A Way To Tied The Knot Part 1 (Kad Kahwin)

Tuesday, May 13, 2014

Assalamualaikum..
Hari ni aku rasa rajin nak update blog. Sebenarnya ada beberapa kawan yang request kat aku untuk share persiapan kahwin yang sedang aku lalui sekarang. Katanya boleh jugak jadi kenangan kat aku bila dah tua-tua nanti bila baca blog sendiri selain berkongsi pengalaman ngan pembaca blog...hahaha,tak leh blah ayatnya.

Baiklah,kali ni aku share sedikit pengalaman dan mungkin jugak tips kepada yang bakal berkahwin just like me..wallahweh. Ok,untuk kad kahwin ni,aku akan share beberapa tips penting sebelum menempah kad.

1) Bajet

Ini merupakan perkara yang sangat penting sebelum nak buat apa-apa perkara sekalipun. Sebabnya ketahuilah uolls bila nak kahwin,serius pakai banyak duit wooo. Untuk bajet bagi kad kahwin,korang kena tetapkan sendiri berapa harga yang korang nak spend untuk 1 kad. Contohnya korang nak satu kad harga dia under 50 sen je. Kalau korang nak jenis kad yang grand kebabom gitu,maka bajetnya haruslah lebih. Cuma satu aje aku nak pesan, kad kahwin ni memang perlu tapi tak payah kut sampai nak berhabis beringgit-ringgit untuk sekeping kad. Orang baca aje bukan simpan pun,ntah-ntah siap masuk bakul sampah lagi...kan ke dah membazir namanya. Bagi aku,pilih yang sederhana...kad ada stail tapi harganya berpatutan..^______^

2) Kuantiti Kad

Haaa...ini penting. Selepas dah ada bajet, uolls tetapkan pulak berapa kad yang nak ditempah. Lazimnya, kita akan tetapkan dulu nak jemput berapa ramai orang ke majlis perkahwinan kita. Contohnya, nak jemput 1000 orang ke majlis kita, maksudnya kad perlu ditempah dalam 500 keping aje. Sebabnya mengikut petua mak aku yang dah banyak handle majlis kahwin anak2 sedare dia, satu kad jemputan sebenarnya mewakili 2 kepala atau 2 orang. Yelah,contohnya korang bagi kad kat Pak Kadir,mestilah nanti Pak Kadir bawak bini dia sekali kan? Kan dah jadi 2 orang..haaaa,pastu pastu katakan Pak Kadir bawak anak dia 2 orang pulak,dah jadi 4 orang..itu kalau anak dia 2,kalau anak 3,4,5 camno?? So bilangan kad sangatlah penting. Jangan sampai jadi macam sorang member aku, kadnya tak cukup. Apa yang penting, listkan dulu siapa yang korang nak jemput,then baru boleh decide berapa banyak kad yang korang nak tempah.

3) Jenis Kad Kahwin

Seterusnya ialah jenis kad. Ok,ketahuilah korang ada banyak jenis kad kahwin sekarang ni. Yang comel,yang cute,yang gojes,yang unik...kira segala mak nenek kad ada sekarang ni. Sebelum aku tunjuk beberapa contoh kad hasil pemantauan aku masa nak tempah kad, aku nak bagitau dulu...kalau korang nak kad yang jenis grand atau banyak kaler-kaler,kebiasaanya harganya makin mahal lah. Tapi kalau uolls pilih kad yang simple but nice maybe ia dapat menyelamatkan bajet korang. Let me show u beberapa jenis kad yang ada...

a) kad simple

gambar ihsan google...

Ini kad yang simple but nice!!Aku suka...kad ni sekeping aje,just guna depan belakang. Kad macam ni memang murah,aku pernah ushar kat online shop dalam lingkungan 50 sen - RM1 aje kad pattern ni. Boleh request design ngan kaler plak tu. save kan?

b) kad unik



gambar ihsan google

Haaa....comelkan?cute-miut gitu. Kalau kad-kad ni macam ni pun harga masih ok.Selain unik,ia dapat memberi ingatan kepada tetamu jemputan yang menerimanya. Kalau kad macam ni harga dalam 80 sen - RM1.50...ni mengikut harga yang pernah aku ushar lah. Harganya memang bergantung kepada jenis design dan warna segala lah. Pssst,kadang-kadang ada kedai boleh bagi harga dengan rate murah tau. So,rajin-rajinkan diri "menelaah" kedai kad kahwin...hak3

c) Hot stamping






gambar ihsan google

Yesss....my olways feberet kad!!Ini kad hot stamping...kad yang aku sangat adore n impikan sejak dulu kala lagi tau. Kad ni harga dia mahal sikit tapi kalau beli dengan kuantiti yang banyak,harganya boleh jadi murah. Ada sesetengah kedai yang eksklusif, kad macam ni tapi lebih hot designnya dijual dengan harga RM1.60 sekeping tau. Fuhhh....telan air liur mendengarnya. Tapi ada aje kedai online biasa yang jual kad macam ni dengan harga kurang dari RM1. Ermmm....kad kahwin aku jenis macam ni lah,hik3

