HAPPY BUFDAY TO U HUSNA!!!

Thursday, April 25, 2013

Assalamualaikum...


besar punya kek aku sediakan untuk diri sendiri...hehehe
alhamdulillah 25 April datang lagi,dan usia aku juga makin meningkat,maksudnya dah banyak pengalaman hidup yang aku lalui dan dah 25 tahun jugak Allah telah memberikan nikmat-NYA untuk aku,alhamdulillah bersyukur sangat-sangat.

di kala usia ini,aku sangat bersyukur dengan segala kurniaan Tuhan pada aku..aku mempunyai ibu bapa yang sentiasa menyokong dan menyayangi aku,keluarga yang sentiasa berdiri di belakang aku,insan tersayang iaitu my Encik Dear yang sentiasa membahagiakan aku,sahabat-sahabat yang sentiasa buat aku ketawa dan alhamdulillah aku mampu memiliki apa yang aku ingini walaupun tidak semewah orang lain tapi aku bangga kerana aku memiliki apa yang aku ingini dengan duit hasil titik peluh aku tanpa mengharapkan apa-apa bantuan daripada orang lain,ini semua rezeki yang Allah berikan buat aku.

tahun ni 2013,masih sama dengan tahun lepas,aku tidak menyambut my bufday dan tak ada lagi suprise romantik dari Encik Dia..hu3
aku masih ingat,tahun akhir study,Encik Dia buat suprise bufday yang romantik giler..sampai aku termalu sendiri.dia berpakat ngan housemate2 aku dan sengaja buat rumah sewa aku time tu bergelap,pastu kengkawan aku boleh plak tutup mata aku ngan kain dan bawak aku keluar rumah,bila buka aje mata...terus aku nampak banyak lilin yang bernyala dalam gelap,it creates a wonderful word..
" I LOVE YOU"
then,i got a bouquet of flowers and present too..memang touching lah.
but itu semua cerita 2 years ago,hu3..walaupun sekarang kitorang jauh tapi Encik Dia still want to be first person wish bufday pada aku..

apapun,untuk hari lahir kali ni,aku hanya mendoakan yang terbaik untuk kehidupan aku serta hubungan yang bakal terbina tak lama lagi,bufday kali ni sekiranya diizinkan Allah merupakan bufday terakhir aku sebagai orang yang berstatus bujang,walaupun rasa sedih gak tapi memang sepatutnya kehidupan aku berubah untuk yang lebih baik selain menunaikan sunnah Rasullullah...doakan untuk aku yer?

untuk hadiah tahun ni,aku tak dapat apa-apa pun kecuali sepcial gift from Encik Dia..hehehe,nak tahu apa dia?


cubalah teka apa ada dalam kotak ni...hahahaha,terima kasih sangat Encik Dia..jumpa lagi next entry yer,wassalam

~esok aku bakal berjimba-jimba ke Sibu,menikmati duit gaji yang baru masuk hari ni,hahahaha~




Cabaran dan Dugaan Nak Mengajar Tentang Duit

Assalamualaikum...
HAPPY BUFDAY TO ME!!!!!!!!

hahaha,hari ni adalah hari bufday aku,so sempena hari yang baik ni...aku memang sengaja create 2 entry,satu entry pasal pengajaran dan satu lagi entry peribadi..so,aku publish dulu entry pengajaran hari ni.

kiranya,ni adalah luahan perasaan hati aku untuk hari ni lah...ok,tahun ni selain dari aku mengajar Matematik Tahun 6,aku jugak mengajar Matematik tahun 2..opss,sebelum tu aku nak memohon ampun dan maaf dulu sebelum menulis entry dengan lebih lanjut,tak ada niat untuk mengutuk,menghina,memperlekeh mana-mana pihak tetapi ini hanya pandangan aku sebagai seorang guru yang mengajar di pedalaman.

ok,back to story..sekarang ni aku sedang mengajar budak Tahun 2 (hanya 6 orang) tentang wang,dan mengajar mereka berkaitan wang sebenarnya merupakan satu penderaan emosi dan mental buat aku..ini kerana kanak-kanak di sini tidak pernah memegang duit dengan kerap,maksud aku mereka tidak kerap menggunakan duit dalam kehidupan kecil mereka..bagi sekolah-sekolah yang berada di bandar,kebanyakkan murid dibekalkan dengan duit keran sekolah mereka mempunyai kantin..tetapi apabila berada di sekolah pedalaman,kantin sememangnya tidak wujud dan ini menyebabkan kanak-kanak tidak membawa wang ke sekolah.

kenapa aku mengatakan mengajar berkaitan wang kepada mereka satu penderaan emosi buat aku?ini kerana,aku bukanlah seorang insan yang terlalu penyabar walaupun diakui sejak aku mengajar dan berada di pedalaman,kesabaran aku makin meningkat...alhamdulillah.tetapi,apabila pengajaran yang sama berulang-ulang terlalu banyak menyebabkan aku tidak dapat mengawal perasaan marah dan memang ada lah yang kena marah..aku bukan nak memperlekeh tetapi terlalu penat mengajar benda sama,sekarang ni aku mengajar mereka duit syiling,aku bukan sahaja bawak duit syiling contoh ke dalam kelas tetapi aku juga membawa duit syiling sebenar ke dalam kelas untuk menunjukkan penggunaan dan pengiraan yang betul kepada mereka.mereka tak dapat nak memahami nilai-nilai yang terdapat pada duit syiling,bahkan apabila aku bertanyakan soalan yang mudah seperti 50 sen tambah 10 sen pun,mereka mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab..sebelum bertanyakan soalan,sememangnya aku dah menerangkan terlebih dahulu kepada mereka tetapi betul-betul menduga keimanan aku.

ok,untuk lesson yang pertama aku masih mampu bersabar,bila sampai lesson kedua..aku mengulang lagi perkara yang sama,cuba membina pemahaman mereka terhadap wang tetapi aku masih tak berjaya dan rasanya sangat STRESSSSSSSSSSSSS....
bila aku stress,mulalah suara nak menjadi petir dan mulalah juga ada mata yang mengalirkan air hujannya (menangis lah tu).tetapi aku masih terus mencuba sehinggakan aku rasa penat dan letih mengajar benda yang sama..susahnya mereka ni,kenapa tak faham-faham apa yang aku ajar ni...hu3,but i keep my effort to make them understand and can achieve the objective of the lesson.

dan untuk hari ni,aku masih meneruskan lesson yang sama dan ALHAMDULILLAH ada sedikit perubahan kerana my kids already can make gabungan menggunakan duit 50 sen,20 sen dan 10 sen untuk membentuk satu hengget...memang minggu ni aku suruh diorang buat gabungan duit seringgit aje dulu..tu pun aku dah bersyukur,tetapi dalam 6 orang,masih ada seorang yang terkial-kial mengira dan membentuk gabungan duit..aku cuba mendekati dan mengajarnya secara individual tetapi pick up nya agak slow,tetapi as a teacher,i always try my best!!

