Cabaran dan Dugaan Nak Mengajar Tentang Duit

Thursday, April 25, 2013

Assalamualaikum...
HAPPY BUFDAY TO ME!!!!!!!!

hahaha,hari ni adalah hari bufday aku,so sempena hari yang baik ni...aku memang sengaja create 2 entry,satu entry pasal pengajaran dan satu lagi entry peribadi..so,aku publish dulu entry pengajaran hari ni.

kiranya,ni adalah luahan perasaan hati aku untuk hari ni lah...ok,tahun ni selain dari aku mengajar Matematik Tahun 6,aku jugak mengajar Matematik tahun 2..opss,sebelum tu aku nak memohon ampun dan maaf dulu sebelum menulis entry dengan lebih lanjut,tak ada niat untuk mengutuk,menghina,memperlekeh mana-mana pihak tetapi ini hanya pandangan aku sebagai seorang guru yang mengajar di pedalaman.

ok,back to story..sekarang ni aku sedang mengajar budak Tahun 2 (hanya 6 orang) tentang wang,dan mengajar mereka berkaitan wang sebenarnya merupakan satu penderaan emosi dan mental buat aku..ini kerana kanak-kanak di sini tidak pernah memegang duit dengan kerap,maksud aku mereka tidak kerap menggunakan duit dalam kehidupan kecil mereka..bagi sekolah-sekolah yang berada di bandar,kebanyakkan murid dibekalkan dengan duit keran sekolah mereka mempunyai kantin..tetapi apabila berada di sekolah pedalaman,kantin sememangnya tidak wujud dan ini menyebabkan kanak-kanak tidak membawa wang ke sekolah.

kenapa aku mengatakan mengajar berkaitan wang kepada mereka satu penderaan emosi buat aku?ini kerana,aku bukanlah seorang insan yang terlalu penyabar walaupun diakui sejak aku mengajar dan berada di pedalaman,kesabaran aku makin meningkat...alhamdulillah.tetapi,apabila pengajaran yang sama berulang-ulang terlalu banyak menyebabkan aku tidak dapat mengawal perasaan marah dan memang ada lah yang kena marah..aku bukan nak memperlekeh tetapi terlalu penat mengajar benda sama,sekarang ni aku mengajar mereka duit syiling,aku bukan sahaja bawak duit syiling contoh ke dalam kelas tetapi aku juga membawa duit syiling sebenar ke dalam kelas untuk menunjukkan penggunaan dan pengiraan yang betul kepada mereka.mereka tak dapat nak memahami nilai-nilai yang terdapat pada duit syiling,bahkan apabila aku bertanyakan soalan yang mudah seperti 50 sen tambah 10 sen pun,mereka mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab..sebelum bertanyakan soalan,sememangnya aku dah menerangkan terlebih dahulu kepada mereka tetapi betul-betul menduga keimanan aku.

ok,untuk lesson yang pertama aku masih mampu bersabar,bila sampai lesson kedua..aku mengulang lagi perkara yang sama,cuba membina pemahaman mereka terhadap wang tetapi aku masih tak berjaya dan rasanya sangat STRESSSSSSSSSSSSS....
bila aku stress,mulalah suara nak menjadi petir dan mulalah juga ada mata yang mengalirkan air hujannya (menangis lah tu).tetapi aku masih terus mencuba sehinggakan aku rasa penat dan letih mengajar benda yang sama..susahnya mereka ni,kenapa tak faham-faham apa yang aku ajar ni...hu3,but i keep my effort to make them understand and can achieve the objective of the lesson.

dan untuk hari ni,aku masih meneruskan lesson yang sama dan ALHAMDULILLAH ada sedikit perubahan kerana my kids already can make gabungan menggunakan duit 50 sen,20 sen dan 10 sen untuk membentuk satu hengget...memang minggu ni aku suruh diorang buat gabungan duit seringgit aje dulu..tu pun aku dah bersyukur,tetapi dalam 6 orang,masih ada seorang yang terkial-kial mengira dan membentuk gabungan duit..aku cuba mendekati dan mengajarnya secara individual tetapi pick up nya agak slow,tetapi as a teacher,i always try my best!!

dan esok,aku masih perlu meneruskan perjuangan DUIT  aku,hahahaha
sangat susah sebenarnya mengajar tentang nilai duit ni sebab aku yakin ramai murid-murid yang sebaya dengan murid aku di luar sana yang tidak perlu lagi di ajar tentang wang kerana mereka telah biasa menggunakannya...mungkin ini salah satu kelemahannya but setiap kelemahan pasti ada tersembunyi kekuatannya...

aku tak tahulah sejauh mana lagi aku dapat bersabar dan berusaha untuk memastikan semua murid-murid memahami tentang wang and sometimes i'm really pity them because didn't know to use the money also the coins...dis is my challenge to make them KNOW TO USE THE MONEY INCLUDE THE COINS AND ALSO KNOW TO APPRECIATE THE MONEY TOO...


wassalam

~jadi cikgu ni sebenarnya kita kena bersedia jugak untuk diuji kesabaran dan keimanan,harap aku terus mampu berjuang dalam cabaran ini~


0 comments:

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in