Bila Stress,Aku Suka Wangi

Thursday, September 26, 2013

Assalamualaikum...
Jumpa lagi di sini,sebenarnya minggu ni macam agak padat (bukan agak dah,memang pun) sebab setiap petang full dengan latihan sukan,yelah dah nak dekat hujung tahun..confirm2 lah sukan tahunan sekolah akan diadakan kan?ohh banyaknya kan tu...hik3

Ok,so bila setiap hari ada latihan sukan,tentulah malamnya penat giler..sebab tu minggu ni paling lewat aku tido ialah pukul 8.45 malam,serius ni tau!memang lepas Isyak aje,terus ready nak tido sebab badan rasa penat sangat+keje siang hari memang tak pernah settle..ok,bila badan penat+letih,stress pun mulalah datang...hurmm,yelah keje itu ini tak siap,camno?

So,bila stress...aku memerlukan something yang boleh buat aku kembali fresh,jadi aku suka bau/hidu sesuatu yang wangi atau harum.rasa macam dapat feel baru aje..terutamanya bila malam lepas dah bersihkan diri semua.Jadi,aku nak share ngan korang tentang satu produk yang aku guna,bau dia serius wangi tau,yang boleh buat diri kembali segar seposen (seposen ajelah sebab badan penat sangat kut)...ok,meh aku story dulu camne aku kenal ngan produk ni..
actually,aku kan suka merayau2 kat Ig orang...so,aku banyak tengok orang-orang yang femes asyik cakap pasal benda ni,aku pun macam curious then nak lah try jugak kan?dah semua asyik duk post

"wanginya,rasa macam nak makan"

"best sangat,harum giler"

"aku suka bau dia,wangiiiiiii....."

so,aku pun try lah order kan?as usual,aku carilah Ig yang boleh bagi best price,alhamdulillah...i find it and terus order laju2!!ngeh3...bila sampai aje barang tu kat tangan aku,serius tak sabar2 nak try dan nak buktikan testimoni yang sering diuar-uarkan tu,fuhh...menyampah betul baca ayat sendiri,^______^
dan,SERIOUSLY!!!bau dia sangat wangi kut,first benda yang aku try ialah losyen...bayangkan,setiap 5 saat aku duk cium tangan sendiri sebab nak bau wangi tu..aku suka,suka,suka!
dalam set yang aku beli tu,ada 3 benda...perfume shower gel,scrub dan losyen...and i just love it!!
sangat best bila penat2 kan,pastu pakai wangi2 bila dah nak tido,rasa macam tenang kepala walaupun kat sebelah tu keje duk berkelip2 tengok aku tengah tido...hahahaha

so,mesti korang nak tau apa produk yang aku guna tu kan?actually aku menggunakan set
Cathy Doll Bonjour De Paris



inilah set produk yang aku beli tu,so kepada ladies-ladies yang nak bau wangi,bolehlah try produk ni...serius memang bau wangi,aku berani jamin...nak beli kat mana?as usual,aku akan selalu sharekan link untuk korang,tapi maaflah aku sekarang memang banyak sopink kat Instagram,jadinya aku cuma tau kedai online kat Ig ajelah,hehehe...so cepat2 jadi instagramer yer...ngeh3

Instagram : Sweety Love Shop
Instagram : Ikin Beauty Skin
Instagram : Hired By Heaven

harap-harap dengan terpublishnya entry ni,dapatlah aku membantu mana-mana girls yang tercari-cari produk yang simple tapi best dengan harga yang berpatutan...for your info,harga set ni tak sampai rm100 pun,jadinya semua orang pun boleh memilikinya..oklah,ini aje yang aku nak share ngan korang..jumpa lagi di next entry,wassalam.

~sapu losyen banyak2 kat tangan,pastu tido ngan tangan atas muka...hahahaha~

Nak Cari Candysocks Yang Selesa & Comfort??

Sunday, September 22, 2013

Assalamualaikum..
Alhamdulillah,ari ni berpeluang mengupdate blog..yelah,duk sorang-sorang,takde benda nak dibuat,makanya otak pun boleh mencari sesuatu untuk dikongsikan ngan readers.Kali ni aku nak share pasal candysocks ataupun nama bahasa melayunya stokin sepit,ada yang tak tahu stokin sepit ke?Ok,stokin sepit ni sebenarnya stokin yang sangat best sebab ia direka untuk perempuan yang mahu menutup aurat kaki tetapi nak pakai selipar..haaa,selalunya stokin macam biasa tak comfort bila kita pakai selipar yang ada pembahagi tu kan?Yelah,pakai stokin pastu tetiba ada pembahagi yang menyebabkan kita rasa susah nak jalan pastu macam kaki rasa tak kemas pakai selipar kan?

