Projek Amal ByHannah Couture

Tuesday, November 08, 2016

Assalamualaikum...

Alhamdulillah,dapat jumpa lagi kita disini. Kali ni aku nak share sedikit pengalaman berkaitan Projek Amal. Pertamanya,entry ni bukan nak menunjuk atau apa,just nak kongsi info maybe kepada yang tercari-cari tempat terbaik untuk buat projek amal.

Ok,as korang tahu. Aku memang sedang mengendalikan sedikit bisnes kecil iaitu ByHannah Couture (BHC). Jadinya,sepanjang 2 tahun BHC bertapak ni,memang tak pernah buat sebarang projek amal. Selalu aku dengar tapi tak pernah bertindak,aishh...teruk kan?

Kisahnya,satu hari..masa aku duk ralit layan FB,tetiba terbaca satu post lelaki yang sedang berdiri di sebelah rak yang penuh ngan barang-barang keperluan. Lelaki tu nak ucapkan terima kasih kepada orang yang memberi sumbangan sebabnya dia dapat ambik beberapa barang keperluan harian kat rak tu. Honestly,hati aku tertarik sangat-sangat. Just like siapalah boleh terfikir projek yang hebat macam ni,masyaAllah....kagum!

Then,malam tu jugak,,terus aku selongkar pejabat mini BHC kat rumah aku,hehehe...yelah,dah bilik tu aku buat semua urusan BHC,sah2 lah pejabat dia kan?Hahahaha
Aku check semua stok,memang banyak sebab lebihan masa berniaga kat booth Bazar Ramadhan hari tu. Finally,aku dapat idea why not aku buat projek amal jugak which is aku namakan sebagai #projekamalBHC....time tu kan rasa berkobar-kobar sangat. Yelah,benda baik kan...it should be excited to do!

Lepas aku dah sorting segala benda. Aku tak pasti berapa helai tudung yang ada,cumanya yang pasti more than 100 helai. Pastu,siapa yang nak jual tudung ni kan?Harga berapa kan?Haaa...masa ni,murid kelas aku seramai 6 orang volunteer nak join projek amal BHC ni. Murid aku dah Tahun 6,so takde masalah lah kalau diorang nak buat benda ni. 

Haaa,ini lah murid yang baik hati tolong teacher Husna...



Then,lepas tu...setiap pukul 6 petang (lepas diorang balik sekolah agama),diorang berenam ni akan round seluruh kampung untuk jual semua tudung tu dengan harga RM2 sahaja. Haaaaa,mahu ramai tak rembat kan?Masa ni kan,kecoh satu kampung..tudung RM2,semua orang rebut beli. Murid-murid aku pulak jenis suka,hari-hari diorang jual sampai licin. Yess,licin tudung yang beratus helai tu. Seminggu aje projek amal ni berjalan.


Tapinya,setiap perkara baik yang kita lakukan,pasti ada yang tak senang kan?Macam-macam cerita jugak yang menyakitkan telinga aku dengar,sampaikan ada seorang insan ni siap cakap..."tudung murah,takde kualiti,jahitan tak kemas,memang lah jual RM2"..

Panas telinga dan hati juga dengar,kalaulah dia tahu...satu helai tudung tu BHC keluarkan kos almost RM15 dan jual RM2 aje,hurmmm..tapi sabar ajelah kan?Awak tak suka,tak payah lah beli...haaa,gitu.
After seminggu,tudung pun sold out dan aku kira lah semua hasil jualan yang murid aku berjaya jual.
Almost RM400.Alhamdulillah,rezeki Allah untuk buat baik.

Then,aku bahagikan sedikit komisen pada murid-murid aku tu,dan yang selebihnya,aku berikan kepada Projek Gerobok Rezeki by Liyana Love Mia.
Seriously,selepas aku tengok post kat fb pasal projek gerobok rezeki ni,aku memang tertarik sangat-sangat.

Jom aku cerita sikit pasal #gerobokrezeki ni. Acually,Kak Yana ni adalah pengasasnya. Kak Yana ni akan deal ngan masjid untuk letakkan satu gerobok besar kat masjid. Then,dia akan beli barang keperluan yang kita gunakan seharian like beras,gula,maggi,sos,kicap,susu baby,pampers dan banyak lagi untuk diletakkan dalam gerobok tadi. Dari mana dia dapat duit?Dah tentu dari sumbangan orang ramai serta sedekah-sedekah insan yang berhati dermawan.

Then,sesiapa yang dalam kesusahan,takde duit nak beli barang keperluan..boleh ambik aje apa-apa barang yang dia nak from #gerobokrezeki ni. Tak perlu isi borang,kena turun naik pejabat itu ini dan macam-macam lagi kerenah yang kadangkala boleh buat umat Islam sendiri dalam kesusahan dan terpaksa melakukan perkara yang tak baik. Sebab tu aku salute sangat ngan projek Gerobok Rezeki Kak Yana ni.

That's why BHC rasa teruja buat projek amal jugak untuk bagi sedikit sumbangan kepada masyarakat. Sekarang ni aku dengar,dah banyak masjid yang terima projek #gerobokrezeki Kak Yana ni,dan sekarang pun dah masuk paper utama lagi usaha murni Kak Yana ni.Semoga Kak Yana akan terus berjuang dengan projek-projek macam ni.

Alhamdulillah,rezeki Allah tu luas kan?Sekali lagi aku nak tekankan,aku menulis pengalaman ni bukan nak menunjuk atau riak yer. Lepas aje aku setel Projek Amal BHC ni,BHC macam alami satu tsunami rezeki. MasyaAllah memang betul,bila kita menghulurkan...pasti akan ada yang lebih baik akan diberikan. Walaupun dalam kepala aku tak pernah pun fikir pasal duit bila buat benda macam ni, Aku just mintak Kak Yana tu tolong doakan anak-anak murid aku berjaya dalam UPSR aje. Sebab diorang memang calon pilihan sekolah. (tetiba rasa sebak).

Rezeki BHC semakin bertambah lepas projek amal ni.Kalau dulu modal setakat 1k sebulan untuk beli stok,jual atau pass pada agen. Tapi sekarang,alhamdulillah seminggu boleh capai 5k akan dihabiskan untuk stok dengan agen yang ramai dan bersemangat.Rasa nak menangis sebab tahu betapa susahnya nak BHC berdiri macam sekarang.

So,kepada korang semua yang terbaca atau membaca entry istimewa aku kali ni,if berminat nak sedekah/derma,bolehlah ke FB Liyana Love Mia yer. Insyallah Kak Yana ni akan balas pm korang dengan baik sangat.

Itu aje dari aku kali ni,moga Allah memberkati kita semua hendak-Nya.
Wassalam



 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in