Kisah Aku dan Kaki

Friday, October 18, 2013

Assalamualaikum...
Hari ni aku rasa tersangat nak kongsi satu kisah yang berlaku pada Hari Raya Qurban baru-baru ni..kisah aku dan kaki.Sebagaimana korang tahu,blog aku ni dah macam diari aku sendiri,aku meluahkan segala-galanya kat sini..kisah sebenarnya macam ni..

Hari raya qurban hari tu,aku memang balik ke kampung tercinta sebab nak meraikan hari raya ngan keluarga tersayang,alhamdulillah tahun ni aku berpeluang dan diberikan rezeki oleh Allah sekali lagi untuk menunaikan ibadah qurban...bersyukur sangat2. So,hari raya pertama ari tu sangat sibuklah semua orang pergi ke tempat sembelih kan? Tapi aku tak dapat pergi sebab sakit perut melampau hari tu,dah tak ada rezeki kan?Disebabkan hari tu sangat sibuk,maka aku sempat jumpa ayah aku pagi aje..lepas tu petang baru aku dapat jumpa ayah aku,yelah ayah aku ke tempat sembelih..memang banyak yang perlu diselesaikan walaupun pagi tu ayah aku mengadu tak berapa sihat.

Petang tu,ayah aku mintak aku urutkan kaki dia sebab katanya terlalu penat..as usual,aku pun pergi ambik minyak panas untuk urut kaki ayah aku..ayah aku berbaring meniarap dan biarkan aje kakinya diurut..masa aku mula gosok kaki ayah aku tu,aku terperasan tapak kaki ayah aku banyak pecah2 dan ada macam lubang-lubang kecik kat kaki..pada mulanya aku rasa macam geli tapi perasaan tu hanya sempat bertapak selama 1 saat aje dalam diri aku,tetiba aku rasa sedih,sebak,sayu..

Nak tahu kenapa aku rasa macam tu? Sebab aku tahu kaki itulah yang sentiasa bergerak untuk mencari rezeki,membesarkan aku sehingga aku berjaya,memberi aku kesenangan sepanjang 25 tahun aku hidup atas dunia ini...kaki itu jugak yang menghantar aku ke sekolah,kaki itu jugak yang membantu tangan ayah aku mendukung aku masuk ke dalam rumah bila aku tertidur dalam kereta masa kecik2 dulu malahan kaki itu jugak yang sentiasa berdiri di sisi aku ketika aku sakit,susah dan gembira...

Korang tahu sepanjang aku urut kaki ayah aku,aku menahan air mata dari terjatuh,aku urut tapak kaki ayah aku dengan perlahan sebab aku tak nak dia sakit..perasaan masa tu Allah saja yang tahu..semakin aku pandang tapak kaki ayah aku tu,semakin sebak yang aku rasa...banyaknya perkara yang ayah aku buat untuk membesarkan aku dan adik2..

Aku masih ingat,masa aku kecik-kecik...ayah aku sentiasa membawa aku ke pasar malam setiap hari Rabu,waktu tu aku bersekolah pada sesi petang...dan sekolah aku memang berhampiran dengan pasar malam.jadinya petang Rabu tu,ayah atau emak aku akan setia menunggu aku semata-mata nak bawak aku ke pasar malam..ayah aku tak kan ke pasar malam selagi aku tak keluar dari sekolah sebab dia tahu aku sangat suka ke pasar malam hanya untuk membeli nasi dagang dan air coconut shake...ayah aku akan berdiri depan pagar sekolah hanya kerana nak memastikan aku nampak dia,dan dia berdiri dengan KAKI ITU...

Aku jugak masih ingat,kaki itu jugak yang akan menghantar aku tuisyen setiap malam...kaki itu akan menekan pedal minyak kereta atau gear motor setiap kali aku nak ke kelas tuisyen..ayah aku memang tak akan benarkan aku bersendirian ke kelas tuisyen..dan sekali lagi KAKI ITU jugak yang menghantar aku untuk mencari ilmu..