dan esok,aku masih perlu meneruskan perjuangan DUIT  aku,hahahaha
sangat susah sebenarnya mengajar tentang nilai duit ni sebab aku yakin ramai murid-murid yang sebaya dengan murid aku di luar sana yang tidak perlu lagi di ajar tentang wang kerana mereka telah biasa menggunakannya...mungkin ini salah satu kelemahannya but setiap kelemahan pasti ada tersembunyi kekuatannya...

aku tak tahulah sejauh mana lagi aku dapat bersabar dan berusaha untuk memastikan semua murid-murid memahami tentang wang and sometimes i'm really pity them because didn't know to use the money also the coins...dis is my challenge to make them KNOW TO USE THE MONEY INCLUDE THE COINS AND ALSO KNOW TO APPRECIATE THE MONEY TOO...


wassalam

~jadi cikgu ni sebenarnya kita kena bersedia jugak untuk diuji kesabaran dan keimanan,harap aku terus mampu berjuang dalam cabaran ini~


Cara Aku Nak Ceriakan Mood Ulangkaji

Tuesday, April 23, 2013

Assalamualaikum...
Berjumpa lagi di entry baru,rasa macam dah lama giler tak update cerita pasal sekolah,p n p dan murid-murid,rindu plak nak share kat blog....so hari ni,tetiba otak berfikir untuk share satu perkara yang aku buat.memandangkan tahun ni merupakan tahun pertama aku mengajar Tahun 6 subjek Matematik dan sememangnya aku amat daif dalam ilmu pengajaran untuk UPSR ni tapi dicekalkan jugak hati untuk buat.

Ok,memandangkan since awal bulan ni aku dah habiskan silibus untuk subjek Matematik,so...sekarang ni kitorang dalam musim mengulangkaji,mengerah otak untuk berfikir,mendidik diri untuk mengira dengan cepat dan mengumpul segala kemahiran lah...perghh,aku rasa dah macam nak g berkungfu ngan musuh aje,dah ala-ala kungfu panda dah ni...hahahaha

ok,dah-dah...jangan mengarut lagi...so memandangkan bila dah namanya mengulangkaji,memang lah kadang-kadang stress+bosan giler...yelah,dah kelas tambahan hari Isnin ngan Khamis,aku buat ulangkaji,masa mengajar ulangkaji,masa program kelas bimbingan setiap Sabtu tu ulangkaji,confirm r budak bosan kan?tapi memang lah diorang tak ngaku and tak cakap walaupun aku tau perasaan tu.

jadinya,aku telah buatlah satu benda tadi,sampai sanggup balik lambat dari sekolah hanya kerana murid-muridku,cewahh gitu...apa yang aku buat?ok,sebenarnya benda ni cikai aje tapi mungkin memberi perubahan kepada suasana pembelajaran..lagipun,kelas tu kan ibarat medan yang dikhaskan untuk guru...apa yang guru buat,itulah yang akan jadi dan suasananya memang 100% bergantung kepada guru.amboi,banyak betul aku merewang ni...dahlah,ni aje yang aku buatnya,tengok gambar dulu yer...


ok,caranya mudah saja iaitu:

1) ambiklah beberapa soalan dari pelbagai jenis buku,lepas tu fotostat...kalau boleh fotostat besar sikit yer.

2) lepas tu,sediakan jawapan bagi setiap soalan dalam Microsoft Word,then print..macam aku buat dalam kertas hijau tu.

3)then,laminate lah kesemua kertas soalan dan jawapan tadi sebab kertas kan lembek,pastu budak-budak kan jenis kasar dan nak cepat siap,takut kertas tu terkoyak plak.

4) lepas tu,guntinglah soalan dan jawapan tu satu persatu,tapi soalan tu memang hanya soalan saja yer,jangan diletak sekali jawapan A,B,C dan D tu...hu3

5) maka jadilah macam ni....


yang warna putih soalan,dan warna hijau tu plak jawapan..so,camne aku nak buat dengan segala benda ni?caranya ialah:

1) kesemua soalan akan diletakkan dalam satu bekas.

2) kesemua jawapan diletakkan dalam satu bekas jugak tapi yang lain lah dari soalan tadi.

3)lepas tu,cikgu pun memulakan peranan lah iaitu menyatakan "MULA" tapi sebelum tu terangkan dulu cara nak main game ni.

4) setiap murid dikehendaki mengambil soalan dan menyelesaikannya,cara pengiraan perlu ditulis tapi tak kisahlah kalau berterabur pun.

5) dah dapat jawapan,murid dikehendaki mencari plak jawapan dalam bekas jawapan tadi,bila dah jumpa dia kena susun soalan dan jawapan di satu tempat yang dia suka dan selamat (dalam kelas jelah yer).

6)teruskan mengambil soalan lagi dan cara di atas pun akan berulang lagi lah...

7)tiada had seorang murid kena jawab berapa soalan sebab PEMENANGnya dikira beradasarkan berapa banyak murid menjawab soalan dengan betul.

8)senang dan mudah kerana guru hanya boleh duduk diam...hahahahah,hampeh!

jadi sebenarnya itu lah yang akan aku buat esok,yelah 3 masa kut MT tahun 6 esok,dah habis game ni,aku bagi lagilah soalan macam biasa,hahaha...saja buat game sebab nak bagi diorang ceria skit dan tak mengantuk bila aku pung pang pung pang kat depan..itu aje tujuannya,hehehe

oklah,tu aje aku nak share..actually aku ada satu entry basi yang belum dipublish sebab belum siap-siap tulis lagi,nantilah kalau dia dah jadi jeruk baru aku publish yer.hahahaha
jumpa lagi,wassalam

~dah mengantuk sebenarnya masa taip entry ni,bila tengok jam...woii,ni time aku tido kut,zzzzzzzzzz~

Pengalaman Berhujung Minggu di Sekolah

Sunday, April 21, 2013

Assalamualaikum
Akhirnya hari ni dah Ahad...hu3,maksudnya aku telah berjaya stay di sekolah tanpa bergerak kemana-mana,maksudnya aku tak keluar lah...huhuhuhu. ok rasanya AGAK TAK BEST sebab bosan+boring+keje aku asyik makan aje..aku dah lah sekarang dalam misi mengurangkan pergerakan mulut iaitu mengunyah..haishh.

