Pengalaman Yang Pertama sebagai Satu Kekuatan... (PSS punya hal)

Saturday, May 05, 2012

Assalamualaikum...
Hari ni aku mencoret lagi,coretan diri yang kebosanan tanpa ada sesiapa di sisi...
Hari ni Sabtu,tapi aku rasakan detik sangat lama berjalan,mungkin kerana aku terlalu mengawasi pergerakkannya kut,maklum r sekejap2 tengok jam sekejap2 tengok jam..

Pagi tadi aku rasa better sebab aku ada kelas tambahan...aku sengaja buat kelas tambahan untuk murid-murid aku supaya aku x bosan di hujung minggu...baik aku g mengajar diorang,lagipun exam dah nak stat isnin nih...
Kelas tambahan aku stat kul 10.30 pagi,so pagi2 tu aku ada projek lain dulu...aku ajak 3 orang budak tahun 5 tolong aku gergaji kaki meja sebab aku nak buat meja jepun untuk kegunaan dalam Pusat Sumber ...maklum r aku kan guru perpustakaan,hu3
aku buat meja ni sebab aku sangat2 kesian tengok murid-murid masuk dalam pusat sumber n time nak tulis tu,ada yang terbongkok meniarap,xtahu nak tulis kat mana.
alhamdulillah,tak sampai satu jam 4 meja dah berjaya dipotong kakinya...meja tu semua meja yg dah x berguna lagi sbb masa aku buat permohonan nak buat meja tu,GB aku cakap xde meja,kalau nak jugak,selongkar stor PJ sendiri...
hurmmm....aku ni dahlah pompuan,tapi pasrahkan jelah hati...
memang aku selongkar betul2 stor PJ,cari meja yang teruk tapi masih ok untuk diguna..

masa aku angkat meja tu,anak murid aku cakap
"cikgu ni kuat jugak,patut jadi lelaki lah cikgu ni.."

aku diam aje,teringat plak kata-kata ayah aku yang sebenarnya aku ni nama aje perempuan tapi kekuatan dalaman aku sebenarnya macam anak lelaki...

lepas tu,aku selongkar plak bilik KH sebab nak cari gergaji,tukul,paku n pita pengukur...pastu aku ukurlah kaki meja,tandakan tempat nak potong guna paku aje...
tiba-tiba sorang lagi ank murid aku cakap...

"cikgu ni macam tukang kayu aje,biasanya cikgu lelaki aje yang pandai..."

aku senyum aje,teringat lagi kat ayah aku...dulu,aku rajin sangat tolong bapak aku buat itu ini,guna tukul segala mak nenek bagai,inilah hasilnya...miss my father so much,hu3

pastu aku arahkan diorang untuk gergaji kaki meja lepas aku dah tanda semua...untuk pengetahuan korang,kanak-kanak yang tinggal di pedalaman ni sangat suka kerja-kerja yang menggunakan fizikal dan daya,mungkin kerana persekitaran mereka yang mengajar mereka kut...kalau dalam kelas,dengar aku duk ngajar BM ngan MT,mulut asyik menguap aje...hu3

akhirnya pukul 10.15 tadi,siaplah meja aku tapi x sepenuhnya sebab belum dihias lagi...yelah,meja kan dah buruk,takkan nak letak macam tu aje dalam PSS..memandangkan masa tu dah nak stat kelas tambahan aku,so aku biarkan dulu..
lepas aje tamat kelas tambahan aku,aku sambung balik kerja-kerja aku tadi,mula2 aku pasang pembalut hadiah atas meja,pastu sampul ngan plastik plak...yelah,nanti kotor plak..
dah siap tu,aku pasang plak sketting sekeliling meja jepun aku tu...memandangkan masa aku ambik alih jawatan ni,aku tengok banyak sangat kain satin yang x diguna,so aku gunalah jadikan dia sketting....lepas dah siap pasang utk 4 meja,akhirnya kerja aku siap..
puas hati ngan hasil kerja aku,aku senyum sorang2..
inilah dia hasil kerja aku...




sebenarnya aku bukan nak berbangga atau bermegah tapi masa first time aku datang,PSS sangat teruk...bagaikan satu tempat yang telah terbiar 10 tahun,dengan rak yang tak tersusun,buku berterabur,fail berhabuk,tikar getah yang koyak padahal stok baru tikar getah dah lama sampai...aku bukan nak salahkan cikgu PSS yang lama tapi urmmm sepatutnya faham2 lah kan...

dah tu,bila je aku pegang jawatan tu,terus ada jer anasir2 yang cakap PSS itulah,PSS inilah,teruklah,apalah...aku diam aje n just terfikir nape masa 4 tahun cikgu lama pegang tak cakap kat dia??bila time aku,pandai plak komen itu ini..
so,sabar yer cikgu Husna...
sejak hari tu memang banyak aku kena hentam terutamanya GB lah tapi aku kuatkan semangat supaya sabar...
aku ubah PSS tu bukan 100% lagi tapi dah 200%...aku tukar sendiri tikar getah yang baru,ubah susunan rak,hias PSS macam orang nak kawin,gantung benda tu,gantung benda ni,tampal itu,tampal ini n lastly projek meja jepun aku tu...
utk fail plak,aku berterima kasih teramat pada cikgu lelaki sekolah aku yang sanggup tolong buatkan rak fail...now,my PSS very2 cute walaupun simple aje...kurang2 bila org masuk,orang akan bertemu dengan satu keadaan baru...sejak aku mulakan projek makeover aku ni,aku tak dgr lagi sebarang hentaman dari mana2 pihak TERMASUK GB aku...

hurmmm...aku sangat berpuas hati dgn keadaan PSS skrg dgn pengawas PSS yang sntiasa bertugas setiap hari (ni pun sebab arahan tegas aku dgn muka garang yang ugut akan pecat diorang kalau x bertugas,he3)
sekarang ni,hati aku mcm melonjak2 plak nak ke PSS selalu sbb suka dgn keadaan dia...

well,apa yang penting daripada pengalaman aku ni,korang mesti tau macam mana cara nak tutup mulut orang yang dengki...then,lantaklah diorang nak cakap apa lagi...yang penting,ikhlaskan hati dan buat kerja kita sendiri...

oklah,ni aje pengalaman yang aku nak share ngan korang hari ni...
wassalam

notakaki : ada cikgu sekolah aku siap ambik gambar agi keadaan PSS skrg n puji belakang aku...i just said, Alhamdulillah Ya Allah kerana permudahkan urusanku...^____^

2 comments:

Anonymous said...

Tahniah cikgu..cikgu beginilah yang kita cari.bersemangat dan mencurahkan bakti bkn shj 100%..malah 200% usaha diberi..jadilah penyapu baru yang sentiasa cantik dan berguna kepada tuannya.

Tuan Empunya said...

terima kasih anonymous...

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in