Deko dan Keceriaan Kelas Tahun 4 Arif

Thursday, July 30, 2015

Assalamualaikum
Hari ni rasa nak update sesuatu pasal sekolah pulak. Dah lama tak sharing tentang apa yang aku buat kat sekolah. Upsss,sebelum tu nak wish Happy 1st Anniversary dulu kat diri sendiri ngan suami,hari ni 30 Julai 2015 genap setahun dah kami bernikah,rasa macam cepatnya masa berlalu..pasal anniversary hari ni,ada something jugak aku nak share..tapi entry tu kena update lepas ni sebab ada suprise sikit..hehehehe

Ok,berbalik kepada tajuk entry kali ni..aku rasa dah ramai jugak yang tahu aku ni memang gilerkan keceriaan,tu pun if ada yang rajin scroll baca previous entry aku lah. Setakat ni,paling ramai view kat entry pusat sumber aku kat sekolah lama. Alhamdulillah,ramai yang jadikan entry tu as inspiration diorang. Terima kasih lah kepada yang sudi membaca entry tu. Jadi hari ni,aku nak share pulak pasal keceriaan kelas aku untuk tahun ni.

Tahun 2015 ni aku masih lagi bergelar guru kelas walaupun dah bertukar ke sekolah baru. Agaknya muka aku ni memang ada sinar untuk jadi guru kelas kut,hahaha. Aku diberikan tanggungjawab untuk jadi guru kelas Tahun 4 Arif. Hurmm,kelas 4 Arif ni adalah bilik Pendidikan Seni,makanya adalah bahagian-bahagian tertentu yang dah dihias..tapi takdelah banyak sangat. Pada mulanya,aku tak lah bersemangat sangat nak menghias bagai sebabnya aku berperang ngan alahan time tu. Sangat malas dan tak larat. Tapi apabila pihak pentadbiran sekolah telah memilih kelas aku untuk mewakili Tahap 2 as kelas contoh untuk abad 21,makanya nak tak nak aku perlu melakukan sesuatu.

Nak menghias kelas ni,tips pertama yang aku nak share ialah sebagai seorang guru kelas,kita mestilah sanggup BERKORBAN. Yes,benda ni sangat penting. Kita bukan aje perlu berkorban masa,tenaga malahan wang ringgit sekali tau. Tapi janganlah ko guna semua duit sendiri,buatlah kutipan dari budak kelas sekali. Yang tak cukup tu lah yang kita perlu topup. Untuk kutipan kelas,aku kutip RM20 bagi setiap murid,budak kelas aku ada 24 orang..maka dapatlah aku kutip RM480. Nampak macam banyak kan?Tapi sebenarnya tak cukup pun sebab barang nak menghias agak mahal.
Untuk tips menghias kelas yang kedua pulak,korang pilihlah apa-apa tema untuk kelas korang,baru rasa seronok dan ada pandu arah bila nak membeli barang/perhiasan. Tak kisahlah nak tema kartun ke,warna ke,corak ke asalkan mudah dijadikan panduan aje bila nak menghias. Untuk kelas aku,aku memilih tema pink purple sebagai tajuk utamanya. Dah nama cikgu perempuan kan? So,nasiblah kaler pink pun...hehehehe
So,jom tengok satu-satu apa yang aku buat kat kelas 4 Arif ni.

1) Langsir

Untuk langsir,sememangnya bilik yang dijadikan kelas 4 Arif ni dah ada langsir tapinya tak berapa nak cantik dan kemas. So,aku gantikan dengan langsir yang baru, Nak ada langsir,dah tentu kena cari kain dulu kan? Jadinya,aku beli kain langsir kat kedai kat rumah aku aje iaitu Laila Rawas. Kebetulan Laila Rawas tu memang sedang memberikan harga sale yang kaw-kaw sebab masa tu diorang dah nak bankrap ( orang cakaplah ), aku pun apa lagi carilah kain yang sesuai. Aku memilih kain berwarna purple yang mempunyai kualiti sederhana tapi cantiklah di mata aku. Yelah,duit nak menghias bukannya banyak,so aku kenalah pandai pilih sesuatu yang berkualiti tapi murah.

