepas,aku memang biarkan diorang main aje...nasib baik kali ni,diorang memang memberikan kerjasama yang amat baik,excited aku rasa...^____^

Ok,jadi kepada guru-guru di luar sana yang nak tau macam mana aku jalankan aktiviti ni,aku coretkan di sini sikit yer..opps,lupa plak nama aktiviti yang aku jalankan ni ialah My Breakfast,pada awalnya aku ingat nak buat dalam bentuk pertandingan tapi bila fikir2..hurmm,baik aku buat macam aktiviti biasa aje supaya takdelah kes tak puas hati ke,sabotaj ke kan?hehehehe

Untuk jalankan aktiviti ni,mula2 aku diskus dulu ngan anak murid aku...aku explain dulu pada diorang apa aktiviti ni,lepas tu aku tetapkan satu menu wajib iaitu SANDWICH..sebenarnya inilah objektif utama aku,aku nak sekurang-kurangnya diorang tahu buat sandwich untuk diri sendiri atau family..maklum lah,kawasan aku mengajar ni pedalaman so kebanyakkan parents suka sangat menyediakan bekalan mee segera untuk anak2 ke sekolah,sedangkan mee segera tu tak bagus kalau ngadap hari2 kan?jadinya,aku nak diorang belajar buat sandwich,paling cikai pun 2 benda asas aje perlu ada...lepas aku dah explain semua tu,aku suruh jugak diorang buat air,diorang boleh pilih nak buat air teh ke,milo,nescafe atau kopi..semua atas pilihan mereka sendiri.
then,aku suruh diorang sediakan satu menu sendiri,tak kiralah apa2 pun asalkan yang bersesuaian dengan tema iaitumy breakfast..disebabkan anak murid aku ni ada 9 orang aje,maka aku divide kan diorang kepada 3 kumpulan,senang sikit..objektif aku untuk menu pilihan sendiri tu plak adalah sebab aku nak tengok macam mana cara diorang diskus dalam kumpulan,ada kerjasama ke tak..hehehehe
after aku dah explain semua benda,aku bagi masa selama setengah jam kepada semua kumpulan untuk berbincang...opps,peringatan kepada guru2 yang nak buat aktiviti ni,pastikan senaraikan terus barang2 yang perlu diorang bawak..contohnya pisau,pinggan,papan pemotong etc...untuk bahan asas,aku just sponsorkan roti,sardin,minyak masak,garam,milo,teh dan air mineral aje kat diorang selain dapur and tong gas lah...hehehehe,selain daripada tu diorang akan bawak sendiri lah.

so,tadi berjalanlah aktiviti main masak2 aku ni,aku ambik masa dari jam 7:20 pagi sampailah 9:50 pagi iaitu sebelum mereka rehat,kebetulan hari ni memang aku ngan diorang selama 3 period,so aku tambah aje lagi 2 period...biasanya cikgu2 tahun 6 ni senang dikawtim after UPSR...hehehe

lepas diorang dah settlekan persiapan tempat,terus diorang mulakan aktiviti masak2 ni,aku plak dah jadi ala2 macam Chef Joe dalam Masterchef aje,duk tegur itu ini,guide yang tu yang ni and bagi panduanlah kiranya...hahahaha,senang cerita,korang tengok koleksi klik2 aku hari ni yer...

bersungguh-sungguh diorang duk buat buat donut,hehehe

yang ni plak sibuk membuat sandwich bersama-sama

yang ni plak duk sibuk menumbuk bawang nak buat rempah untuk nasi goreng

 masing-masing sibuk menyiapkan sarapan masing-masing,^____^

ok,jadinya itulah sedikit klik2 yang sempat aku ambik pagi tadi,actually banyak agi gambar yang aku ambik tapi tak kan nak paste semua kat sini,hehehehe
lepas aje diorang dah siap masak semua,aku suruhlah diorang kemaskan balik tempat diorang dan hidangkan apa sahaja yang diorang sediakan tu...yang paling penting yang mesti guru ingatkan ialah tentang kebersihan ketika memasak...pastikan semua barang atau bahan yang nak diguna dicuci terlebih dahulu.
sebelum diorang mulakan aktiviti ni,aku cek dulu semua kuku diorang sebab aku dah pesan awal-awal agi,aku tak nak ada kuku panjang/hitam ketika memasak...so far,semua mengikut arahan malahan semua tak sabar2 nak memasak.