Jadinya aku nak share pasal candysocks ni,setelah aku mula menggunakannya beberapa minggu lepas...alhamdulillah,aku bersyukur sangat sebab percubaan aku kali kedua untuk menutup aurat kaki telah berjaya dilaksanakan..dulu,aku pernah cuba memakai stokin/sarung kaki apabila keluar aje dari rumah tapi tak berapa istiqamah..dan untuk percubaan kali kedua ni setelah percubaan pertama almost 5 years ago tak berjaya,setakat hari ni aku masih berjaya..aku bukan nak menunjuk atau riak tetapi perkara yang baik boleh dikongsi dengan niat mengajak lebih ramai insan menunaikan perkara yang baik kan?lebih-lebih lagi ada sesuatu yang boleh menyokong azam baru tu,just like candysocks ni...


inilah candysocks ataupun stokin sepit....amat mudah bila dipakai ngan selipar,memang agak pelik..bak kata En.Fiance,kaki macam alien...hahahaha,tapi serius sangat selesa dan stokin ni jugak panjang tau..xdelah sampai lutut tapi oklah,maksudnya kalau tetiba seluar terangkat ke,kain terselak ke..memang insyallah aurat masih tetap terjaga dengan baik..kain stokin ni pun sejuk dan tebal,memang comfy..

nak cari stokin ni kat kedai,aku rasa almost takde lah..lagi-lagi kat Sarawak ni,so stokin ni aku beli secara online aje,err di Instagram...ngeh3..harga pun murah aje tau,hanya rm8 sepasang..kalau beli banyak,memang dapat more diskaun lah..yang bestnya,stokin ni bukan saja plain macam aku pakai ni tapi ada jugak yang jenis bercorak iaitu polkadot dan vintage...haa,walaupun berstokin masih boleh bergaya lagi tau.Untuk aku plak,aku cuma beli 3 pasang candysocks yang plain saja sebabnya aku rasa better plain dulu,senang matching ngan segala jenis pakaian..aku beli warna pastel pink,pastel grey dan hitam..


inilah 3 pasang candysocks yang aku order...kalau beli 3 terus macam ni,dia akan bagi less tau..opss,sebelum terlupa,untuk candysocks yang bercorak harganya rm10 sepasang,kalau beli more dapat kuranglah harganya..jadi untuk dapatkan candysocks yang selesa macam ni,bolehlah ushar atau serbu instagram kat bawah ni...


both instagramer ni memang jual candysocks dengan harga yang sama dan servis diorang memang terbaik,maybe dalam masa terdekat ni aku nak order lagi..kali ni maybe warna striking/bercorak plak..sebab aku suka pakai stokin macam ni.Sebelum ni aku pakai stokin yang ada 5 jari tu,yang tu pun memang best jugak tapi kadang-kadang kain dia rasa panas+dia tak panjang sangat..kalau stokin yang ada 5 jari tu,memang banyak kedai yang jual dan harganya pun murah aje,sepasang rm1.50 pun ada,aku beli kat Mydin..tapi pendeklah,aku ada 2 helai yang panjang,tu pun nasib baik terjumpa masa vacation kat Cameroon tahun lepas...ni stokin 5 jari tu.


stokin jenis ni dulu aku pakai bila time sukan/ajar PJ aje...tapi sekarang selalu lah aku guna,terutamanya kalau nak keluar..so,sekarang kita boleh membuat pilihan yang terbaik untuk diri sendiri,sebab banyak pilihan yang ada..tinggal atas diri kita sendiri aje sama ada nak melaksanakannya ataupun tak..bagi aku pakai stokin ni ada banyak kelebihannya terutamanya untuk aku lah,dulu..sebelum aku tak pakai stokin secara sepenuhnya lagi,aku sememangnya dah berkawan baik ngan stokin ni...sebabnya kaki aku ni cepat cramp kalau sejuk,bayangkan tengah dalam bilik mandi pun boleh cramp..so,aku memang kena selalu pakai stokin bila nak tidur,memang badan aku tak tahan sejuk betul...hu3,kalau tido kat hotel memang confirm2 aku pakai stokin,yelah aircond kan..mau cramp tak leh gerak nanti kaki aku ni,hehe...satu lagi kelebihan pakai stokin ialah kaki kita tak lah jadi gelap sebab berjemur,kan elok dia tersembunyi macam tu..^___________^

oklah,aku harap entry candysocks ni dapat memberi info kepada para wanita yang sedang mencari stokin yang selesa untuk kaki...jumpa lagi di next entry,wassalam.

