Bicara Cinta

Thursday, May 26, 2011

Assalamualaikum...

Fuhh,lama giler tak update apa2 kan?sbnrnya aku sibuk yg teramqat,ari tu ada jugak lah niat dia hati nak post etry baru,sekali dah jadi rojak pekasam baki dlm draft tuh...he3
nanti2 lah aku update rojak tu,hehehe

ari ni aku nak citer pasal cinta...perghh,jadi doc cinta jap.
bukannya apa,sejak aku dilanda tsunami Marimar ngan taufan Nora Elena tuh,aku rasa macam ari2 terfeeling lebey...hu3
so,aku harap semua kisah2 cinta akan berakhir dengan kebahgiaan lah..
janganlah diakhiri dengan kebahagiaan dalam perpisahan...

actually,aku ada follow satu fb kawan baik aku,dia ada lah citer hal2 love2 nih tapi ari ni terjadi satu kes,dia dah announce pompuan yang kacau hubungan diorang..ntah lah,zaman sekarang memang ramai pompuan suka kacau orang punyer ek???
aku pun tak faham mana...
dah macam Yvone dalam Nora Elena dah rasanya kalau secara terang-terangan kat wall tu duk gaduh cakap itu ini...

tapi hidup ni memang sentiasa ada pasang surutnya sebab tak dinama kehidupan lah kalau takde prob kan?semuanya mengharapkan yang terbaik termasuklah aku...
cumanya janganlah ada yang cuba meruntuhkan apa yang telah dibina sebab hanya kekuatan pasangan aje yang mampu kukuhkan sesuatu hubungan...

opsss,aku ni sendirian so,banyaklah benda2 nak tulis...lepas2 ni aku akan sentiasa rajin mengupdate sebab takde koje...maklum r cuti sekolah kan dah mula,so cikgu2 semua akan bercuti lah..

apapun aku x sabar nak tengok nora elena ari ni,he3...opps,cuti2 nih jadual aku penuh ngan kenduri kawin teman2,semua dah bertukar status...hu3,aku???lambat agi,keje n enjoy puas2 dulu...hehehehe

jumpa agi semua,papai.



Pengalaman aku sebagai guru praktikum..

Sunday, April 24, 2011

Assalamualaikum semua...

Blog kembali di update,ngeh3...hari ni Ahad,so maknanya assembly terakhir aku kat sekolah ni...hu3,macam2 rasa ada sebab minggu terakhir maknanya minggu last jugak aku mengajar kat sekolah ni..rasa sedih jugak nak tinggalkan sekolah yang best,guru-guru yang happening n students yang nakal2...hahaha,pes time aku suka diorang nakal.

minggu terakhir maknanya banyak benda perlu disettle kan...sebenarnya aku nak share jugak lah pengalaman aku sebagai guru praktikum nih...dah hampir 6 bulan aku jadi cikgu praktikal,banyak benda yang aku dapat especially suasana persekolahan yang sebenar. sememangnya terlalu banyak yang manis untuk dikenang...
kadang2 aku terpikir gak,perkara yang pahit yang pernah kita lalui kebiasaannya akan menjadi manis apabila kita kenang di suatu hari,kan???
tetiba terpikir,wow....so sweet gitu bila marah students yang berak dalam seluar..ngeh3

apapun,sebagai guru banyak yang mencabar??tak caya?korang kena caya...
sebab aku selalu dengar orang cakap..