Kain langsir ni aku beli dalam 20 meter kut dengan harga RM53.10 aje. Kira murahlah tu. Pastu aku suruh budak kedai tu potong ikut panjang tingkap siap-siap. Opps,lupa plak..sebelum nak cari kain,pastikan ukur dulu tingkap kelas korang yer. Dah siap potong, aku mintak tolong pulak cikgu sesekolah ngan aku tolong jahitkan. Nasib baik kebetulan dia tengah nak jahit langsir kelas dia jugak,kira aku tumpang sekaki lah. Dah tu,tak bayar apa-apa pun. Terima kasih banyak-banyaklah Kak Liza yang tersangat baik hati...hehehe

Bila dah siap,nak gantung pulak kan? Aku beli pulak dawai yang gantung langsir warna hijau tu. Aku tak tahu apa nama dia tapi harga dia murah aje. Then,siaplah bahagian langsir kelas aku. Ni lah gambarnya..

2) Alas Meja Murid & Sketting

Alas meja murid pulak aku memang dah set nak guna tikar getah. Sebabnya aku sangat tak suka meja yang diconteng-conteng dan aku jugak tak nak merisikokan diri dengan menggunakan kertas pembalut hadiah. Biasalah budak kan,bukan tahu jaga betul-betul kalau gunakan pembalut hadiah as alas meja diorang dan aku pun bukannya rajin sangat nak ganti baru kalau benda tu terkoyak. Maka,jalan paling selamat ialah tikar getah aje.

Tikar getah pun aku beli kat kampung aku jugak,kat kedai yang biasa aku pergi. Maklumlah nak kawtim harga punya pasal. Aku ukur dulu siap-siap meja murid then aku beli ikut berapa meter yang aku perlu. Tikar getah ni aku pilih warna pink. Dah siap beli,aku mintak tolong plak ayah ngan adik-adik aku tolong potongkan ikut ukuran meja murid. Terima kasih my beloved family yang sudi membantu. Untuk alas meja ni,semua murid kelas aku akan dapat warna pink kecuali ketua dan penolong kelas sahaja,meja diorang alas warna hijau. (lari tema sikit sebab aku guna lebihan tikar getah umah aku aje).

Then,bila siap potong semua..aku gunakan hari Sabtu lah sebagai mangsa untuk pasang semua alas meja yang berjumlah 24 keping tu,penat jugak tapi nasib baik aku minat.

Disebabkan aku ni sukakan kekemasan,makanya aku tengok sangat tak comel bila nampak lebihan tikar getah kat meja tu. So,aku buatlah pulak sketting meja untuk setiap anak murid aku. Alas meja diorang dah warna pink kan?jadi aku pilih purple untuk warna sketting diorang. Untuk kain sketting,aku gunakan kain jenis satin biasa aje yang harga murah tapi berbaloilah. Aku habiskan dalam RM100 aje. Haaa...kat sini masalah muncul sebab takde sape nak tolong jahitkan sketting untuk 24 meja. Puas jugak aku mencari tailor kat sekitar Jerantut dan Dungun tapi semuanya tak nak sebab diorang cakap cerewet. Last sekali,mak aku lah yang ambik alih kerja ni bila dia tawarkan tailor feberet dia kat aku. Tailor mak aku ni selalu tolong jahitkan langsir untuk rumah kitorang dan tak dinafikan hasil jahitan dia sangat berdouble-double superb. Tapi bila ko dah hire tailor yang superb,silalah maklum upahnya pun sangat superb jugak. Maka,aku pun redha ajelah bila mak aku bagitau harga upah,upah lagi mahal dari kain kut tapi takpelah demi kelas tersayang,aku on aje. Hasilnya??memang superb lah,sketting tailor tu buat sebiji macam ukuran aku bagi...I salute you,Kak Mun!! Thanks also to my mother...

Inilah alas meja dan sketting meja kelas aku...

3) Bunga dan bakul

Untuk kelas abad 21,murid-murid mesti diletakkan secara berkumpulan. Sebabnya untuk abad 21,kita nak terapkan konsep student centered bila belajar. So,untuk kelas aku ni..aku pecahkan murid mengikut kumpulan secara berempat dan aku mixkan ability diorang jugak supaya diorang dapat saling tolong-menolong.