Walaupun hari Sabtu iaitu kelmarin aku ada kelas tambahan ngan kelas Tahun 6 selama 4 jam tapi macam tak dapat mengisi sangat masa terluang aku...sudahnya kerja aku asyik mengadap tv,layan internet dan memasak..wahhhhh,mantop nih.bakal menjadi isteri mithali nampaknya...hahahaha

Untuk hari Jumaat,aku memang tak masak sebab aku takde lah lapar sangat,just minum milo aje...lagipun trademark milo kan macam ni "minum milo,anda jadi sihat dan kuat",sila nyanyikan dengan intonasi yang betul yer..hehehehe
untuk hari Sabtu plak,after aku setel kelas tambahan aku dari kul 8 sampai kul 12 tu,terus laju-laju balik rumah,dan selongkar peti untuk mencari bahan yang nak masak...ekceli,masa kelas tambahn tu,aku sempat surf resepi kat internet jap...surf punya surf,i find 2 interesting menu to try walaupun sebelum ni aku dah pernah masak...(ohhh hoo,aku lah insan yang cepat lupa resepi masakan walaupun dah berpuluh kali masak benda sama)..
then,aku siapkan bahan dan mulalah adegan kelentang-kelentung kat dapur...walaupun aku masak sorang-sorang tapi aku happy sebab aku rasa macam aku berada ngan dunia masakan aku sendiri...after 40 minutes kut,barulah aku siap masak...ok,let me paste a picture k..

jadi inilah hidangan aku untuk lunch semalam,maybe mood memasak aku terlebih rajin kelmarin sebab aku masak 2 menu walaupun makan sorang-sorang...menu yang korang boleh tengok dalam pic di atas ialah udang masak berlada,ayam masak halia,sedikit nasi dan berulam timun termasuk air suam untuk melancarkan aktiviti makan...alhamdulillah kenyang.
dan untuk hari ni plak iaitu Ahad,aktiviti aku dari pagi ialah mendobi pakaian sendiri yang tak dibasuh sejak hari Rabu sebab tak sempat nak dilakukan,hari ni baru boleh mendobi...boleh tahan jugak lenguh sebab di sekolah ni aku mencuci secara handwash,so kalau dah sampai 3 baldi (sebab aku cuci semua tudung yang aku pakai sepanjang minggu ni dan minggu lepas),memang rasa macam nak diurut jugak tangan ni..bab menjemur no hal bagi aku,bagilah aku 5-6 baldi besar untuk dijemur pun aku tak kisah sebab I LOVE MENJEMUR PAKAIAN...hahahaha,aku tak tahu kenapa tapi memang aku amat sukakan aktiviti menjemur baju,maybe sebab tu kut aku selalu kumpul baju banyak-banyak baru basuh..hahahaha,aku bukan apa bila menjemur tu aku rasa macam nice sangat pemandangan dan diibaratkan macam satu seni bagi aku...aku tak jemur pakaian secara sesuka hati tapi aku menjemur dengan ada cara tersendiri...hu3,agak cerewet lah...sebab tu bila aku menjemur baju agak lama compared to others lah...

ok,after aku setel my dobi...aku tak buat apa pun,just ngadap tv aje..tu yang boring,lepas tu lunch aku tak makan sebab kelmarin kan dah makan,so petang ni iaitu dalam kul 4 lebih tadi,tetiba aku teringat hometown aku..teringat kat suasana petang yang best dan syok bila berjalan ke pantai sambil menikmati makanan celup tepung yang best-best...dan disebabkan itu,so sekali lagi aku selongkar peti dan apa yang aku buat??
tadaaaaaaaaa......


yummy sangat-sangat,udang celup tepung+air kopi 434 yang memang kaw habis...apa lagi,memang makan semakan-makannya lah sambil layan karoot komedia kat astro warna,tak sedar udang dah habis...alhamdulillah,sekali lagi kenyang.

jadinya,inilah pengalaman berhujung minggu di sekolah dan aku nak ucapkan tahniah kat diri aku sendiri kerana berjaya tak keluar dari sekolah kat hujung minggu,errr aku rasa aku hanya boleh melakukan aktiviti xtreme ni (perghhh xtreme kut) hanya sekali dalam tempoh 2 bulan kut...memang x mampu stay kat sekolah senyap macam ni sebab serius bosan,hu3
hahahahaha,nampak sangat kena keluar jugak ni next time..so,kepada yang berjaya stay di sekolah tu tak kiralah sekolah korang kat bandar,luar bandar ke,tahniah lah yer...aku memang tak mampu nak lakukannya setiap minggu...hehehe
jumpa lagi next time,wassalam

~nasib baik hujung minggu yang bakal datang nanti bakal berjimba ke Sibu and next week again,bakal pulang ke Terengganu for PRU-13,yahuuuuuuuuuuuu~

Mahukan Baju Kurung Moden yang Stylish?

Saturday, April 20, 2013

Assalamualaikum kepada semua...
Kembali lagi bersua hari ni...alhamdulillah masih lagi dipanjangkan usia kita semua,^___^

ok,topik hari ni yang aku nak share ialah baju kurung yang stylish...kita semua tentu maklum kan,sekarang ni semua perempuan/ladies/wanita mahukan baju kurung yang lebih stylish...yelah,dah macam-macam jenis pattern baju kurung yang ada sekarang...yang jenis mini kurung,peplum kurung dan macam-macam lagi lah...nama pun zaman dah berubah,so pakaian tradisional jugak perlulah diupgrade sekali kan??
quite ok sekranya pakaian tradisional diupgrade sebab zaman sekarang dah ramai anak-anak dara olso termasuk mak dara tak suka memakai baju kurung...alasannnya nampak old fashion dan tak trendy,namun begitu, haaa...dengan adanya inovasi idea yang kreatip dari designer-designer muda,mesti ramai yang teringin nak beli dan pakai baju kurung yang comel-comel...

so,hari ni aku nak share satu online shop yang menjual baju kurung yang diupgrade dengan begitu stylish and sangat gojes maaaaa.....online shop ni dah memang menjadi my feberet place dan aku dah order beberapa kali dari kedai nih...memang servis terbaik and pakaiannya juga sangat memuaskan hati aku...cewahhh.

sebelum aku share nama kedai tu,aku nak story dulu seposen dua...hehehehe
as korang tahu,aku ni mengajar nun jauh di pedalaman Sarawak dan Sarawak ni takde specific port yang menjual pakaian muslimah yang mengikut trend dan kena dengan citarasa aku (berlagak macam high taste betul ko nih...ngeh3) 
memang ada aku jumpa kedai yang menjual pakaian muslimah tapi mak oooi harganya memang emma maembong lah...hahahahaha,berdosa betul...sorry emma.
harga kat sini memang melambung-lambung kut mahalnya...padahal kat semenanjung takde lah mahal cenggitu...ok full stop bab tu,kan ada yang kena block dari berblogging nanti,ngeh3

so,disebabkan aku ni diberikan kemudahan oleh Allah untuk surf internet dengan baik walaupun duk di ceruk pedalaman,so memang sangat memudahkan aku mencari baju yang diingini hanya di laman facebook..memang tak terkira banyaknya dan semuanya menjadikan mata aku berpinar-pinar serta poket aku terkoyak jugak...hahahahaha
jadinya,aku surf punya surf,survey punya survey (sebab aku sangat suka membandingkan harga antara kedai online), maka aku telah terjumpa dengan satu kedai ni...pakaian dia telah dibeli oleh seorang blogger terkenal dan aku terus serbu blog blogger terkenal tu dan akhirnya aku jumpa online shop yang memang vogue nih...aku plak kebetulan berkenan ngan baju yang dipakai oleh blogger tu,so dan-dan aku isi order form untuk submit order...tapi MALANGNYA baju tu dah kehabisan stok kut,frust menungging aku...huhuhuhu
pastu aku balas email yang dihantar oleh online shop tu dengan mengatakan 