~agak kebosanan sebab duk sorang-sorang bila ditinggalkan member satu sekolah yang pergi camping,nasib baik En.Fiance rajin melayan aku yang kebosanan...mekasih awak~



Trip Bintulu-Miri-Brunei ( Part 2 )

Assalamualaikum...
Kembali semula,hehehe...ok,aku nak sambung story yang tak terceritakan last entry.Baiklah,ingat lagi aku cakap ada satu kehidupan yang sama macam aku tapi lebih moden di Brunei tu?Ni yang aku nak cerita nih...semangat gitu,ngeh3
Sebagaimana korang tahu,aku kan mengajar di pedalaman dan sekolah aku mengajar ni memerlukan kita menaiki perahu almost setengah jam untuk sampai...memang tak ada jalan darat langsung,dan kat sekolah aku ni takde bekalan air bersih dan elektrik jugak tetapi aku masih bersyukur sebab sekolah aku menggunakan generator 24 jam dan air hujan sebab sumber utama...kalau tak hujan dan minyak generator nak habis,barulah terasa kederitaan sikit,tapi sikit ajelah..hahaha,sebab sepanjang aku mengajar kat sini tak pernah lagilah aku bergelap...ok,itu kehidupan aku di sini,Sarawak iaitu dalam Malaysia..plis jangan salah sangka aku nak memburukkan keadaan atau apa,aku just nak bandingkan kehidupan aje.

Tu kisah aku di Malaysia kan,tetapi di Brunei..lain giler,ada penduduk yang menetap di atas air,sama sebijik macam aku tapi diorang menggunakan elektrik 24 jam dan mendapat bekalan air bersih!!Paling best,kawasan air diorang dibangunkan dengan amat baik dan sama macam kehidupan atas darat kut..yang paling aku tak leh caya,diorang siap buat perumahan lagi atas kawasan air tu..let me show you yer,^______^


ok,ini adalah sekolah yang pertama yang aku lihat kat kawasan air ni,kalau tak silap aku nama kampung ni ialah Kampung Air,yang bestnya kan semua sekolah (setiap bilik darjah) dipasang dengan aircond k..memang mantop habis lah,kiranya walaupun atas air tetapi murid-murid kat sini masih selesa untuk belajar..next tempat ialah :


ni plak ialah balai bomba...best kan?aku macam tak boleh percaya Brunei boleh buat macam ni,masa mula-mula tu aku macam blur sekejap...sempat aku tanya kat member macam ni,

Aku  : macam mana lori dia nak jalan ek?
Member : (sambil gelak) dia pakai bot lah,mana pakai lori ooi...
Aku : bot dia bunyi wi wo wi wo jugak lah ekk??
Member : gelak sakan....

then,aku terfikir kenapa perlu wujudkan balai bomba ni...then,driver bot kitorang ni bagitau,sebelum ni pernah berlaku kebakaran kat kampung air,terus mulut aku buat huruf O besau-besau...hahaha
ok,dalam pic ni,korang boleh nampak tiang elektrik kat tepi tu kan?memang semua kawasan dalam air ni ada tiang elektrik dan cuba korang perhatikan balai bomba tu diperbuat daripada apa,batu kan?bukan kayu...tu yang aku rasa macam hebat giler...sungai diorang ni bukan kecik tau,besar,luas dan dalam lagi...ok,next pic plak...


ni plak masjidnya yang tersergam indah...sorry gambar blur sebab bot ni shaking time nih,yelah ada bot lain lalu kat sebelah...so ombaknya buat bot kitorang shaking lah...nampak x tangan2 member aku yang sibuk ambik pic jugak?hehehehe...masjid ni besar dan memang menjadi kunjungan orang ramai sekiranya datang ke kampung air ni...seterusnya ialah:


inilah dia perumahan yang aku cakapkan tu...cantik kan?ni yang jenis 2 tingkat,ada satu jenis lagi setingkat aje...siap ada laluan yang best,boleh nampak tak ada orang bawak basikal tu??hehehe...kena tengok betul2 lah baru nampak,hahahaha...kat Kampung Air ni jugak ada jejantas tau,haaa...ingat kampung atas air takde jejantas,ada howkay...memang terkujat gak seposen aku tengok,tapi bagi aku memang kampung ni dibina dengan baik sekali..
ada beberapa info yang aku nak share ngan korang berkaitan Kampung Air ni dan juga cara nak ke sini,

