Friday, August 15, 2014
Assalamualaikum...
Alhamdulillah,kembali lagi setelah sekian lama menghilang. First of all, aku bersyukur teramat atas anugerah yang Allah kurniakan buat aku iaitu sebuah perkahwinan. Alhamdulillah, I'm already married and got a caring hubby in my side. Tu yang tak sempat nak update apa-apa kat blog ni. Hari ni baru ada masa nak update dan share apa yang terjadi sepanjang 3 minggu ni,hahahaha
Sekarang aku dah bergelar seorang isteri..masyaAllah berat tanggungjawab yang sedang dibawa namun aku bersyukur dikurniakan suami yang sangat memahami memandangkan sekarang terpaksa berPJJ akibat aku yang masih bekerja di Sarawak ni. Bergelar seorang isteri bagi aku pengalaman yang baru dan lain sangat but I can adapt it in my life now..opss,sebelum aku nak bebel-bebel ni,aku belanja dulu korang sekeping pic..
Aku selamat diijab qabul pada 30 Julai 2014 bersamaan 3 Syawal 1435H ari tu..serius perasaan sewaktu dinikahkan amatlah sebak kerana aku kini berada di bawah tanggungjawab suami dan bukan ayah aku lagi..Memang sedih nak2 bila mak aku peluk aku dan said
"Mak doakan na jadi isteri yang baik..."
Seriously kat situ jugak aku menangis. Apapun kepada korang yang membaca blog aku ni,doakanlah aku sentiasa bahagia di samping suami tercinta kerana jarak jauh ni amatlah mencabar perasaan kami berdua.
Actually, tengah bersedih ni sebab minggu ni tak dapat nak jumpa hubby,hu3...walaupun hari2 kitorang call dan mesej tapi perasaan nak jumpa dan tengok wajah sangatlah meluap2...sape pernah rasa?Orang yang dah kahwin mesti faham perasaan aku ni..tapi apakan daya,banyak perkara yang menghalang.
Disebabkan aku belum dapat official pic dari photog aku lagi,maka tak dapatlah nak share gambar kat sini..nanti dah siap semua,aku share yer..mood menaip tak banyak malam ni,jadi kira sampai sini dululah yer entry aku..nanti kalau aku rajin dan ada benda nak share,aku update lagi..
wassalam
~ miss my hubby so much!!! gediks ekk?hahahaha...aku tak kisah ~
0 comments:
Post a Comment