Anak

Sunday, July 26, 2015

Assalamualaikum
Malam ni aku rasa rajin plak nak up satu entry. Tapi entry kali ni macam syahdu plak rasanya. Haii...orang preggy ni emosi dia mudah terganggu kan?Cepat rasa nak menangis,cepat rasa nak marah dan paling ketara bagi aku ialah tersangat sensitif. Aku sangat akuinya.

Aku just nak share kisah duit raya aje. Tahun ni tahun pertama aku kat sekolah baru setelah dimurahkan rezeki oleh Allah tahun lepas untuk pertukaran antara negeri. Alhamdulillah sangat-sangat. Jadinya bila berada di sekolah baru,ada banyak jugaklah perkara baru yang akan aku hadapi kan? So,menurut suami aku (aku satu sekolah ngan suami sendiri tau) kat sekolah kitorang ni,setiap kali menjelangnya raya..semua guru akan berikan duit raya kepada semua anak-anak cikgu. So,kiralah setiap cikgu tu ada berapa orang anak dan kesemua anaknya akan diberikan duit raya. Tapi syaratnya anak dia umur tak lebih dari Tahun 6 lah.

Memandangkan aku preggy,makanya aku ngan suami memang takde dapatlah angpau raya dari cikgu lain kan?Tapi masa hari last aku kat sekolah hari tu (aku dah start bercuti sekarang),aku sangat terkejut bila dapat jugak satu angpau raya dari ustaz kat sekolah aku. Katanya,baby akan tetap keluar jugak dan dia memang dah sediakan bajet untuk baby dalam perut cikgu-cikgu kat sekolah ni. Untuk pengetahuan korang,kat sekolah aku sekarang ada 4 orang cikgu yang preggy tau,3 orang termasuk aku due nya bulan Ogos nanti..hehehehe

Lepas aje ustaz tu bagi angpau raya,aku terus simpan tapi sempat jugaklah bagitau kat baby dalam perut yang dia dah dapat angpau raya pertama. Terus bergerak-gerak dia kat dalam. Aku simpan angpau tu dalam notebook aku dan aku tak bukak-bukak pun angpau tu sampai saat ni.

Tapi malam ni entah kenapa,aku ada terbaca kisah sedih kat facebook yang melibatkan sebuah keluarga dan tetiba aku teringat angpau raya baby aku tu. Rasa sangat sedih sampai meleleh jugaklah air mata sebab aku fikir anak aku yang tak lahir lagi pun dah dikurniakan rezeki oleh Allah tapi kenapa ada insan di luar sana yang masih tak menghargai hadirnya insan yang bernama zuriat dalam kehidupan mereka? Apa yang aku baca? Ada satu post yang melibatkan seorang wanita yang sedang preggy 6 bulan menawarkan kepada sesiapa yang mahukan anak dalam kandungannya as anak angkat. Dia siap post gambar scan lagi.

Demi Allah,saat tu jugak aku menangis. Yer,kalau dulu orang cakap hati seorang ibu ni sangat mudah tersentuh dan aku hanya bersetuju tanpa merasainya tapi sekarang aku sendiri rasa dan rasa sedih giler kut bila ada insan yang dah cari keluarga angkat untuk anak dalam kandungannya. Entah lah,aku sendiri tak tahu apa masalah wanita tu,mungkin dia terdesak atau mungkin dia ada masalah lain tapi aku sangat tertanya-tanya,tegarnya dia nak menyerahkan anak yang dikandung 9 bulan,yang dia sendiri merasai gerakan-gerakan comel dalam perut dan yang dia sendiri bertarung nyawa untuk melahirkan...tak sedih ke dia?