"i reallyyyyyyyy admire with that baju,plis let me know if ada restock"

so,owner online shop tu balas dengan mengatakan dia akan inform aku if ada restock..
then....
after a few months camtu kut,tetiba aku dapat email dari owner online shop tu yang sangat tak aku jangka dengan mengatakan dia dah restock baju yang aku nak tu...saat tu aku rasakan SANGAT HEPY tau sebab yang baju yang aku nak finally i will get it...tapi sekali lagi MALANGNYA terjadi kerana aku tidak mempunyai ongkos yang cukup time tu... (time tu memang dah "nazak" betul kewangan aku),so sekali lagi aku macam frust giler pastu aku balas email owner online shop tu dengan meminta dia book kan that baju untuk aku sebab aku perlu tunggu gaji yang bakal masuk...dan dengan FRIENDLY nya, owner tu say yes!!!
yahuuuuuuuuu,memang hepy giler kut time tu (tapi beberapa kali jugak aku mengatakan that i'm very serious buyer)
then,bila dapat gaji,pepagi lagi aku dah submit bayaran,yelah...kan kita dah berjanji,so kita perlu tunaikan dengan segera...

lepas aje aku buat pembayaran,owner tu infrom dia dah terima pembayaran dan esoknya dia pos my baju...and sehari selepas tu,i got my baju lah...hehehehe (muka tersengih kut)
bila sampai aje baju tu,i really admire with that baju again and once again i fall in love with gojes pattern it has...huhuhuhuhu
first time aku pakai baju tu with my Encik Dia, aku pakai sekali ngan shawl halfmoon yang aku beli dari Shawls House,seriously aku rasa macam ayu giler tapi memang trademark aku pun sukakan keayuan...ngeh3 (muntah hijau jap)
dapat jugaklah beberapa kali pujian daripada Encik Dia tu tentang pemakaian aku hari tu...(once again sengih lebau-lebau)
dan sejak dari aku pakai baju tu,aku memang selalu melaburkan duit kat online shop tu sebab aku sukakan layanan dan servisnya,bagi aku ia memudahkan urusan aku yang jauh di borneo ni...
jap-jap,aku paste kan gambar baju yang aku beli tu...tapi terpaksa kidnap dari blogshop tu sebab aku terlupa nak ambik pic masa aku pakai that baju...
(saya pinjam kejap yer pic ni wahai owner blogshop)

pesanan penaja : maybe mata aku nampak cantik this baju,tapi mata korang rasa just biasa-biasa aje...tapi aku tak kisah sebab aku suka,hahahahahaha



this is my baju and i very love it....so,di sini aku nak bagitau nama online shop yang aku cakap tu ialah:
Hijrah Couture

serius aku tak tipu,pakaian dia memang semua gojes,selesa dan stylish dan aku telah mempunyai beberapa collection atas nama FzHijrah,jenama Hijrah Couture ni lah...fyi olso, aku pernah nampak ada sebuah kedai di Star Megamall,Sibu yang menjual pakaian jenama Hijrah Couture ni...tapi tak banyak choice sangat lah.
sebab tu aku lebih suka ushar blogshop ni secara online...
kalau ada yang korang berminat,bolehlah cepat-cepat serbu laman web Hijrah Couture ni yer ataupun kalau malas nak ushar web,just search facebook nya di link ni k...

Website :  Hijrah Couture
Facebook page : Facebook Hijrah Couture

oklah,aku rasa untuk hari ni,just this i wanna share with all of you...nanti next time aku share blogshop lain lagi k,dun worry kerana aku adalah kaki shopping online dan i know almost half of blogshop yang menjual items yang gojes...opps,lagi satu sebelum terlupa,sila berhati-hati jugak kalau beli-belah di facebook yer kerana ada kedai yang menipu dan aku mempunyai satu pengalaman ditipu...next time aku share yer,
wassalam

~kalau korang ada blogshop atau online shop yang best untuk aku ushar,let me know by drop the link on comment box yer...thanks ~

Perempuan dan Wardrobe

Friday, April 19, 2013

Assalamualaikum...
Lost untuk beberapa hari,bukan sebab malas nak update tapi mood blogging lari kejap...actually,entry ni dah siap tapi aku tak publish aje...konon-konon nak peram lah,mana tau jadi mempelam....hahahaha,takde kena mengena langsung kan?

Ari ni topik yang aku pilih ialah WARDROBE!!Kalau bercakap pasal perempuan,mesti tak lepas dari wardrobe kan?yelah,dah namanya perempuan...mestilah tak lari dari pakaian yang serba kaler ada,warna pastel lah,warna striking lah,colour blocking lah...hu3,semua jenis kaler nak ada...tambah lagi ngan tudung yang pelbagai corak,bentuk,warna dan sudah semestinya perlu mengikut trend...tribal lah,leopard lah,halfmoon lah,full moon lah,ehhh ada ke?dah macam ala-ala twilight dah ni,hahahaha
tu belum lagi termasuk kasut,seluar,segala jenis maxi dress,peplum,palazo,skirt,dress,handbag,aksesori...opsss tidak terlupa mekap yang vogue segala bagai.
fuhhh...memang penuh satu rumah nih.

jadi,kat mana nak sumbat segala jenis barang yang aku sebut tadi tu...bukan satu dua,tapi bertimbun haaa...dats why perempuan sangat memerlukan wardbrobe..aku sendiri pun ada wardrobe,kalau tak memang tak tahu nak simpan kat mana segala macam benda tu...yelah,bila nampak aje maxi dress cantik,terus laju-laju isi order form...nampak aje baju kurung yang sweet (ohh aku sangat suka sopink baju kurung sekarang,jangan tak tahu yer), terus cepat-cepat submit email...nampak yang gojes-mojes,terus pantas order...camno?
apapun,wardrobe sangat penting sebab kita boleh arrangekan our items more teratur dan senang nak diambil kan? just like this...awesome right?


