Aku & Interior Decoration

Monday, December 07, 2015

Assalamualaikum...

Yay,finally dapat update blog. MasyaAllah rindu sesangat nak update tapi kekangan masa serius sangat menghimpit.

Kali ni aku just nak share tentang interior decoration. Dah lama sangat aku nak share tentang minat aku yang satu ni. Actually sejak zaman sekolah lagi aku sangat sukakan hiasan dalaman rumah. Setiap kali aku jenjalan umah orang,confirm punya aku ushar satu rumah...hahaha,aku tak tahu kenapa tapi aku sangat sukakan hiasan rumah yang cantik. Rumah aku biasanya akan jadi mangsa,sebab aku sangat suka tukar layout rumah terutamanya ruang tamu.



So,sekarang bila aku dah kerja...lagilah obses aku ni menggila.Dulu masa aku kat Sarawak,walaupun kuarters aku stay tu dah nak roboh and bergoyang-goyang  tapi aku still deko,siap beli macam-macam benda tanpa share duit ngan housemate sebabnya aku tak kisah pun kalau bab macam ni.

Now,bila aku dah stay ngan suami dan anak kat Pahang,lagilah makin menjadi-jadi obses aku...dah tu kuarters aku plak 2 tingkat,lagilah banyak idea aku boleh curahkan,ini memang menyeronokkan. Disebabkan itu,misi aku untuk tahun 2016 adalah menghias rumah!!


Kalau orang tanya aku macam mana aku dapat idea,dah tentu dari macam-macam sumber..paling aku suka follow IG interior designer yang femes emes,orang-orang glemer yang suka selfie berbackgroundkan umah diorang,laman-laman web deko,majalah Anjung Seri,Impiana and what so ever,ushar galeri IKEA dan Mr.Google yang sentiasa memaparkan apa yang retina aku sedang cari...wahh gitu.


Yess,memang main deko-deko ni sometimes need your sacrifice terutamanya kewangan tapi ko pandai-pandailah adjust situ sini untuk dapatkan apa yang terbaik. Terbaik bukan bermakna ko kena perabihkan duit,beli benda-benda yang mahal but kita kena kreatif. Beli benda yang murah tapi kalau pandai deko,confirm letop umah ko nyah...hahahahaha. 

Jadi,untuk memastikan misi 2016 aku berjalan dengan lancar,maka aku dah listkan beberapa perkara penting yang aku nak share dengan korang semua.

1) Pastikan dulu konsep rumah atau mana-mana ruang yang korang nak deko tu. Kalau aku,aku ni jenis suka study dengan jangka masa lama untuk dapatkan apa konsep yang terbaik.

2) Tetapkan bajet. Yes,bajet sangat penting. Sebab tu kena tentukan dulu konsep apa yang korang nak buat..jangan terlebih bajet plak tau. Errr tapi aku pernah jugak terover bajet,🤔🤔

3) Kedai..yes,pastikan korang tahu kat mana korang nak dapatkan item yang korang nak tu. Untuk aku,aku pilih IKEA dan KAISON..sebabnya,aku nak konsep simple moden aje untuk rumah aku.

4) Deko!! Bila dah ada bajet,barang dan segala benda barulah kita boleh mula mendeko. Wahhh,aku belum sampai step ni lagi,rasa sangat tak sabar kut.


Upsss, satu lagi benda yang paling penting dan memainkan peranan yang superb ialah warna ruang,lampu dan curtain. So,pastikan dulu warna yang bersesuaian and kalau boleh janganlah main terjah aje pilih warna sebabnya ruang akan nampak dumb kalau salah pilih kaler.

Curtain,kalau korang nak konsep moden,janganlah pilih design langsir yang  terlalu berat. Nama pun moden kan. Untuk design langsir,tak perlu pening2,taip aje kat gugel...terkeluarlah segala macam design.

Lampu...hurmmm,pilihlah lampu yang bersesuaian. Warna lampu memainkan peranan sangat penting kut.


Rasanya itu ajelah aku nak share tentang minat dan tips berkaitan interior decoration ni..aku bukanlah sesiapa atau pakar sangat bab deko2 ni,just sharing an idea ajelah. Tapi kalau korang jenis ada banyak lebihan duit,upah ajelah interior designer,confirm cun nelecun rumah korang. Insyallah if ada masa,aku update next entry plak yer..

