Cari mood baru

Saturday, June 22, 2013

Assalamualaikum....
Alhamdulillah,dapat kembali semula menaip di sini...sebenarnya ada banyak cerita yang aku nak share ngan readers semua tapi macam tak ada mood memandangkan aku dah jemu tengok  blog sendiri...hehehe

so,untuk nak menaikkan semula mood blogging aku,aku dah buat sesuatu yang dah lama aku idamkan...walaupun memerlukan sedikit pengorbanan dari segi kewangan,but i'm trully happy...so wait for my official blog tak lama lagi,yahuuu...

~nanti aku share citer best ek,he~

Rezeki Sempena Hari Guru

Wednesday, May 15, 2013

Assalamualaikum...
Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah...dah beberapa minggu tak update blog,tetiba hari ni update dimulakan dengan ucapan kesyukuran kepada Allah..mesti korang nak tahu kenapa kan?ngeh3

ok,sila tengok tajuk entry balik k..hahaha,sebenarnya hari ni aku telah dikurniakan rezeki oleh Allah iaitu bayaran new deal untuk sekolah yang cemerlang dalam UPSR nya tahun lepas..untuk yang tak tahu apa itu new deal,meh aku terangkan sikit..sebenarnya new deal ni atau bahasa rasminya ialah TAWARAN BARU KEPADA GURU BESAR diberikan kepada sekolah-sekolah yang prestasi sekolahnya cemerlang dan keputusan UPSR nya gemilang...hahahah,penambah perisa..so untuk nak dapatkan new deal ni,kenalah lepas semua syarat-syarat di bawah ni.

Syarat Diperakukan Ganjaran Kepada Guru Besar                                            
•          Audit tanpa  berteguran (*pada tahun penilaian)
•          Guru Besar bebas tindakan tatatertib
•          lnpt Guru Besar melebih 90%
•          Pencapaian linus lebih 90% (bagi sek.84%)
•          Meningkat 50% dari  saringan 1 (bagi sek lonjakan 2050)
•          Diperaku oleh jk panel penilai yg dipengerusikan oleh  Ksu Kpm.
•          Penilaian untuk tahun 2010.
•          Guru besar yang layak akan bersama guru-gurunya  menerima ganjaran tersebut 

nak dapatkan new deal BUKANLAH kerja yang senang dan mudah sebab kita mesti bersengkang mata dulu untuk mendapatkannya..hu3,setakat balik dari sekolah kul 6 petang,buat keje lagi malam2,tak sempat nak makan dan rest..itu adalah perkara normal sebab nazir akan datang untuk memantau SEGALA-GALANYA berkaitan sekolah...hu3,masa tu memang rasa teruk giler...yelah,tido tak cukup,mata lebam,mood pun down aje...tapi dengan segala usaha tu,alhamdulillah inilah hasilnya...walaupun aku tak mengajar Tahun 6 tahun lepas,tapi aku maybe membantu dari sudut lain dalam sekolah..apapun aku amat bersyukur.
satu perkara yang aku nak sangat kongsi di sini ialah,sejak aku berkhidmat di Sarawak ni...Allah sentiasa menurunkan rezeki-NYA yang melimpah ruah buat aku,sampai aku rasa aku takut nak menerima sebab kadangkala Allah menguji kita bukan hanya pada kesusahan tapi juga pada kesenangan..tp aku memang bersyukur sangat2 atas rezeki tu.walaupun Allah tetapkan aku berada jauh dari family,sahabat dan juga insan tersayang tapi Allah kurniakan rezeki yang murah buat aku..sebab itu Allah itu Maha Adil,Dia tarik nikmat yang lain tapi Dia kurniakan nikmat yg lain...
untuk rezeki new deal kali ni sebenarnya aku tak sangka pun akan dapat hari ni walaupun memang telah diberitahu ganjaran akan dimasukkan ke dalam account pada 30 April,tapi tak sangka lah pulak ganjaran tu diperolehi sempena kedatangan hari guru..alhamdulillah,terima kasih Ya Allah..
last but not least,selamat hari guru buat semua insan yang bergelar guru di mana-mana sahaja dan nak ucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah membentuk aku menjadi seorang insan yang berjaya kini...terima kasih cikgu.

~not in good mood for updating blog actually,apapun tema hari guru 2013 ialah Guru Malaysia:1Aspirasi,1Agenda~


HAPPY BUFDAY TO U HUSNA!!!

Thursday, April 25, 2013

Assalamualaikum...


besar punya kek aku sediakan untuk diri sendiri...hehehe
alhamdulillah 25 April datang lagi,dan usia aku juga makin meningkat,maksudnya dah banyak pengalaman hidup yang aku lalui dan dah 25 tahun jugak Allah telah memberikan nikmat-NYA untuk aku,alhamdulillah bersyukur sangat-sangat.

di kala usia ini,aku sangat bersyukur dengan segala kurniaan Tuhan pada aku..aku mempunyai ibu bapa yang sentiasa menyokong dan menyayangi aku,keluarga yang sentiasa berdiri di belakang aku,insan tersayang iaitu my Encik Dear yang sentiasa membahagiakan aku,sahabat-sahabat yang sentiasa buat aku ketawa dan alhamdulillah aku mampu memiliki apa yang aku ingini walaupun tidak semewah orang lain tapi aku bangga kerana aku memiliki apa yang aku ingini dengan duit hasil titik peluh aku tanpa mengharapkan apa-apa bantuan daripada orang lain,ini semua rezeki yang Allah berikan buat aku.

tahun ni 2013,masih sama dengan tahun lepas,aku tidak menyambut my bufday dan tak ada lagi suprise romantik dari Encik Dia..hu3
aku masih ingat,tahun akhir study,Encik Dia buat suprise bufday yang romantik giler..sampai aku termalu sendiri.dia berpakat ngan housemate2 aku dan sengaja buat rumah sewa aku time tu bergelap,pastu kengkawan aku boleh plak tutup mata aku ngan kain dan bawak aku keluar rumah,bila buka aje mata...terus aku nampak banyak lilin yang bernyala dalam gelap,it creates a wonderful word..
" I LOVE YOU"
then,i got a bouquet of flowers and present too..memang touching lah.
but itu semua cerita 2 years ago,hu3..walaupun sekarang kitorang jauh tapi Encik Dia still want to be first person wish bufday pada aku..

apapun,untuk hari lahir kali ni,aku hanya mendoakan yang terbaik untuk kehidupan aku serta hubungan yang bakal terbina tak lama lagi,bufday kali ni sekiranya diizinkan Allah merupakan bufday terakhir aku sebagai orang yang berstatus bujang,walaupun rasa sedih gak tapi memang sepatutnya kehidupan aku berubah untuk yang lebih baik selain menunaikan sunnah Rasullullah...doakan untuk aku yer?

untuk hadiah tahun ni,aku tak dapat apa-apa pun kecuali sepcial gift from Encik Dia..hehehe,nak tahu apa dia?


cubalah teka apa ada dalam kotak ni...hahahaha,terima kasih sangat Encik Dia..jumpa lagi next entry yer,wassalam

~esok aku bakal berjimba-jimba ke Sibu,menikmati duit gaji yang baru masuk hari ni,hahahaha~




 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in