Kanak-kanak dan Iklan...

Tuesday, December 07, 2010

salam semua...ari ni berjaya jugak aku post sesuatu untuk my lovely blog,hik3..
actually kan,aku nak share ngan korang satu benda...maybe nampak macam nothing tapi pada aku yang bakal menjadi guru,perkara ni sangat penting..
aku kan cikgu sekolah rendah...he3

Menurut satu kajian di Amerika Syarikat, kanak-kanak yang menonton televisyen akan tededah kepada lebih daripada 40,000 iklan setahun.


Selain itu, lebih daripada 10 minit daripada setiap jam laluan siaran diberikan kepada slot pengiklanan. Ini bermakna kanak-kanak seolah-olah ‘dipaksa’ menghabiskan sebahagian daripada kehidupan mereka hanya dengan menonton iklan di televisyen.

haa...see,see,betapa kuatnya pengaruh iklan pada kanak-kanak.Nak lagi best??aku nak share citer petang tadi...hik3

sepupu aku umur 5 tahun,fifi namanya...
petang tadi dia nak try main rubix cube tu...pastu dia try2 wat tapi tak jdik gak...

lepas tu dia suruh adik lelaki aku buatkan,adik aku pun pe agi..dah memang keje dia betulkan benda tu balik sebab aku suka khianat dia terbalik-balikkan benda tuh..hahaha
opps,korang tak tau apa rubix cube ke?jap aku g google jap..hikhikhik



haa..jeng..jeng...jeng..benda ni lah rubix cube.
so,continue the story yer...hik3

lepas tu adik aku pun buatlah semula rubix ni jdi sekaler sama aje kan,masa adik aku tengah buat..tetiba fifi nih cakap...

"haaaaa...saya tahu macam mana nak jadi pandai (maksudnya betulkan rubix tu lah)...saya kena minum Vitagen oren,baru otak saya boleh buat"

perghhh...dan2 kat situ gak,aku ternganga dengar dia cakap...nampak sangat lah kan,bebudak zaman sekarang amat terpengaruh ngan iklan tibi nih...
aku cakap kat dia,kalau tak minum tak cerdik ke??

dia cakap...tak boleh r nanti nak betulkan benda nih..sambil tunjuk kat rubix yang dah siap adik aku betulkan...

aku pun pikir,pandainya bebudak sekarang..adakah aku dulu sepandai ini???hurmm..tak syak lagi aku memang lagi pandai dari dia masa nih...pandai nangis aje,hik3

so...just aku nak cakap bahawa iklan banyak pengaruhnya pada kanak2..kadang2 yang ganas pun diorang suka ikut..nak jdi otromen lah,spiderman lah,keluangman lah...
kalau tak,tak kan ada yang sampai terjun bangunan sebab semata2 nak jdi superman..
kalau korang tak caya,silalah cari berita tuh kat arkib mana2 akhbar online yer...hik3

so,kepada semua especially parent,siblings kena jaga benda nih...kadang2 kanak2 nih suka mencuba..nampak kartun tikam perut tak mati,nanti tak pasal2 ada plak main tikam2 sebab tengok kartun tak mati...
kalau dah jadi,nak salahkan sape plak??tibi?syarkat kartoon??ohhh..sama sekali takde kena mengena k...

aku rasa yang penting sekali adalah perhatian n pemantauan lah...yelah,kartoon nih kadang2 ada baik n buruknya...so,kena pandai pilih2...macam upin ipin sangatlah bagus sebab banyak moral values selain menyokong kartoon buatan Malaysia yerr...daripada tengok cat dog,si anjing yang ada dua kepala tuh..nampak macam tak logik aje...
(nota :nampak sangat aku pun suka tengok kartun nih)..hehehehe

oklah all,aku ak chao sinche dulu...dah ngantuk..malam2 buta baru boleh update blog..he3
papai sume..

~nota kaki : aku sangat suka sichan n simbe...errr,yang tu elok tak???ELOKKKK...dengan kuat aku jawab,hehehehee~


Adakah Encik Lelaki Memahami Cik Perempuan??

Monday, December 06, 2010

salam selamat pagi all...ari nih aku bangun2 aje,terus buka pc sebab dari semalam dah aku pikir nak tulis apa kat blog ari ni ek?so..aku dah dapat idea semalam lepas kena bebel ngan Hencik sorang tuh..hu3

ok,sebelum tuh...korang baca benda nih dulu yer...

