Friday, November 25, 2011
Assalamualaikum semua...
hurmmmm....mood yang sedih ketika entry ni ditaip.
ntah kenapa,hati rasa sungguh sebak nak tinggalkan bumi Kelantan,tempat aku menuntut ilmu selama 5 tahun setengah...betul kata orang,tempat jatuh lagikan dikenang,inikan pula tempat bermain...
hari ni Jumaat,25/11/11 iaitu hari terakhir aku di sini...esok,parents aku akan datang,so takde agi kehidupan disini...
kelmarin,3 orang housemate aku merangkap my BFF dah balik hometown masing2...
ari ni plak seorang agi BFF aku balik kampung,so dah tinggal aku ngan Sue aje kat umah sewa kitorang ni..
actually,aku dah mula rindukan diorang semua....
Kelantan yang banyak mengajar aku erti berdikari,erti bersahabat,erti iman dan erti menuntut ilmu...
segalanya aku banyak belajar di sini...walaupun aku amat tak suka tentang kehidupan kenderaan di sini sbb pemandu2 Kelantan kebiasaannya memandu ikut suka mereka tapi kat sini jugak tempat yang paling aku suka shopping,tempat paling aku suka lepak,tempat yang senang nak cari mknn yang best n murah...semuanya pasti akan ku rindui selepas ni...sebak hati,jiwa n diri nak fikirkan semua ni.
tapi aku tahu,aku akan datang lagi selepas ni sebab Kelantan ngan Terengganu xjauh pun,setakat 3 jam setengah,memang amat2 aku sanggup drive...
di sini jugak,aku kenal erti persahabatan sejati...persahabatan sejati antara aku dan MATHS CREW...
satu persahabatan yang bagi aku TERBAIKKKKKKKKKKK dan TERBESTTTT pernah aku alami...5 tahun setengah mengadap muka yang sama,perangai yang sama,kehidupan yang sama membuatkan kami semua rasa mcm adik beradik walau mak bapak kitorang lain...hik3
rasa mcm nak menangis menulis entry ni sebab sekarang aku hanya ditemani Sue aje...aku tahu,walaupun jasad kami semua jauh tapi hati kami tetap sama...
apapun,bumi Kelantan akan kekal sentiasa dalam hati aku sebagai satu negeri yang mengajar aku erti kehidupan...
kalau korang nak tau,sebelum ni...aku TAK PERNAH terlintas di hati nak datang Kelantan sebab aku rasa takde apa yang best kat sini,tapi bila hari aku ditawarkan ke IPG dan tertulis di situ
INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU
hanya Allah sahaja tau perasaan aku masa tu sampai aku terpikir boleh ke aku hidup kat sana??
alhamdulillah,the best moment ever in my life begin HERE at KELANTAN!
kpd semua kengkawan MATHS CREW, I love all of u n will miss our frenship forever...
kepada Kelantan,terima kasih sudi menerima perantau seperti aku untuk menuntut ilmu di bumimu ini...
takde perkataan yang boleh aku ungkap tentang perasaan aku study kat sini,mungkin ada yang tak suka tapi bagi aku setiap aturan Allah tentukan dalam hidup kita, ada hikmahnya dan ada kepentingannya yang DIA sahaja mengetahuinya...
SELAMAT TINGGAL BUMI KELANTAN
salam ukhuwah dari aku...
nukilan : duk di rumah sewa,mengadap lappy,sgt2 kesunyian sbb takde lagi gelak tawa my BFF n hanya melihat Sue yang amat rajin mengemas...sedihnya.