1) Untuk ke Kampung Air ni, kita akan menaiki bot yang telah disediakan..bot ni plak ada 2 pilihan,satu yang jenis biasa tanpa bumbung macam yang aku naik ni,dan satu jenis lagi ada bumbung dan disediakan dengan life jacket...harga pun mestilah berbeza,untuk bot macam aku naik,cuma 1 ringgit brunei sahaja,tapi kalau yang ada bumbung tu 5 ringgit brunei...upps,kepada yang tak tahu,aku inform sekali lagi 1 ringgit brunei = rm2.60 kita...so,ambik kalkulator kira sendiri ek...hahahaha. ok,kitorang memilih bot biasa sebab kitorang ni (padahal aku ngan sorang member aje) dah biasa menggunakan bot macam ni...tu yang kitorang pakai yang ni aje..untuk lebih jimat,sebaiknya kena pandai speaking Sarawak lah yer sebabnya harga yang diberikan boleh di kawtim lagi,nasib baik kitorang ni memang posting Sarawak...so,no hal sangatlah..hehehe

2) Bot yang kita naik ni,confirmlah ada drivernya kan...so,tanyalah apa saja kat driver tu sekiranya nak tau apa-apa,insyallah segalanya akan dijawab dengan baik dan ramah...sebabnya masa kitorang berenam naik,memang segala jenis soalan kitorang tanya,punyalah nak tau pasal tempat ni kan...^_________^

3) Info pasal Kampung Air ni plak ialah,sememangnya kerajaan Brunei nak mengekalkan tradisi perkampungan atas air ni...so,banyak kemudahan disponsor oleh kerajaan Brunei untuk penduduk kat sini,antara yang aku tahu..semua bil elektrik penduduk di kawasan Kampung Air ni ditanggung oleh kerajaannya,sebabnya mereka diwajibkan untuk on kan semua lampu kat luar rumah setiap malam...ini bertujuan menimbulkan suasana yang berbeza kepada pelancong sekiranya melalui kawasan ni..best kan??

4) Perkampungan air ni bukan saja ada balai bomba,sekolah,perumahan yang awesome..malahan ada balai polis,klinik kesihatan dan pelbagai lagi kemudahan yang menjadikan penduduknya rasa selesa lah berada di rumah masing-masing...keluasan rumah setiap orang pun memang luas tersangat,sampaikan member aku yang pernah pergi kenduri salah sebuah rumah kat sini cakap,diorang buat kenduri memang muat satu rumah untuk semua tetamu..sebabnya rumah diorang ni besau howkay....untunglah kan?dan aku rasa 99% kut semua kediaman termasuk sekolah ada aircond...hu3

4) Opps,lupa plak nak bagitau...sebelum kita dibawa melawat/pusing-pusing Kampung Air ni,driver bot akan bawak kita ke tengah-tengah sungai untuk melihat sesuatu yang aku agak bosan dah tengok....nak tau apa dia?diorang akan bawak kita melihat BUAYA!!!tapi masa tu memang takde rezeki untuk member2 aku tengok buaya sebab takde seekor pun yang bersidai walaupun masa tu air tengah surut...

ok,jadinya itulah serba sedikit info yang aku nak share ngan korang semua berkaitan Brunei,harap-harap bolehlah memberikan informasi yang berguna ...sebelum aku end up this entry,haruslah kena paste kan dulu pic aku ngan member berada atas bot,hehehe...


oklah,sampai sini dulu entry part 2 aku ni..jumpa lagi next entry,insyallah aku ada beberapa trip lagi sepanjang tahun ni,nanti aku update yer...^_________^
wassalam

~trip untuk meronda negara-negara terdekat ngan Malaysia,seronok dapat tengok negara orang ni~

Trip To Bintulu-Miri-Brunei (Part 1)

Friday, September 20, 2013

Assalamualaikum
Yay2,bertemu kembali setalah agak lama meninggalkan blog ni,maklum r busy katakan..yelah,anak-anak murid baru aje selesai menduduki UPSR,so baru sekarang ada masa nak update blog.Sebagai seorang guru Tahun 6,apabila selesainya UPSR rasa dia kan macam merdeka giler tau,yelah selama ni buka aje mata pikir camne nak suruh budak faham topik itu ini,pastu jadual penuh ngan kelas tambahan,weekend pun ada kelas,segala-galanya adalah Tahun 6 lah kiranya..so after settle UPSR,aku memang bertekad dah untuk merelaxkan diri terutamanya kepala yang terasa bagaikan wayarnya berselirat..dan memang aku ngan my BFF semua dah plan untuk bercuti,maklum r bersambung ngan cuti Hari Malaysia terus..so,we decided  ke Brunei!!