lepas aje diorang dah settlekan semua,cara aku nak bagi markah pada setiap masakan diorang ialah aku suruh 2 kumpulan merasa makanan makanan kumpulan yang satu lagi,then bincang markah nak bagi berapa..baru adil kan?lepas tu,semua makan dengan selera walaupun macam2 rasa ada pada makanan diorang ni...ok,nak tau pasal rasa makanan?jap agi aku cerita,aku paste kan dulu setiap kumpulan dan makanannya...


Nama kumpulan : Kumpulan A
Menu : Sandwich,roti telur dan air teh
Komen aku : Kumpulan yang mempunyai kerjasama paling baik walaupun paling banyak main-main,kumpulan ni memulakan masakan paling lambat sebab diorang ada latihan sukan awal pagi tapi siap paling awal..rasa masakan pulak,untuk sandwich rasa dia baik,roti telur mereka pun sedap tapi air tehnya sedikit tawar...apapun,aku bagi A untuk mereka,tahniah guys!!


Nama kumpulan : Kumpulan B
Menu : Sandwich, nasi goreng dan air teh
Komen aku : Kumpulan ni paling lemah gemalai,segala kerja buat berteman...alahai,anak muridku sayang,tapi kerjasama mereka amat baik cuma kadang2 pemalu,bayangkan nak tumbuk bawang pun letak lesung bawah meja..hehehe,untuk rasa masakan plak,sandwich diorang sedap,nasi goreng plak pedas sebab diorang terlebih letak serbuk cili dan nasinya keras sebab dah sejuk,air teh plak agak manis....aku bagi A jugak untuk kumpulan ni,^____^


Nama kumpulan : Kumpulan C
Menu : Sandwich, donut dan air nescafe
Komen aku : Kumpulan ni paling havoc sebab bising sepanjang memasak...banyak sangat aku gelak tengok cara kumpulan ni memasak..hahaha,dah tu nak buat donut tapi tak tahu cara yang sebenar,hahahaha..kerjasama plak ok..untuk rasa masakan plak,sandwich diorang ok,manakala donut diorang plak terlebih masin and air nescafe diorang sedikit pahit serta terlalu manis...hehehe,aku tetap bagi A untuk group ni,^___^

macam2 yang diorang masak kan?aku suka tengok sebab semua bersemangat bila memasak,hehehe,apa yang kelakarnya lepas aku ambik pic ni and diorang pun dah bagi markah,semua makan macam setahun tak makan..lepas tu,terbongkang sebab banyak sangat makanan.part yang aku suka ialah semua tak kedekut,masa aku bawak murid Tahun 2 datang tengok diorang masak,masing-masing dengan ikhlas hati jemput budak Tahun 2 makan walaupun masa tu semua masih sibuk siapkan hidangan yang belum siap agi...nilai yang baik nih,hehehe
oppss,sambung citer balik..bila aje semua terbongkang dengan donut yang masin,nasi goreng yang pedas,air yang pahit masih berlambak,diorang terus buat idea nak lelong makanan diorang pada murid2 lain..aku gelak aje..then,bila loceng rehat berbunyi,masing-masing laju ke bilik RMT nak bagi makanan diorang and memang makanan diorang habis walaupun rasa nya pelbagai...hahahahaha,suka sangat diorang sebab masakan diorang habis.

apapun,memang aku enjoy buat semua ni sebab tak stress...murid-murid pun happy dapat masak ngan kawan2..sebelum aku end up this story,aku just nak share..semakin dekat nak menghampiri cuti akhir tahun ni,aku rasa makin sayu plak sebab anak-anak murid yang aku sayang ni akan pergi tinggalkan sekolah..serius,perasaan ni memang dah lama lahir dari hati aku sejak diorang habis UPSR hari tu,maybe sebab aku dah anggap diorang macam anak sendiri kut,aku sayang semua..bila tengok gambar sorang-sorang,rasa sedih sebab tahun depan aku tak nampak diorang lagi..apapun,aku sentiasa mendoakan mereka semua cemerlang dalam pelajaran sebab semua sangat berpotensi untuk berjaya,oucchhh terfeeling sedey lah plak,huhuuhuhu

oklah,sampai sini aje entry yang aku nak share hari ni,semoga memberi idea kepada mereka yang membaca..wassalam.