nice kan?sebab tu wardrobe tu penting...dan aku percaya kadangkala seorang perempuan bukan hanya ada 1 wardrobe malahan ada satu bilik yang full with wardrobe...jangan bayangkan berapa banyak baju yang dia ada tapi bayangkan berapa banyak duit yang telah dihabiskan...hehehehe
apapun,segalanya bergantung kepada diri sendiri sebab nak buat wardrobe nih bukannya murah,based on my experience...aku pernah buat wardrobe end of last year and yang bestnya wardrobe tu kita boleh design sendiri tau...nak buat macam mana,pintu dia,tinggi,lebar dan termasuklah warnanya...dah design segala bagai,baru runding harga ngan tokey kedai yang korang nak tempah...bab harganya boleh tahan melayang jugak duit aku,hu3...yelah,sah-sahlah regenya bukan sekupang dua,mau k k jugak...hu3
apapun,kita akan rasa puas hati sebab segala items dapat disusun dengan baik sekali...ngeh3
wahh gitu....

tapi ada jugak perempuan yang ada wardrobe tapi tak tahu menyusun dengan baik,ohhh so sadis...just look this!!


sampai tak tahu camne lagi nak cari segala pakaian yang nak...hadooi,rajin-rajinkanlah diri anda wahai wanita...maybe perlu ambik bibik kut,hahahaha
tapi sepatutnya dah beli besar gedabak punya wardrobe,susunlah elok-elok supaya segala kemas,tak cepat berkedut dan mudah untuk digapai...
tapi kan aku rasa selain daripada artis,sah-sah cikgu pun memerlukan wardrobe tau...yelah,dah hari-hari kena pakai baju kurung,tak kan lah nak ulang baju sama seminggu dua kali??berdasarkan pemerhatian aku pada insan-insan yang bergelar guru yang berada dalam family aku lah,baju diorang g ngajar tersangatlah banyak dan pelbagai jenis pattern corak irama...haaaaaa,memang full lah satu almari..aku sendiri pun walaupun berada di pedalaman,tapi almari baju aku JUST ada 30 pasang baju kurung aje,hu3...aku bajet cukup untuk satu bulan tanpa berulang...hu3 (just lah sangat kan?)
hahahaha,berlagak dan riak nampaknya di situ...
tu aku yang berada di pedalaman,macam mana plak dengan guru-guru yang berada di luar bandar??bandar??tak dapat bayangkan..tapi bukan semua guru macam tu tau,sebab ada yang jenis low profile aje...semuanya bergantung pada diri sendiri lah kan?

apapun,bukan hanya artis,guru malahan aku rasakan semua perempuan ada wardrobenya yang tersendiri...walau tak besar atau apa sahaja saiznya,namun itulah wardrobe yang menempatkan segala keperluan harian dan barangan kesayangan kita kan?

opps,sebelum terlupa...teringat seorang member yang betul-betul menjaga kekemasan wardrobenya sampaikan bila buka aje pintu wardrobenya,kita akan jumpa sign-sign macam ni...

hahahahahahahahaha,gelak panjang-panjang and puas-puas dulu...memang tersangat melampau bagi aku...tapi semuanya mengikut diri masing-masing lah kan?selagi tak menyusahkan orang,buat ajelah...

oleh itu,walau bagaimana rupa bentuk pun wardrobe kita,lets gantung board ni macam ni yer...


jumpa lagi entry akan datang,wassalam

~ hujung minggu dah datang,dan kali ni aku memilih untuk memerap tanpa keluar langsung dari sekolah...should i will be ok??nanti aku story yer...hu3~







Silent Reader...Baik atau Buruk???

Saturday, April 13, 2013

Assalamualaikum...
Jumpa lagi di new entry,hu3..hari ni ada topik yang aku nak share iaitu......


Mesti ada yang tertanya-tanya apsal pilih tajuk common sangat macam ni??ehh...suka hati aku lah kan,blog aku kan....so ngoks!hahahaha
ok,meh aku bagi definisi sikit menurut kamus aku edisi ke-5,silent reader ni maksudnya orang yang membaca/mengikuti cerita atau perkembangan  seseorang tanpa orang tu mengetahuinya sama ada melalui blog atau apa saja sumber rujukan yang ada...kira ala2 stalker lah,tapi silent reader ni lebih kepada blog..kalau stalker tu dah menjurus ke arah 24 jam asyik nak baca status facebook ke,twitter ke atau apa saja laman sosial yang ada sekarang...stalker tu macam nak menjaga tepi kain orang sikit,hahaha...kain lah sangat kan?baju tak nak jaga sekali??hu3...

ok,back to topic..sebenarnya ramai orang yang suka menjadi silent reader kepada sesebuah blog,yelah hanya nak tahu atau membaca sahaja yang ditulis oleh blogger tanpa memberi sebarang komen,like atau share...aku tak nafikan, aku jugak merupakan silent reader kepada beberapa blog terkenal dan aku lebih suka bersikap begitu dari memberi sebarang komen,just baca saja....silent reader sangat banyak kut terutamanya kepada blogger terkenal,setiap kali blogger tu update aje entry n post kat status facebook dia,maka selepas tu berdesup lah semua orang serbu blog dia n nuffnang pun akan melonjak sekali...hebatnya penangan blogger terkenal kan?

ok,sebenarnya bagi aku silent reader ni ada baik dan buruknya....yang baiknya kalau orang yang membaca apa-apa yang ditulis di blog tu menjadikan bahan tulisan tu sebagai panduan atau untuk menambah pengetahuan...sometimes tak selalu (walaupun sebenarnya banyak kali) blogger suka mengupdate pasal diri atau hal peribadi masing-masing kat blog,blogger juga suka share perkara-perkara yang best macam makanan,makanan,makanan dan makanan....hahahaha,sawan makanan berlaku sekarang pada aku,hu3..
dah-dah,serius back,blogger pun kadang-kadang suka share banyak perkara yang mungkin ada yang tak tahu atau tak pernah dengar,so dengan entry macam tu,ia dapat menambah pengetahuan pada pembaca kan?


dan,silent readers ni juga kadang-kadang suka baca blog someone tu mungkin sebab dia admire giler ngan blogger tu,kalau blogger perempuan selalunya followers pompuan suka baca sebab nak tau blogger tu sopink kat mana,apa barang dia beli,nak tengok mekap camne dia pakai,bakal suami,tunang atau pakwe dia macam mana...haaa,tu memang kerja-kerja followers pompuan lah tu,hahaha
macam aku selalu buat zaman dahulu kala...ngeh3 
dan kalau blogger tu pompuan n follower dia adalah lelaki,mungkin disebabkan lelaki tu minat tahap cipan kat blogger tu...so,banyak sebab kenapa berlakunya silent readers dalam dunia blogging...


