Belum Gurukah Aku?

Monday, October 27, 2014

Assalamualaikum

Mood sekarang tengah berpecah belah..bukan sebab aku period tapi disebabkan oleh murid-murid. Hari ni kesabaran aku dah tak mampu mengontrol tindakan bila aku marah budak sehabis daya aku. Rasa sedih nak menangis sangat tinggi sekarang...hu3

Kisahnya begini, awal tahun ni aku diberi tanggungjawab untuk mengajar Tahun 5 subjek Matematik. Muridnya memang sikit aje iaitu 8 orang..yer,aku tahu mesti ada antara korang akan gelakkan aku sebabnya masih merungut kena mengajar 8 orang murid aje. Tapi aku mengajar murid yang berada di pedalaman Sarawak. Aku bukan nak mengutuk Sarawak yer,sebab aku tahu murid-murid yang berada di pedalaman even di Semenanjung pun mesti akan bersikap begini. Ok,sambung cerita lagi....makanya sejak awal tahun aku berusaha keras mengajar mereka mengikut silibus yang ditetapkan dan alhamdulillah bulan 8 hari tu,aku dah habiskan silibus.

Memang niat aku nak habiskan silibus awal sebab aku nak buat banyak latihan pengukuhan supaya diorang boleh menguasai dengan baik setiap soalan. Aku mengajar mereka dengan cara yang sama seperti aku ajar budak Tahun 6 tahun lepas iaitu lebihkan latihan. Dari awal tahun aku selalu tekankan supaya mereka bulatkan keyword dalam soalan terutamanya Kertas 1 supaya senang otak diorang nak generate idea nak selesaikan soalan tu...yup,ada yang buat and ADA yang tak ikut. Kadang-kadang bila aku pantau,baru mereka sibuk nak bulatkan keyword. Yes,mereka buat tu untuk aku,bukan untuk kefahaman mereka.

Dan sekarang,dan hampir ke penghujung tahun 2014...maksudnya juga dah 2 bulan aku buat ulangkaji ngan mereka tapi apa yang aku nampak perubahan yang ada pada mereka hanya sedikit. Dalam 8 orang,hanya 2 orang yang bulatkan keyword...hurmm,buku aktiviti diorang pulak suci bersih tanpa sebarang pengiraan sedangkan dah banyak kali aku cakap,kira aje di sebelah soalan supaya senang nak rujuk bila nak buat ulangkaji lagi nanti.

Dan hari ini merupakan kemuncaknya...dalam 8 orang tu,ada beberapa orang yang kantoi TAK MEMBUAT SEBARANG PENGIRAAN...mentang-mentang soalan tu kertas 1,ada pilihan jawapan..makanya diorang main tibai aje tanda ikut sesedap rasa. Sedangkan bagi aku,mereka tak bodoh langsung tapi tahap kemalasan mereka tu yang menyebabkan itu terjadi. Hati cikgu mana tak sedih,rasa nak menangis dalam kelas jer tadi bila ingat balik,sebab aku rasa macam 10 bulan aku mengajar SIA-SIA aje...tak berguna langsung. Yelah,apa yang aku ajar mereka tak praktik langsung. Memang ada seorang dua yang mendengar kata tapi aku nak mereka semua berjaya,mengubah kehidupan masing-masing di pedalaman ni. Mengubah bukan hanya dapat banyak duit tapi membuka minda mereka kepada dunia luar. 

Aku tak tahu apa salah aku,aku tak tahu apa yang aku buat tak kena...memang aku bukan guru cemerlang,memang aku bukan guru terbaik tetapi aku berusaha..sebabnya masa Tahun 4,mereka langsung tak dapat apa-apa. (aku tak nak cerita hal tu)

Belum gurukah aku???

Wassalam

~ semoga aku sabar dan tabah ~

0 comments:

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in