A man found a magic genie who would grant him one wish. The man said to the genie,” I wish that I had a non-stop bridge from here to Hawaii." The genie said,” I’m sorry, but that's going to be very hard. Do you have another wish?" The man answered, "Of course! I want the power to understand all women." The genie thought for a minute. He replied, "How many platforms did you want on that bridge?"

haaa...lihatlah dunia,betapa lelaki sangat susah untuk memahami seorang wanita...urmm,kalau ada Encik Lelaki terbaca entry nih,silalah membalas yer..hik3

sebenarnya kan selalu gak seorang lelaki tak faham wanita,contohnya kan...kalau kita jenjalan sama2,maybe shopping ke kan...takde example len aku nak wt,haishh..
ok,so kalau g shopping tuh,tetiba awek cun Encik Lelaki tanya

"sayangggggg...baju ni cantik kan??" dengan lentok tubuh macam pantai nak dilanda serangan Ikan Duyung aje...he3

tetiba Encik Lelaki terus membalas dengan kezaliman berada di tahap tertinggi

"cantik apa macam nih,dah r warna buruk...pulak tu corak macam kuda belang...ini u cakap cantik,dah rabun agaknya mata u dear"

helooo Encik Lelaki,kat mata kami pompuan cantik...so,cakap jelah cantik...bukannya susah pun walaupun wallet kamoo jugak yang akan berkurang nanti...hikhikhik

well,memang susah Encik Lelaki nak faham tambah2 kalau bulan purnama Cik Pompuan sedang menayangkan dirinya....mesti Encik Lelaki akan cakap itu tak kena,ini tak kena,yang tu salah,yang ni pun tak betul...lepas tu mula lah Encik Lelaki nak mengamuk sakan sebab Cik Pompuan asyik cakap tak kena aje...aishh,dah memang time tuh hormon pompuan tunggang terbalik,so silalah memahami wahai Encik Lelaki..


macam nilah jadinya kalau Cik Pompuan dah mula ngajuk sebab Encik Lelaki marah2 sangat...
lagi satu kan,Encik Lelaki sangat suka mengabaikan Cik Pompuan kalau tiba sesuatu musim yang memang menmbulkan gian contohnya bola....sepuluh patah Cik pompuan tanya,nan hadooo Encik Lelaki nak jawab walaupun masa tu yang main bola kumpulan tercorot dunia...
so,sabarlah yer kepada Cik Pompuan kalau dapat bf,tunang atau suami obses bola atau pemain bola...hahahahaha (ntah pape)

aku sangat berharap agar satu hari nanti Encik Lelaki akan boleh memahami Cik Pompuan dengan baik sebab aku tau bukan semua lelaki tak faham...ada yang sangat memahami wanita sampaikan kadang2 aku rasa macam dah kena kontrol aje Encik Lelaki...hikhikhik

apapun aku juga nak cakap kepada Cik Pompuan..cuba korang renungkan ayat nih ek...

Lelaki-lelaki sekalian, aku ingin beritahu satu rahsia besar dalam konteks pemahaman seorang wanita. Wanita tidak tahu & tidak faham akan diri mereka sendiri. Kebanyakan dari mereka tidak tahu apa yang mereka mahu sebenarnya. Dan, di’sinilah sebab’nya Tuhan menjadi Adam terlebih dahulu supaya kita boleh wujudkan apa yang mereka mahu & apa yang mereka perlu.

wah tetiba Cik Pompuan plak pikior panjang yer..sebab aku tahu ramai lelaki sebenarnya sedang berusaha untuk memahami makhluk Tuhan paling komplikated iaitu PEREMPUAN disebabkan kasih sayang yang Encik Lelaki ingin taburkan buat insan yang mereka sayangi...wahh,gitu..hikhik

apapun pada pendapat aku,dalam sebuah perhubungan antara lelaki dan perempuan biarlah sama2 memahami dan cuba mencari titik persefahaman sebab kadang2 lelaki suka melepaskan amarah pada pompuan tanpa fikirkan perasaan pompuan tuh..nak cakap "lembap,bengong,bebal,buruk,tak cantik,buang tebiat atau ntah pape agi yang mengguris macam makan nasi ngan gulai ketam aje...sesedap rasa je nak cakap pape..

