Friday, September 20, 2013
Assalamualaikum
Yay2,bertemu kembali setalah agak lama meninggalkan blog ni,maklum r busy katakan..yelah,anak-anak murid baru aje selesai menduduki UPSR,so baru sekarang ada masa nak update blog.Sebagai seorang guru Tahun 6,apabila selesainya UPSR rasa dia kan macam merdeka giler tau,yelah selama ni buka aje mata pikir camne nak suruh budak faham topik itu ini,pastu jadual penuh ngan kelas tambahan,weekend pun ada kelas,segala-galanya adalah Tahun 6 lah kiranya..so after settle UPSR,aku memang bertekad dah untuk merelaxkan diri terutamanya kepala yang terasa bagaikan wayarnya berselirat..dan memang aku ngan my BFF semua dah plan untuk bercuti,maklum r bersambung ngan cuti Hari Malaysia terus..so,we decided ke Brunei!!
Nak ke Brunei ni sebenarnya sangat jauh dari tempat aku ni, f.y.i aku berada di Dalat,Sarawak...untuk ke Brunei memang take time giler lah..jadinya,aku jadikan percutian ni sebagai trip memandu aku jugak..yelah,tak pernah merasa kut drive lebih dari 5 jam,ngeh3..apa salahnya try kan?So,hari Jumaat (13/Sep/13),after sekolah aje...aku terus pecut lelaju ke Bintulu with my BFF iaitu Sharmala,boleh tahan jugak sakit pinggang sebab jalan ke Bintulu agak teruk dan memang mencabar kesabaran,tambah-tambah banyak lori-lori besar dan ditambah lagi dengan hujan yang teramat lebat giler..huh,memang masa tu rasa macam-macam dan tak mengantuk langsung,biasanya aku ni cepat ngantuk kalau drive tengahari...ngeh3
selepas hampir 4 jam lebih memandu,maka aku sampai ke Bintulu...masa tu kan kereta kesayangan aku sangatlah "awesome" keadaanya...hu3
ni masa aku berhenti di tepi airport Bintulu sebab tunggu member aku ambik kitorang,yelah mana aku nak kenal jalan kat Bintulu ni kan?kat sini memang banyak giler kilang tapi sangat membangun ok,siap tiket flight dari Bintulu ke KL lah paling mahal dalam Sarawak ni ok...ngeh3
pastu malam tu, my another BFF iaitu Sha telah bawak kami makan serta ronda-ronda bandar Bintulu ni,apa yang bestnya dapatlah try Nasi Lalapan Bintulu,he3..tapi maaflah dipinta sebab aku tak sempat nak snap pic..esoknya plak iaitu Sabtu barulah kitorang gerak ke Miri plak,sebelum gerak haruslah snap pic dulu kan?bukan senang kitorang nak berkumpul macam ni...
ok,inilah my BFF...diorang memang best lah,pssst...dalam pic ni,aku pakai palazzo yang best giler yang aku beli di Ig,harga pun ok...rasa macam pakai skirt labuh,hehehehe,ada yang nak cuba ke?nanti aku sharekan linknya...
after that,kitorang gerak ke Miri...ok,inilah perjalanan yang aku bosan giler sebab lama giler+jauh!!dah macam-macam gaya memandu,macam-macam makanan aku sumbat dalam mulut supaya aku x mengantuk,lastly after 5 jam,finally we arrived..seriously memang mencabar betul.
pose after berjam-jam driving,tempat ni namanya Batu Niah...hu3,then after sampai Miri,my another BFF dah ada kat sana then terus ronda-ronda bandaraya Miri,hu3...masa ni kan seriously aku memang tak berdaya lagi,aku round 2-3 pusingan dalam mall,last2 aku decided untuk stay dalam kereta aje layan majalah Pengantin,hehehe...memang tak daya dah nak berjalan,pastu malam tu kitorang makan steambot!!masak sendiri ok..memang awesome habehlah,best giler kalau dah berkumpul ngan BFF ni,banyak benda boleh buat..
ok,so dah settle hari Sabtu kan?maka esoknya iaitu Ahad plak,barulah kitorang gerak ke Brunei..haaaa,time ni seriously aku memang BERSEMANGAT habeh sebab dah dapat tenaga baru katakan,hahaha
ok,beberapa tips aku nak berikan sekiranya nak ke Brunei,
1) Better tukar duit Brunei di Malaysia sebab harganya lebih ok,opss kalau ada yang tak tahu
1 ringgit Brunei = RM2.60 howkay...so,pandai-pandailah korang bajet berapa nak bawak.