Tak sabarnya nak tunggu hasil mendeko nanti...wassalam.


Pengalaman Melahirkan My Sweetheart

Wednesday, September 23, 2015

Assalamualaikum

         Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Illahi kerana aku masih diberikan peluang untuk mencoret di sini. Entry kali ni amat istimewa untuk aku sebabnya aku mahu mengabadikan pengalaman yang tak mungkin dapat aku lupakan. Alhamdulillah sangat-sangat kerana aku telah selamat melahirkan seorang mujahidah ke dunia pada 18 Ogos 2015 bersamaan 3 Zulkaedah 1436H yang lepas. Hurmm...lain betul rasanya bila dah jadi mommy ni. Banyak masa aku telah dihabiskan untuk anak aje. So,lets story about pengalaman,mana tahu boleh dijadikan panduan ke pada bakal mommies out there.

      Actually,my baby ni dilahirkan lewat seminggu. Due date aku sepatutnya 11/8/15 dan aku sangatlah nervous bila aku masih tak bersalin pada tarikh tersebut. So,masa hari last check up aku ngan klinik kesihatan,doktor pun bagilah surat refer ke hospital besar sekiranya  tempoh tambahan seminggu yang diberikan aku tetap tak bersalin jugak. Kiranya aku kena serah diri pada 18/8/15 di Hospital Sultanah Nur Zahirah,Kuala Terengganu (HSNZ). Sepanjang seminggu sebelum tarikh yang diberikan tu,aku teramatlah takut sebabnya kalau boleh aku tak nak diinduce. Sebab aku tak nak di induce ialah kerana mak saudara dan sepupu aku mempunyai pengalaman di induce dan hazabnya hanya Allah yang tahu,kata dioranglah.


     Sebelum datangnya 18/8/15 tu,aku banyak sangat buat solat hajat,solat taubat,solat dhuha,baca Yassin dan semestinya doa aku tak pernah putus pada Yang Esa supaya aku tak di induce. Menangis jangan cakaplah,selalu sangat kain telekung aku basah lencun dek air mata dan hingus. Setiap pagi,pukul 5 pagi biasanya aku dah terjaga sendiri sebabnya baby dalam perut akan kick kuat time tu. So.aku tak perlukan alarm clock langsung.

Hari : Selasa
Tarikh : 18/8/2015 ( Pukul 5 pagi)
Lokasi : Rumah aku

           Akhirnya,18/8/15 bersamaan hari Selasa tetap tiba jua. Pagi tu aku bangun dengan redha tapi macam biasa aku masih lagi buat solat hajat dan baca Yassin,masa tu aku cuma berdoa supaya aku akan dipermudahkan bersalin walaupun bakal diinduce. Ok,ni cerita hati yang aku nak share,masa ni kan aku rasa macam kenapalah Allah tak nak makbulkan doa aku,Allah tak sayang aku lah..segala benda keluar sebab kepala aku serabut + hati tertekan. Pagi tu,aku bersiap macam biasa,siap mekap lagi tu konon nak bagi semangat kat diri sendiri.Then dalam pukul 8 pagi,aku ditemani suami dan mak aku bertolaklah ke Kuala Terengganu. Masa tu aku relax ajelah sebab dah redha katakan,sempat lagi aku berhenti makan jap kat Kelulut pekena nasi dagang.

Hari : Selasa
Tarikh : 18/8/2015 ( Pukul 10 pagi)
Lokasi : Hospital Sultanah Nur Zahirah ( Bilik Pemeriksaan )