Kami pun ada perasaan sensitif k..ni pesanan dari Persatuan Wanita Sedunia..hikhikhik
apapun,untuk jadi yang terbaik bukan mudah sebab kita semua tak perfect,namun Allah jadikan lelaki dan wanita untuk melengkapi mana2 yang kurang antara keduanya... 

ok,sampai sini aje coretan motivasi pagi aku...dari Dr.Fadzilah Kam To Me (tiru ayat Johan RL jap)
pepun,sama2 lah kita muhasabah diri yer..
salam berkasih sayang dari aku....

~nota kaki : apa kena mengena gulai ketam ngan mengutuk awek sendiri??ohh...sebenarnya aku terlalu kepingin makan gulai ketam~

~mood : macam lelaki baik sangat,hekhekhek...gelak kura2 dalam cangkerang jap~


Lakaran Kehidupan Di Mata Aku...

Sunday, December 05, 2010

salam ahad all...ari ni aku sakit perut mencengkam jiwa,uhuk2.
aku dah mintak ubat ngan doktor,sekali aku xtau mana aku letak...rasa macam nak mati aje,naseb baik aku rembat ubat yg tinggal cinonet aje...

sebenarnya semalam aku terlampau busy tau sebab stok barang aku baru sampai tambah ngan kenduri sepupu aku..hujan plak tak pandai nak berhenti,mesti katak tepi longkang tuh yang duk asyik panggil..huh!nyampah...

haaa,aku tak kira aku nak citer pasal semalam..bukan pasal kawin cik senah oooi,tapi apa yang aku dapat tengok..untuk pengetahuan korang,semalam kenduri kat kampung so mesti banyak kerenah yang boleh kita lihat...aku tak maksudkan aku duk bandar yer..sila faham,he3

aku rasa sebak campur nak nangis aje sebab masa seorang tetamu masuk nak jumpa pengantin,tetamu tuh confirm pompuan yer...
dia bawak anak dia yang berusia 3 tahun...
anak dia senyap aje,sekali nenek kesayangan aku tanya mak dia atau tetamu itu...

"tido ke anak tu...."

wanita tu jawab "tak lah,dia memang macam nih...."

terus dan2 aku tengok anak dia...Ya Allah

kesian sangat,anak dia tak boleh jalan..kaki dia bersilang...
mata dia berkelip2...

mak dia kata sejak lahir dia memang macam nih,macam mana kita letak dia,macam tu lah dia akan duduk sampai kita ubah dia..

aku bangga ngan mak dia sebab walaupun anak dia macam tuh,dia tetap bawak g kenduri..
aku tak sempat nak snap gambar walaupun kamera di tangan aku aje...
tetiba terus aku teringat betapa pentingnya cikgu pendidikan khas untuk kanak2 macam nih..
cik mas sila bangga yer...

yelah,ada sesetengah orang malu ada anak macam tu,takut orang mengutuk lah,di caci lah...tapi pada aku wanita tadi memang seorang ibu mithali...sebab dia dukung anak dia kesana kemari tanpa jemu...
ohh,naluri keibuan ku sudah tersentuh maaaa....

lepas tu aku jumpa jugak seorang budak yang masa aku sekolah rendah dulu,dia baru 6 tahun...budak tu tak sihat dari segi kognitif,mental dia macam slow...
aku ingat agi dulu masa sekolah,orang suka ngutuk dia,dia yang xtau apa2 hanya bertepuk tangan...kesian sangat2, :-(

sekarang bila aku jumpa dia kelmarin,dia dah pakai tudung...mak dia dah didik dia dengan baik walaupun aku tau sekarang dia masih tak normal tapi aku rasa dia dah mula faham apa yang baik dan apa yang tak baik...

insan2 macam nih perlu dihargai sebab mereka anugerah Allah untuk ibu bapa yang sabar dan kuat...
kiranya kenduri semalam banyak menyaksikan kehidupan sebenar dalam erti kata sebenarnya...banyak yang aku tengok,banyak yang aku lihat...
banyak menyedarkan aku bahawa aku perlu bersyukur dengan diri aku yang sempurna sifat...

aku harap entry aku kali ni boleh bagi korang sedikit sebanyak pengalaman yang aku share...yelah kadang2 orang tak suka tengok insan2 macam nih sebab diorang rasa macam kotor,menyusahkan,merimaskan n tak perlu ada pun sepatutnya...

tu aje entry untuk kali nih,insyallah kalau ada pape agi yang aku nak share ngan korang..aku post yer...
kepada yang suka membeli tudung,datanglah ushar kedai aku di facebook yer..ada banyak barang baru yang direstock..

salam dari aku..

~mood : tak sihat tapi petang nih nak g makan McD,beshhhnya....hik3~


 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in