NAMUN BEGITU!!! haaa....bila aku menggunakan huruf besar ada banyak maknanya,hehehe
namun begitu,ada juga silent readers yang berniat jahat,eeeeeiii....kejamnya!cehh...belum bagitau sebab apa dah cakap kejam,ntah pape lah...hu3

kenapa aku cakap ada silent reader yang berniat jahat?ok,kadang-kadang ada silent readers yang follow blog someone hanya semata-mata nak dapatkan bahan daripada entry blogger tu untuk dijadikan sebagai bahan umpatan,bahan kutukan,bahan cacian,bahan fitnah,bahan ejekan dan segala jenis bahan lagi lah kecuali bahan masakan...hahahaha
biasalah dalam dunia ni,kadang-kadang ada manusia yang busuk hati yang lebih sukakan melihat kejatuhan orang lain daripada memberinya semangat..lumrah alam katakan.
dan jangan tak tahu,ada jugak silent readers ni yang sanggup korek,gali blog seseorang blogger semata-mata nak dapatkan sesuatu untuk dijadikan bahan cerita a.k.a penambah dosa sendiri..hu3

silent readers yang macam ni memang ramai kut aku rasa,kalau tak....tak kan lah artis-artis selalu dihimpit kontrobersi apabila gambar zaman lampau diupload dan dijaja orang yang tak bertanggungjawab hanya semata-mata kerana nak tengok artis tu jatuh,dan sekarang bukan artis aje,ahli politik,pendakwah malahan orang biasa pun ramai yang kena.
dan adakalanya mungkin jugak orang yang menjadi silent reader ni adalah kawan kita sendiri,teman sekerja,bekas suami/isteri/tunang/pakwe/makwe malahan mungkin saudara mara yang nak tengok kita merana dan sengaja nak menjaja kisah kita untuk dijadikan bahan "ketupat dicicah rendang" di waktu senggang..
(nama pun waktu senggang,maybe ni hobi yang disukai kut)

untuk blog aku nih,aku tak kisah sangat kalau ada silent reader sebab blog aku nih ada counters yang akan kira siapa yang masuk dan view...dan yang menjadikan aku sangat tak kisah lagi ialah kerana tuan punya blogger ni telah mengupgrade setting blog yang menjadikan seseorang owner blog boleh detect siapa yang masuk view blog,bila masuk dan dari mana...haaaaaaaaaa,sangat-sangat bagus dan aku nak wish a lot of thanks kepada blog...hik3
siap buat analisis kut untuk setiap entry yang orang view..

apapun,untuk semua silent reader yang just suka baca untuk saja-saja blog aku nih,ada hadiah istimewa untuk kamoo semua...inilah hadiahnya:


apapun,silent reader ni tak salah dan semuanya bergantung kepada niat kita sendiri yang membaca blog seseorang,tepuk dada tanyalah niat hati...sama ada nak tambahkan pahala blogger ataupun untuk mencari pengetahuan aje..
jumpa lagi di next entry,wassalam

~thanks kepada silent reader saya...saya tahu siapa anda tau,hehehe~

Pengajaran Secara Diktator ala-ala Hitler Bermula

Tuesday, April 09, 2013

Assalamualaikum...
Alhamdulillah,masih dapat berjumpa lagi di entry baru...sungguh kerajinan aku kan?
hahaha,sempena bulan kelahiran aku ni,aku nak mencoret sebanyak mungkin perkara kat blog kesayangan aku nih..

ok,sebenarnya entry kali ni aku nak cerita pasal pengajaran secara diktator ala-ala Hitler..hahaha,mesti ada yang tertanya-tanya..apa benda nih?
ok,sebagai seorang guru kelas merangkap guru Matematik Tahun 6,aku kena bijak menghandle bebudak dalam kelas...memandangkan budak-budak Tahun 6 tahun ni sangatlah mak jemah nya (terlalu banyak mulut),so aku kena mencari satu method yang sesuai untuk handle diorang....

memang di akui nak handle budak ni bukan senang,tapi kita kena bijak...masa awal-awal tahun dulu,aku memang baik giler ngan diorang sampaikan bila aku marah pun,diorang boleh buat main-main ngan aku...tapi aku sabar lagi sebab ini merupakan pengalaman pertama aku mengajar Tahun 6 + aku nak suasana pembelajaran lebih santai sebab aku nak habiskan silibus dengan cepat dan juga nak diorang betul-betul faham..

tapi sekarang.....no more baik-baik lagi!!diorang sekarang macam dah naik kepala,asal aku cakap sepatah,berpatah-patah diorang akan balas balik...sekarang ni aku memang mula mengamalkan pengajaran Hitler...haaa,padan muka diorang,ngeh3
dulu,aku boleh di kawtim lagi bila ada yang tak bawak buku,tak siap kerja,buat perangai,tak buat pembetulan,tak bawak kertas...
tapi sekarang,NO MORE!!

hambik ko,huruf besau terus tu...dan pengajaran ni baru aje aku mulakan minggu ni memandangkan aku dah habis silibus dan sekarang tengah buat revision semua topik dari Tahun 4,Tahun 5 dan Tahun 6 jugak...tak siap kerja aje,adalah akibatnya yang diorang dapat,suara aku sekarang memang macam petir+perit telinga bila didengar...tapi aku takdelah kejam sangat nak selalu denda bagai tapi aku nak ingatkan diorang yang aku nak diorang serius untuk menghadapi UPSR nanti..
sekarang ni memang sangat berubah diorang,bila aku cakap aje..

"esok,cikgu nak ada 9 biji buku atas meja cikgu sebelum perhimpunan pagi,kalau tak cukup...kamu tunggu apa akan jadi"

dan esok,memang sebelum aku sampai bilik guru lagi,dah elok terletak 9 biji buku...ngeh3,
(9 biji buku sebab anak murid aku ada 9 orang aje,sekolah aku kan SKM)
memang sejak aku jadi Hitler jadian ni,semua kerja akan ok..diorang tak banyak bercakap lagi dan lebih fokus bila buat kerja...
aku bukan tak suka bila diorang bercakap tapi bila diorang bercakap,diorang dah lupa fokus pada kerja...tu yang aku lebih suka diorang diam.
apapun,aku tak tahu sampai bila method Hitler aku akan digunakan...selagi aku mampu dan berdaya,aku akan buat...penat kut jadi Hitler sebab kadang-kadang aku terpaksa jadi garang walaupun mood aku masa tu ceria dan sedang bergumbira.

oklah,jumpa lagi di entry akan datang...hu3
wassalam

~ penat bila kita perlu menjadi orang lain tapi ia perlu sekiranya membawa kebaikan~