             Dalam pukul 10 pagi,sampailah aku kat hospital. Wahh..bangunan baru kut khas untuk ibu dan anak. Then,aku pun daftar lah diri. Sebelum admit ward,semua preggy mommy kena buat pemeriksaan rutin dulu like check tekanan darah,heartbeat baby,urin test dsb..aku pun follow ajelah. Time tu perut aku rasa jugak mengeras sikit-sikit tapi aku tak kisah sangat sebab sejak week 36 memang dah biasa macam tu. Masa nak check tekanan darah tu,bahagian pendaftaran agak kelam kabut jap sebabnya ada preggy mommy bersalin dalam ambulans depan pintu hospital. Aku pun tunggu ajelah. Then,masa tu aku request kat nurse nak perkhidmatan doktor perempuan sahaja. Uppss,untuk pengetahuan korang yang maybe nak bersalin kat HSNZ,as a mommy,kita boleh request tau nak doktor perempuan. Kalau kita sendiri tak request,diorang akan bagi ajelah doktor lelaki atau perempuan pun. Lepas dah settle semua,aku dikehendaki baring untuk check heartbeat baby, Time tu,doktor nak cek jugak bukaan jalan rahim aku. And korang tau apa terjadi? Doktor bagitau aku yang bukaan jalan aku dah 4cm already dan seriously time tu aku takde rasa sakit langsung. Subhanallah,masa tu lah aku rasa doa aku siang malam Allah dah makbulkan...then,disebabkan yang check bukaan jalan aku mula-mula tu doktor baru kut,maka datang seorang lagi doktor senior perempuan check bukaan jalan aku dan ternyata ia memang 4 cm. Aku?? Terkujat...

             Then,doktor cakap aku akan terus ditolak ke labour room sebab dah tak boleh tunggu lagi memandangkan aku dah lewat seminggu dari due. Masa tu aku agak terkejut sampai terfikir "hari ni ke aku kena bersalin". Masa tu aku sempat mesej suami aku kat luar yang sedang menunggu ngan mak aku.Perghh,masa aku jumpa dia untuk bagi handbag aku bukan main melebar senyum. Pastu terus aje nurse tolak aku ke labour room melalui lif pesakit and suami ngan mak aku plak naik lif biasa ke tingkat 6.

Hari : Selasa
Tarikh : 18/8/ 2015 ( Around pukul 12 tengahari )
Lokasi : Hospital Sultanah Nur Zahirah ( Labour Room )

                 Sampai aje labour room,nurse suruh aku salin baju. First time masuk bilik bersalin,fuhhh kagum jap aku. Yelah,peralatan semua canggih,bilik besar pastu ada 4 orang nurse dah yang bersedia menanti bersama-sama. Masa tu datanglah doktor untuk pecahkan air ketuban aku. Terasa banyak air keluar dan sakit aku pun bermula. Masa tu suami aku dah berada bersama-sama ngan aku. Sakit masa tu ok lagi dan aku masih mampu tahan dengan senyuman kelat-kelat manja. Then,doktor masukkan ubat untuk kuatkan contraction.

                    Then,bermulalah contraction yang power. Doktor cek bukaan masa tu dah 5cm. Aku dah tak senang duduk,ehh bukan bukan...tak senang baring, Suami aku dah start gosok tangan dan pinggang aku. Segala doa aku baca terutamanya doa Nabi Yunus. Dalam hati masa tu cakap,tolonglah cepatkan bukaan ni Ya Allah. Seriously contraction yang di alami sangat power dan aku rasa semua orang tipu kalau cakap sakit contraction macam period pain yang teruk. Masa tu aku hanya mampu istifar banyak-banyak aje. Disebabkan contraction aku teramat kuat,suami aku sempat tanya pada nurse yang ada,agak-agak pukul berapa aku akan bersalin. Then,nurse tu jawab "biasanya anak sulung ambik masa lama,1cm 1 jam biasanya". Perghhh...rasa nak sepak dengar jawapan macam tu. Masa tu,aku rasa macam nak lari dari labour room tu,bajet aku boleh melarikan diri dari kesakitan tu kan...hehehe

                 Disebabkan contraction aku kuat,maka setiap kali ia datang,aku akan pegang tangan suami aku kuat-kuat dan letak kepala atas lengan dia aje. Sebab aku rasa,lengan suami aku masa tu macam dapat kurangkan sikit sakit,bantal yang ada aku tolak aje. Masa tu contraction aku 1 minit 3 kali. Nurse cakap dia nak 1 minit 4 kali. Sumpah aku tak mampu dah rasa time tu tapi apa yang aku kagum ngan diri sendiri,aku tak menangis walau setitik air mata sebab aku fikir aku mesti kuat.