Nak ke Brunei ni sebenarnya sangat jauh dari tempat aku ni, f.y.i aku berada di Dalat,Sarawak...untuk ke Brunei memang take time giler lah..jadinya,aku jadikan percutian ni sebagai trip memandu aku jugak..yelah,tak pernah merasa kut drive lebih dari 5 jam,ngeh3..apa salahnya try kan?So,hari Jumaat (13/Sep/13),after sekolah aje...aku terus pecut lelaju ke Bintulu with my BFF iaitu Sharmala,boleh tahan jugak sakit pinggang sebab jalan ke Bintulu agak teruk dan memang mencabar kesabaran,tambah-tambah banyak lori-lori besar dan ditambah lagi dengan hujan yang teramat lebat giler..huh,memang masa tu rasa macam-macam dan tak mengantuk langsung,biasanya aku ni cepat ngantuk kalau drive tengahari...ngeh3
selepas hampir 4 jam lebih memandu,maka aku sampai ke Bintulu...masa tu kan kereta kesayangan aku sangatlah "awesome" keadaanya...hu3


ni masa aku berhenti di tepi airport Bintulu sebab tunggu member aku ambik kitorang,yelah mana aku nak kenal jalan kat Bintulu ni kan?kat sini memang banyak giler kilang tapi sangat membangun ok,siap tiket flight dari Bintulu ke KL lah paling mahal dalam Sarawak ni ok...ngeh3
pastu malam tu, my another BFF iaitu Sha telah bawak kami makan serta ronda-ronda bandar Bintulu ni,apa yang bestnya dapatlah try Nasi Lalapan Bintulu,he3..tapi maaflah dipinta sebab aku tak sempat nak snap pic..esoknya plak iaitu Sabtu barulah kitorang gerak ke Miri plak,sebelum gerak haruslah snap pic dulu kan?bukan senang kitorang nak berkumpul macam ni...


ok,inilah my BFF...diorang memang best lah,pssst...dalam pic ni,aku pakai palazzo yang best giler yang aku beli di Ig,harga pun ok...rasa macam pakai skirt labuh,hehehehe,ada yang nak cuba ke?nanti aku sharekan linknya...
after that,kitorang gerak ke Miri...ok,inilah perjalanan yang aku bosan giler sebab lama giler+jauh!!dah macam-macam gaya memandu,macam-macam makanan aku sumbat dalam mulut supaya aku x mengantuk,lastly after 5 jam,finally we arrived..seriously memang mencabar betul.


pose after berjam-jam driving,tempat ni namanya Batu Niah...hu3,then after sampai Miri,my another BFF dah ada kat sana then terus ronda-ronda bandaraya Miri,hu3...masa ni kan seriously aku memang tak berdaya lagi,aku round 2-3 pusingan dalam mall,last2 aku decided untuk stay dalam kereta aje layan majalah Pengantin,hehehe...memang tak daya dah nak berjalan,pastu malam tu kitorang makan steambot!!masak sendiri ok..memang awesome habehlah,best giler kalau dah berkumpul ngan BFF ni,banyak benda boleh buat..
ok,so dah settle hari Sabtu kan?maka esoknya iaitu Ahad plak,barulah kitorang gerak ke Brunei..haaaa,time ni seriously aku memang BERSEMANGAT habeh sebab dah dapat tenaga baru katakan,hahaha
ok,beberapa tips aku nak berikan sekiranya nak ke Brunei,

1) Better tukar duit Brunei di Malaysia sebab harganya lebih ok,opss kalau ada yang tak tahu 
1 ringgit Brunei = RM2.60 howkay...so,pandai-pandailah korang bajet berapa nak bawak.

2) Kalau nak ke Brunei dengan menggunakan kereta sendiri,adalah SEBAIK-BAIKNYA isi tangki minyak kereta penuh yer...sebabnya kebanyakkan stesen-stesen minyak di Brunei tidak melayan kenderaan-kenderaan luar untuk mengisi minyak,yelah minyak kan melibatkan subsidi sesebuah negara..dan kalau tak silap aku,ada 2 stesen minyak aje kat sana yang boleh kita isi minyak,tu pun ada barisan khas tersendiri..

