Class Deco 6 Arif 2016

Monday, September 05, 2016

Assalamualaikum dan hi...

Hari ni update entry dengan semangat baru memandangkan blog dah bertukar wajah. Tema blog mengikut citarasa aku sekarang iaitu chevron+owl..superb!! Thanks to my designer 😬😬

Memandangkan sekarang murid dah mode UPSR exam,makanya cikgu pun ada masa lah nak buat kerja lain sikit. So,aku update entry lah. For those yang dah biasa baca blog aku ni,dah tahu yang aku memang sentiasa akan update class deco for each year. Memandangkan setiap tahun,aku tak pernah miss jadi guru kelas...hu3

Tahun ni aku jadi guru kelas Tahun 6. Semangat menghias tahun ni rajin sikit sebab aku buat sehabis baik memandangkan aku nak guna balik apa sahaja yang aku dah perabih untuk tahun ni. Banyak jugak lah ongkos yang dikeluarkan tapi pejam mata aje bayar. So,jom tengok apa yang aku buat as usual...aikkk,sebelum tu jangan lupa tetapkan tema kelas siap-siap yer supaya senang korang nak decide apa-apa.

Langsir

Aku mulakan dengan langsir. Untuk langsir,aku beli kain di kedai feberet aku iaitu Defa Trading di Jerantut. Aku pilih kain langsir yang ada kualiti sikit dengan harga yang masih berpatutan (hasil kawtim kaw-kaw punya ngan tokey kedai). Opss,sebelum aku beli kain ni,aku ukur dulu ukuran tingkap and mintak tailor langsir mak aku bajet untuk ukuran langsir. Lepas dah settle beli kain,aku beli plak menda renda-renda dia tu. Kali ni,langsir aku buat ada gaya sikit,konon nak nampak stylo gitu. Almost 2 months jugak menanti langsir aku ni siap sebab kena que dulu,hasilnya?Ni haaa...


Amacam,stylo ke idok langsir gaya aku?Siap ada reben-reben lagi tu,hahahaha...thank you kak mun as usual.

Skirting

Untuk tahun ni,aku still menggunakan skirting.Skirting last year,aku dah sedekah kat budak Tahun 5 sebab ada terguna duit kelas diorang jugak. So,tahun ni memandangkan aku menggunakan tema torqoise pink,so skirting aku pun berwarna pink lah. Untuk skirting ni,kainnya aku beli di Defa jugak sebab harga dia murah tau,seriously sangat. Skirting pun kak mun yang jahitkan jugak. Dah siap,pasang aje untuk 30 meja. Jeng...jeng...jeng...


Kelas Dato Vida sangat kan?Hehehehe...upss,untuk alas atas meja tu,tahun ni aku guna kertas pembalut hadiah aje pastu aku letak plastik atas meja diorang. Part ni aku sarankan kepada guru kelas Tahap 1 tak payah buatlah sebabnya kelas aku yang Tahun 6 ni pun koyak rabak plastiknya after 1 month,memang nak naik hangin jugaklah. Untuk pembalut hadiah tu,aku beli yang 30pcs terus,satu helai kertas tu jatuh harga RM0.30 aje tau,murah2...kat mana aku beli?Kat Dungun aje.

Meja dan Kerusi Guru

Tahun ni sebab aku guru kelas Tahun 6,makanya aku buat yang kebaboom sikit konon2 nak bagi semangat kat guru-guru Tahun 6 nak ngadap UPSR,hehehe. Pastu aku sendiri tak duduk sebab asyik berdiri aje sepanjang mengajar. Untuk alas meja guru ni,aku still gunakan tema sama iaitu torqoise pink jugak. Aku siap but scarlop sendiri kut,hahahah..untuk alas kerusi pulak,as usual kak mun yang baik hati tolong jahitkan,siap ngan reben besar kut..aku?Suka yang amatlah.


Zoom sikit,hehehehe


Papan board Kelas

Memandangkan kain board kelas aku ni yang tahun lepas punya dah koyak-koyak,so aku belikan kain baru dengan tema torqoise pink polkadot. Tampal di board belakang dan depan then baru aku hias. Board tengah aku letak kain warna pink,dua board kiri kanan dia warna tprqoise.Atas board pun,aku beli kain satin warna kuning dalam anggaran 3 meter tak silap aku konon nak buat macam langsir dia. Siap layur ngan lilin tau,tak nak bagi berbulu. Kalau tengok dari jauh memang nampak macam nice,tapi kalau pergi dekat..haru nampak hitam2 bekas lilin,hahahahah


Untuk info board,aku banyak ambik bahan dari group fb Tcher Collections,sangat membantu. Selebihnya,aku fotostat daripada buku rujukan aje. Haaa,tahun ni aku banyak sangat berhabis untuk banner. Kalau tahun lepas habis around RM200,tahun ni almost RM500...hahahaha,aku beli banyak banner sebab nak motivate budak untuk belajar rajin-rajin nak ngadap UPSR. Dari depan kelas sampai belakang kelas sampai luar kelas pun,aku guna banner.


 Ni bahagian luar kelas


Nampaklah ceria sikit kan bahagian luar ni. 

Jadual Waktu,Tugasan dan Carta Kehadiran

Untuk segala benda ni,aku dah tak larat nak buat jugak tahun ni. Yang ni aku tempah jugak tapi kat satu page di FB,aku lupa plak nama page nya. Tapi untuk 3 jadual yang aku pilih,its only RM30 tau...besar dia saiz kad manila.


Ni board depan,ada carta kehadiran,carta organisasi dan peraturan kelas. Semua tempah sebab boleh recycle balik.


 Yang ni pulak untuk jadual waktu dan jadual tugasan. Tak payah pecah kepala nak deko-deko lagi,yang tinggal cuma tampal aje. Senang koje cikgu,hehehehe

Pintu Utama

Untuk pintu utama,aku masih gunakan banner jugak. Serious tahun ni malas benor sebab banyak kerja lain lagi menanti. Aku pilih welcome banner ngan adab belajar.




Ni pintu kanan




Ni pintu kiri,comel lah tu kan?

And this is my whole class,sampai ke atas penuh ngan banner kata-kata semangat.








Hurmmm,aku rasa itu ajelah yang aku nak share tentang class deco aku tahun ni. Alhamdulillah,class aku still dapat anugerah kelas paling ceria for Tahap 2. Actually,aku bukan nak menunjuk atau bertanding bab ni tapi dia lebih kepada jiwa aku yang memang suka menghias walaupun berhabis banyak. Aku suka mengajar dalam kelas yang cantik,bersih,kemas dan teratur. Walaupun students bawah jagaan aku tahun ni quite menguji keimanan tapi dengan suara harimau dan mata yang tajam,diorang masih boleh jaga kelas dengan baik.

Aku harap dengan entry ni dapatlah membantu mana-mana guru yang nak menghias for next year. Aku bukan sengaja post entry keceriaan ni lambat tapi kekangan masa sangat menyeksa aku. Insyallah tahun depan aku post cepat2 yer tapi still use benda sama ngan tahun ni. Aku recycle balik semua benda tahun ni for next-next year selagi aku bergelar guru kelas.

Jumpa lagi next time and please pray for my students to get their best result. Aku sangat berdebar kut. Moga2 adalah insan yang dapat 6A insyallah.

Wassalam.

0 comments:

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in