Hari : Selasa
Tarikh : 18/8/2015 ( Pukul 2.45 petang)
Lokasi : Hospital Sultanah Nur Zahirah ( Labour Room )

              Saat ni adalah saat paling getir aku rasa. Pinggang rasa nak tercabut,seluruh badan menggigil tahan sakit,mulut hanya mampu sebut "Allah" dan "Allahuakbar" aje. Nurse kat dalam labour room tak henti-henti gosok pinggang aku sebabnya aku sedang mengiring. Suami aku plak dengan penuh usaha bagi kata-kata semangat dan bacakan doa kat telinga aku. Nurse pun check bukaan jalan sekali lagi,,apa yang aku terkejut,jalan dah buka 9cm dah. Masa tu aku peluk pemegang katil kuat giler. Nurse yang bertugas masa tu cakap kat aku " Husna,kalau awak rasa nak berak..awak teran aje". Aku yang tengah sakit macam terfikir jap,ada ke aku rasa macam nak berak ek. Rasa nak berak tu macam mana..hahahahahaha,sempat lagi fikir macam tu kan?

Hari : Selasa
Tarikh : 18/8/2015 (Pukul 3.05 petang)
Lokasi : Hospital Sultanah Nur Zahirah (Labour Room)

                  Tepat pada waktu ni,baru aku rasa macam nak berak. Bila sekali lagi nurse check jalan,alhamdulillah dah 10cm. Masa tu,nurse suruh aku kangkang dengan cara yang betul. Baru aku sedar,ramainya nurse ngan doktor dalam ni dan kesemuanya perempuan. Masa ni rasa teramat-amat nak berak dan sedaya upaya aku meneran. Suami aku plak dah macam ketua cheer leader aje duk bagi semangat dan akhirnya tepat jam 3.18 petang,lahirlah anak sulung kami.


Sememangnya menjdi seorang ibu merupakan satu pengalaman baru untuk aku. Minggu pertama bergelar ibu bapa amatlah kelam kabut bagi aku dan suami sebabnya kitorang sedang menyesuaikan diri dengan tune baru hidup kitorang. Alhamdulillah,aku dikurniakan seorang bayi perempuan yang cukup sifatnya dan begitu sempurna di mata kami ibu bapanya. Berat anak aku ialah 2.99kg dengan ketinggian 52cm..such an adorable baby for us,alhamdulillah.

Rasanya itu sajalah yang aku nak share di blog aku ni. Moga-moga sikit sebanyak dapat memberi input kepada mereka yang bakal bergelar ibu. Pssst,entry ni ditaip dengan mengambil masa yang lama tau,sebabnya aku baru taip seperenggan..dah dengar bunyi tangisan memanggil nak susu,nak salin pampers..hehehehe,nasib baik aku berjaya publish kali ni.

Sebelum aku nak end up entry ni,aku nak ucapkan TERIMA KASIH BANYAK giler kat semua doktor,nurse dan staff di labour room,Unit Rawatan Ibu dan Bayi Hospital Sultanah Nur Zahirah. Seriuosly layanan masa bersalin macam bersalin kat swasta dengan kemudahan yang lengkap dan selesa. Diorang semua banyak tolong permudahkan aku ketika bersalin,tolong urut pinggang aku,tolong cuci darah,tolong urut kaki aku cramp (ohhh lebih daripada 10 kali kut aku cramp kaki), tolong bagi semangat,tolong bacakan ayat nabi Yunus kat telinga aku.Rasanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa mereka semua. Paling best,semua staff,nurse dan doktor yang handle aku dari start daftar masuk sampai discharge ward adalah perempuan..alhamdulillah,doa aku dimakbulkan Allah untuk menjaga aurat.

Upss,sebelum terlupa...tepat pada hari ketujuh kelahirannya iaitu pada 25 Ogos 2015 bersamaan 10 Zulkaedah 1436H,kami telah sepakat memberikannya nama yang terbaik. Actually nama ni dipilih sejak aku preggy lagi dan kami masing-masing memilih satu nama sendiri mengikut pangkal huruf masing-masing. Anak kami diberikan nama

HANNAH NUR SUMAYYAH BINTI MOHD SHARIMI

maksudnya ialah

"kasih sayang cahaya kekuatan"

Moga-moga mujahidah kecil kami ini akan menjadi anak yang solehah,taat pada ibu bapa serta menjadi hamba yang tawaduk pada Penciptanya..amin.