3) Belajar lah menjadi pemandu yang berhemah sebabnya diver-driver kat Brunei sangat behave ok + sangat bersabar...untuk membuktikannya,aku share satu cerita ngan korang..cerita cenggini tau,after kitorang berpose sakan kat satu tempat,then kitorang nak melintas lah jalan...nak lintas jalan,pastikan melintas di laluan yang telah disediakan k..korang bayangkan,kitorang BELUM LAGI melintas,tapi kereta yang seberang sana dah berhenti untuk bagi kitorang melintas...perghh,terus kitorang lari2 sebab tak nak bagi diorang menunggu lama...tapi sebenarnya diorang tak kisah pun sebab masa aku tengok ramai yang berlenggang kankong masa lintas jalan...kalau kat Malaysia ni,siap ada trafik light lagi untuk orang melintas tapi kat sana takde langsung...

4) Sebaik-baiknya pakailah pakaian yang sopan sebab Brunei memang mengutamakan agama Islam,jadinya agak segan sikit kalau pakaian kita tu mencolok mata...

5) Oppsss,sebelum terlupa..benda yang paling penting sekiranya korang berhasrat drive ke sana ialah pastikan bawak sekali details kenderaan korang (ari tu aku bawak salinan roadtax JPJ aje),sebabnya kita kena isi borang kebenaran masuk kenderaan...pas masuk ni akan di cop di pintu imigresen Brunei nanti,borang tu macam ni rupanya....jangan lupa pasport jugak yer,^______^



ok,jadi itulah beberapa tips yang aku nak sharekan ngan korang..ok,so bila dah jalan-jalan mestilah nak makan kan?kat Brunei ni terkenal ngan Nasi Katok.makanan ni boleh didapati di mana-mana kedai aje tapi member aku cakap inilah kedai yang paling ok..


dan inilah rupa nasi katok...errr,sebenarnya macam makan nasi ngan ayam KFC aje,cumanya sambal dia lain..sambal dia rasa manis,hehe...yang peliknya,air tak disediakan pun,nasib baik bawak air mineral dalam beg...hu3


pastu,bolehlah jalan-jalan ke seluruh Brunei yer,sebabnya Brunei ni kecik aje...so dalam masa satu hari,kita dah boleh habiskan Brunei ni,antara tempat yang best dan awesome serta diberikan nama Venice Of Asia (ntah betul ntah tak aku eja tu) ialah tempat ni..


cantik kan?aku suka sangat tempat ni,nama nice giler kut...kalau nak shoot,memang lawa nih..pastu,kalau korang nak sopink2 barang atau makanan yang best boleh ke Gadong,kat sini ada banyak gerai-gerai jualan..


pastu,bolehlah jugak singgah ke Mall dia yang besar tu tapi barang-barang dia rege boleh tahan jugaklah,yelah dah namanya negara yang kaya-raya,paling best kalau korang nak tau...rakyat Brunei,satu rumah paling kurang 4 biji kereta tau!!kau hadoo??dahlah paling cikai pun Vios beb,kalau Audi tu memang bersusun lah...huhuhu

pastu bila petang-petang,bolehlah singgah ke Pantai Muara,tapi weekend memang full ngan manusia lah,tempat dia bersih,ada tempat untuk bbq jugak tau...nak jog pun boleh malahan ada gerai makan jugak,best kan?masa ni sebenarnya kitorang rancang nak berbbq tapi masa memang tak mengizinkan sebab pantai muara ni macam hujung Brunei,nak pergi pun ambik masa hampir 1 jam nak sampai..apa yang kitorang buat?just ambik gambar,main pasir,beli aiskrim pastu balik...hahaha,dah r pelancong memang ramai sangat...


abaikanlah muka aku yang macam ntah pape dah tu,hu3..
jadinya itulah serba sedikit trip aku ke Brunei..insyallah aku akan sambung ke part 2 plak sebab ada something yang hebat aku nak share ngan korang...satu kehidupan yang sama macam aku tetapi moden,apa dia??tunggu next entry ek...aku dah penat taip panjang-panjang ni,hahahaha
harapnya apa yang aku tulis ni mampu memberi sedikit info kepada yang nak berkunjung ke Brunei..
jumpa lagi next entry,wassalam

~sambil tulis entry ni,aku layan Kampung Girl kat TV3,pastu jap agi nak layan Super Spontan 2013 plak kat astro Warna,then layan Rosalinda kat TV9...ngeh3,inilah gaya guru yang dah bebas dari UPSR~


Finally,I'm Free

Thursday, September 12, 2013

Assalamualaikum..
Alhamdulillah,kembali bertemu di entry yang baru...rasa macam dah lama giler tak menaip nih,hahahaha..
maklum r sibuk katakan..
Ok,finally I'm free!!Nak jugak tu ulang balik tajuk entry..kenapa aku dah free?Yelah sebab hari ni, 12 September 2013 maka dah berakhirlah peperiksaan UPSR untuk anak-anak murid kesayangan aku tu..rasa macam cepat lah pulak masa berlalu,kononlah...padahal punya r duk countdown hari-hari bila nak abeh nih..ngeh3
manusia katakan,tak pernah berpuas hati kan?bila ada,tak hargai..bila dah pergi,baru nak menghargai..cewahh gitu.

