Pengalaman aku sebagai guru praktikum..

Sunday, April 24, 2011

Assalamualaikum semua...

Blog kembali di update,ngeh3...hari ni Ahad,so maknanya assembly terakhir aku kat sekolah ni...hu3,macam2 rasa ada sebab minggu terakhir maknanya minggu last jugak aku mengajar kat sekolah ni..rasa sedih jugak nak tinggalkan sekolah yang best,guru-guru yang happening n students yang nakal2...hahaha,pes time aku suka diorang nakal.

minggu terakhir maknanya banyak benda perlu disettle kan...sebenarnya aku nak share jugak lah pengalaman aku sebagai guru praktikum nih...dah hampir 6 bulan aku jadi cikgu praktikal,banyak benda yang aku dapat especially suasana persekolahan yang sebenar. sememangnya terlalu banyak yang manis untuk dikenang...
kadang2 aku terpikir gak,perkara yang pahit yang pernah kita lalui kebiasaannya akan menjadi manis apabila kita kenang di suatu hari,kan???
tetiba terpikir,wow....so sweet gitu bila marah students yang berak dalam seluar..ngeh3

apapun,sebagai guru banyak yang mencabar??tak caya?korang kena caya...
sebab aku selalu dengar orang cakap..

"alah,jadi cikgu je kut....sekolah rendah plak tu,senang aje"

korang tau x,betapa seksanya seorang guru sekolah rendah nak ajar lepas nombor 2,nombor 3...nak suruh diorang eja "b,a" bunyinya ba....menangis dulu wei nak bagi diorang faham semua tu...
ari tu,aku ada dengar satu ceramah kat sekolah ni berkaitan nilai keibubapaan lah,aku lupa nama ceramah tu...tapi apa yang aku setuju penceramah tu cakap...

dia kata,
"kalau satu ari negara bagi cuti n semua ibu bapa wajib kena ngajar anak diorang sendiri macam kat sekolah,CONFIRM...ibu bapa akan tension melainkan mak ayah dia tu cikgu"

kadang2 aku terfikir betul jugak sebab mak ayah zaman sekarang hanya tau kondem,komen,rungut,tuding jari kat sekolah aje kalau anak diorang tak pandai sedangkan pendidikan anak-anak merupakan tanggungjawab ibu bapa jugak kan??
biar ibu bapa tau betapa seksanya nak mengajar,nak mendidik perangai diorang supaya jadi insan yang berguna...tapi sekarang ibu bapa hanya tau nak hentam cikgu aje.
aku cakap ni berdasarkan pembacaan aku kat paper,pengalaman kat sekolah dan pengalaman aku yang pernah jadi pelajar jugak dulu..

so,kepada korang yang sudi baca coretan aku nih,aku nasihatkan...janganlah terlalu mengharapkan guru mendidik anak anda semata-mata sebab kanak-kanak nih ada macam2 ragam yang perlu cikgu kawal...n kalau cikgu pukul setakat rotan di tangan,cubit tu sebenarnya hanyalah untuk mendidik sebab cikgu hanya nak murid belajar yang perkara tak baik tak perlu dibuat...tapi kalau cikgu tu lebey2,jangalah biarkan pulak...huhuhuhu

semoga,kita semua boleh menjadi pendidik yang baik sebab diri kita juga merupakan guru kepada diri kita sendiri...
cuba fikirkan ek???

~wassalam~






0 comments:

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in