~ lusa aku nak balik kampung,just miss my hometown,my parent, my siblings also my fiance...hehehe,apapun  tempat aku mengajar ni dah buat aku jatuh hati ngan kedamaian tempat ni,betul kan orang cakap..tempat jatuh lagikan dikenang,inikan pulak tempat mencari rezeki...hurrmmmm ~



Minggu Berteman Dengan Stress,Bersahabat dengan Kerja

Tuesday, October 08, 2013

Assalamualaikum...
Alhamdulilah tersangat sebab masih mampu nak update blog comel aku ni...sebabnya minggu ini aku sibuk tahap KLCC dah..
update ni just nak luahkan tahap kestressan aku yang terlalu melampau...last week,aku sibuk berkursus KSSR selama 4 hari,minggu ni plak sibuk nak siapkan segala macam kerja sebabnya nazir nak datang...hu3
kadang-kadang aku selalu tertanya-tanya kenapalah aku ni dihantar ke sekolah ni,pedalaman pastu cemerlang...memang cikgu-cikgu kat sini tak pernah relax,ada aje yang kena setelkan...huhuhu

Serius rasa macam nak blah aje dari sini,yelah..macam-macam yang nak kena submit,selain kena siapkan semua fail-fail dan dokumen yang berkaitan sempena kehadiran nazir ni..sekarang ni pun aku baru aje habis kelas untuk hari ni,dahlah mengajar TMK hari ni...untuk yang tak tahu,bila seseorang guru mengajar di pedalaman yang kita tahu agak banyak kekurangan lepas tu nak kena ajar murid berkaitan komputer,email dan sekawan dengannya adalah sangat seksa...akses internet dahlah limited lepas tu kemudahan plak kurang..aku memang suruh budak bawak sendiri aje laptop masing-masing tapi faham-fahamlah,pendedahan yang kurang berkaitan penggunaan laptop,antivirus kadang-kadang menambahkan perisa kesusahan aku nak mengajar topik ni..last-last,gunakan aje laptop aku sendiri yang dipancarkan ke depan,budak semua memang ternganga tak faham nak buat macam mana...tapi so far oklah,ada seorang budak yang laptopnya boleh membantu memudahkan aku mengajar...alhamdulillah.

Dalam keserabutan ni,aku sebenarnya tak sabar-sabar nak pulang ke kampung halaman,yelah rasa macam dah lama tak balik...lagi-lagi bila ayah aku ada masalah kesihatan yang agak serius baru-baru ni,memang lagi meluap-luaplah tahap nak balik aku nih...tambah lagi ngan serabut kerja,confirm rasa macam nak terbang balik sekarang...hurmmmm,sigh.

oklah,loceng pun dah berbunyi...sekarang ni semua aktiviti harian perlu dibuat dengan sepantas yang boleh,aku nak g mengajar budak mengaji plak..dah 3 minggu aku tak ajar diorang,ntah diorang masih ingat lagi ke tak apa yang diorang duk baca selama ni..lepas tu kul 2 nanti,ada perjumpaan ngan Penolong Pegawai PPD plak berkaitan dokumen yang perlu disetelkan sempena kehadiran nazir nanti...opss,untuk yang nak tau,nazir nak datang ke sekolah aku sebab sekolah aku dicalonkan untuk Sekolah Kluster...
pssst,korang tau tak,disebabkan stress..aku sampai terpikir untuk harap sekolah aku ni tak dapat kluster,hahahahaha...nak cakap punyalah stress.

ok,dah2...aku nak publish dah ni,masa ni sedang berlari pecut plak meninggalkan aku...jumpa lagi,wassalam

~setiap malam,aku tido pukul 11 dan mulut ternganga akibat letih melampau,i need to go back!!!huh....~

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in