Dunia sekarang makin pelik kan?Kadang-kadang haiwan secara terang-terangan menunjukkan kasih sayang diorang pada anak masing-masing walaupun tak diberikan akal oleh Allah tapi kenapa manusia tak boleh faham? Lagi satu,sekiranya ada insan yang beranggapan anak itu membebankan,nescaya dia tidak percaya dengan janji Allah yang mengatakan setiap anak tu ada rezeki tersendiri. Sebab tu lah bila aku tengok duit raya anak sendiri,aku menangis..sungguh aku tak faham hati sendiri sekarang yang terlampau sensitif walaupun sebelum ni aku rasa akulah insan yang kuat hatinya menghadap macam-macam perkara dan ujian. Ajaibnya perasaan seorang ibu kan?

Rasanya itu ajelah yang aku nak coret kat sini. Terima kasih if ada yang sudi membaca entry syahdu aku ni..hahahaha,sebelum aku akhiri entry ni,aku up dulu perkara yang buatkan air mata aku meleleh malam ni.


Jumpa lagi,wassalam.

Cara Aku Naikkan Hb Darah

Saturday, July 25, 2015

Assalamualaikum...
Alhamdulillah ada kesempatan nak update entry kejap walaupun diri dah tak larat sangat sekarang..uppss,sebelum tu aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Macam syok aje semua membaham rendang,ketupat segala tu ek?

Entry kali ni aku cuma nak berkongsi cara aku menaikkan hb darah sepanjang aku preggy ni. Sebelum tu aku story dulu kisah hb ni. Hb tu maksudnya hemoglobin dalam darah yang bertanggungjawab membawa oksigen ke seluruh badan kita. Kalau orang yang preggy,dia haruslah mempunyai level hb iaitu 11 ke atas. Barulah dikira selamat dan ok untuk berkongsi dengan baby. Bila baby makin besar dalam perut,hb lah paling perlu dijaga sebabnya kalau hb rendah,nanti baby dan ibu berebutlah oksigen yang dibawa oleh darah tu.

So,masa mula-mula aku preggy..hb aku memang cun iaitu 11.4 tapi makin lama hb aku makin drop dan menyebabkan aku jadi tak larat. Yelah,oksigen yang masuk sikit pastu kena share pulak kan? Kedropan hb aku tu menjadi sangat teruk sampai aku preggy 8 months kut,masa tu memang tak leh blah sebabnya hb aku 9.9 yang mana level tu dikira bahaya untuk baby dan aku kalau nak deliver nanti. Nurse yang follow check up aku sentiasa bagi macam-macam cara untuk aku upkan hb aku tapi still tak berjaya. 

Kalau bab makan untuk naikkan hb,dah segala macam benda aku telan untuk naikkan hb. Kurma,kismis,jambu batu,hati ayam dan entah apa-apa lagi,semuanya aku telan. Tapi keputusannya sangat mengecewakan. Sehinggalah pada suatu hari,aku terjumpa satu post kat group ibu-ibu mengandung yang bercakap tentang Pati Delima Gulsan. Nah,aku tepek dulu gambarnya...


Yess,diakui minum pati delima ni agak membantu,hb aku naik jugaklah dari 10.2 ke 10.4 tapi lepas tu dah tak bergerak dah. Lagi satu aku pun salah jugak sebab tak konsisten minum benda alah ni,hahahaha

Disebabkan hb aku yang makin merudum tu,makanya aku buatlah research kaw-kaw punya cara nak naikkan hb semula dan finally aku terjumpa satu artikel yang dishare kat facebook berkaitan hb. So,aku yang sememangnya terdesak terus aje order benda yang dimakan oleh akak dalam artikel tu dan sangat mengejutkan hb aku naik mendadak kut. Alhamdulillah...nak tau apa yang aku makan? Inilah bendanya...


Inilah vitamin yang aku tengah makan sekarang. Obimin pluz ngan vita-lea dari Shaklee. Untuk pengetahuan korang,aku bukanlah ahli shaklee atau duta diorang yang akan promote giler-giler benda alah ni tapi vita-lea ni lah supplemen yang superb bagi aku. Sebab dalam masa 3 hari aje aku makan,hb aku naik dari 10.2 ke 10.8..aku sangat kagum howkay!