Nasi Ayam Penyet Yang Awesome

Saturday, April 06, 2013

Assalamualaikum...
Jumpa lagi di entry baru,rajin betul aku update entry sekarang kan?hahaha...konon-konon menyayangi sangatlah blog aku ni...apapun,hari ni adalah hari hujung minggu rite?so,biasanya hujung minggu aku akan dihabiskan di bandar Sibu tapi minggu ini aku takde mood nak keluar,lagipun jari aku sedang membengkak sekarang...agak susah nak pegang stereng + aku juga ada kelas tambahan untuk murid Tahun 6 (baru aje habis kul 10.30 tadi)...so,minggu ni melepak sajalah kat rumah kuarters guru aku ni...(tapi esok tetap keluar jugak,he3)

ok,back to story utama...tadi aku ada cakap yang aku habiskan hujung minggu aku di Sibu kan?so,setiap kali aku ke Sibu,adalah menjadi KEWAJIBAN untuk aku menikmati hidangan yang paling mantop sepanjang aku duk Sarawak ni iaitu nasi ayam penyet..opps,bukannya ayam tu penyet sebab dilanggar motokar tapi ayam tu digoreng dengan sangat rangup n dicicah dengan sambal yang tervery delicious nya...hahahah

ok,harga satu hidangan ayam penyet tu cuma RM6 sahaja untuk kedai yang aku selalu makan tu lah...ada jugak harga RM7..
apa yang best pada nasi ayam penyet ni??
jap2,nak bagi ko terliur kan...aku paste gambar seketul,hik3


ok,inilah contoh nasi ayam penyet yang selalu aku makan (maaf pada tuan blog,saya pinjam gambar awak jap yer)...sebenarnya,kesedapan nasi ni terletak pada sambal dan ayamnya...kedai ni akan goreng ayam HANYA APABILA DIORDER SAHAJA,apa yang aku tulis nih?haishh...maksudnya,bila kita order,baru dia akan gorengkan ayam tu...so,masa kita makan tu,ayam tu masih panas-panas lagilah...sedap wooooo.
yang best lagi kan,siap boleh request nak bahagian mana...(aku selalu mintak bahagian dada lah sebab banyak isi)
ayam tu pulak kan,rasa dia punyalah rangup and entahlah apa ramuan yang dia letak,tapi memang sedap giless...

ok,faktor lain yang jadikan dia best ialah SAMBAL!!sambal dia memang awesome giler wa cakap lu...selalunya bila kita order,dia akan bagi sambal dalam mangkuk kecik tapi disebabkan aku ni pelanggan tegar kedai tu,so aku memang mintak siap-siap 2 mangkuk kecik sambal...hahahaha (tamak haloba betul aku nih)
sambal dia tak pedas giler sangat and takde lah tak pedas langsung (sekali lagi ntah apa yang aku tulis nih),kira ngam-ngam lah rasa dia...sesuai ngan mulut aku yang suka pedas 60% aje dalam masakan...ngeh3

lepas tu,nasi ni akan dihidang jugak bersama-sama kangkung yang dicelur,timun,kubis dan kacang panjang yang turut dicelur...memang kena betul lah ngan selera aku sebab aku ni peminat tegar ulam-ulaman...bila korang dah makan nasi ayam penyet ni kan,confirm dah tak pandang kiri kanan,bunyi mulut atau sibuk nak layan hp canggih manggih korang tu...(perumpaan yang agak melampau aku berikan untuk kesedapan nasi ayam penyet nih nampaknya,hik3)
sebab biasanya bila aku lepak ngan member-member aku memang kitorang khusyuk+tawadduk+fokus+tumpukan perhatian hanya pada nasi ayam penyet kitorang...hahahaha

so,kalau korang ada tersinggah,tersampai atau terlanding kapal terbang kat Sibu,jom lah singgah makan nasi ayam penyet kat kedai nih...gerai ni terletak di pawagam lama Star Cineplax berhampiran dengan Wisma Sanyan...port makan ni sentiasa full ngan orang sebab semuanya makan nasi ayam penyet nih....aku tak ingat plak apa nama kedai ni sebab tak fokus pada namanya bila dah sampai sini...hahahaha

untuk nak menambahkan kesedapan bila korang menjamu kat sini,silalah order sekali minuman yang meletup iaitu Teh C Special....memang satu pakej combo yang menjilat jari dan menambahkan inci pinggang seluar korang...hahaha,rasanya aku dah buat entry Teh C Special,jap aku selongkar blog....(punya r semangat nak paste kan link untuk korang)
huhuhu...tak jumpa lah plak,cari sendiri lah dalam blog aku nih...hehehehe

oklah,itu aje yang aku nak share hari ni...ada beberapa lagi menu best kat sini tau yang aku nak share dalam blog aku nih,tapi next time lah yer...tunggu datang mood makan dulu,haha...ngoks.
jumpa lagi next entry...wassalam

~sengaja update pasal nasi ayam penyet minggu ni sebab aku kan tak keluar ke Sibu,so tak dapet nak membaham nasi yang awesome nih....huwaaaaaaaa (lupa agaknya tengah off nasi sekarang,huh!)~

Kalau Dah Namanya Darah Manis...

Friday, April 05, 2013

Assalamualaikum semua...
Hari ni hari Jumaat n hari yang baik,tapi hari yang agak malang sikit buat aku nih...plis refer back to entry title,huk3

Sebelum aku mulakan entry yang panjang menggila,sila nikmati gambar berikut terlebih dahulu,hahahaha...




ok,mesti korang tertanya2 kan,"kenapa nih?", "apsal nih?', "what happen?"...cehh,konon betul...
sebenarnya kisahnya ialah aku telah DICAKAR N DIGIGIT OLEH KUCING JANTAN...rasanya sangat awesome...ngeh3
ok,back to cerita asal,minggu ni adalah minggu aku bertugas n as usual setiap pagi memang akan ada perhimpunan pagi antara murid dan guru bertugas...
so,pagi tadi..kami pun berhimpunlah dan aku telah melihat seekor kucing jantan yang bernama Hitam (sebenarnya kucing tu ialah kucing sekolah dan dipelihara oleh salah seorang guru di sekolah aku)...kucing dah 2 minggu buat hal dengan mencakar murid-murid tanpa sebab..

so,masa aku nampak kucing tu pelik sebab dia merapatkan diri giler ngan sorang budak perempuan Tahun 3,aku pun suruhlah budak perempuan tu berpindah ke tempat lain supaya tak dicakar kucing tu...tapi betapa malangnya nasib aku bila kucing tu menyedari aku telah mengarahkan budak perempuan tu pergi tempat lain,maka dengan sekelip mata (serius memang sekelip mata),kucing tu terus melompat n menerkam aku...dia menggigit jari manis aku belah kanan,siap tergantung kejap selama 2 saat..

masa tu aku sangat terkejut dan tindakan spontan aku melempar kucing tu menyebabkan kucing tu mencakar belakang budak tahun 3 yang lain plak..tapi nasib baik,budak tu ok aje n x seteruk aku nih...lepas tu,kucing tu blah dari tempat perhimpunan tu...hampehh sungguh.

so,aku pun bawaklah budak yang terkena cakar kucing tadi ke tempat lain n baru aku sedar,jari manis aku digigit dengan agak dalam...darah start keluar,hu3..nasib baik aku bukan manusia mabuk darah..

