Playboy?Playgirl?Kenapa Perlu Ada?

Sunday, May 06, 2012

Assalamualaikum...
Hari yang agak serabut sebab tengah siapkan kertas kerja sempena Hari Guru n pada msa yang sama tengah pikir tentang dokumen yang nak kena bawak untuk g kursus PPGB (Program Pembangunan Guru Baru) esok...dalam serabut2 ni sempat gak aku online fb,sambil dgr radio n update blog ni hah...

Hari ni aku takde apa nak share just terfikir n tertanya2...ni sebenarnya soal hati lelaki.
Aku agak pelik sket,aku nak tanya lah kenapa lelaki yang beranggapan dia ada rupa atau dia ada harta yang terlebih sikit,pastu dia mula akan buat konon2 dia hot giler n mula nak bersikap macam playboy??

Rupa n harta tu kekal ke?sampaikan dengan menggunakan 2 perkara tu boleh menyakitkan hati wanita yang lain?tapi sebenarnya bukan lelaki aje,ada jugak perempuan yang macam tu...
aku kadang2 terfikir kenapa bila jer ada rupa sikit/harta,mula r nak cuba pasang lain,nak try tackle awek/pakwe baru...tak kesian ke pada pasangan yang berjanggut duk setia kat dia sorang??
mentang2lah pasangan dia tu setia,baik hati pastu sesuka hati jer nak buat apa2,konon2 pasangan dia akan tetap menanti n memaafkan apa yang dia buat...nyampes.

actually,aku bukanlah sedang emo sebab aku kan tengah buat keje,cumanya aku terfikir bila ada kawan aku citerkan problem dia + aku sendiri pernah merasa keadaan ni dulu...
tu yang aku terfikir n tertanya2...
bagi aku sekiranya kita dah jumpa yang terbaik walaupun mungkin pasangan kita tu kurang dari segi rupa n harta,tapi apa salahnya menghargai dia dengan sebaiknya...dia juga mempunyai hati dan perasaan yang perlu dijaga n sekiranya dah rasa macam menyampah/tak suka tengok dia lagi,just let her/him go...jangan seksa dia lagi..
kejarlah apa yang korang nak kejar sangat tu,sebab bagi aku sekali dah jumpa yang terbaik,buat apa mahu berpusing/melihat pada yang lain lagi...
bukankah Islam telah berkata bahawa perkahwinan ini melengkapkan diri kita bagi mana2 aspek yang berkurangan?
kalau yang lelaki handsme,mungkin yang perempuannya kurang sikit cantiknya..
kalau yang perempuan cun melecun,mungkin yang lelakinya kurang machonya..
tu kan maksudnya melengkapkan??Allah tu Maha Adil,Dia x berikan semua kesempurnaan tapi Dia menyempurnakan dengan adanya pasangan...

apapun kepada yang membaca entry aku ni mungkin ada yang terasa,aku mintak maaflah sebab bukan niat aku tapi sometimes aku geram dengan sikap sesetengah orang yang amat berbangga dengan rupa/harta yang mereka ada...kalau Allah nak tarik sekejap aje,so x perlu nak berbangga sangat pada perkara yang x kekal tu..

kepada yang mungkin melakukan apa yang aku cakap tadi,insaflah kerana mungkin pasangan yang anda ada sekarang adalah yang TERBAIK n hargailah dia sebaik mungkin...jangan sampai anda kehilangannya barulah anda tersedar tentang kewujudannya dalam hidup anda...

"Ketika anda berjalan merentasi sebuah padang,ambillah sehelai rumput yang paling cantik dan terbaik yang anda rasakan,teruskan perjalanan hingga ke hujung padang dan jangan menoleh lagi pada rumput-rumput yang lain kerana rumput di tangan andalah yang terbaik yang Allah kurniakan dan juga Allah gerakkan hati anda untuk mengambilnya...hargailah rumput itu dengan semaian baja dan siramlah dengan air yang secukupnya untuk memastikan rumput itu sentiasa hijau dan segar untuk selama-
lamanya"

notakaki : menghargai masa yang aku ada sekarang...hu3


0 comments:

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in