Aku masih jugak ingat,bagaimana setianya kaki ayah aku berdiri dan duduk di sisi aku setiap kali aku sakit,bukan aku sahaja malahan bila aku atau adik2 aku sakit,ayah aku lah yang akan berjaga malam menjaga kami untuk memastikan kami sentiasa baik2 saja..aku masih ingat,masa aku tingkatan 4,aku mengalami sakit perut yang teramat sangat2 sampaikan aku perlu di hantar ke hospital dan sekali lagi KAKI ITU jugak yang setia berdiri di tepi katil aku,menenangkan aku,mengurut aku sehingga jam 5 pagi...paling aku ingat,ketika aku demam panas yang teruk,KAKI ITU jugak akan bersila di sisi aku sehingga aku betul2 baik dari demam...

Aku jugak masih ingat,ketika aku berusia 6 tahun...aku telah mengalami sejenis penyakit kulit yang tersangat teruk sehinggakan segala macam cara mak dan ayah aku lakukan untuk mengubati penyakit aku...dan antara cara yang terakhir yang mereka lakukan ialah dengan memandikan aku di pantai. sekali lagi KAKI ITU digunakan,aku diletakkan berbaring atas kaki ayah aku dan setiap kali ombak pantai datang,ayah aku akan mengosok seluruh tubuh aku dengan pasir pantai...kaki itu akan terangkat setiap kali ombak pantai yang terhempas agak kuat,ianya kerana ayah aku nak memastikan takde air yang masuk dalam hidung aku...

sesungguhnya banyak perkara yang KAKI ITU telah lakukan sepanjang nak membesarkan aku sehingga aku berjaya kini..alhamdulillah,kalau aku diberikan peluang..akan aku cium kaki itu kerana ia telah banyak memberikan sumbangannya..sedih, :-(

apapun,aku sangat menyayangi ayah aku...tiada lelaki terbaik dalam dunia ni selain ayah aku kerana ayah aku sentiasa memahami kehendak aku dan akan menasihati aku dalam banyak perkara...sekarang ni,mak aku cakap ayah aku mengalami sedikit kemurungan...yang pertama,disebabkan baru-baru ni ayah aku telah disyaki mengalami masalah pada jantungnya,dia cepat sesak nafas kalau bekerja terlalu kuat dan sebagai anak,aku rasa sangat2 risau..perkara yang kedua yang menyebabkan ayah aku mengalami sedikit kemurungan ialah disebabkan oleh aku yang bakal berkahwin tak lama lagi...ayah aku rasa macam dia bakal kehilangan rakan baiknya,yelah aku dan ayah aku sangat rapat malahan sikap serta perangai aku hampir 90% adalah copy paste ayah aku...apa dia tak suka,apa dia suka,semua sama macam aku...mungkin dia takut aku akan renggang dengan dia,hu3...
aku masih ingat,masa rombongan merisik datang bulan 5 yang lepas,ayah aku menangis depan pihak lelaki sebab aku telah dipinang...aku yang masa tu tersangat nebes tetiba jadi sebak,yelah...ayah aku datang ke bilik aku,pastu tanya...aku setuju ke tak nak terima pinangan tu,bila aku cakap setuju...ayah aku jadi sebak.,aku masa tu hanya menahan rasa aje...

apapun,aku berdoa semoga kesihatan ayah aku akan sentiasa kekal baik dan aku sendiri dah berjanji pada diri,sekiranya ayah aku jatuh sakit dan memerlukan penjagaan dari seseorang,aku sanggup ambik cuti tanpa gaji...kepada yang membaca entry ni,aku mohon doakanlah aku dapat ditukarkan ke Semenanjung cepat2,sebabnya aku sangat risau dengan kesihatan mak ayah aku yang tak berapa baik sekarang...sebagai anak sulung,aku rasa sangat bertanggungjawab untuk menjaga mereka sebabnya mereka berdua aje di rumah,adik2 aku semua jauh belajar dan sibuk..kadang2 aku rasa macam anak yang tak bertanggungjawab bila mak ayah aku jatuh sakit,aku takde di sisi mereka sedangkan bagi ibu bapa,anak2 lah pengubat penyakit mereka sebenarnya...

apapun,kepada yang membaca...sayangilah ibu bapa kita selagi mereka ada sebab merekalah anugerah terindah yang Allah berikan kepada kita sebagai insan yang bergelar anak..walaupun ibu bapa jugak mempunyai kekurangan mereka sendiri tapi terimalah seadanya kerana kita juga tidak sempurna...


inilah family aku yang tersayang....love them damnly much!

jumpa lagi next entry,wassalam

~menaip entry dengan rasa sebak,nak balik umah....huwaaaa ~


0 comments:

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in