Sejak pada tu,sampailah sekarang aku still ambik mende ni secara konsisten dan sekarang pun aku minum semula pati gulsan tu. Mungkin ini yang dinamakan kasih sayang seorang ibu sebabnya walaupun aku tak berapa gemar minum gulsan tu tapi aku hambik jugak semula kerana aku fikirkan baby aje. Semua ibu nak yang terbaik untuk anak dia kan? Same goes to me..

Jadinya,kalau korang yang mempunyai masalah hb seperti aku,silalah try vita-lea ni sebabnya ini sangat-sangat membantu dengan izin Allah insyallah. Nak beli ngan sape? Belilah dengan mana-mana ahli Shaklee yang korang kenal tapi bukan aku yer sebabnya aku tak terlibat ngan Shaklee ni,hehehehe...

Kat sini jugak,aku nak kongsilah apa yang aku tengah ambik untuk memastikan baby yang bakal lahir nanti tak kena kuning. Memanglah tak boleh jamin tapi sekurang-kurangnya kita berusaha kan? Buat masa sekarang aku just ambik Pati Delima Gulsan,Obimin pluz, Vita-lea dan juga susu kambing Hi-Goat. Hanya 4 benda ni aje yang aku duk hadap sekarang,moga- moga memberi kesan terbaiklah nanti insyallah.

Rasanya itu ajelah untuk kali ni,kalau ada apa-apa yang aku nak share nanti..insyallah will be update here,thanks for reading...wassalam.




Persediaan Nak Jadi Parents

Tuesday, July 07, 2015

Assalamualaikum...
Hari ni rajin plak aku nak update entry,sebabnya hari ni badan rasa segar dan bertenaga. Maklumlah sedang MC katakan,,he3. Sepanjang pregnant ni,banyak kali jugak aku MC..tapi nak buat macam mana kan?Bukannya ku pinta...hurmmmm.

Baiklah,kali ni entry ni khas untuk aku coretkan persediaan aku dan suami nak jadi parents. Sememangnya bukan mudah nak jadi ibu bapa ni,terlalu banyak research dan info-info yang aku baca dan kesemuanya dipaketkan dalam otak aku ni..errr,biasanya suami aku akan tanya aku balik,makanya aku lah yang bersungguh-sungguh duk membaca,menulis note bagai. Jadi meh aku bagi notes jugak untuk korang...

1) Persediaan Mental dan Fizikal

Perkara pertama yang perlu bersedia dulu,dah tentulah mental ko. Yelah,masa pregnant ni lah,kita dapat tidur dengan secukupnya. Maklumlah bila si kecik dah kuar,takde maknanya tidur korang akan cukup. So,tanam dan baja siap-siap dalam kepala tu,bila dah ada baby takde lagi tidur yang lena. Opss,baby pulak kebanyakkannya akan berjaga pada waktu malam dan tidur pada waktu siang. Yelah,mereka tak tahu lagi nak beza siang ngan malam. Kan dalam perut gelap aje..so,jangan salahkan/marah baby bila dia merengek-rengek waktu malam yer. Sebabnya ada aje kes new parents yang dera baby diorang sebabnya baby tak nak tidur pada waktu malam. Makanya penting sesangat mental bersedia.

Daripada segi fizikal pulak,silalah bersedia rutin harian korang akan berubah. No more masa makan yang tepat pada waktunya,kadang-kadang nak berak pun kena bajet masa tau..dah tu maybe jugak diri sendiri pun tak sempat urus. Kalau sebelum ni sempat nak g spa bagai,maybe lepas ni kena pikior sejuta kali plak. Mata pun akan join mata panda nanti..hahahaha

2) Peralatan Baby

Ok,bab ni biasanya mummy2 yang over excited..maklumlah barangan baby sangatlah comel. Macam aku dan suami,kitorang mula membeli masa aku preggy 6 bulan. Masa tu memang tak tahu lagi jantina baby tapi kami beli warna putih suci sebabnya nak selamat kan. Lagipun mak aku dan nurse yang aku selalu buat check up tu pesan,bila dah nak masuk 7 bulan..sepatutnya dah ada sepasang dua baju baby sebabnya risau terbersalin awal walaupun kita tak mintak. Tu yang aku dan suami beli jugak walaupun macam still awal kan?.. Tapi takdelah banyak yang kami beli,just 2 pasang baju,sepasang mitten and booties,baby hat,lampin dan sehelai selimut. Memang yang basic betul lah kiranya yang kami beli tu.