Apapun dengan berakhirnya UPSR maka aku bolehlah menaip nafas lega sikit,yelah selama ni sibuk mengajar,berkelas tambahan,pastu duk sibuk gerak gempur,tanda kertas,print soalan itu ini sampai nak naik muntah aku yang mengira...hehehe,apapun itulah kemanisan sebenarnya sebagai seorang guru Tahun 6,tambah-tambah aku ni guru kelas..

Oh yer,sebelum aku terlupa..sekarang ni aku sibuk jugak tetapi kuranglah sikit berbanding sebelum ni,apa yang aku nak sharekan kat sini kepada semua ibu bapa/penjaga yang ada anak Tahun 6 tahun ni dan mempunyai potensi yang baik untuk mendapat keputusan yang cemerlang,bolehlah mula mengisi permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang telah mula dibuka sejak 1 September dan akan tutup pada 15 Oktober ni...untuk linknya,boleh klik link di bawah ni yer:


apapun,bulan ni rasa happy sangat sebab setiap hujung minggu dipenuhi dengan insan-insan yang membawa senyuman pada aku...contohnya last weekend,hujung minggu aku disinari (cewahhh) dengan my beloved fiance...serius rasa terkejut bila dia cakap dia nak datang ke Sibu sambut bufday dia,kebetulan pulak bufdaynya jatuh pada hari Jumaat,so senanglah sikit nak celebrate..celebrate lah sangat padahal sehiris kek pun takde,hahahah...kesian En.Fiance sebab dapat fiancee yang tak suka kek,hahaha..apapun kitorang enjoy jalan sama-sama kat Sibu,siap lawan men bowling agi...as usual,aku nak paste kan sebijik pic jugak kat sini,hehehe


En.Fiance suka sangat dapat hadiah bufday yang aku belikan,nak tau apa hadiahnya?Tu yang dia pakai tu,terus pakai kut...nasib baik padan ngan dia,aku men agak-agak aje saiz badan dia,hehehe

apapun,hujung minggu yang gembira akan diteruskan lagi untuk minggu ni!!yihaaa...memandangkan hujung minggu ni cuti sampai hari Isnin,so berjimba sakan lah aku,he3..Kali ni trip bersama-sama my BFF pulak,kami akan ke Bintulu,Miri,Limbang seterusnya ke Brunei!!
Memang sakan habis trip kitorang kali ni,yelah last year,kitorang gi tengok Regatta kat Kuching,this year plak still round Sarawak lagi sebab belum habis ronda lagi..tapi more excited sikit sebab nak ke Brunei,tambah-tambah ada sambutan ulangtahun Sultan Brunei ahad ni...sebab tu 2 minggu lepas,aku memang bersungguh-sungguh menyiapkan jugak pasport antarabangsa aku,sebab nak ke Brunei punya pasal...


ok,haruslah ada bukti ok...sebagai seorang guru,aku memang mementingkan evidens untuk membuktikan segala-galanya,semangat menjulang KSSR katakan,hahahaha...rasa-rasanya hanya cikgu-cikgi yang faham ayat aku ni..

panjang plak aku berleter this entry,ngeh3..so untuk trip ke Miri nanti,akan aku update kat sini jugak yer..manalah tau ada yang nak tahu apa yang best kat Bintulu,Miri dan Brunei kan?
rasanya sampai sini dulu entry aku kali ni,jumpa lagi di next entry...sebelum say gudbye,nak paste kan dulu gaya guru yang dalam tekanan sehinggakan jadi camwhore bila menanda kertas...hehehe
ni blog aku,so ikut suka hati aku lah kan nak paste gambo camne pun,sila ignore if u feel annoying..


pssst : pesanan kepada someone yang suka nak tahu hal aku/menyibuk,YESS...that is my engagement ring,harap berpuas hati lah yer..hu3
sometimes feel macam artis plak bila ada yang suka nak jaga tepi kain aku..^_________^
sabar ajelah...jumpa lagi,wassalam.

