Minggu Berteman Dengan Stress,Bersahabat dengan Kerja

Tuesday, October 08, 2013

Assalamualaikum...
Alhamdulilah tersangat sebab masih mampu nak update blog comel aku ni...sebabnya minggu ini aku sibuk tahap KLCC dah..
update ni just nak luahkan tahap kestressan aku yang terlalu melampau...last week,aku sibuk berkursus KSSR selama 4 hari,minggu ni plak sibuk nak siapkan segala macam kerja sebabnya nazir nak datang...hu3
kadang-kadang aku selalu tertanya-tanya kenapalah aku ni dihantar ke sekolah ni,pedalaman pastu cemerlang...memang cikgu-cikgu kat sini tak pernah relax,ada aje yang kena setelkan...huhuhu

Serius rasa macam nak blah aje dari sini,yelah..macam-macam yang nak kena submit,selain kena siapkan semua fail-fail dan dokumen yang berkaitan sempena kehadiran nazir ni..sekarang ni pun aku baru aje habis kelas untuk hari ni,dahlah mengajar TMK hari ni...untuk yang tak tahu,bila seseorang guru mengajar di pedalaman yang kita tahu agak banyak kekurangan lepas tu nak kena ajar murid berkaitan komputer,email dan sekawan dengannya adalah sangat seksa...akses internet dahlah limited lepas tu kemudahan plak kurang..aku memang suruh budak bawak sendiri aje laptop masing-masing tapi faham-fahamlah,pendedahan yang kurang berkaitan penggunaan laptop,antivirus kadang-kadang menambahkan perisa kesusahan aku nak mengajar topik ni..last-last,gunakan aje laptop aku sendiri yang dipancarkan ke depan,budak semua memang ternganga tak faham nak buat macam mana...tapi so far oklah,ada seorang budak yang laptopnya boleh membantu memudahkan aku mengajar...alhamdulillah.

Dalam keserabutan ni,aku sebenarnya tak sabar-sabar nak pulang ke kampung halaman,yelah rasa macam dah lama tak balik...lagi-lagi bila ayah aku ada masalah kesihatan yang agak serius baru-baru ni,memang lagi meluap-luaplah tahap nak balik aku nih...tambah lagi ngan serabut kerja,confirm rasa macam nak terbang balik sekarang...hurmmmm,sigh.

oklah,loceng pun dah berbunyi...sekarang ni semua aktiviti harian perlu dibuat dengan sepantas yang boleh,aku nak g mengajar budak mengaji plak..dah 3 minggu aku tak ajar diorang,ntah diorang masih ingat lagi ke tak apa yang diorang duk baca selama ni..lepas tu kul 2 nanti,ada perjumpaan ngan Penolong Pegawai PPD plak berkaitan dokumen yang perlu disetelkan sempena kehadiran nazir nanti...opss,untuk yang nak tau,nazir nak datang ke sekolah aku sebab sekolah aku dicalonkan untuk Sekolah Kluster...
pssst,korang tau tak,disebabkan stress..aku sampai terpikir untuk harap sekolah aku ni tak dapat kluster,hahahahaha...nak cakap punyalah stress.

ok,dah2...aku nak publish dah ni,masa ni sedang berlari pecut plak meninggalkan aku...jumpa lagi,wassalam

~setiap malam,aku tido pukul 11 dan mulut ternganga akibat letih melampau,i need to go back!!!huh....~

0 comments:

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in