Monday, July 21, 2014
Assalamualaikum
Ya Allah,lama sangat2 tak hupdate apa2 kat sini...rasa rindu tapi masa macam sentiasa mencemburui..he3
Alhamdulillah,kalau ada yang rajin menengok countdown aku kat tepi tu,aku dah pun bertunang selama 11 bulan 1 minggu tau..fuhhh,rasa macan tak percaya. Dan sangat diakui,dalam tempoh sepanjang 11 bulan bertunang ni,banyak sangat cabaran yang kitorang hadapi...aku dan Encik Tunang tak menghadapi masalah dari segi hubungan kitorang tapi dari segi ujian luar...macam2 lah yang jadi,dan ianya membuatkan kami bertambah kuat...opss,kitorang takdelah couple yang baik sangat sampai tak gaduh...ada jugak bergaduhnya tapi x lama,mungkin sebab masing2 dah malas nak pujuk kut,hahahaha...so,paling lama gaduh pun setengah jam aje then baik semula.
Sekarang,kami hanya menunggu masa untuk diikat sebagai pasangan suami isteri.Sungguh,aku sangat berdebar..dahlah aku demam kejap on kejap off,pastu flu then batuk dah almost 2 weeks..Agak stress lagi2 di bulan Ramadhan ni kan?Tapi kuatkan aje badan ni,jangan nak manja2 sangat kan...hahahaha.
Maybe aku demam nak balik kampung kut.Yelah,rindu giler kut kat kampung,mak ayah n adik2...he3
opss,also my fiance lah..
Jadi sekarang,kepada sesiapa yang ada membaca blog aku ni...aku harapkan korang doakan lah yang terbaik untuk kami..insyallah kalau takde aral melintang,kami akan diijab kabulkan pada 30 Julai 2014 ni,majlis resepsinya pulak pada 31 Julai 2014...fuhhh,siyes sangat berdebar. And now,for the first time aku revealkan my invitation card..
Kepada my blog followers yang kenal umah aku,jemputlah datang yer..aku alu-alukan kedatangan korang.Dan aku doakan kepada semua insan yang mengenali aku,pliss doakan yang terbaik untuk Baiti Jannati yang bakal kami bina nanti...sesungguhnya hanya doalah yang mampu memakbulkan segala-galanya.Kepada yang suka stalk aku tu,dah lah...kita bina hidup dengan cara masing-masing yer. Aku tak kacau orang dan tak pernah menyibuk hal orang,pliss jangan kain sendiri aje...dah penat telinga aku dengar macam2 cerita tentang stalker2 ni...aduhai.
Oklah,itu sahaja cerita untuk hari ni. Walaupun dah berapa bulan aku tak update apa2,sekurang2nya malam ni adalah something aku sharekan...maybe ni last entry aku as a CIK...huwaaa,macam tak rela aje nak guna gelaran puan lepas ni...rasa macam tua kut,hahahahaha....opsss,lepas ni aku nak fikir puan tu sebagai seorang perempuan yang matang dan dah pun menunaikan sunnah yang dianjur oleh Rasullullah..
jumpa lagi semua,wassalam.
~aku terbang balik Rabu ni,tak sabarlah pulak rasanya...~
0 comments:
Post a Comment