Wassalam.
                 
                    


Suprise! Suprise! For Wedding Anniversary

Monday, August 03, 2015

Assalamualaikum
Alhamdulillah,dapat lagi mengupdate blog dengan perut memboyot ni...hahahaha
Kali ni aku sangat excited nak share ngan korang suprise sempena wedding anniversary aku yang pertama Khamis lepas.

Ok,last entry aku ada inform kan 30 Julai lepas adalah ulangtahun perkahwinan aku yang pertama,maka aku takdelah plan apa-apa pun ngan hubby sebabnya keadaan aku yang menunggu waktu aje ni. Tambahan pulak,aku kat Dungun,hubby aku kat Jerantut...so,memang takdelah sebarang celebration yang kitorang rancang. 

Tapi pada hari Selasa lepas,28 Julai tu...entah macam mana aku tetiba terfikir nak buat suprise delivery kat hubby aku. Aku teringat Sara,owner Kedai Cokelat Cantek yang bertanggungjawab pernah buat suprise delivery kat mak aku sempena Hari Ibu last year, ni entry dia...
Makanya aku terus whatsapp si Sara ni tanya masih available tak slot untuk weekend memandangkan memang hubby aku balik setiap weekend sekarang. Nasib baik Sara cakap masih ambik tempahan untuk weekend sebabnya Sara ni sentiasa busy kut dengan macam-macam tempahan. Alhamdulillah sangat-sangat...

Untuk suprise delivery yang bakal aku buatkan untuk hubby aku ni,aku request rose fresh flower satu dozen,chocolate moist cake yang 36 slices ngan 3 biji belon yang kalerful gitu. Aku mintak Sara buatkan suprise delivery tu pada hari Jumaat petang (31 Julai) memandangkan hubby aku pun balik hari Jumaat lepas sesi persekolahan. Tapi tapi tapi Sara cakap hari Jumaat takde fresh flower and stok belon pun tinggal 1 aje...huwaaaa,frust giler kut. Tapi Sara kembangkan balik hati aku yang dah kuncup tu dengan mengatakan kalau buat suprise delivery hari Sabtu,semua yang aku request tu boleh dapat...aku pun apa lagi,say YESSSSSSSS!!!

Makanya hari Sabtu lepas (1 Ogos),aku pun rasa sangat tak sabar nak menantikan pukul 5 petang. Memandangkan aku hanya duduk kat rumah sahaja sepanjang aku mula bercuti ni,maka aku jadi sangat risau kalau pukul 5 petang tu hubby aku takde kat rumah. Yelah,hubby aku memang ke sana ke mari bila dia balik kampung. Tengahari tu,hubby aku mesej cakap dia nak pergi open house sepupu dia,aku ok aje...tapi aku cakap petang nanti duduklah rumah. Cuak giler kut takut suprise tak menjadi. Tapi nasib baik dalam pukul 2 petang macam tu,hubby aku balik rumah dan cakap tak jadi pergi open house..legaaaaaaa sangat-sangat.

Bila tiba sahaja pukul 4.45 petang,aku dah berdebar balik sebabnya plan aku akan jadi realiti kejap lagi. Waktu tu hubby aku cakap dia ngantuk sesangat dan nak tidur,aku pun biarkan ajelah. Dan waktu jugak si Sara whatsapp aku cakap,anak dia baru aje tidur dan dia akan buat delivery pukul 5.30 petang,aku ok kan ajelah sebab incik suami kan baru tidur jugak..hahahaha