2) Kalau nak ke Brunei dengan menggunakan kereta sendiri,adalah SEBAIK-BAIKNYA isi tangki minyak kereta penuh yer...sebabnya kebanyakkan stesen-stesen minyak di Brunei tidak melayan kenderaan-kenderaan luar untuk mengisi minyak,yelah minyak kan melibatkan subsidi sesebuah negara..dan kalau tak silap aku,ada 2 stesen minyak aje kat sana yang boleh kita isi minyak,tu pun ada barisan khas tersendiri..
3) Belajar lah menjadi pemandu yang berhemah sebabnya diver-driver kat Brunei sangat behave ok + sangat bersabar...untuk membuktikannya,aku share satu cerita ngan korang..cerita cenggini tau,after kitorang berpose sakan kat satu tempat,then kitorang nak melintas lah jalan...nak lintas jalan,pastikan melintas di laluan yang telah disediakan k..korang bayangkan,kitorang BELUM LAGI melintas,tapi kereta yang seberang sana dah berhenti untuk bagi kitorang melintas...perghh,terus kitorang lari2 sebab tak nak bagi diorang menunggu lama...tapi sebenarnya diorang tak kisah pun sebab masa aku tengok ramai yang berlenggang kankong masa lintas jalan...kalau kat Malaysia ni,siap ada trafik light lagi untuk orang melintas tapi kat sana takde langsung...
4) Sebaik-baiknya pakailah pakaian yang sopan sebab Brunei memang mengutamakan agama Islam,jadinya agak segan sikit kalau pakaian kita tu mencolok mata...
5) Oppsss,sebelum terlupa..benda yang paling penting sekiranya korang berhasrat drive ke sana ialah pastikan bawak sekali details kenderaan korang (ari tu aku bawak salinan roadtax JPJ aje),sebabnya kita kena isi borang kebenaran masuk kenderaan...pas masuk ni akan di cop di pintu imigresen Brunei nanti,borang tu macam ni rupanya....jangan lupa pasport jugak yer,^______^
ok,jadi itulah beberapa tips yang aku nak sharekan ngan korang..ok,so bila dah jalan-jalan mestilah nak makan kan?kat Brunei ni terkenal ngan Nasi Katok.makanan ni boleh didapati di mana-mana kedai aje tapi member aku cakap inilah kedai yang paling ok..
dan inilah rupa nasi katok...errr,sebenarnya macam makan nasi ngan ayam KFC aje,cumanya sambal dia lain..sambal dia rasa manis,hehe...yang peliknya,air tak disediakan pun,nasib baik bawak air mineral dalam beg...hu3
pastu,bolehlah jalan-jalan ke seluruh Brunei yer,sebabnya Brunei ni kecik aje...so dalam masa satu hari,kita dah boleh habiskan Brunei ni,antara tempat yang best dan awesome serta diberikan nama Venice Of Asia (ntah betul ntah tak aku eja tu) ialah tempat ni..
cantik kan?aku suka sangat tempat ni,nama nice giler kut...kalau nak shoot,memang lawa nih..pastu,kalau korang nak sopink2 barang atau makanan yang best boleh ke Gadong,kat sini ada banyak gerai-gerai jualan..
pastu,bolehlah jugak singgah ke Mall dia yang besar tu tapi barang-barang dia rege boleh tahan jugaklah,yelah dah namanya negara yang kaya-raya,paling best kalau korang nak tau...rakyat Brunei,satu rumah paling kurang 4 biji kereta tau!!kau hadoo??dahlah paling cikai pun Vios beb,kalau Audi tu memang bersusun lah...huhuhu
pastu bila petang-petang,bolehlah singgah ke Pantai Muara,tapi weekend memang full ngan manusia lah,tempat dia bersih,ada tempat untuk bbq jugak tau...nak jog pun boleh malahan ada gerai makan jugak,best kan?masa ni sebenarnya kitorang rancang nak berbbq tapi masa memang tak mengizinkan sebab pantai muara ni macam hujung Brunei,nak pergi pun ambik masa hampir 1 jam nak sampai..apa yang kitorang buat?just ambik gambar,main pasir,beli aiskrim pastu balik...hahaha,dah r pelancong memang ramai sangat...
abaikanlah muka aku yang macam ntah pape dah tu,hu3..
jadinya itulah serba sedikit trip aku ke Brunei..insyallah aku akan sambung ke part 2 plak sebab ada something yang hebat aku nak share ngan korang...satu kehidupan yang sama macam aku tetapi moden,apa dia??tunggu next entry ek...aku dah penat taip panjang-panjang ni,hahahaha
harapnya apa yang aku tulis ni mampu memberi sedikit info kepada yang nak berkunjung ke Brunei..
jumpa lagi next entry,wassalam
~sambil tulis entry ni,aku layan Kampung Girl kat TV3,pastu jap agi nak layan Super Spontan 2013 plak kat astro Warna,then layan Rosalinda kat TV9...ngeh3,inilah gaya guru yang dah bebas dari UPSR~
0 comments:
Post a Comment