My first bakti

Thursday, March 08, 2012

Assalamualaikum...
bertemu lagi di hari penantian terakhir aku...hahaha,esok kan dah jumaat..tak sabarnya menantikan saat itu,saat aku dapat bertemu dengan semua orang yang aku sayang...

ok,back to the tajuk entry...ari ni aku nak tunaikan janji,yelah dah janji nak citer pasal sekolah aku kan?entry semalam aku dah bagitau sekolah aku namanya...SK Kampung Kebuaw,Dalat,Sibu Sarawak...sekolah ni kategori Pedalaman 1 (P1),maksudnya??
dapat elaun lebih rm500 tiap2 bulan...hahahaha
sekolah aku ni tepi sungai,so memang pengangkutan utama n WAJIB kalau nak keluar dari sekolah ni ialah perahu atau express bot...

ok,sambung citer lagi ek...sekolah aku ni adalah sekolah terbaik di daerah Dalat ni,so memang glemer lah sgt sekolah aku ni walaupun setiap tahun,sekolah aku lah paling ramai cikgu2 mintak ditukarkan...hahaha
sekolah aku ni penuh dengan pelbagai akiviti n masa mula2 aku datang,aku terus diberikan sedebuk guni kerja yang memang pada dasarnya,hakikinya,realitinya aku tak tahu langsung apa nak buat....hu3,ni macam dah masuk sesi luahan hati plak,opss...silap2 nanti aku cter pasal luahan hati aku plak...
majoriti murid di sekolah aku ni ialah Kristian n hanya 5% shaja Islam,thats y sekolah aku ni takde ustaz atau ustazah...

sekolah aku ni jugak adalah kategori Sekolah Kurang Murid (SKM)...yelah,dr pra sekolah sampai tahun 6,hanya ada 64 orang student sahaja...diulang yer,64 orang sahaja...guru plak termasuk aku ada 12 orang aje...tu yg kalau buat mcm2 program,hmpir smua cikgu akan kena...

lepas tu apa lagi ek aku nak citer?haaa...perjalanan dari sekolah ke Sibu atau Dalat..sekolah ni aku kan tepi sungai,so hanya hujung minggu yang boleh aku relaxkan kepala,tu pun kalau GB sekolah aku tak buat apa2 program...kalau katakan hujung minggu tu aku nak kuar g pekan Dalat,maka perjalanannya ialah...

1)mula2 aku kena naik perahu dari sekolah ke Sungai Kut....sg.kut ni mcm satu persinggahan lah,naik perahu dalam 15 minit..byrnnya rm10.

2) dah sampai Sg.Kut,aku kena naik prebet plak,biasanya aku akan panggil En.Sunny,dia ada kancil..kat sini,kita kena banyak ada contact nama prebet atau perahu,baru senang kita nak gerak...so,perjalanan dr Sg.kut ke pekan Dalat dlm 15 min dgn tambang rm3 sahaja...boleh jugak kalau nak naik van tapi aku ni jenis malas menunggu,kalau nak naik van,selagi van tu tak penuh,selagi tu dia x jalan...

3) bila dah sampai pekan Dalat,bolehlah beli apa sahaja yang aku nak...tapi pekan ni biasa2 aje,just ad 4-5 deret kedai sahaja,very2 limited..tapi ok lah. semua kedai kat sini akan tutup pada jam 6 n after 6,korang xkan nampak satu kedai pun buka...so,sgt x happening kan?aku pernah gak stay hotel kat Dalat ni bersama2 geng2 aku,amat menyedihkan sbb malam x dpt mkn...kedai mana yang buka??n kat pekan ni jugak,hanya ada DUA sahaja kedai islam yang HALAL ok...senang cter,kat sini mmg org Islam susah nak dapat makanan...

4) diingatkan jugak tau,hari Ahad pekan Dalat ni akan tutup pada jam 12 tengahari tau,hu3...sgt2 x best kan?

so,4 di atas ialah langkah kalau aku ke nak ke Dalat...skrg aku citer plak kalau aku nak ke Sibu...wahhhh,yang ni perjalanan dia agak panjang.

1)sebelum aku citer,act ada 2 cara kalau aku nak keluar dari sekolah aku ni,yang pertama naik perahu dgn tambang rm10 tapi terpksa berpanas n berhujan lah sbb dia takde atap...it just take 15 min utk sampai ke Sg.Kut..mcm aku citer tadi..

atau

boleh jugak naik xpress bot iaitu satu bot yang sgt panjang,yang boleh memuatkan lebih 50 orang dalam satu masa,berhawa dingin n berkerusi empuk...yang penting x kena panas n hujanlah,tambangnya cuma RM15 dari sekolah hingga ke Sibu...just tunggu kat jeti sekolah,pastu kalau xpress bot ni lalu,lambai aje..then dia akan berhenti di jeti sekolah...tapi ada jugak xpress bot yang amat2 x selesa sbb kotor n kdg2 ramai orang akan mabuk2,minum arak,tengok video ayam bersabung (ni pengalaman aku,sgt x suka waktu tu)....perjalanan dr sekolah ke Sibu akan mengambil masa 4 jam tau..sgt2 lama n very2 the boring,he3...sbb xpress bot ni mcm bas ting tong lah kt semenanjung...xpress bot ni kalau nak naik pagi,ia cuma ad kul 4 pagi sahaja (ni lah yang aku naik ari tu) n kalau nak petang2,dia ad dlm pkul 2 lbh n 4 lbh..
ok,hbs citer psl xpress bot...tp biasanya aku x naik xpress bot,rugi masa.

2) kalau naik perahu tadi,kita akan berhenti kt Sg.Kut kan?then,tunggu aje kat jeti Sg.kut tu,akan ad speed bot yang lalu n naik lah speed bot tu...yang ni lah yang selalu aku naik,byrnnya rm15...lbh laju n just takde only 2 hours nak smpai ke Sibu..speed bot hanya bleh muat dlm 15 orang aje dlm satu masa n dia sgt laju,walaupun tempat duduk agak biasa2 aje...hu3

oklah,dah panjang gler dah entry aku ni...aku cuba masukkan gambar sbnrnya tapi wireless sekolah agk slow...so,nnti kalau aku free aku masukkan gambar utk tatapan korang yer...jumpa agi next entry,maybe esok aku x update sbb AKU AKAN PULANG KE SEMENANJUNG............seronoknya,hehehe
jumpa lagi,salam.

nota cikgu : skrg aku jga exam paper Muzik Tahun 6,kelas tahun 6 ni ada 8 orang murid sahaja...he3





0 comments:

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in