After 7 months dan kami pun dah tahu jantina baby,memang tak leh blah sakannya sopink terutamanya aku. Boleh kata setiap bulan akan ada aje benda yang aku beli. Haaa,bab ni aku nak bagi tips sikit. Plisssss jangan beli barang baby segedebuk banyak terus. Sebabnya barangan baby ni agak pricey dan korang akan terasa banyak duit habis bila beli sekaligus. Sebab tu aku beli sikit2 walaupun setiap minggu akan ada aje benda yang dihantar oleh kurier atau poslaju ke rumah aku..hahahaha


Benda yang penting yang mesti ada ialah :

a) pakaian 
(tapi jangan beli banyak saiz newborn sebab baby cepat besar)

b) mitten and booties 
(aku beli banyak sebab aku paling suka benda ni)

c) barut baby + bedung
(sekurang-kurangnya 10 helai sebab takut barutnya terkena kotoran bila baby poo-poo and bedung tu plak untuk balut baby kemas-kemas bila dia tidur)

d) pampers
(sebaiknya buatlah research dulu brand apa yang korang nak guna dan validkan sekali ngan bajet korang. lagi satu jangan beli saiz newborn banyak paket sebab baby akan cepat besar. macam aku,aku beli sepaket yang ada 80pcs aje then beli saiz S)

e) set lengkap mandian
( belilah yang jenis set sebabnya harganya lebih murah berbanding korang beli satu-satu,aku beli jenama Johnson aje)

f) minyak telon/krim baby
(ini sangat penting sebabnya tak nak bagi baby kembong perut..yang ni aku guna minyak berubat herbanika dari Nona Roguy dan minyak telon cap Lang. kenapa 2 jenis? minyak telon tu aku buat as a spare dalam bag baby)

g) sleep set
( ianya terdiri daripada tilam,bantal,booster,selimut..yang ni aku beli ngan satu shop yang agak femes tapi harganya agak pricey lah. kenapa aku beli kat shop ni ialah barangan dia ready stock and fully 100% kekabu asli..tapi nasib aku baik,masa aku beli tu shop ni tengah buat sale sempena ulangtahun diorang,makanya dapat murahlah...full set with comforter gitu)


h) set grooming baby
(ini termasuklah cotton buds,pengetip kuku,sikat dan sebagainya...yang ni aku beli set grooming jenama Tommy Tippee aje kat Lazada,malas nak pikir dah. memang lengkap sekali ngan termometer)

i) tungku baby
( yang ni aku beli sekali ngan set tilam..masa tu harga dia RM6 aje,biasanya tungku baby yang ada full lengkap herba dalam dia, paling murah pernah aku ushar kat IG n FB ialah RM12,tu yang bila nampak ada yang sale,terus rembat. tungku jenis aku beli ni senang untuk dihandle,just letak tungku baby tu kat seterika aje,agak-agak dah suam,bolehlah tuam pada baby)

j) breastpump
( ini sangat penting kalau mummy outside there yang bertekad untuk menyusukan baby sehingga 2 tahun. Korang bolehlah buat survey brand yang sesuai dan mampu milik untuk korang sebabnya ada banyak brand dengan pelbagai harga. Nak senang,boleh tanya pendapat member2 atau saudara mara yang dah bergelar ibu & jangan lupa tengok semua details breastpump tu tau)

Ok,rasanya itu ajelah benda-benda penting yang perlu ada sebagai persediaan untuk baby korang. Kalau sebelum ni dah ada baby,maka boleh recycle aje baju-baju yang lama tu,kan dah jimat kan?