Bila meja dah bergabung empat,sangat kosong pulak aku nampak atas meja bila takde apa-apa. So,aku pun belikanlah bunga dan bakul untuk diletak atas meja setiap kumpulan. Bunga tu aku gubah sendiri aje sesimple yang boleh (sebabnya aku tak pandai menggubah),pastu letak aje dalam pasu. Tak nak bagi nampak sangat span hijau dalam pasu,aku rembat pulak batu-batu putih yang suami aku beli untuk hias pokok-pokok dia dan letak dalam pasu bunga aku. Nasib suami aku baik...terima kasih hubby.
Bakul?? Aku letak aje sebelah pasu bunga di setiap meja dan fungsi bakul tu untuk letak pensil diorang ke,apa ke yang boleh diorang kongsi dalam satu kumpulan. Biasanya bakul tu sangat berguna bila aku buat aktiviti grouping. Untuk bakul,bunga dan juga bunga atas meja guru (yang ni aku suruh kedai gubahkan). aku spend dalam RM117. Dah banyak jugak kan tapi takpe asalkan cantik. Ni gambarnya yer...


4) Meja Guru

Untuk meja guru pulak,aku pilih alas meja purple polkadot dan sketting warna pink. Sketting ni aku dah tak upah tailor,aku just jahit tepi yang mengambil kos RM5 sahaja dan buat sendiri aje lipatannya bila nak pasang. Lagipun aku letak renda yang berjurai di sekeliling meja,maka tak nampak sangatlah lipatan yang aku buat tu. Tapi meja guru ni aku letakkan plastik atas dia nak bagi kemas and tak nak kain alas tu kotor. Then,aku letak aje bunga meja yang dah aku suruh kedai gubahkan tu. Siap!! Kos untuk meja guru pulak dalam RM50 rasanya (aku sendiri pun tak ingat). Ni lah meja guru kelas aku...


5) Hiasan Kelas

Untuk hiasan ni,aku banyak gunakan info dan nota-nota dari group-group kat Facebook yang seriously sangat banyak membantu. Antara group terbaik ialah Koleksi Cikgu Anis, T-cher Collection, Koleksi BBM dan beberapa group lagi. Sangat berterima kasih pada cikgu-cikgu yang banyak sangat sharing ideas kat situ. Untuk kertas yang aku guna,aku pilih sendiri kertas warna yang striking gitu sebab kertas warna cepat pudar kalau lama. Then, kertas laminate pulak sekolah sponsorkan,terima kasih sekolah. Nasib baik aku ada mesin laminate sendiri,senang kerja betul bila ada masa free terus boleh buat. Upss,ink printer pun sekolah sponsorkan. Mekasih sekali lagi sekolah. Tapi nak print,laminate segala tu memang memerlukan banyak masa. Kebiasaanya aku akan buat hujung minggu lah,tu pun kalau aku larat...hehehe.
Malas nak bebel dah,aku pastekan pic aje yer...


6) Banner Kelas

Ini benda pertama yang aku sangat excited buat kat kelas. Zaman sekarang dah moden kan,so tak payah susah-susah nak pening kepala,aku tempah aje. Semua banner aku tempah dari group kat Facebook iaitu BBM Stuff dan Keceriaan Sekolah. Harga sangat ok dengan kualiti yang sangat baik. Banyak jugak aku borong kat sini sekali ngan banner bilik SPBT (bilik khas aku) tau. Memang sangat berpuas hati lah. Nah aku share pic lagi...


Rasanya itu ajelah yang aku nak share berkaitan deko dan keceriaan kelas kat kelas aku ni. Diharapkan sedikit idea daripada entry aku ni dapatlah membantu guru-guru yang nak menghias kelas. Walaupun agak lambat aku up entry ni tapi still boleh membantu mana-mana guru yang nak tambah keceriaan kelas.

Tips yang ketiga yang aku nak share jugak ialah menghias kelas ni perlu disekalikan dengan minat dan sabar. Sebabnya benda macam ni memerlukan masa yang lama,barulah dapat menghasilkan keceriaan yang berkualiti. Aku sendiri mengambil masa 2 bulan kut untuk setelkan semua hiasan dan alhamdulillah aku sangat berpuas hati. Pssst,kelas aku juara bertahan Keceriaan Kelas kut dari awal tahun sampai sekarang,hehehe....alhamdulillah.

Jumpa lagi next entry,wassalam.


0 comments:

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in