Hilangnya Sahabat

Tuesday, October 21, 2014

Assalamualaikum..

Mood bersedih+mood sakit become together waktu menulis ni. Actually,aku sangat bersedih ngan berita kematian seorang rakan baik waktu sekolah menengah dulu.Namanya Izzatul Huda bt Abd Ghaffar,aku panggil huda aje. Kawan yang sangat baik ngan aku sebab kitorang share macam-macam benda dulu.Family pun saling datang ke rumah yang menunjukkan betapa rapatnya kitorang.

Semalam, 20 Oktober 2014 jadi detik yang sangat mengejutkan buat aku bila menerima berita kematiannya. Sahabat aku ni disahkan mengidap kanser kelenjar tahap 4. Serius aku sangat terkejut sebabnya tak sangka sebegini cepat Allah mengambil nyawanya.Namun segala-galanya telah ditetapkan,kita sebagai manusia redha ajelah kan.

Dulu,kami selalu study sama-sama sampailah masing-masing membawa haluan sendiri kerana mengejar cita-cita.Yup,hubungan kami agak renggang sedikit sebab busy sesangat tapi dia sentiasa dalam ingatan aku. Kami still berhubung thru whatsapp ngan sms biasa. Sehinggalah awal tahun ni aku menerima berita tentang penyakitnya. Masa tu sangat terkejut tapi sentiasa memberi kata-kata semangat untuk dia.

Masa bulan puasa ari tu,aku ada menjemput dia datang ke majlis perkahwinan aku tapi dia menyatakan tidak dapat menghadirkan diri kerana masih admit kat ward. Dan inilah mesej terakhir dia buat aku pada hari perkahwinan aku...


Sungguh,aku rasa sangat terkilan sebab tak dapat melawat dia walau sekali.Lagi-lagi bila baca blog dia yang menyatakan apa gunanya bergelar sahabat walau tak pernah mencuba sekali pun untuk menziarahnya. Deep!!

Tapi sebagai sahabat yang sentiasa mengenangnya,aku sentiasa akan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat. Sempat juga semalam aku sedekahkan Yassin buatnya walaupun sekarang aku tengah berperang ngan sakit pinggang. Sakit tu kifarah dosa kan? So,moga-moga aku tabah ajelah menghadapi sakit pinggang yang sedang berlangsung pada diri aku sekarang. Al-fatihah buat arwah Huda yang sangat aku sayang. Sesungguhnya dikaulah sahabat terbaik.


selamat tinggal sahabat,moga-moga rohmu dicucuri rahmat Yang Maha Esa...aminnn.

~ sakit pinggang yang aku hadapi ni mungkin sikit aje berbanding sakit yang ditanggung sahabat aku ni ~

0 comments:

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in