3) Buku Panduan

Kalau ni merupakan pengalaman pertama korang nak jadi parents macam aku ngan hubby,maka janganlah kedekut nak berbelanja sikit untuk beli buku-buku panduan berkaitan parenting ni. Aku adalah jugak beli majalah PaMa tu,pastu buku yang orang bagi and aku sangat suggestkan korang beli buku Now You Are A Mother.. buku ni sangat bagus sebab lengkap sangat panduan dari sebelum baby lahir,masa dalam pantang sampailah baby besar..banyak sangat membantu dan paling penting dia berlandaskan Islam..aku beli buku ni kat IG,harga plak dah lupa...he3



4) Tetapkan Bajet Bulanan Khas Untuk Baby

Memandangkan aku dan suami bakal menambah ahli familia kami,makanya awal-awal kami dah get ready untuk tetapkan bajet untuk baby, Mak aku selalu pesan,bila lahirnya seorang baby..maka wajiblah tersedia 3 benda pada dia iaitu pampers,susu dan pengasuh (sekiranya korang yang perempuan bekerja lah). Bajet bulanan ni penting sebabnya takut korang terguna duit baby untuk kepentingan peribadi plak. Aku ingat lagi ayah aku cakap masa kitorang sembang-sembang  teh tarik kat luar rumah, ayah aku cakap masa mula-mula aku lahir dulu walaupun gaji ayah aku sikit tapi dapat aje gaji,benda pertama yang ayah aku beli ialah pampers dan susu. Untuk makan sendiri dah belakang kira,yang penting keperluan anak terjaga. See....besarnya pengorbanan mak dan ayah kita masa kita kecik-kecik dulu kan.

5) Carilah Pengasuh Yang Selamat

Haaa...ni perkara yang penting. Memandangkan aku dan suami bekerja,maka kitorang sangatlah perlu mencari seorang pengasuh untuk baby kami nanti. Perkara ni sangat besar akibat dia if korang salah pilih pengasuh. Thats why aku tulis pengasuh yang selamat. Sebabnya zaman sekarang terlalu banyak kes-kes dera yang aku sendiri tak pernah sanggup nak tengok video atau gambarnya. Oleh itu,sebaiknya sebelum baby korang lahir,carilah pengasuh awal-awal..apa yang penting,korang kena cek dulu latarbelakang dia,jenguk kawasan rumah dia,tengok keadaan anak-anak dia if dia dah berkeluarga dan siasat2 lah sikit melalui jiran-jiran atau saudara mara dia. Alhamdulillah,setakat ni aku ngan suami dah jumpa pengasuh untuk anak kami dan kesemua benda yang aku tulis kat atas tu,semuanya kitorang dah buat. Maklumlah nak dapatkan seorang anak bukannya mudah and dah tentu-tentu ibu bapa nak yang terbaik untuk anak dia kan? Lepas dah cari pengasuh, deal lah plak ngan pengasuh tu harga nya..pastikan harganya tak mencekik korang dan berpatutan lah.

6) Doa

Actually,ini adalah perisai terpenting sebagai umat Nabi Muhammad. Berdoalah supaya baby yang bakal dilahirkan nanti menjadi anak yang soleh/solehah kepada ibu bapanya serta segala perkara berkaitan baby tu after dia lahir akan dipermudahkan serta dilindungi selalu. Maklumlah bila parents bekerja,kita akan menyerahkan baby 100% pada pengasuhnya nanti. So,banyak-banyaklah berdoa supaya semuanya dipermudahkan termasuklah dipermudahkan ketika nak bersalin nanti. Ni aku share doa untuk anak yang bakal dilahirkan nanti...



Rasanya itu ajelah beberapa perkara tentang persediaan nak jadi parents melalui pengalaman aku sendiri yang aku sempat coretkan kat blog ni. Diharapkan dapatlah membantu mana-mana pasangan yang baru first time nak jadi parents.
Jumpa lagi next entry,wassalam.




 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in