Dan tepat jam 5.35 petang,si Sara call aku cakap dia dah on the way ke rumah aku tapi ingat-ingat lupa. Aku time tu memang dah get ready dah dan terus aje bagi panduan nak ke rumah aku. Finally,jam 5.45 petang Sara pun sampai dengan myvi kuningnya. Kebetulan ayah aku tengah tercongok atas tangga beranda depan umah dan ayah aku terkejut bila ada seorang perempuan iaitu si Sara ni lah yang tetiba keluar daripada kereta cakap nak jumpa ngan Encik Sharimi..dah lah siap bawak belon dan kek. Ayah aku siap fikir benda-benda mengarut dah time tu. Aku?? Aku plak dengan penuh lakonannya kejutkan suami aku cakap ada orang datang nak jumpa dia. Dengan muka mamai-mamai,hubby aku bangun dan terus capai handphone dia. Yelah,dia nak cek ada sebarang mesej/call ke yang masuk yang menunjukkan ada orang nak datang jumpa dia. Aku pun buat-buat berlakon lagi suruh dia cepat keluar. Maka dengan muka yang baru bangun,hubby aku pun keluar tapi ayah aku sempat tahan dia dan suruh suami aku cuci muka dulu...hahahahaha,time tu aku rasa macam kelam-kabut giler kut.

Mana tak kelamnya,aku cari handphone aku untuk bagi kat adik aku tangkap gambar pun dah tak jumpa. Last-last aku rembat phone suami aku aje bagi kat adik aku. Bila suami aku dah cuci muka dan tengok penampilan dia sendiri (nasib baik suami aku tidur ngan seluar jeans dan t-shirt purple kesayangan dia),dia pun keluarlah nak tengok sape yang datang. Sebelum suami aku keluar,dia jenguk dulu sape yang datang melalui sliding door ruang tamu rumah aku,tapi sekali lagi hubby aku terkejut bila dia tengok siapa yang datang dan dia tak kenal pun sape perempuan tu dan my incik hubby said dia tak nak keluar sebab tak kenal sape yang datang.

Aku yang dah cuak terus tarik aje tangan dia dan cakap pergi ajelah keluar. Dengan muka terpaksa,suami aku keluar jugak melalui pintu utama rumah dan dia sangatlah TERKEZUT apabila Sara dan anak dia (anak dia pegangkan bunga) wish "Happy 1st Anniversary" pastu terus hulurkan kek,belon dan bunga. Punyalah merah muka hubby aku sebab tak sangka..hahahahaha
Nasib baik,adik aku dengan pantasnya dapat snap the pictures yang bagi aku momen indah sangat.
Makanya,tersangat menjadilah suprise delivery yang aku buat tu dan ternyata incik hubby sangat gembira dan tersengih sampai telinga kut...hahahaha
Nah-nah,aku pastekan gambar jap..

Muka hubby aku baru bangun tidur tapi happy

Ni masa anak Sara bagi bunga

Muka yang happy,yayyyy!!

Lepas aje Sara dan anak dia balik,hubby aku cakap 

"oooo...pandai ek buat suprise"

Masa tu satu rumah kecoh dengan kejadian yang bagi aku kelakar sangat. Ayah aku siap story yang dia dah start fikir macam-macam bila tengok ada perempuan datang. Hubby aku pulak cakap,nasib baik dia pakai smart,kalau tak buat malu aje. Then,kitorang pun makan-makanlah kek coklat yang dah aku order tu.Sedapppppppppppppppp giler kut...memang double thumbs up lah aku kasi kat Sara ni,tak pernah sekali pun kecewakan aku.

Ni lah kek,bunga dan belon yang hubby aku dapat. Sara bagi belon lebih walaupun aku mintak 3 biji aje..thanks Sara.

Aku suka belon merah tu

Sedap sangat choc moist cake ni..

Hubby dan suprisenya...

Rasanya itu ajelah yang aku nak share berkaitan suprise delivery yang aku buat untuk suami terchenta aku ni. Walaupun aku dah tak mampu nak gerak ke sana sini tapi buat delivery kat rumah pun ok apa,hehehehehe
Kepada korang yang berada di Paka,Dungun,Kerteh atau Kuala Terengganu yang terbaca entry ni dan nak buat suprise delivery jugak untuk yang tersayang,bolehlah contact si Sara ni yer. Caranya pergi aje facebook dan cari Kedai Cokelat Cantek..yup,Sara is there!! Dah banyak sangat suprise delivery yang Sara ni buatkan.

Last but not least,for my lovely hubby...I just wanna said that I love you so deep dan terima kasih atas segala-galanya. Semoga rumahtangga yang kita bina kekal hingga ke Jannah hendak-Nya,aminnnn..

Wassalam.

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in