Pre-Honeymoon 1 ( Review Hotel )

Sunday, August 17, 2014

Assalamualaikum

Hari ni mood menaip datang awal-awal pagi,so update blog jom!! Kali ni sebenarnya aku bukanlah nak share kisah honeymoon ke apa memandangkan aku dan hubby belum mempunyai masa terluang untuk pergi honeymoon lagi..yelah kami ni bekorjo,nak apply cuti susah,so kenalah tunggu cuti sekolah kan.

Jadi memandangkan last week hubby dah start kerja,so aku yang masih bercuti follow ajelah dia..hubby aku ni bekerja di Jerantut,so ni kira first time lah aku sampai ke Jerantut. Sampai aje kat sana,aku takdelah shock sangat sebab hubby dah story yang Jerantut ni bandar biasa aje and takdelah happening macam bandar-bandar besar. But for me Jerantut is more better than tempat aku...hu3

Untuk stay di Jerantut ni,weolls memilih Hotel Darul Makmur as our penginapan. Hubby awal-awal cakap memandangkan kitorang tak sempat nak honeymoon,kira Jerantut ni our pre honeymoon lah,tu yang dia pilih hotel terbaik di Jerantut ni.

Masa kitorang call hotel ni nak book,all rooms for double dah full...agak frust,tapi hotel tawarkan junior executive suite kat kitorang.Fuhh,weolls macam terkujat pulak tapi memandangkan this is our first short vacay after married,weolls setuju aje. Hubby kata dah macam ala-ala datuk datin dah stay kat bilik macam tu,hahahaha. Sememang executive suite sangat selesa..

And jeng...jeng.....jeng
This is our veryyyyyyyyyyyyyyyyy comfy bed,serious tau!


nice kan? Almari dia pun nampak mewah sebabnya suite ni berkonsepkan kayu dan tradisional,memang awesome..


Opss,abaikan beg aku yang terkeluar plastik roti tu...hahahaha. Masa pic ditangkap,aku malas nak alihkan.

 Pastu kat suite ni jugak menyediakan kemudahan rutin kita tau iaitu benda yang wajib aku bawak kalau travel and aku tak boleh pergi travel tanpanya iaitu SETERIKA...hahahaha
Tapi kat suite ni disediakan tau siap ngan iron board lagi dia bagi..memang alhamdulillah lah bagi insan seperti aku yang tak boleh hidup tanpa iron ni..


Ohh yer...kalau korang nampak dalam pic ni,suite ni turut menyediakan sejadah,telekung dan al-quran serta tafsirannya sekali tau.Ni first time aku jumpa hotel yang menyediakan kelengkapan Islamik yang lengkap untuk pelanggan. Kebetulan malam tu malam Jumaat,dapatlah aku dan hubby baca yassin sama-sama buat pertama kali sebagai suami isteri,cewahhhh...gitu.

Apalagi yang disediakan kat suite ni? Selain daripada toiletries,tv, peti sejuk dan benda-benda basic lain,disediakan jugak meja dan kerusi untuk bersembang-sembang n minum-minum tau.


terinterframe my hubby plak...ha3,kat kerusi ni semua berukir nama hotel tau..ntah berapalah agaknya harga satu kerusi ni.Apapun,hotel ni sangat selesa sekiranya korang nak stay..harga pun ok tapi janganlah berharap semalam RM50 plak,harga kat sini standard lah..housekeeping pun datang on time if kita request nak mintak bersihkan bilik..apa lagi ek yang aku tak cerita,ohh yer...breakfast setiap pagi free lah,makanlah sepuas hati. Time breakfast ni aku banyak makan buah aje sebab buah nampak sedap pepagi,hahaha

Ohh,kat mana hotel ni? Dia terletak berhadapan dengan Balai Polis Jerantut dan berada di bandar lama. Jangan tak tahu Jerantut ada dua bandar,bandar baru dan bandar lama..bandar baru a little bit bising, so hotel ni kat bandar lama,aman sikitlah malam-malam tu nak tido.

Ok,aku rasa ini ajelah review hotel pertama aku untuk our pre honeymoon kononnya,he3...next time aku akan review beberapa lagi tempat yang menarik dan hotel yang baik.

Jumpa lagi next entry,wassalam.

~ anda kaki shopping tak? review sikit kat aku ~

0 comments:

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in