"alah,jadi cikgu je kut....sekolah rendah plak tu,senang aje"

korang tau x,betapa seksanya seorang guru sekolah rendah nak ajar lepas nombor 2,nombor 3...nak suruh diorang eja "b,a" bunyinya ba....menangis dulu wei nak bagi diorang faham semua tu...
ari tu,aku ada dengar satu ceramah kat sekolah ni berkaitan nilai keibubapaan lah,aku lupa nama ceramah tu...tapi apa yang aku setuju penceramah tu cakap...

dia kata,
"kalau satu ari negara bagi cuti n semua ibu bapa wajib kena ngajar anak diorang sendiri macam kat sekolah,CONFIRM...ibu bapa akan tension melainkan mak ayah dia tu cikgu"

kadang2 aku terfikir betul jugak sebab mak ayah zaman sekarang hanya tau kondem,komen,rungut,tuding jari kat sekolah aje kalau anak diorang tak pandai sedangkan pendidikan anak-anak merupakan tanggungjawab ibu bapa jugak kan??
biar ibu bapa tau betapa seksanya nak mengajar,nak mendidik perangai diorang supaya jadi insan yang berguna...tapi sekarang ibu bapa hanya tau nak hentam cikgu aje.
aku cakap ni berdasarkan pembacaan aku kat paper,pengalaman kat sekolah dan pengalaman aku yang pernah jadi pelajar jugak dulu..

so,kepada korang yang sudi baca coretan aku nih,aku nasihatkan...janganlah terlalu mengharapkan guru mendidik anak anda semata-mata sebab kanak-kanak nih ada macam2 ragam yang perlu cikgu kawal...n kalau cikgu pukul setakat rotan di tangan,cubit tu sebenarnya hanyalah untuk mendidik sebab cikgu hanya nak murid belajar yang perkara tak baik tak perlu dibuat...tapi kalau cikgu tu lebey2,jangalah biarkan pulak...huhuhuhu

semoga,kita semua boleh menjadi pendidik yang baik sebab diri kita juga merupakan guru kepada diri kita sendiri...
cuba fikirkan ek???

~wassalam~






Entry sebelum g kelas....hehehehehe

Thursday, April 21, 2011

Assalamualaikum semua...
ari ni kembali mengupdate sesuatu...hehehe,
jap2 agi aku ada kelas...so,masa free ni update entry lah jap kan??ngeh3

ari ni nak share ngan korang kisah kefrustan aku r...ada r macam ni punya word,hukhuk..
teruk betul cikgu husna nih...
actually,lepas dah tanda semua kertas exam murid-murid kesayangan aku,sayang ke???
haishhh...sayang lah woiii,sape tak sayang anak murid ooooo....hehehehe

result yang aku dapat agak mengecewakan diri aku sebab takde sorang pun dapat A...macam manalah aku ngajar selama nih,runsing pikir..
yang ari tu adalah jugak sorang dapat A,kali ni paling highest pun 78 aje...alahai anak muridku,bila jadi macam ni...aku rasa macam teruk aje diri aku sebab tak boleh nak naikkan level diorang walaupun pelajar2 yang lemah ramai yang meningkat,tapi yang sederhana n pandai ada yang turun...

hurmmm..maybe aku terlalu tumpukan pada yang lemah kut sampai yang pandai terpinggir,kesian diorang...
walau apapun,aku rasa sebelum aku tamatkan praktikum minggu depan,aku perlu memastikan sekurang2nya diorang boleh buat darab n bahagi..
kadang2 aku terpikir gak,camnelah cikgu2 aku ngajar aku dulu sampai aku boleh faham,buat n ingat apa yang diorang ajar...rupanya susah nak fahamkan seorang insan tentang sesuatu konsep nih,aduhaiiii...

hurmm...tugas yang berat perlu dilaksanakan,sebab if diorang berjaya,ia merupakan hadiah paling bermakna untuk bufday aku 25 april nih...waahhhh,aku suka!!!!
buat masa sekarang,aku still risau n macam2 pikir dah nih...
kerisauan aku sekarang menyebabkan muka aku dah jadi macam ni dah...hu3

hahahaa...ni menunjukkan risau giler beb,pepun...aku nak g kelas dah nih,lepas tu ada mesyuarat plak...adeiii,buzy bebenor upernya aku nih...
jumpa agi tau korang2 semua..




 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in