Cara Aku Nak Ceriakan Mood Ulangkaji

Tuesday, April 23, 2013

Assalamualaikum...
Berjumpa lagi di entry baru,rasa macam dah lama giler tak update cerita pasal sekolah,p n p dan murid-murid,rindu plak nak share kat blog....so hari ni,tetiba otak berfikir untuk share satu perkara yang aku buat.memandangkan tahun ni merupakan tahun pertama aku mengajar Tahun 6 subjek Matematik dan sememangnya aku amat daif dalam ilmu pengajaran untuk UPSR ni tapi dicekalkan jugak hati untuk buat.

Ok,memandangkan since awal bulan ni aku dah habiskan silibus untuk subjek Matematik,so...sekarang ni kitorang dalam musim mengulangkaji,mengerah otak untuk berfikir,mendidik diri untuk mengira dengan cepat dan mengumpul segala kemahiran lah...perghh,aku rasa dah macam nak g berkungfu ngan musuh aje,dah ala-ala kungfu panda dah ni...hahahaha

ok,dah-dah...jangan mengarut lagi...so memandangkan bila dah namanya mengulangkaji,memang lah kadang-kadang stress+bosan giler...yelah,dah kelas tambahan hari Isnin ngan Khamis,aku buat ulangkaji,masa mengajar ulangkaji,masa program kelas bimbingan setiap Sabtu tu ulangkaji,confirm r budak bosan kan?tapi memang lah diorang tak ngaku and tak cakap walaupun aku tau perasaan tu.

jadinya,aku telah buatlah satu benda tadi,sampai sanggup balik lambat dari sekolah hanya kerana murid-muridku,cewahh gitu...apa yang aku buat?ok,sebenarnya benda ni cikai aje tapi mungkin memberi perubahan kepada suasana pembelajaran..lagipun,kelas tu kan ibarat medan yang dikhaskan untuk guru...apa yang guru buat,itulah yang akan jadi dan suasananya memang 100% bergantung kepada guru.amboi,banyak betul aku merewang ni...dahlah,ni aje yang aku buatnya,tengok gambar dulu yer...


ok,caranya mudah saja iaitu:

1) ambiklah beberapa soalan dari pelbagai jenis buku,lepas tu fotostat...kalau boleh fotostat besar sikit yer.

2) lepas tu,sediakan jawapan bagi setiap soalan dalam Microsoft Word,then print..macam aku buat dalam kertas hijau tu.

3)then,laminate lah kesemua kertas soalan dan jawapan tadi sebab kertas kan lembek,pastu budak-budak kan jenis kasar dan nak cepat siap,takut kertas tu terkoyak plak.

4) lepas tu,guntinglah soalan dan jawapan tu satu persatu,tapi soalan tu memang hanya soalan saja yer,jangan diletak sekali jawapan A,B,C dan D tu...hu3

5) maka jadilah macam ni....


yang warna putih soalan,dan warna hijau tu plak jawapan..so,camne aku nak buat dengan segala benda ni?caranya ialah:

1) kesemua soalan akan diletakkan dalam satu bekas.

2) kesemua jawapan diletakkan dalam satu bekas jugak tapi yang lain lah dari soalan tadi.

3)lepas tu,cikgu pun memulakan peranan lah iaitu menyatakan "MULA" tapi sebelum tu terangkan dulu cara nak main game ni.

4) setiap murid dikehendaki mengambil soalan dan menyelesaikannya,cara pengiraan perlu ditulis tapi tak kisahlah kalau berterabur pun.

5) dah dapat jawapan,murid dikehendaki mencari plak jawapan dalam bekas jawapan tadi,bila dah jumpa dia kena susun soalan dan jawapan di satu tempat yang dia suka dan selamat (dalam kelas jelah yer).

6)teruskan mengambil soalan lagi dan cara di atas pun akan berulang lagi lah...

7)tiada had seorang murid kena jawab berapa soalan sebab PEMENANGnya dikira beradasarkan berapa banyak murid menjawab soalan dengan betul.

8)senang dan mudah kerana guru hanya boleh duduk diam...hahahahah,hampeh!

jadi sebenarnya itu lah yang akan aku buat esok,yelah 3 masa kut MT tahun 6 esok,dah habis game ni,aku bagi lagilah soalan macam biasa,hahaha...saja buat game sebab nak bagi diorang ceria skit dan tak mengantuk bila aku pung pang pung pang kat depan..itu aje tujuannya,hehehe

oklah,tu aje aku nak share..actually aku ada satu entry basi yang belum dipublish sebab belum siap-siap tulis lagi,nantilah kalau dia dah jadi jeruk baru aku publish yer.hahahaha
jumpa lagi,wassalam

~dah mengantuk sebenarnya masa taip entry ni,bila tengok jam...woii,ni time aku tido kut,zzzzzzzzzz~

0 comments:

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in