lepas dah setelkan budak tadi,aku pun bergerak ke bilik guru untuk sapu ubat n ketika itulah,aku menyedari aku terasa pedih dan sakit bila berjalan...aku dah pikir sesuatu n aku batalkan aje niat nak ke bilik guru tapi terus balik ke umah kuarters aku..
sampai aje rumah,sah dan cnfirm...
peha aku turut cedera jugak terkena cakaran n darah dah mula melekat kat kain aku...nasib baik hari ni aku pakai baju warna merah pink,so tak nampak sangat darah tu...

so,dengan keadaan diri yang masih terkejut,hati yang berdebar serta tangan yang menggigil..aku terus sapu minyak gamat nak bagi darah berhenti keluar n luka cepat baik..
tapi jari manis aku dah mula membengkak n berdenyut2...

as usual,aku pun bagitau kat En.Dia tentang kejadian yang berlaku n dia pun cakap...
"dahlah majlis dah x lama,jari manis plak yang cedera...lepas ni hati2"

aku pun baru teringat,yelah....tapi harap2 jari aku cepatlah sembuhnya,hu3
pastu sebagai nak tnjukkan kemanjaan aku lagi,wekks...
aku call mak aku plak...n mak aku pun cakap,
" inilah orang cakap darah manis,lepas ni kena hati2..."

jadinya hari ini,aku tak dapat mengajar dengan sempurna,macam mana nak menulis...kalau 2 jari dah cedera macam ni,nasib baik jugak aku takde banyak kelas hari ni...dapatlah aku relax,tapi bila tengok luka aku tu,agak ngeri jugak...tapi sabar jelah n mengharapkan minyak gamat dapat menyembuhkannya dengan cepat....hu3
inilah kisah darah manis aku,hope lepas ni Allah akan memelihara aku dari segala perkara yang x baik berlaku lagi...aminnnnnnnnnn.

wassalam

~dah hujung minggu,esok aku ada kelas tambahan...hu3,camno nak ngajo nih,alahaiiiiiiii....~


Spa Untuk Diri Sendiri....suka!suka!suka!

Wednesday, April 03, 2013

Assalamualaikum semua...
Rajin x aku kembali mengupdate blog kesayangan aku ni?
sebenarnya ari ni aku nak share pasal SPA!!!
bukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam tau,yang tu xde kena mengena ngan hidup aku...hehehe
ini adalah kisah seorang perempuan yang jakun apabila ke spa...hak3,aku lah tu.

Kisahnya sebenarnya mcm ni,pada hari Ahad yang lalu,aku selamat tiba di Sibu Airport dan terus bergerak ke bandar Sibu untuk check in hotel n ambik kereta aku ( i already has my own car tau!!)...pastu agak rushing and kelam kabut jugak lah + aku penat tersangat masa tuh...
so,disebabkan aku malas nak shopping barang keperluan diri n hidup esoknya,so aku decide utk ke Star Megamall aje untuk shopping barang yang perlu lah...disebabkan aku ni berkaki wedges yang berinci 4cm so,kaki aku terasa amat letih...nasib baik aku tak terpelecok kat mana2...

lepas aku sumbat semua barang yang dibeli dalam bonet kereta,tetiba!!!
haaa...hambik ko,tanda seru tu...aku ternampak spa kut,hati rasa mcm dikuis2 utk ke sana...(ada plak hati dikuis kan?mcm ayam aje...)
jap2 aku paste kan sebijik gambar dulu jap,bagi korang yang terbaca entry aku ni clear sikit...whupps,aku tak kisah korang cakap bahasa Melayu aku teruk sbb tahun ni aku tak jadi cikgu BM dah howkay..


this is a place... Emperor Reflexology Centre.

so,aku pun tengoklah perkhidmatan yang dia sediakan...ada urutan kaki,urutan badan dan urutan leher n bahu...pastu dia punya receptionist tu nampak aku then terus meramahkan diri tanya aku nak try yang mna...pastu aku pun ushar lah harga dulu kan,mana tau mahal ke sebab tempat dia nampak agak ekslusif gak...n paling bestnya masa tu dia tengah buat SALE!!!!

ok,nampak sangat aku memang melangkah dengan kaki kanan...hahaha,aku just nak buat urutan kaki aje memandangkan kaki aku tersangat amat lenguh n letih...yelah,banyak betul berjalan n drive lagi,kesian my kaki tau...gediks.
harga asal untuk urutan kaki ialah RM37 n untuk sale hanya RM22 selama 40 minit...quite nice kan??so,aku pun book lah dulu sebab dia cakap dah full time tu...aku pun tunggu selama 30 minit for my turn,walaupun agak lama tapi x terasa langsung,ini serius...(dengan nada wonderpets)

sebab aku sibuk layan internet kat hp,bila smpai turn aku...masa tu pukul 4.30pm,n for info aku memang request girl untuk buat urutan kaki aku...n memang perkhidmatan diorang terbaik,diorang ok aje n dengan senyuman memenuhi permintaan aku...

ok,mula2 girl yang urut aku tu suruh aku rendam kaki dalam air suam,sambil aku rendam kaki...dia urut leher n bahu,siyesly rasa sangat bestttttttttttt sebab aku x pernah suruh org urut...

lepas dalam 5 minit dia urut,then dia suruh aku duduk kat kerusi yang empuk n best giler serta selesa n dia pun mulalah ambik krim untuk mulakan urutan...n yang bestnya disediakan juga teh herba cina n tembikai susu untuk pelanggan serta tv yang terpasang depan mata dengan penghawa dingin yang menyelubungi suasana...agak2 apa aku rasa masa tu??
haaa.....betul!!!! rasa mcm ni...



masa tu kan,memang kadang2 agak kuat n sakit org tu urut tapi rasa sangat selesa,aku memang pejam mata terus...kadang2 buka jugak mata,sebabnya untuk ngap tembikai susu yang disediakan tu...hahahaha

masa urutan selama 40 minit sangatlah terasa cepat berlalu n kaki pun rasa best giler n ringan...after done 40 minit tu,aku pun buatlah pembayaran...then trus laju2 ambik kete,drive n balik hotel...sebabnya aku rasa sangat mengantuk n bayangkan aku balik aje hotel pada jam 7 petang terus tidur x sedar dunia smpai kul 2 pagi baru aku sedar tanpa menutup lampu,tanpa off tv,tanpa buang lens,tanpa cuci mekap...

apapun, i like spa so much....n spa is my new feberet place now,hik3..
last aku g spa masa aku umur 18 tahun,masa tu buat sauna,facial n ntah pape agi...
after dis,i want to find a nice n comfortable spa for pampered myself...

oklah,dah berjela aku menaip nih...apapun,as a girl,kita kena rajin2lah menjaga diri n kesihatan also kecantikan to become a confident woman infront others...jumpa lagi,
wassalam

~baru aje nak start mengushar gym utk fit kan body,sekali Encik Dia dah warning n said no gym for me,just skipping and jogging....huk3,takpelah,after kawin..aku paksa dia beli treadmill kat umah nanti,hak3~

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in