Pengajaran Secara Diktator ala-ala Hitler Bermula

Tuesday, April 09, 2013

Assalamualaikum...
Alhamdulillah,masih dapat berjumpa lagi di entry baru...sungguh kerajinan aku kan?
hahaha,sempena bulan kelahiran aku ni,aku nak mencoret sebanyak mungkin perkara kat blog kesayangan aku nih..

ok,sebenarnya entry kali ni aku nak cerita pasal pengajaran secara diktator ala-ala Hitler..hahaha,mesti ada yang tertanya-tanya..apa benda nih?
ok,sebagai seorang guru kelas merangkap guru Matematik Tahun 6,aku kena bijak menghandle bebudak dalam kelas...memandangkan budak-budak Tahun 6 tahun ni sangatlah mak jemah nya (terlalu banyak mulut),so aku kena mencari satu method yang sesuai untuk handle diorang....

memang di akui nak handle budak ni bukan senang,tapi kita kena bijak...masa awal-awal tahun dulu,aku memang baik giler ngan diorang sampaikan bila aku marah pun,diorang boleh buat main-main ngan aku...tapi aku sabar lagi sebab ini merupakan pengalaman pertama aku mengajar Tahun 6 + aku nak suasana pembelajaran lebih santai sebab aku nak habiskan silibus dengan cepat dan juga nak diorang betul-betul faham..

tapi sekarang.....no more baik-baik lagi!!diorang sekarang macam dah naik kepala,asal aku cakap sepatah,berpatah-patah diorang akan balas balik...sekarang ni aku memang mula mengamalkan pengajaran Hitler...haaa,padan muka diorang,ngeh3
dulu,aku boleh di kawtim lagi bila ada yang tak bawak buku,tak siap kerja,buat perangai,tak buat pembetulan,tak bawak kertas...
tapi sekarang,NO MORE!!

hambik ko,huruf besau terus tu...dan pengajaran ni baru aje aku mulakan minggu ni memandangkan aku dah habis silibus dan sekarang tengah buat revision semua topik dari Tahun 4,Tahun 5 dan Tahun 6 jugak...tak siap kerja aje,adalah akibatnya yang diorang dapat,suara aku sekarang memang macam petir+perit telinga bila didengar...tapi aku takdelah kejam sangat nak selalu denda bagai tapi aku nak ingatkan diorang yang aku nak diorang serius untuk menghadapi UPSR nanti..
sekarang ni memang sangat berubah diorang,bila aku cakap aje..

"esok,cikgu nak ada 9 biji buku atas meja cikgu sebelum perhimpunan pagi,kalau tak cukup...kamu tunggu apa akan jadi"

dan esok,memang sebelum aku sampai bilik guru lagi,dah elok terletak 9 biji buku...ngeh3,
(9 biji buku sebab anak murid aku ada 9 orang aje,sekolah aku kan SKM)
memang sejak aku jadi Hitler jadian ni,semua kerja akan ok..diorang tak banyak bercakap lagi dan lebih fokus bila buat kerja...
aku bukan tak suka bila diorang bercakap tapi bila diorang bercakap,diorang dah lupa fokus pada kerja...tu yang aku lebih suka diorang diam.
apapun,aku tak tahu sampai bila method Hitler aku akan digunakan...selagi aku mampu dan berdaya,aku akan buat...penat kut jadi Hitler sebab kadang-kadang aku terpaksa jadi garang walaupun mood aku masa tu ceria dan sedang bergumbira.

oklah,jumpa lagi di entry akan datang...hu3
wassalam

~ penat bila kita perlu menjadi orang lain tapi ia perlu sekiranya membawa kebaikan~


0 comments:

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in