Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Sunday, February 02, 2014

Assalamualaikum..
Sihat ke semua yang membaca ni?Aku sihat aje,maklum lah 3 hari bercuti sempena Chinese New Year..hepy new year for those yang menyambutnya. Sepanjang cuti 3 hari ni,aku just duk bertapa kat sekolah menyiapkan kerja-kerja sekolah aku yang perlu disiapkan.Lagipun kalau nak meronda pun,nak gi mana...Sibu,Mukah n Dalat ni semuanya cina,dah sah-sah r kedai tutup.Ok,selesai sesi mukadimah aku..back to topic entry.

Aku nak tanya,sape yang sedang membaca entry ni adalah follower sejati citer Bukan Kerana Aku Tak Cinta?Sila angkat tangan!Sah-sah aku orang pertama yang angkat tangan,hahaha


Bagi aku cerita ni sangat sweet dan memang menyentuh hati kalbu aku nih,walaupun ceritanya takde kena mengena pun ngan hidup aku. Nak tau macam mana aku boleh terjebak ngan cerita ni? Ni semua pasal cikgu yang sesekolah ngan aku iaitu Yam atau nama glemernya Yell yang menghasut aku untuk tengok cerita ni. Setiap kali datang hari Isnin sampai Rabu kul 10 malam,maka datanglah si Yam ni kat umah aku untuk tengok cerita ni..sebabnya umah Yam ni takde tv.Aku yang sememangnya takde cerita yang aku follow,maka aku layankan jugaklah sekali. Dah lama-lama,aku rasa macam best lah pulak cerita ni. Nak-nak bila muncul watak Jebat..fuhhh,rasa macam alahai macho nya watak dia. Seriously,aku rasa sesuai sangat Sharnaz Ahmad bawak watak Jebat,aku suka semua pasal watak ni..paling utama dialog dia yang spontan dan lucu..tu yang menambah-nambah rasa suka aku kat cerita ni. Dah tu watak Mastura tu plak gedik yang amat pun ok lah walaupun kadang-kadang aku rasa memang over tahap tingkat 46 lah kan.

So,sejak aku jadi follower sejati ni,memang setiap hari Isnin,Selasa and Rabu aku akan tido kul 11 lah walaupun sejak aku duk Sarawak ni,kul 9 malam tu aku dah lena dibuai mimpi dah. Kadang-kadang si Yam ni tengok yang ulangan aje tapi aku plak yang beria-ria duk tunggu kul 10 malam tau..kira aku ni sekarang dah jatuh tahap kronik dah sebabnya bayangkan cerita ni diulang kul berapa,semua aku tengok..even 100 kali ulang pun,aku masih setia tengok.Kalahkan si Yam plak...hahahaha

Apapun,aku tahu ramai yang follow cerita ni..so kepada followers semua,ketahuilah bahawa cerita ni lambat lagi akan tamatnya sebabnya ia 60 episod...sekarang baru episod 24 and si Jebat dan Mas tu baru aje kahwin.Psst,aku suka betul episod yang dia kawin tu sebab aku rasa comel aje,hahahaha...kalau si Yam baca apa aku tulis ni,mau dia gelak and sindir aku sebabnya aku punyalah cakap gediklah si Mas,itulah,inilah...padahal aku sendiri suka tengok..^__________^

Last aku nak cakap ialah,bagi aku cerita ni ada banyak pengajarannya..yelah,jangan terlalu angkuh atau sombong dengan apa yang kita ada sekarang sebab mana tahu satu hari nanti,kita akan menyesal dengan sikap yang begitu. Macam Jebat yang menyesal ada tatoo kat badan dia tu..haaa,kalau tengok cerita,jangan sekadar tengok aje,tolong pikirkan sekali intipati cerita..barulah ada maknanya tengok tv tu,takdelah nampak macam membazir masa sangat. Oklah,jumpa lagi next entry..jangan lupa tengok Jebat dan Mas malam esok tau..wassalam.

~sekarang dah bulan Februari,tak sabarnya aku menantikan bulan Mac ni...seriously sangat2 tak sabar,nak sengih lebar2 ni..hehehehe ~

2 comments:

yellz don said...

Best best..xpe...sy xgelak pon...sy heppi jek sbb ade jugok teman nak nengokkk....

una husna said...

hahaha...mekasih lah cik yell oooi.

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in