4) Tempah Untuk Dua-dua Belah Pihak Sekaligus

Kembali ke tips yang seterusnya.  Untuk menjimatkan duit dan mendapatkan kad mengikut citarasa kita,lebih baik kita tempah kad untuk pihak lelaki dan perempuan sekaligus. Serius memang save bajet tau. Berbanding masing-masing tempah sendiri-sendiri..tapi benda ni bergantung kepada uolls dan pasangan lah. Mungkin korang masing-masing ada citarasa tersendiri atau keinginan sejak kecik mungkin (tak leh blah sejak kecik,hahahaha). Bukan apa,contohnya kalau belah lelaki nak tempah 500 keping, belah perempuan pun nak tempah 500 keping...kalau gabung kuantiti kad korang tu dah 1000 keping, kalau tempah sekali lagi jimat tau. Sebab kebiasaannya semakin banyak kad yang kita tempah, harga kad semakin murah..kan kita berkahwin ni tak nak membazir kan? Tapi segalanya bergantung kepada perbincangan lah. Macam aku ari tu,memang kitorang dah decide nak tempah sekali memandangkan En. Fiance tak berapa gemar nak buat pilihan benda-benda macam ni. Jadi aku sebagai masterji nya memilih kad mengikut citarasa aku lah..hahahaha,nasib baik dia berkenan.

5) Pilih Kedai Terbaik, Buatlah Perbandingan Harga

Last tips daripada aku ialah pilihlah kedai yang boleh memberikan uolls harga yang terbaik. Tak bermakna bila korang nak kad yang kebabom korang kena pilih kedai yang mahal-mahal dan terkemuka. Sebabnya banyak kedai-kedai kad kahwin yang boleh buat kad mengikut citarasa kita dengan harga yang lebih murah...ini seriusssss (dengan nada wonderpet). Dan sebaiknya tanyalah rakan-rakan,sedara mara yang dah berkahwin tentang kedai kad yang pernah diorang tempah. Lagi mudah kan? Tak memeningkan kepala korang nak buat pilihan kedai. Lagi satu, sebaiknya korang pergi sendiri ke kedai kad kahwin tu nak tengok hasil kad yang diorang jual,boleh tengok material kad dan kualiti sekali. Macam aku ni,aku tempah secara online saja,yelah...dah duk jauh di pedalaman Sarawak,mana nak dapat ushar kad kat kedainya. Tapi alhamdulillah,aku memilih kad di tempat yang betul..

Jadi kepada readers,inilah sedikit tips daripada aku yang dah settlekan pun bab kad kahwin ni. Sememangnya memilih kad perlukan perhatian tau. Macam pengalaman aku sendiri, aku ambik masa dalam 2 bulan nak decide kedai mana nak tempah kad sebabnya aku sangat pentingkan kualiti dan kekemasan kad. Bila dah tempah,banyak kali juga draft yang aku reject smpailah draft yang ke-5 baru aku betul-betul puas hati. Alhamdulillah kedai yang aku tempah tu ok dan melayan kerenah aku dengan baik hatinya...hahaha. Kad aku pun dah siap,just tunggu masa nak diedarkan sahaja. Untuk uolls semua,kat sini aku bagi sedikit bonus tau...aku sharekan beberapa kedai terbaik untuk korang tempah kad kahwin.

 1) Kadkahwinku

2) Utusan Sehari

3) Mai Design

4) DZ Printing

5) SBS Kad Kahwin
Fb : SBS

ok,aku rasa itu ajelah beberapa kedai yang boleh aku berikan. actually ada banyak lagi tapi tak larat nak taip dah..hu3,nak tau kedai mana lagi sila pm aku kat fb dengan bayaran RM50...hahahahaha,just kidding.
Opsss....sebelum aku tamatkan entry khas ni,nak bagitau dulu last tips yang sangat penting...dah macam perunding perkahwinan dah aku ni..

Pastikan korang tempah kad kahwin awal sebabnya kad mengambil masa untuk disiapkan lebih-lebih lagi sekiranya korang memilih kad yang kebabom. Lagipun ramai kut orang nak kahwin,bukan korang aje..Sah-sah kena que berjela nak tunggu printing dan draft bagai lagi...sepatutnya 5-6 bulan sebelum kahwin,kad mesti dah ditempah tau...^_________^

jumpa lagi di next entry AWTTTK Part 2...hope entry ni dapat membantu,wassalam.

~ aku sedang menyelesaikan beberapa part lagi dalam persiapan perkahwinan ni,sangat seksa berkejar ngan masa~




3 comments:

Nina said...

Skrg baru tahu ni amat senang utk membuat persediaan utk perkahwinan. Semua pasangan yg ingin berkahwin perlulah baca artikel nie..

ravivarma said...

Good blog! You have described in a nice way.
Thanks for sharing this information.
kad kahwin

Reem Doorgift said...

nice sharing :)

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in