~ nak start packing barang untuk trip esok ni,tak sabar plak memulakan trip reles tension aku,semoga perjalanan aku dipermudahkan oleh Allah serta selamat pergi dan selamat balik hendak-NYA~

Obses Shopping Di Instagram

Monday, September 02, 2013

Assalamualaikum...
Wahh,ari ni dah Isnin...kebiasaannya aku dilanda monday blues tapi hari ni tak,hehe...alhamdulillah.Baiklah,nak cerita hari ni ialah berkaitan kecanggihan zaman teknologi sehingga di mana-mana sahaja malahan bila-bila masa pun kita boleh shopping kan?tak perlu lagi nak tunggu mall bukak,pastu kena beratur sebab nak membayo lepas tu kena hangkut barang yang diborong tu penuh tangan sampai ke rumah...itu semua,tiada lagi sekarang.

Oklah,disebabkan aku ni seorang yang agak suka shopping,jadinya aku sentiasa mengikuti trend cara bershopping...dulu,masa zaman aku study aku memang dah lama bergiat dalam shopping online memandangkan masa study yang sentiasa busy menyebabkan agak susah nak keluar bershopping..lagipun,masa aku memang banyak depan lappy aje,sah2 r aku guna cara yang mudah untuk bershopping...ngeh3
so,dulu aku menggunakan facebook sebagai mall aku...hahaha,segala jenis kedai aku ushar,banding harga pastu beli..nak membayarnya cuma pakai online banking,pastu tak perlu nak angkut2 barang sebab nanti poslaju yang akan hantarkan depan rumah,senang kan?

Namun begitu,sejak kebelakangan ini,zaman makin canggih lagi sebab kita hanya boleh shopping di Instagram!!Wahhh...serius manusia makin pemalas sekarang.Aku pun sekarang dah makin obses shopping di Ig (nama pendek bagi Instagram). Mana taknya,dulu kalau beli kat fb,kena inbox owner dia,pastu tunggu dia reply...kalau dia x on fb,makanya lamalah kena tunggu reply tu...tapi bila shopping di Ig,lagi senang kut...just komen kat pic terus,then owner akan trus suruh kita Whatsapp,hah...satu lagi medium komunikasi yang tidak menggunakan duit..lepas dah whatsapp,apa lagi segala detail akan terus dibuat tanpa menggunakan duit mahupun kredit...yelah,just pakai wifi aje..dah tu,pembayaran boleh dibuat macam biasa,memang senang giler...lagi2 zaman sekarang yang tak perlu lagi nak bawak ke hulur ke hilir lappy,sebab dah berlambak smartphone kat pasaran sekarang..

Macam aku sekarang dah memang tahap obses dah sebab bila aku on phone,benda pertama aku akan buka ialah Ig then ushar lah segala macam kedai kat situ..pastu komen,n whatsapp aje owner kedai..tak sampai seminggu,barang pun tercongok sampai depan mata..apapun,aku amat bersyukur walaupun aku berada di pedalaman tapi aku masih boleh shopping macam biasa,hehehe...yelah sebab kat sekolah aku ni,line telefon masih baik dan alhamdulillah line internet pun ok,anytime boleh shopping...ngeh3
setakat sekarang dah banyak jugak baju,kasut,beg,tudung yang aku shopping kat Ig,sebab bagi aku shopping di Ig lebih mudah..dan apabila kita mula bergiat ngan shopping secara Ig ni,maka arkib phone akan penuhlah dengan segala koleksi gambar yang nak dibeli tu,hehehe...tak caya?just tengok screenshot hp aku ni...


see this...memang sah,hp akan penuh macam ni,ngeh3...

apapun,bila bershopping di Ig ni,kita kenalah berhati-hati jugak sebab kadang2 kita tak tahu sama ada orang tu betul2 serius jual barang atau tak...cara nak tahu sama ada orang yang jual tu betul atau tak,kebiasaannya diorang akan post pic customer diorang siap tag nama lagi,so dari situ kita tau diorang adalah penjual yang serious,bukan serious buyer aje yang ada...serious seller pun ada jugak tau,hehehe

oklah,aku rasa sampai sini sahaja entry aku untuk hari ni,sebelum noktahkan this entry,nak paste dulu gambar aku yang syok sangat berIg sampaikan boleh buat pose macam ni...


boleh end the story,jumpa lagi...wassalam

~kalau aku mampu,malam ni aku nak stay up semata-mata nak tengok citer Rosalinda kat TV9,ngeh3...itupun kalau mampu r,hahaha ~

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in