Penawar Sakit Pinggang

Tuesday, October 28, 2014

Assalamualaikum

Mesti ramai yang selalu kena sakit pinggang kan? Kalau perempuan mesti dah biasa,yelah selalu kena msa PMS kan? Actually,aku nak share kisah sakit pinggang aku. Around sebulan yang lepas, aku mengalami sakit pinggang yang agak kronik dan sakit pinggang aku ni hanya akan menyerang dengan teruk bila waktu petang sampailah ke waktu aku nak tidur.Waktu pagi dia ok aje,tengahari plak dah mula rasa sengal-sengal. Mula-mula, aku relax aje tapi sakit pinggang aku makin lama makin menjadi-jadi plak..waktu paling aku tak tahan bila duduk lama-lama,then nak bangun...adeeei,siap jalan tertonggek-tonggek sebab cover pinggang punya pasal.

Akhirnya,last week adalah kemuncaknya apabila aku langsung tak boleh bergerak dari bahagian pinggang hingga ke bawah...sakitnya Allah sahaja yang tahu,satu umah kut bau minyak angin aku. Nak sembahyang pun,aku sembahyang duduk aje...( errr,sebenarnya mula-mula nak sembahyang tidur tapi nampak macam ngeri sangat aje kalau buat macam tu) . And malam tu aku tidur awal giler.

So,nasib baiklah last week hubby aku datang sebab dia sedang berschool holiday untuk Deepavali               ( Sarawak tak cuti howkay). Makanya mak aku kirimkan ubat sakit urat dia sebab katanya maybe urat aku yang teruk. Ayah aku plak siap ajarkan senaman untuk pinggang kat aku,siap call setiap malam kut untuk pastikan aku buat..sayangnya mereka pada aku kan? I love u both.. wink3

So weekend lepas,kitorang pun pergilah Klinik Specialist kat Sibu. Dahlah mula-mula salah masuk klinik,lawak giler kut...ingatkan klinik.sekali amoi kat kaunter tanya aku,nak buat rawatan akupuntur ataupun urut..aku ngan hubby tercengang and sah-sah kitorang masuk klinik tabib..yang tak leh tahannya blah macam tu aje..ha3
lepas tu,baru kitorang masuk klinik yang betul. Doktor tu tanya macam mana aku boleh jadi macam tu and aku pun ceritalah kehidupan aku kat pedalaman ni. Lepas tu doktor tu ketuk dengan kuat kat tulang belakang aku and bahagian pinggang...perghhh,masa tu rasa macam nak ketuk doktor tu balik sebabnya sakit woooooooo...

Pastu doktor tu pun explain lah...sebenarnya urat pinggang aku dah tegang akibat aktiviti seharian aku yang terlampau banyak menggunakan pinggang. Yelah,mana taknya 3 tahun duk pedalaman mengangkut air dalam baldi berat-berat,yelah basuh baju kan? tak kan pakai air satu baldi aje..dah tu setiap kali keluar atau masuk sekolah naik perahu yang confirm menghentak-hentak bontot dan pinggang akibat ombak kuat,nak buat camno...and satu lagi disebabkan duduk yang terlalu lama..and dalam fikiran aku cuma flight,maklum lah sejak berkahwin ni kuat jugak aku travel sana sini.

Makanya untuk memastikan sakit pinggang aku elok sikit,diulang ek...elok SIKIT,doktor tak benarkan aku angkut air dalam baldi untuk kuantiti yang banyak dan aku WAJIB pakai penahan pinggang a.k.a bengkung supaya urat pinggang aku dapat kembali normal. Kalau tak,doktor kata pinggang aku akan jadi makin teruk. Naik perahu pun kena pakai bengkung jugak kut...jadinya kepada yang sakit pinggang,boleh cuba bengkung.

Doktor bagi jugak aku ubat tahan sakit,muscle pain and benda apa ntah lagi tapi MALANGNYA untuk aku,aku alergik pada ubat tu..hu3 (kesilapan sendiri sebab tak inform doktor awal-awal). Bengkak kut mata aku...simptom biasa bila aku alergik ubat..Last-last aku makan ubat yang mak aku kirim aje iaitu ULTRACET..


inilah ubatnya...boleh cuba cari di farmasi yer.

Dan ini pula merupakan sahabat sejati aku sejak minggu lepas..memang kamceng r ngan diorang sekarang.


Inilah bengkung dan ubat yang sentiasa aku makan dan guna sejak minggu lepas. Kat mana nak cari bengkung ni? Ok..ada banyak tempat boleh dicari,yang pertama kat kedai sukan..korang tanya dia alat yang orang guna untuk main gym,penahan pinggang lah kiranya..kalau takde,korang boleh ushar kat Guardians,dia ada banyak saiz ikut ukuran pinggang korang dan harganya RM98.90 kalau tak silap aku. Tapi masa tu,saiz aku nak takde kat Guardians,jadinya aku beli kat Watsons aje..actually benda aku beli ni twist trimmer iaitu bengkung untuk kecikkan pinggang sebenarnya sebab dia ada sauna sekali,yelah susah sangat nak jumpa..pssst,harga dia cuma RM10.90 aje tau,murah kan?hik3...Opps,cara pemaikaiannya mudah aje. Korang just lilit ketat-ketat kat pinggang,bak kata doktor yang aku jumpa..

" barulah urat tu tak lari..."

Jadi kepada sesiapa yang sakit pinggang macam aku,boleh cuba 2 benda ni yer..insyallah dapat membantu. Alhamdulillah minggu ni pinggang aku rasa ok sikit,takdelah sakit sampai nak rukuk pun tak boleh. Yang penting kita berusaha mencari penawar kan? Malam-malam tu sebelum tidur,boleh sapu minyak angin supaya otot ngan urat-urat tu tak tegang sangat akibat seharian bekerja..

Wassalam

~ sakit itu kifarah dosa kan?maka kita perlu bersabar..insyallah ada sesuatu yang baik menanti ~

4 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum kak..sy ada terbaca post akak ni..so far makan ubat tu pinggang jd ok x?sbb sy pun ada masalah yang sama baru2 ni..

Una Husna said...

Alhamdulillah dik,so far ok lepas ambik ubat tu tapi tak boleh ambik kerap sangat sebab dia painkiller yang agak kuat. Sorry dear for late reply..

Unknown said...

boleh jugak kalau nak cuba bengkung kesihatan premium beautiful.. memang best! sakit pinggang period pain pun boleh hilang. scoliosis dan slip disc pun boleh pakai 😃

Anonymous said...

kalau anak masih menyusu badan boleh juga ke makan ultracet nih?

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in